Monday, March 31, 2014

Dewan Rakyat 31 Mac 2014 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 31 Mac 2014

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya; dan
(b) apakah ada rancangan meminda peraturan supaya melarang pengosongan kerusi pilihan raya dilakukan atas alasan peribadi atau tidak munasabah.

2. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan di bawah program Pembasmian Kemiskinan (PAWAH) Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan induk Arowana untuk dipinjamkan kepada peserta senarai e-Kasih. Adakah matlamat program PAWAH ini telah berjaya dan jika tidak, apakah kekangan yang telah menyebabkan program ternakan ikan Arowana ini gagal.

3. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Akta Pencegahan Jenayah (POCA):-
(a) bagaimana akta tersebut mengurangkan pelbagai kadar jenayah dalam negara; dan
(b) apakah statistik kadar jumlah jenayah selepas pelaksanaan POCA.

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha Kementerian dalam merangka rancangan jangka panjang untuk menarik minat lebih ramai belia berkecimpung di dalam industri maritim.

5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tahap kebolehpasaran pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sejauh manakah peruntukan RM200 juta yang diperuntukkan untuk IKBN dalam Bajet 2014 dapat memperkasakan institusi ini.

6. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Hospital Shah Alam dan kos keseluruhan pelaksanaan projek hospital.

7. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-
(a) sejauh mana kebenaran berlakunya begitu banyak aktiviti mencuri talian wifi milik domestik / persendirian pada masa kini; dan
(b) apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini kerana ianya mengakibatkan kerugian kepada para pengguna.

8. Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bersetuju membuat pindaan kepada Akta Perhubungan Perindustrian 1967 supaya kes-kes penamatan/ pembuangan kerja boleh dibawa terus kepada Mahkamah Perusahaan dan bukan melalui rujukan daripada Menteri.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pelan tindakan dan mekanisme untuk menguasai jaringan pembekalan (supply chain) dengan mengusahakan pertanian dan barangan seperti perusahaan ayam, secara besar-besaran. Ini penting untuk menghasilkan "economy of scale" memastikan barang pada harga yang lebih baik dan kurang bergantung kepada orang tengah.

10. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan paras karbon monoksida dan sulfur dioksida di setiap ibu negeri. Apakah langkah terkini Kerajaan dalam mengawal pencemaran udara.

11. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu kebajikan di kalangan orang-orang bergelandangan terutamanya kanak-kanak dan berapakah jumlah mereka ini yang direkodkan sehingga kini.

12. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kuota pembalakan yang telah ditentukan oleh National Forestry Council bagi setiap negeri dan apakah ada negeri-negeri yang telah melanggar kuota yang ditentukan ini. Jika ada, namakan negeri-negerinya dan jumlah lebihan yang diluluskan untuk ditebang. Apakah Kementerian boleh memberi jaminan bahawa tiada sebarang kecurian atau pencerobohan pada Hutan-hutan Simpanan Negara seperti Taman Negara di Jerantut dan Taman Negara Endau-Rompin.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk membanteras pengembangan ajaran salah dan sesat yang cuba mengelirukan dan mempengaruhi umat Islam.

28. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah cadangan untuk membina Klinik Desa Teluk Kitang yang dijanjikan akan dibuat di Lot 1275, Mukim Tebing Tinggi, Kota Bharu.

36. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kementeriannya dalam menghadapi manamana perhimpunan dan demonstrasi pada masa hadapan akan mengambil kira pandangan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, bahawa rakyat yang turun berhimpun dan berdemontrasi adalah “Bughah” yang dihalalkan darah mereka.

43. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan antara tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ialah menyediakan kemudahan infrastruktur bermutu kepada negeri-negeri. Berapakah panjang jalan-jalan Persekutuan yang telah dibina di negeri Kelantan.

53. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah 'foregone revenue' kepada Kerajaan disebabkan insentif cukai yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang melabur di negara ini sejak ETP dilancarkan.

55. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar penempatan atau perumahan pekerja asing dan tanggungjawab majikan dalam mendidik pekerja mereka dalam norma kehidupan di Malaysia.

59. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan asas dan perkembangan pembangunan perbandaran baharu Bandar Melayu di Subang.

64. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jika Kementerian berhasrat untuk menganjurkan Hari Media Kebangsaan seperti di Indonesia.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peranan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) dalam membantu mengekal dan mempelbagaikan hutan negara bagi mengawal kemurnian alam sekitar, sebagai perlindungan hidupan liar dan kestabilan iklim.

68. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Kementerian untuk mewujudkan skim insurans bencana kepada pesawah padi seperti serangan bena perang dan lain-lain.

74. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah hasil kutipan levi pekerja asing mengikut sektor dari tahun 2008-2013.

75. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah mana-mana syarikat GLC terlibat dalam pelaburan dalam perniagaan arak dan judi atau perniagaan yang syubhat menurut syarak; dan
(b) adakah wujud Jawatankuasa syarak bagi memandu pelaburan GLC mengikut syarak'. AN menyatakan:-

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

c. Perbahasan Usul
1. (D.R. 1/2014) Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 ( Menteri Kewangan ) DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.