Tuesday, October 7, 2014

Dewan Rakyat 7 Oktober 2014


Aturan Urusan Mesyuarat 7 Okt 2014 [ Selasa ]

a. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan memandangkan Model Baru Ekonomi (MBE) menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana rendah.

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berpendapat dengan mendakwa sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk beberapa orang Ahli Parlimen, aktivis dan cendekiawan dengan tuduhan menghasut (Akta Hasutan 1948) selaras dengan komitmen Perdana Menteri menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokratik.

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian akan mendedahkan kepada umum bagaimana dua kertas peperiksaan UPSR 2014 boleh bocor; dan
(b) apakah tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang terlibat membocorkan kertas peperiksaan berkenaan.

4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek PRIMA yang diluluskan pada tahun 2014:-
(a) nyatakan lokaliti projek, bilangan unit rumah, jenis rumah dan harganya; dan
(b) dalam projek yang diluluskan, anggaran tanggungan kewangan oleh PRIMA dan bagaimanakah dengan kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan termasuk kerajaan tempatan.

5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap langkah mentransformasikan sistem percukaian negara, terutama menerusi pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap pembetukan wilayah pemerintahan baru di bawah kawalan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sebagaimana yang diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.

7. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jangkitan denggi meningkat dan kian mengancam kehidupan rakyat, berapakah jumlah mangsa dan kes kematian terkini berbanding dengan tahun 2013 dan apakah langkah-langkah drastik yang diambil Kementerian untuk mengatasinya.

8. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada pihak peniaga perlu membayar yuran kepada PRISM (Performers Rights & Interest Society of Malaysia) sekiranya radio hanya dimainkan untuk hiburan sendiri dan segala siaran tidak melibatkan artis yang merupakan ahli PRISM.

9. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah rasional BERNAMA TV dijadikan saluran berita Bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun depan dan apakah nasib editor dan wartawan Meja Berita Berbahasa Melayu BERNAMA TV.

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tahap semasa Program Pengenalpastian Bakat (TID) dan berapakah jumlah pelaburan dalam menambah baik program tersebut.

11. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah modul standard untuk pelatih jururawat di hospital Kerajaan serta nyatakan apakah mekanisme untuk memastikan mereka mendapat latihan dan mempunyai pengalaman yang penuh semasa mereka habis tempoh latihan mereka.

12. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan undang-undang yang dilaksanakan terhadap kebajikan pekerja dalam negara ini.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) berapakah jumlah terkini saman dan kutipan bayaran saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak mula dikuatkuasakan hingga kini mengikut lokasi kamera AES dan nyatakan juga tunggakan bayaran saman AES. ; dan
(b) adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengendalikan sistem AES ini.

18. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk melaksanakan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

20. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha berkesan Kerajaan untuk membendung penyeludupan dadah dan senjata api serta bahan api melalui kawasan sempadan dan perairan Malaysia.

25. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasah.

41. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang sedang diambil Kerajaan untuk mensifarkan rasuah dan pecah amanah di Jabatan Kastam.

50. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar, mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.

55. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah terkini penerima BRIM yang diberi perlindungan insurans Takaful dan kos yang terlibat; dan
(b) apakah jenis insurans Takaful yang diambil serta bagaimana cara membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2015
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014
3. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2014
4. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2014
5. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014
6. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Penjara (No. 2) (Pindaan) 2014

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul


2. (D.R 8/2014) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]