PSC-Penambahbaikan PRU


Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia. Jawatankuasa ini adalah berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Tanggungjawab, peranan dan tugas Jawatankuasa ini adalah mengkaji perkara perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil. Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah akan menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor yang berkaitan untuk diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujukan atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis.

Ahli - Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/DSMJO%20copy.jpg
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
(Ahli bagi Kawasan Kota Marudu)
(Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) 
sebagai Pengerusi

http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/mohd_radzi%5B1%5D.jpg
YB Dato’ Seri Mohd Radzi binSheikh Ahmad
(Ahli bagi Kawasan Kangar)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/fong_chang_onn%5B1%5D.jpg
YB Tan Sri Dr. Fong Chan Onn
(Ahli bagi Kawasan Alor Gajah)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/P215-KAPIT.jpg
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
(Ahli bagi Kawasan Kapit)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/pkamalathan-w.jpg
YB Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan
(Ahli bagi Kawasan Hulu Selangor)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/P098-GOMBAK.jpg
YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali
(Ahli bagi Kawasan Gombak)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/P130-RASAH.jpg
YB Tuan Loke Siew Fook
(Ahli bagi Kawasan Rasah)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/P031-K_KRAI.jpg
YB Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli
(Ahli bagi Kawasan Kuala Krai)
http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pic%20ahli%20JK/P116-WGSMAJU.jpg
YB Tuan Wee Choo Keong
(Ahli bagi Kawasan Wangsa Maju)
Akta-akta dan Peraturan-peraturan pilihan raya boleh didapati di laman web berikut:http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=156
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya boleh diajukan kepada Urus setia Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, Aras 6, Bangunan Parlimen Malaysia (Telefon: 03-26017489 Encik Che Seman bin Pa Chik, 03-26017199 Encik Amisyahrizan bin Amir Khan, 03-26017181 Encik Mohd Ikram bin Rahimi) dan boleh diakses melalui laman web Parlimen di http://www.parlimen.gov.my
Jawatankuasa Pilihan Khas ini ingin mempelawa wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu untuk mengemukakan cadangan-cadangan atau syor-syor mengenai proses pilihan raya di Malaysia. Sebarang cadangan hendaklah dikemukakan seberapa segera ke alamat seperti berikut:
Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya,
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur.
Faks:  03-26986170 / 03-20317972
E-mel:  jkpilihanraya@parlimen.gov.my
atau
melalui  portal MyIdeas di http://www.myideas.my 

Jadual tarikh-tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas ini menemui wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan / persatuan-persatuan yang berdaftar dan individu adalah seperti berikut:

11 & 12 November 2011
(Jumaat & Sabtu)
 
9.30 pagi
Bilik Jawatankuasa 2,
Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur
25 & 26 November 2011
(Jumaat & Sabtu)
 
9.30pagi
Bilik Kedah,
Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah
8 & 9 Disember 2011
(Khamis & Jumaat)
 
9.30pagi
Bilik Gerakan Negeri,
Wisma Bapa Malaysia,
Petrajaya, Kuching, Sarawak
15 & 16 Disember 2011
(Khamis & Jumaat)
9.30pagi
Dewan Sri Pinang, Lebuh Light,
Pulau Pinang
7 & 8 Januari 2012
(Sabtu & Ahad)
9.30pagi
Bilik Gerakan Negeri,
Kota Darul Naim,
Kota Bharu, Kelantan
12 & 13 Januari 2012
(Khamis & Jumaat)
9.30pagi
Bilik Gerakan Tun Abdul Razak,
Bangunan Sultan Ibrahim,
Johor Bahru, Johor

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas


 Laporan Prosiding - Mesyuarat
  
 Laporan Prosiding - Pendengaran Awam

 Memorandum
 Cadangan Ahli

 Pendengaran Awam - Kuala Lumpur - 11 November 2011

 Pendengaran Awam - Kuala Lumpur - 12 November 2011

 Pendengaran Awam - Sabah - 25 November 2011

 Pendengaran Awam - Sabah - 26 November 2011

 Pendengaran Awam - Sarawak - 8 Disember 2011

Pendengaran Awam - Sarawak - 9 Disember 2011

Pendengaran Awam - Pulau Pinang - 15 Disember 2011

Pendengaran Awam - Pulau Pinang - 16 Disember 2011

Pendengaran Awam - Kelantan - 7 Januari 2012

Pendengaran Awam - Kelantan - 12 Januari 2012

Pendengaran Awam - Kelantan - 13 Januari 2012