Wednesday, November 13, 2013

Dewan Rakyat 13 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 13 Nov 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan satu bentuk latihan kepada para nelayan muda atau nelayan sedia ada yang berminat untuk meningkatkan kemahiran nelayan moden supaya dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka.

2. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada rancangan untuk mengikut cadangan Pemandu untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara setiap sidang Parlimen, dan bukan satu kali setahun.

3. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian boleh menukarkan pasangan guru-guru yang telah berkeluarga supaya mereka dapat bersama di sekolah yang berdekatan atas permohonan mereka. Apakah halangan-halangan yang menghalang permohonan pertukaran ini.

4. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan Pusat mempunyai cadangan untuk meningkatkan kadar atau harga elektrik rumah kediaman dalam masa yang terdekat ini. Kenapakah Kerajaan Pusat tidak mampu menurunkan kadar elektrik di negeri Sarawak dan Sabah sedangkan negerinegeri ini mampu menghasilkan kuasa elektrik sendiri.

5. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai status projek lencongan banjir barat. Adakah akan disediakan penempatan baru kepada penduduk yang terlibat dengan projek tersebut serta laporan kajian laluan sambungan Sungai Perlis di dalam kawasan Bintong ke Kuala Perlis.

6. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan perbelanjaan tahunan oleh Kementerian untuk Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia. Nyatakan jumlah yang digunakan dalam Research & Development (R&D). Berapakah pendapatan yang dijanakan oleh universiti melalui R&D mengikut universiti.

7. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tahap piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap pemeriksaan ladang di bawah Enakmen Kawalan Perlesenan Ladang Penternakan Unggas 1997.

8. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di tempat pemeriksaan imigresen antarabangsa Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, dan menjelaskan apa langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

9. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah pelan perancangan jangka masa pendek dan panjang Kementerian bagi memajukan sukan hoki; dan
(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menarik golongan muda pelapis mendekati sukan ini memandangkan prestasi skuad negara bagi sukan hoki sekarang ini adalah di tahap yang boleh dibanggakan.

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan setakat mana pencapaiannya.

11. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kepada Dewan yang mulia ini sama ada Kerajaan sudah ada inventori lokasi di seluruh negara untuk dibangunkan Empangan Micro Hydro bagi menjana elektrik di luar bandar.

12. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci dasar kerajaan untuk menangani masalah Brain Drain di Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian pernah membuat kajian ”stress” di kalangan guru-guru sekolah.

16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kes pendakwaan yang telah difailkan ke mahkamah berkaitan dengan salah urus dana awam dan pecah amanah ekoran daripada pendedahan Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit Negara tahun 2011.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha kerajaan untuk memperkasakan Sekolah Aliran Agama / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri termasuk juga Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA mempunyai keupayaan profesional dan menerima nasihat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk melibatkan diri secara besar-besaran dalam industri perhotelan dalam dan luar negara.

44. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah sebenar dan nama-nama syarikat judi yang diberi lesen oleh Menteri Kewangan bagi tempoh 2010 hingga 2013 dan pecahannya mengikut negeri-negeri; dan
(b) berapakah jumlah cukai yang dikutip oleh Kerajaan dari syarikat judi yang diberi lesen oleh Menteri Kewangan bagi tempoh 2010 hingga 2013.

45. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan fasiliti dan infrastruktur solat mesra pesakit di hospital-hospital Kerajaan.

46. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota, kos operasi dan peranan polis cawangan khas yang ditugaskan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut dan Pilihan Raya Umum ke-13. Apakah jaminan Kerajaan bahawa polis cawangan khas tidak terlibat dalam mana-mana provokasi dan memihak kepada manamana parti politik.

52. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab-sebab program-program pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit Kencing Manis,penyakit Darah Tinggi,Obesiti dan Hypercholesterolemia kelihatan tidak mencapai sasaran dan kempen-kempen pencegahan juga kelihatan tidak dilakukan secara lebih agresif.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (12 November, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (12 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]