Wednesday, October 30, 2013

Dewan Rakyat 30 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 30 Okt 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa banyak syarikat yang memohon penangguhan pelaksanaan gaji minimum. Apakah kekangan
yang dihadapi mereka dan sehingga bila pihak Kerajaan perlu menangguhkan perkara tersebut.

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan pekerja asing yang berada di negara ini, pecahan bilangan pekerja dengan izin dan tanpa izin pelbagai
negara sehingga 30.9.2013 serta bilangan pemutihan dan apakah langkah untuk mengurangkan penggantungan negara kepada pekerja asing.

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan faktor-faktor penyebab Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2013-2014.

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan aduan yang diterima oleh MCMC sejak 1 Januari 2013. Nyatakan bilangan aduan
dan jenis aduan yang telah diambil tindakan oleh MCMC.

5. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatkah Kerajaan melaksanakan kelas-kelas PERMATA di luar-luar bandar di negeri Sarawak.

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan mengurangkan subsidi bagi petrol dalam tahun ini lagi dan juga pada tahun 2014 ; dan
(b) apakah rancangan Kerajaan untuk meringankan beban rakyat memandangkan subsidi turun mengakibatkan lagi barang/caj pengangkutan naik secara mendadak.

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi masalah projek-projek sakit, lewat, tertangguh, dan gagal yang membebankan Kerajaan dan merugikan rakyat, agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut tempoh yang dtetapkan.

8. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bersedia menyelaraskan perkhidmatan teksi di seluruh lapangan terbang khususnya di LCCT kepada satu jenis perkhidmatan teksi sahaja bagi melindungi pemandu-pemandu teksi premier dan Van yang terjejas teruk; dan
(b) mengapakah gejala ulat teksi di lapangan-lapangan terbang di negara ini masih berleluasa.

9. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) jumlah keupayaan pengambilan penuntut ke Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara dan pada masa ini berapa peratuskah pengambilan penuntut yang dibuat daripada jumlah keupayaan IPG-IPG yang ada; dan
(b) perincikan jumlah pengambilan penuntut ke IPG di negara ini mengikut kaum dan gender bagi 5 tahun yang lalu.

10. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil keputusan siasatan Geneva S/B, nampaknya sudah satu tahun siasatan dijalankan. Adakah duit yang dilaburkan diberi balik kepada pelabur apabila siasatan siap.

11. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pembuangan sampah di kawasan kampung juga perlu diberi perhatian mulai sekarang. Adakah Kementerian bercadang melaksanakan 'pilot project' bagi pelupusan sampah sarap di kawasan kampung dan luar bandar.

12. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) bagi 12 empangan serta Penilaian Kesan kepada Sosial dan Alam Sekitar (ESIA) bagi industri berat di Kawasan Perindustrian Samalaju termasuk Kilang Aluminium kedua Press Metal Projek SCORE di Sarawak. Selain itu, berapa dan bila pampasan telah dibayar oleh Kerajaan kepada Kilang Aluminium Press Metal pertama yang tidak berfungsi lagi.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian dapat menyelesaikan penempatan suami-isteri yang berkhidmat sebagai pendidik yang ditempatkan di negeri-negeri yang berasingan.

26. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inti pati Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli
yang telah dijalan dan disiapkan oleh SUHAKAM dan sejauh manakah Kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

40. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan justifikasi cadangan penggabungan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kepada sebuah universiti.

43. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah status motosikal tempahan khas yang ditempah daripada Orange County Chopper dan berapakah kos-kos serta tujuannya.

44. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuarters Kerajaan di bawah Kementerian-kementerian berlainan (contoh JKR, KPM dan lain lain) yang tidak dihuni dan tidak diselenggara yang akhirnya rosak. Apakah polisi Kementerian mengenai hal ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013

c. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Oktober, 2013)


3. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


10. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]