Sunday, October 27, 2013

Dewan Rakyat 24 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 24 Okt 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah diluluskan semenjak tahun 2009 di kawasan Titok, Bunuk Begeing, Brenggang, Gelong dan Bukit Tungku setakat ini.[ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu, DAP Ipoh Barat ]

2. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejak 2012 berapakah jumlah premis yang dibina atau disediakan di bawah EPP2 iaitu pasar-pasar komuniti dan karavan; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang membina premis-premis atau kawasan tetap untuk pasar-pasar komuniti tersebut..[ Soalan Tambahan : DAP Raub, BN Kalabakan ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian yang telah dicapai mengikut program Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar
Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, Perluasan Liputan Selular (Time 3) dan Komputer 1Malaysia di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)..[Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Kepong ]

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan di setiap penjara di Malaysia sehingga 30 September 2013. Nyatakan perbelanjaan makanan bagi setiap banduan setiap hari dan jumlah kos perbelanjaan penjara di seluruh negara bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013..[ Soalan Tambahan : DAP Seputeh, BN Sri Mersing ]

5. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah penduduk bandar yang telah berjaya membeli rumah di bawah pelbagai initiatif-initiatif Kerajaan di bawah PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perumahan Negara dalam tempoh bermula Januari 2013 sehingga kini dan apakah perangkaan berkaitan bagi keseluruhan tahun-tahun 2011-2012 masing-masing; dan
(b) apakah statistik terkini pecahan dan kadar peratusan penduduk kawasan bandar yang memiliki rumah sendiri berbanding dengan yang menduduki rumah sewa bagi setiap negeri atau bandar-bandar utama setiap negeri..[ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Kota Bharu ]

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilangan Rumah Orang Tua di setiap negeri; dan
(b) bilangan orang tua di Rumah Orang Tua di Sibu dan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi ketidak cukupan tempat untuk orang tua yang tiada keluarga atau penjaga..[ Soalan Tambahan : DAP Lanang, BN Parit Sulong, BN Bintulu ]

7. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang:-
(a) usaha Kerajaan dalam membantu mempertingkat ekonomi masyarakat luar bandar; dan
(b) langkah-langkah Kementerian dalam mengeluarkan golongan sasar daripada kepompong kemiskinan..[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Temerloh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap 198 peminjam-peminjam tegar (sehingga 30 September 2013) pinjaman pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

27. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Projek Kertih-Kuantan Railway tidak beroperasi sedangkan ia telah menelan belanja lebih RM200 juta dan telah pun siap.

29. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kes tindakan disiplin melibatkan anggota tentera yang menjejaskan keistimewaannya sebagai pesara tentera.

38. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah panjang landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) yang mula beroperasi pada 1 November 2012 yang menelan kos sebanyak RM42 juta sehingga yang beroperasi hanya penerbangan Firefly sahaja.

43. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah nisbah bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun, dan apakah usaha yang Kementerian telah laksanakan untuk meningkatkannya.

48. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang untuk memperkasakan institusi media Islam khususnya TV Al-Hijrah dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia.

49. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah dan usaha-usaha yang diambil dalam pemuliharaan sungai-sungai bagi menjamin bekalan air bersih dan sungai yang cantik untuk aktiviti rakyat.

53. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik jenayah pecah rumah bagi tahun 2012 -2013 di Kawasan Parlimen Sepang; dan
(b) di manakah di kawasan Parlimen Sepang dikira kawasan “hot spot” jenayah.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Agenda 1 & 2 mengikut aturan Urusan Mesyuarat.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (23 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - BN Jasin, PAS Sepang, PKR Bayan Baru, BN Setiu, PKR Bukit Katil, DAP Tanjong ]

[ Penggulungan - DAP Beruas, PAS Sepang, PAS Kota Bharu, DAP Beruas, PKR Padang Serai ]

2. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - DAP Seputeh, DAP Puchong, BN Kinabatangan, DAP Bakri, PKR Kapar, DAP Kulai, PKR Batu, PKR Padang Serai ] - Lulus

[ Penggulungan - ]