Wednesday, October 2, 2013

Dewan Rakyat 2 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 2 Okt 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan Kementerian bagi melahirkan atlet negara berprestasi tinggi semenjak alam persekolahan lagi dan nyatakan setakat ini bilangan atlet berprestasi tinggi dan bidang sukan
yang telah dikenal pasti mampu melonjakkan nama negara di bidang sukan antarabangsa.[ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Bukit Katil ]

2. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang akan dilakukan untuk menghukum orang yang menggunakan ijazah palsu atau pun ijazah daripada universiti yang tidak diiktiraf seperti mana yang diamalkan di Singapura.[ Soalan Tambahan : DAP Serdang ]

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kejayaan enam agensi awam iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad FELDA dan RISDA yang diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sama ada benar-benar telah mencapai matlamat Kerajaan dalam mengurangkan serta membasmi kejayaan dan menyusun semula masyarakat daripada aspek keseimbangan ekonomi.[ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PKR Nibong Tebal ]

4. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) di benarkan untuk menukar tarif elektrik bagi kegunaan harta-harta bersama (seperti koridor, lif, pam air dan sebagainya) dari jenis tarif komersial kepada jenis tarif domestik.[ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Kuala Selangor ]

5. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa masalah pengangguran di negara adalah rendah dan terkawal jika hendak dibanding dengan negara-negara luar yang maju. Apakah langkah-langkah dan juga program-program yang sedang dan akan diadakan dalam mengurangkan peratus pengangguran terutama di kalangan siswazah.[ Soalan Tambahan : BN Gerik ]

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) yang diterima dan ditolak majistret dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Julai 2013 mengikut negeri serta suspek yang ditahan kerana melanggar IPO.[ Soalan Tambahan : PKR Ampang, BN Masjid Tanah ]

7. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menggunakan sistem merit mengikut kaum dan kawasan di Malaysia untuk kemasukan pelajar ke IPTA dan sekiranya ada, bilakah ia akan dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : DAP Tasek Gelugor, PKR Bayan Baru ]

8. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah Kementerian akan membenarkan pihak CTOS meneruskan operasi menyimpan maklumat peribadi dalam data maklumat mereka dan digunakan secara tidak wajar untuk tujuan perniagaan atau keuntungan yang lumayan; dan
(b) adakah Kementerian sedar bahawa perniagaan yang CTOS jalankan adalah melibatkan pencerobohan privasi peribadi seseorang.[ Soalan Tambahan : PAS Sepang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes jenayah berat yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 hingga 2013 serta sejauh manakah taraf keselamatan awam di negara ini mengikut indeks negara dan bandar raya selamat di dunia.

42. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan apakah sebab-sebab yang menghalang pemanjangan landasan tersebut.

45. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan kereta mengikut kategori jenama dan umur kereta. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kereta keluaran tempatan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

56. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme tersebut yang diguna pakai bagi penyelesaian masalah tanah generasi pertama Felda yang melibatkan penceraian dan yang ketiadaan pewaris.

61. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah mengikut peruntukan dalam Petroleum Development Act 1974 di bawah Perkara Lima (5) di mana peruntukan untuk menubuhkan Petroleum Advisory Council yang terdiri daripada negeri-negeri atau pihak-pihak yang berkenaan yang mempunyai kepentingan sehingga hari ini belum diwujudkan dan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkannya.

77. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklum balas Kerajaan terhadap laporan bersama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) sebagai badan pemantau pilihan raya yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang menyimpulkan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai agak bebas tetapi tidak adil.

78. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penerima BR1M 2.0 dan jumlah murid sekolah yang menerima bantuan RM100. Berapakah keseluruhan perbelanjaan untuk kedua-dua program tersebut.

82. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah peneroka Felda di Terengganu yang tidak menyerahkan urus tadbir ladang dan kenapakah pihak Felda tidak membantu golongan ini tidak dibantu untuk proses tanam semula.

85. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha SPR dalam melaksanakan proses persempadanan semula bagi menjamin kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya itu sejajar dengan undi yang diberikan rakyat kepada sesuatu pihak yang bertanding sesuai saranan Suruhanjaya Reid bahawa setiap undi itu harus mempunyai nilai setara.

97. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) mengapakah SPR enggan menjalankan proses persempadanan semula sebelum PRU-13 pada tahun 2013 sedangkan tempoh interval 8 tahun telah luput selepas persempadanan pada 2003 sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan; dan
(b) adakah SPR telah melanggar Perkara 113 Perlembagaan tersebut.

106. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mendedahkan projek-projek pembinaan sekolah yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan dari tahun 2010 hingga Jun 2013.

108. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh mana Kerajaan meneliti kesan perjanjian TPPA ke atas kos ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

114. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah insentif-insentif yang diberikan oleh pihak Kerajaan bagi menaik taraf kawasan perindustrian Pengkalan Chepa supaya mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

119. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak kes-kes pembunuhan atau cubaan membunuh menggunakan senjata api dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Dari bilangan ini berapa banyakkah kes-kes yang dapat diselesaikan dan pembunuh dapat ditangkap.

126. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan Peraturan bagi membenarkan Penukaran Nombor Kenderaan Bermotor (interchange) antara nombor kenderaan yang sudah berdaftar dengan nombor lain yang juga sudah berdaftar.

152. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) jumlah dan status siasatan laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke-13; dan
(b) berapakah kes yang telah dibuat pendakwaan dan telah pun dijatuhkan hukuman.

153. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di kalangan Bumiputera masih tinggi walaupun negara sudah merdeka selama 56 tahun.

161. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-
(a) status terkini (2013) penjanaan tenaga elektrik yang disambung ke sistem Grid Nasional dan jumlah permintaannya; dan
(b) keupayaan atau pecahan penjanaan tenaga elektrik oleh TNB dan Loji Penjanaan IPP serta kos yang ditanggung oleh masingmasing.

166. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan isu KUDETA Mesir (Rampasan Kuasa Mesir).

172. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini sudah bermesyuarat, jika sudah bermesyuarat apakah statusnya dan kedudukannya sekarang.

173. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha meningkatkan kehidupan petani, pesawah dan nelayan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kesihatan * Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan CPA & Ucapan penangguhan.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2013) [ Menteri Dalam Negeri ]

[ Sambungan Perbahasan - BN Baling, ]
Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. Tajuk :- Tapak Pelupusan Sampah Haram Sg Klang, PJS3. Oleh :-  YB Tuan Hee Loy Sian (PKR Petaling Jaya Selatan)

2. Tajuk :- Isu Yang Akan Membantu Kanak-Kanak Mendapatkan Persekolahan. Oleh :- YB Tuan Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru)