Wednesday, October 2, 2013

Dewan Rakyat 1 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 1 Okt 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bagaimana dengan ada pihak-pihak berkuasa seperti polis trafik, JPJ, SPAD, LPKP dan perkhidmatan online, seorang pemandu yang memiliki 16 saman (belum dijelaskan), dari 3 negeri (Johor, Selangor dan Melaka), masih boleh memandu bas pelancong yang mengakibatkan tragedi kemalangan Genting Highlands baru-baru ini (STAR Pg 3 25/08/2013); dan
(b) berapa ramai lagikah pemandu kenderaan pengangkutan awam yang mempunyai kes tertunggak dengan pihak-pihak berkuasa tetapi masih memandu pengangkutan awam. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) mengapa kadar perahan minyak kelapa sawit (OER) diturun daripada 18.7% kepada 17.5% sedangkan kadar prorata Malaysia hanya turun daripada 20.13% kepada 19.72%; dan
(b) mengapa "processing fee" kepada pekebun kecil dinaikkan daripada RM50 kepada RM60 per tan (FFB).[ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Parit Sulong, BN Jerlun ]

3. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) bilangan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam yang telah diiktiraf oleh Kementerian berbanding pakar-pakar daripada perubatan tradisional yang lain serta adakah ada kerjasama yang dijalinkan di antara Kerajaan dengan mereka; dan
(b) berdasarkan maklumat, didapati Kementerian kurang memberi perhatian terhadap penglibatan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam, dari sudut pengiktirafan kepakaran, produk ubatan dan sokongan terhadap aktiviti berkaitan. Mengapa ini berlaku.[ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PAS Kota Raja ]

4. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-
(a) kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Mara; dan
(b) bilangan pelajar dalam kursus-kursus ini mengikut kaum bagi pelajar-pelajar tempatan dan luar negara.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, BN Mersing ]

5. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-
(a) kos perbelanjaan bulanan dan tahunan operasi, pentadbiran dan pengurusan BERNAMA TV pada 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan lapan bulan pertama tahun 2013; dan
(b) apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan BERNAMA TV dalam usaha saluran berita rasmi Kerajaan itu berdaya saing dengan saluran berita antarabangsa seperti CNN, Al Jazeera, Sky News dan BBC.[ Soalan Tambahan : BN Tenom, PKR Bukit Katil ]

6. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan penerima dan nilai rumah bantuan nelayan bagi Parlimen Kuala Nerus pada tahun 2012/2013 serta bagaimana kaedah pemilihan tersebut.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Nerus, Sibuti ]

7. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina kuarters kediaman kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Bahagian Bintulu, Sarawak pada masa terdekat ini; dan
(b) berapa jumlah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Bintulu yang masih belum mendapat kuarters kediaman tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:


12. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan benarkah Kementerian bercadang untuk mahasiswa Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi diberi elaun semasa mereka belajar di IPG kerana lebihan tenaga guru.

18. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan jenis subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah berikutan kenaikan minyak pada 2 September 2013.

22. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa dalam pemberian pelbagai subsidi kepada petani, sering berlaku diskriminasi di mana petani yang disyaki menyokong parti pembangkang dinafikan subsidi dan apakah cadangan Kementerian untuk memberhentikan amalan ini.

50. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha kementerian untuk menyuburkan pembiakan hasil laut dan meningkatkan kuantiti hasil laut bagi menjamin masa depan nelayan pantai.

55. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) berapakah jumlah kematian akibat dari serangan menggunakan senjata api yang berleluasa sepanjang 2013 ini; dan
(b) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membendung jenayah senjata api mutakhir ini.

56. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI warga Indonesia yang berdaftar dalam Program Amnesti 6P dan berapakah yang terima permit kerja serta berapa yang pulang ke Indonesia.

62. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik gejala berunsur jenayah di sekolahsekolah di seluruh negara mengikut negeri-negeri dan tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

65. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan proses pembangunan dan mekanisme yang digunakan untuk membangunkan Kampung Baru. Adakah Akta Pengambilan Tanah akan digunakan untuk mengambil tanah MAS di Kampung Baru ini dalam proses pembangunan tersebut.

69. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang akan diambil bagi mengelakkan kenaikan harga barangan keperluan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

76. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian ada menjalankan penyelidikan berkaitan dengan maklum balas guru-guru terhadap pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan sekiranya ada apakah tindakan susulan hasil daripada dapatan kajian tersebut.

92. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan pihak Kerajaan tidak memanggil sidang tergempar Parlimen walaupun mendapat desakan dari sebilangan ahli-ahli Parlimen Malaysia.

93. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebelakangan ini, jenayah menggunakan senjata api semakin banyak terjadi, apakah punca sebenar yang menyebabkan ianya berlaku dan daripada manakah datangnya bekalan senjata api yang kelihatannya amat mudah dimiliki.

101. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kursus-kursus yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan telah tepu.

106. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan dan sumbangan MIGHT (Malaysian Industry-Government for High Technology) kepada pembangunan negara dan hubungannya dengan Kementerian.

111. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status perkembangan gedung makanan negara dan apakah sasaran pengeluaran yang ditetapkan yang melibatkan empat produk bernilai tinggi (high value products) telah berjaya dicapai.

116. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan yang konkrit untuk meningkatkan mutu laluan atau laluan baru kereta api daripada Kuala Lumpur ke Tumpat. Berapa kos yang terlibat dan kontraktor yang akan dilantik.

119. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah Rancangan PPR telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan.

128. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pulangan pelaburan zakat bagi negeri-negeri di Malaysia dari tahun 2010-2012.

134. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah bekalan sembelihan korban mencukupi untuk perayaan Aidil Adha bagi tahun 1434H (2013). Berapa banyakkah lembu yang diimport dari luar negara.

143. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah permohonan yang memohon Program Felo Perdana baru-baru ini.

151. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) berapakah jumlah pampasan yang wajib dibayar oleh Kementerian jika Kerajaan bersetuju untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES); dan
(b) berapakah kos sebenar yang telah dibelanjakan oleh syarikat bagi pemasangan AES ini dan setakat Ogos 2013 berapakah jumlah kutipan saman AES yang telah dibayar kepada Syarikat pengendali AES.

163. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kenapa TNB perlu menaikkan tarif elektrik sedangkan saban tahun TNB mengaut keuntungan yang memberi kesan kepada kenaikan kos pengguna di negara ini.

166. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian menjalankan kajian aspek "viability" serta "sustainability" dalam perancangan menempatkan pegawaipegawai kastam di sebuah pusat bebas cukai di Hutan Pulau Bayas Tasek Kenyir Terengganu yang sedang dibina sekarang memandangkan kos kewangan dan kesan kerosakan alam sekitar yang tinggi.

169. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah dan status siasatan laporan polis berkaitan sekatan pemberian subsidi baja padi di seluruh negara akibat diskriminasi politik. Apakah tindakan Kementerian dalam memastikan agihan pemberian baja subsidi kepada para penanam padi dibuat secara adil.

174. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Royalti Petroleum untuk negeri Kelantan akan dibayar sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

178. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan Taraf Kewarganegaraan kepada mana-mana ahli sukan yang bertaraf dunia dari negara-negara luar yang berminat untuk berhijrah ke negara ini seperti yang diamalkan di beberapa buah negara di dunia.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan * Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013.

Usul 18 (1) & (2) oleh PAS Sepang mengenai isu Kematian Pelatih PLKN.

Usul 12 (1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang2 Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (30 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

[ Sambungan Perbahasan - Kementerian Dalam Negeri - PAS Bukit Gantang, PAS Kota Raja, DAP Tanjong, PKR Sungai Petani, PAS Kuala Krai, PKR Petaling Jaya Selatan ]

[ Penggulungan - PKR Subang, PAS Kota Raja, PKR Padang Serai, PAS Sepang ]

Usul 22 oleh PKR Gombak ( DAP Gelang Patah, PKR Subang, PKR Gombak, PKR Padang Serai )
2. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ] 

[ Perbahasan :- DAP Bukit Gelugor, BN Kinabatangan, PAS Sepang, BN Silam, PKR Padang Serai, BN Baling ] Bersambung ...
Ucapan-Ucapan Penangguhan :-


1. Tajuk :- Isu Kenaikan Caj Perkhidmatan IWK. Oleh :- YB Tuan Ng Wei Aik (DAP Tanjung)

2. Tajuk :- Ancaman Kepada Kebebasan Bersuara Rakyat Daripada Kuasa kerajaan BN. Oleh :- YB Tuan Surendran a/l K.Nagarajah (YB Padang Serai)