Monday, July 15, 2013

Dewan Rakyat 15 Julai 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 15 Julai 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah bankrap kerana hutang kad kredit, adakah Kerajaan akan meluluskan pengeluaran KWSP bagi mereka melangsaikan hutang tersebut.

2. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan/kes yang telah diterima dan berjaya diselesaikan oleh EAIC (Enforcement Agencies Integrity Commission) dan kos pengendalian badan ini semenjak ditubuhkan.

3. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap keselamatan data dan maklumat yang dikongsi secara bebas melalui aplikasi telefon pintar seperti “WhatsApp” dan terkini “KAKAO”.

4. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Janda Baik.

5. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status rancangan bagi mewujudkan sebuah insinerator di Bukit Payung, Batu Pahat.

6. Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk menggubal Undang-undang baru atau pindaan untuk mengawal tadbir bidang kesihatan "governing healthcare" di Malaysia.

7. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian dalam membantu pekebun-pekebun kecil yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman yang bergantung hidup dengan kebun getah memandangkan harga getah yang terlalu rendah sekarang.

8. Puan Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme pihak Kementerian bagi memastikan tiada diskriminasi dalam kadar tangga gaji pekerja asing dan
pekerja tempatan.

9. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi, program serta projek-projek pembasmian kemiskinan yang:-
(a) telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di seluruh negara; dan
(b) menurunkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 19% pada tahun 2009 kepada 8% pada tahun 2012.

10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan cadangan Ketua Polis Negara untuk mewujudkan zon larangan penunggang motosikal. Adakah wujudnya cadangan untuk melaksanakannya.

11. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam melaksanakan operasi Pengangkutan Awam Bas Rapid sejak ianya diperkenalkan dan berapakah pulangan yang diperolehi sepanjang tempoh ianya beroperasi.

12. Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) prosedur yang diguna pakai dalam menempatkan semula penduduk Flat 4 Tingkat PKNS Kg. Kerinchi yang telah diambilalih tanah mereka untuk kepentingan pemaju swasta ;dan
(b) mekanisme tuntas untuk menghentikan penyalahgunaan aktaakta seperti Akta Pengambilalihan Tanah untuk kepentingan pemaju swasta daripada berterusan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian asas-asas demografi dan geografi yang akan digunakan oleh SPR untuk melakukan persempadanan semula bahagianbahagian pilihan raya.

16. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan akan terus membenarkan partiparti politik tertentu menggunakan bangunan, dewan mahupun padang sekolah-sekolah untuk kegiatan politik yang dibuat atas nama jawatan dalam Kerajaan, umpamanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan seumpamanya, dan apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membenarkan kegiatan politik yang sama dianjurkan di situ oleh parti-parti Pembangkang.

26. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menyatakan jumlah makmum yang boleh dimuat tiap-tiap Masjid Negeri di seluruh negara.

45. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kemiskinan berdasarkan kaum/bangsa dan negeri mulai 2008 hingga kini.

50. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan program netbook telah membantu meningkatkan prestasi pelajar.

52. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perancangan Kerajaan dalam menggalakkan rakyat menggunakan sumber air hujan (rainwater harvesting) sebagai sumber bekalan air negara memandangkan negara kita mempunyai kadar hujan yang sangat tinggi.

60. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (RCI) berhubung PRU-13.

66. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, berapakah jumlah kakitangan, termasuk lantikan politik seumpama Penyelia Pembangunan Mukim yang dilantik dan berapa pula perbelanjaan tahunan yang terpaksa ditanggung oleh pihak JPP.

70. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah terkini hutang negara termasuk hutang dalam negeri dan jumlah hutang luar negara.

72. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula pemberian pampasan kepada para peneroka awal seramai 24 orang di Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Labu, Lanjut, Sepang yang hanya diberikan pampasan RM20,000.00 seekar apabila hartanah yang mereka teroka dari hutan belantara sejak 1975 diambil untuk projek KLIA pada tahun 1995.

79. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kerjasama yang telah dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum pendidikan jasmani dalam membina bakat muda di samping usaha untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat.

87. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek Lebuhraya Persisiran Pantai ke Changkat Jering akan dimulakan.

88. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses penganugerahan projek kerja baik pulih dan menaik taraf kuarters di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Nyatakan berapakah harga, nama kontraktor dan cara pemilihan kontraktor.

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut : 
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan; 
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

DAN BAHAWASANYA- 
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013 [Akta A1446];  
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementeriankementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]; 
(iii) perbelanjaan pmbangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukaan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013; 
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]; 
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsifungsinya; dan 
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri, MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI, membuat ketetapan seperti berikut: 

1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima bilion lapan ratus tiga puluh enam juta sembilan ratus tujuh puluh lima ribu sembilan ratus empat puluh tujuh ringgit (RM5,836,975,947) di bawah Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus empat puluh dua juta tiga ratus tujuh belas ribu seratus dua puluh tiga ringgit (RM242,317,123) di bawah Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud B.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi tujuh juta enam ratus lima puluh empat ribu lapan ratus tiga puluh empat ringgit (RM7,654,834) di bawah Maksud B.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud B.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan- 
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion sembilan ratus tujuh puluh lima juta seratus tujuh puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit (RM1,975,171,371) di bawah Maksud P.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud P.41 Kementerian Pendidikan; 
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam puluh empat juta tiga ratus empat puluh ribu lapan ratus enam puluh ringgit (RM64,340,860) di bawah Maksud P.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan 
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima puluh tujuh juta tiga puluh ribu tiga ratus lapan puluh lima ringgit (RM57,030,385) di bawah Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud P.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.” 

2. (D.R. 4/2013) RangUndang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 [ Menteri Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan:- 


“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”