Wednesday, October 31, 2012

Dewan Rakyat 31 Okt 2012 (Rabu)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-  
(a) sama ada kehadiran pekerja asing yang begitu ramai mengakibatkan pengangguran di kalangan tenaga kerja tempatan; dan
(b) setakat mana seriusnya masalah yang dihadapi oleh majikanmajikan daripada pelbagai sektor ekonomi berhubung dengan tenaga kerja dan adakah benar mereka menghadapi masalah mendapatkan pekerja tempatan. 

2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah terkini rumah perlindungan wanita yang dibiayai oleh Kerajaan dan berapakah peruntukan yang telah disediakan setiap tahun.  

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) membendung skim cepat kaya (skim ponzi) yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram berbentuk emas, perak dan pelaburan berbentuk ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing.  

4. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan sama ada:-  
(a) Trans-Pacific dan Partnership (TPP) mengadakan terma hak harta intelek yang akan mengakibatkan harga ubat generik ("generic drugs") menjadi lebih mahal; dan
(b) TPP akan dibahas dan diluluskan di Parlimen. 

5. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pembinaan Jalan Balau Banting yang telah diluluskan dalam RMK-9 dahulu.  

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan perkembangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk UPSR dan PMR.  

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada terdapat apa-apa program pembangunan belia untuk mengenalpasti bakat-bakat di kalangan pemuda pemudi rakyat Sarawak serta pembangunan sekolah sukan yang lengkap agar bakat-bakat muda ini dapat digilap untuk mewakili negara dalam pelbagai bidang sukan, terutamanya baru-baru ini selepas Pandelela Rinong membuktikan bahawa dengan tunjuk ajar yang sesuai anak-anak Sarawak boleh menyinar di pentas sukan dunia dan berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet dunia yang lain.  

8. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ]  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-  
(a) cara penganugerahan kontrak bagi Projek River Of Life (ROL) yang bernilai RM400 juta dilaksanakan dan sama ada pakejpakej bagi projek tersebut adalah  selari dengan piawaian minimum berkenaan; dan
(b) tahap pengurangan sampah di sungai-sungai seluruh negara selepas pelancaran Projek River of Life (ROL) sejak Julai tahun lepas.  

9. Datin  Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, kadar kemiskinan di Sabah ialah 19.7% berbanding dengan 3.8% pada peringkat negara bagi tahun 2009-2010.  

10. Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ]  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan sama ada wujud perancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah baik kemudahan di hospital dan klinik kesihatan di kawasan yang dilihat belum ada kemudahan yang mencukupi. Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian bagi menambah baik kemudahan di hospital.  

11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan pencapaian yang dicapai menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi luar bandar di Sabah berlandaskan perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 dan apakah perancangan strategik yang disusun dalam NKRA luar  bandar di Sabah khasnya di kawasan P.181 Tenom dalam GTP 2.0.  

12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan berapakah hutang terkumpul isi rumah nisbah KDNK dan berapakah jumlah hutang tak berbayar (NPL) isi rumah dalam sistem perbankan sehingga kini.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a) statistik samun bersenjata dari tahun 2007 hingga 2011; dan
(b) anggaran kerugian akibat samun dan jumlah tangkapan mengikut tahun.

33. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah aktiviti aktiviti YADIM dan berapakah jumlah mereka yang telah memeluk Islam hasil daripada usaha mereka.

36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta  PERDANA MENTERI menyatakan perbelanjaan pengurusan Tabung Haji untuk tahun 2009, 2010 dan 2011 seperti berikut :-  
(a) elaun, gaji dan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah (TH); dan
(b) gaji, elaun dan kemudahan lain serta terma-terma perjawatan yang dinikmati oleh pihak pengurusan tertinggi TH mengikut pecahan gred dan pangkat.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]