Thursday, November 8, 2012

Dewan Rakyat 8 Nov 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang telah berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa sejak skim ini diperkenalkan sehingga tahun 2012.  

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan pembayar cukai mengikut  kategori pendapatan dan pekerjaan, jumlah hasil dan bilangan pembayar dan kategori mereka yang gagal membayar cukai pendapatan  sepanjang 5 tahun lalu.   

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan tentang status permohonan jalanraya di Kinabatangan seperti Jalanraya Kampung Sinar Jaya, Jalanraya Kampung Keramuak, Jalanraya Kampung Kuamut dan Jalanraya Kampung Balat.  

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan  jalanraya KL  - KB terutamanya pada musim perayaan.

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]  minta  MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI  menyatakan  apakah keberkesanan dalam pelaksanaan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) setakat ini dan adakah ia mencapai tujuan dan matlamatnya serta sampai ke 
akar umbi.  
                                            
6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa ramaikah pendatang asing yang ditangkap melakukan aktiviti yang tidak bermoral terutamanya pelacuran sejak 2008. Nyatakan dari mana negara asal mereka.  

7. Datin  Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan ekonomi dan kebajikan wanita di Sabah, khususnya wanita miskin di dalam dan di luar 
bandar.  

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana Kementerian menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil 14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk mengenakan yuran kepada murid/pelajar. Adakah Kementerian berhasrat untuk mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang selaras untuk semua sekolah .  

9. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menangani kekurangan tempat pelajar-pelajar ke IPTA terutama pelajar-pelajar dari lepasan Politeknik.  

10. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan jumlah kekurangan Sekolah Cina dan Tamil di negara ini dan bila Kerajaan akan menyelesaikan masalah ini dan jumlah kekurangan guru di Sekolah Tamil dan Cina.  

11. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ]  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan akan membina sebuah klinik baru di Banting Sri Aman, di mana telah diketahui umum bahawa pampasan tanah untuk tapak telah pun dibayar.  

12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut  [ Kuala Terengganu ]  minta MENTERI  KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek berikut :-  
(a) baik pulih dan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu; dan
(b) pembinaan Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi, Cukai Kemaman. 

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan.

36. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan apakah langkah-langkah konkrit diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan j-Qaf ke peringkat sekolah menengah setelah terbukti berjaya di peringkat sekolah rendah.  

37. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-  
(a) apakah keputusan muktamad tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST); dan
(b) berapakah kos persiapan pelaksanaan sistem GST dan berapakah yang telah dibelanjakan serta syarikat manakah yang diberi untuk menyediakan sistem GST. 

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 November, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]