Tuesday, October 30, 2012

Dewan Rakyat 30 Okt 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-   
(a) apakah perancangan Kementerian untuk menangani jenayah pemilikan senjata api haram memandangkan kes-kes rompak dan bunuh yang melibatkan senjata api semakin meningkat di dalam negara; dan 
(b) apakah operasi khas Kementerian yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah jenayah tersebut.  

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah penambahbaikan dan pindaan dalam polisi atau undang-undang yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kutipan yuran penyenggaraan  (maintenance fees) dan  "sinking fund" dari pemilik yang dihadapi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) hartanah hak milik strata.   

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah status terkini  projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2)  yang dirancang dibina bagi menangani krisis bekalan serta keperluan masa hadapan air di Selangor.    

4. Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-   
(a) adakah Kementerian akan meningkatkan skop atau kualiti ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membina amalan moral di atas jalan raya untuk mengelakkan peningkatan kemalangan; dan 
(b) adakah Kerajaan bercadang memberi lesen kepada syarikat-syarikat baru untuk menjalankan pemeriksaan berkala sebagai satu langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di Puspakom.  

5. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-   
(a) adakah Kerajaan akan memperuntukkan bajet untuk menaik taraf Kampung Air Seberang Kedai di bandar Limbang dengan membina  'waterfront' sebagai satu tarikan pelancongan di daerah Limbang; dan 
(b) memperuntukkan bajet untuk menaik taraf tebing  sungai di bandar Limbang sebagai tarikan pelancongan.  

6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah semangat asal (atau matlamat asal) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan sejauh manakah pihak Kerajaan dapat menilai keberkesanannya melibatkan pemberian maklumat sahih.   

7. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan usaha yang diambil untuk mempercepatkan kelestarian sistem pengangkutan negara. Apakah dasar Kementerian dalam menggalakkan penggunaan kenderaan HYBRID atau KERETA ELEKTRIK ( Hybrid or Electric vehicle ) menjelang tahun 2020.   

8. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-  
(a) adakah pihak Kementerian pernah menubuhkan satu pasukan khas  'TASK FORCE' untuk melakukan kerjakerja pemantauan mengenai keadaan tempat kerja, penempatan serta kebajikan para pekerja ladang di seluruh Negara; dan 
(b) jika ya sila nyatakan senarai dan statistik yang terperinci mengenai kerja-kerja pemantauan yang telah dilakukan sejak 'TASK FORCE' ini ditubuhkan.  

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) sebabnya mengapa ikan paus sering kali terdampar di perairan negeri Sabah; dan 
(b) pendekatan yang diambil oleh Kementerian agar ikan paus yang bermasalah dapat dipulihkan dan jenis kerjasama antara agensi Kerajaan dalam menangani masalah ini.  

10. Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [ Subang ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan jumlah dana yang telah disalurkan oleh Kerajaan kepada 4 sekolah SRJK (T) di kawasan Parlimen Subang iaitu Sekolah Effingham, Saraswathy, RR1 dan Bukit  Darah khusus untuk naik taraf infrastruktur sekolah termasuk kelengkapan seperti komputer.    

11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan yang akan dilaksanakan bagi projek agropolitan di kawasan Kibantaluan, Kemabong dan sejauh manakah perlaksanaannya.   

12. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan alasan Kerajaan tidak meratifikasikan 6 dari 8 konvensyen berkaitan dengan UN Declaration of Human Rights dan menyatakan syarat-syarat kecualian yang dibuat berkaitan dengan  Convention on the Rights of the Child (CRC) dan Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bilakah projek pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam akan dimulakan dan siapakah kontraktor yang telah dipilih.

20. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih perubatan dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya selaras dengan rakan-rakan  mereka di Kementerian Kesihatan.

28. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah peruntukan Persekutuan yang disalurkan khusus untuk pembangunan Daerah Pendang sejak 2008 dan berapakah projek yang telah dilaksanakan dan telah disiapkan.

30. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa dan apakah puncanya majlis 
perasmian Hari Koperasi Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2012 tidak mendapat sambutan  yang menggalakkan serta kehadiran peserta yang tidak ramai seperti majlis perasmian yang lain.

32. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa sehingga sekarang setelah 55 tahun merdeka, Pekan Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang tidak ada sebuah bank pun, kenapa Bank Simpanan Nasional pun tidak berminat untuk menubuhkan cawangan di Pekan Trong ini.

38. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah universiti tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri.

41. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2011.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]