Monday, October 29, 2012

Dewan Rakyat 29 Okt 2012 (Isnin)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-   
(a) sejauh manakah transformasi tercapai di bawah Dasar Agro Makanan Negara terutama di Sabah; dan 
(b) setakat mana industri agro makanan telah mencapai kepada industri yang lebih moden dan dinamik serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.  [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Machang ]

2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah Bomba Sukarela yang beroperasi aktif di seluruh Negeri Kedah dan apakah kemudahan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada mereka.   [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Tebrau ]

3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan berapa kes yang telah diambil oleh SKMM terhadap blog yang terang-terang terlibat dalam menabur fitnah terhadap pemimpin Negara dan sejauh mana pemantauan berterusan yang dibuat setakat ini dalam memastikan penulis blog dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM.[ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Kepong ]  

4. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini pekerja asing yang berada di negara  ini sehingga 1hb September, 2012. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Langat, BN Sri Gading ] 

5. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Standard Operating Procedure (SOP) bagi semua Hospital Kerajaan dalam melayani pesakit yang baru  dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Lembah Pantai ]

6. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selaras dengan konsep 1Malaysia   
(a) berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim wanita yang ditempatkan di Mahkamah Persekutuan; dan 
(b) berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak dan berapa ramaikah jumlah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang bukan berbangsa Melayu.  [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Ledang ]

7. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan purata pendapatan isi rumah bulanan petani, penternak dan  nelayan pada tahun 1999, 2009 dan terkini serta apakah usaha konkrit yang diambil untuk melonjakkan pendapatan mereka agar mencapai sekurangkurangnya RM2,400 sebulan menjelang 2020.   [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

8. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan berapakah jumlah pelajar yang MARA beri pinjaman dalam bidang perubatan yang belajar di Universiti Timur Tengah (nama-nama Universiti) bagi tahun 2011 hingga 2012.   [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:



12. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim jualan langsung atau MLM (Multi Level Marketing) yang baru diperkenalkan bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsur-unsur penipuan.
  
14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi meringankan beban pengguna.

16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan berapakah bilangan dan nilai projek-projek yang telah diagihkan kepada kontraktor-kontraktor dan firma Bumiputera melalui usaha yang dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penubuhan TERAJU pada 2011. Namakan projek serta kontraktor dan firma Bumiputera yang diberikan projek berkenaan.

24. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan adakah keperluan untuk mengadakan satu undang-undang untuk mengawal pengamalan ilmu hitam  yang boleh memesongkan akidah dan menyusahkan orang ramai.

26. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan status permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kota Kemuning.

28. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan komitmen beliau, setelah menerima sistem tender terbuka sebagai kaedah terbaik untuk mendapatkan 'value-for- money' berbanding 'direct-nego', untuk menjamin 'ketelusan' atau  'transparency' dalam sistem  'open tender' khasnya dalam pemberian kontrak oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) terdekat ini, serta kesediaan membuat penjelasan dan sebabsebab dalam pemberian kontrak di Prai dan lanjutan kontrak pembelian tenaga PPA dari IPP dengan Tenaga Nasional Berhad.

33. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Petronas untuk membangunkan Tok Bali sebagai sebuah  'supply base' yang lengkap memberi khidmat kepada telaga minyak dan gas di perairan Kelantan dan Thailand. 

39. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan apakah rasionalnya PDRM menubuhkan skuad khas bagi menyiasat kenyataan tweet saya 
bertarikh 28 Mei 2012 mengenai pembidaan plat kereta WWW1 oleh Sultan Johor sehingga pejabat-pejabat saya digeledah, 2 buah laptop saya diambil dan telefon bimbit dirampas. Berapa ramai anggota yang terlibat dalam siasatan kes ini serta kos yang ditanggung menghantar anggota dari Skudai Johor ke Ipoh serta Kuala Lumpur.

Usul 12(1) bahawa Dewan ini Tidak akan Di Tangguhkan sehingga jam 7.00 petang.
c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (24 Oktober, 2012) 

Sambungan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani

[ BN Tenom, PKR Ampang, BN Arau, PAS Marang, BN Limbang, PAS Hulu Langat, BN Ledang, PKR Machang, BN Libaran, PAS Pokok Sena, ] [ Rehat ] [ ] [ Penggulungan - ]