Thursday, October 18, 2012

Dewan Rakyat 18 Okt 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan tentang prosedur pinjaman kewangan institusi kewangan seperti SME Bank, MTDC dan Bank Pembangunan yang jelas menyulitkan bantuan Kerajaan kepada usahawan tempatan. 
  
2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ]  minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan apakah tahap hasil tangkapan nelayan dan perancangan Kementerian untuk menambahkan hasil tangkapan nelayan-nelayan di sekitar Parlimen Balik Pulau.  

3. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah warga Sabah yang telah  terpilih menjawat jawatan guru dan ditugaskan di Sabah.   

4. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan bilangan berasingan ahli-ahli Kabinet, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri  Besar, Ketuaketua Menteri, Ahli Parlimen, Senator, Ahli EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana rasuah.   

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal penubuhan institusi dan kolej pengajian tinggi swasta yang begitu banyak ketika ini. Apakah usaha yang diambil bagi memastikan IPTA Swasta itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.   

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ]  minta MENTERI PELAJARAN  menyatakan sama ada Kementerian akan menimbang untuk mengadakan Rukun Negara sebagai satu subjek pembelajaran di sekolah-sekolah khususnya di peringkat menengah atasan.          

7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah R&R yang telah dilaksanakan sepanjang Pan Borneo Highway.   

8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah benar bahawa seorang isteri yang didapati bersalah melakukan nusyus akan tetap diutamakan dalam soal hak penjagaan anaknya.   

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan parameter-parameter untuk mengukur kejayaan Gagasan 1Malaysia terutamanya dari segi jurang ekonomi antara masyarakat 
bandar dan luar bandar serta diskriminasi perkauman.   

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa Pejabat Pos Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai kerani pos dalam "kontrak", sedangkan di situ banyak sekolah, kampung dan masyarakat Melayu Luar Bandar. Kenapa di Pejabat Pos Trong, operasi Jabatan 
Pengangkutan Jalan hanya beroperasi hanya pada hari Rabu sahaja.   

11. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan langkah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan peruntukan Akta Bank dan Institusi 
Kewangan (BAFIA) bagi mengembalikan semula keyakinan para pelabur selepas insiden pembocoran maklumat pelanggan oleh seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.   

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ]  minta  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-   
(a) jumlah anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenakan tindakan tahan kerja dari tahun 2008 hingga hari ini; dan 
(b) kesalahan-kesalahan yang mereka telah disyaki dilakukan mengikut pecahan jenis kesalahan dan 
pangkat mereka.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan apakah Kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar dan jika sedar, apakah langkah-langkah yang diambil.

28. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapakah NGO berdaftar yang terdapat di dalam negara kita dan adakah pemantauan dibuat terhadap 
aktiviti dan juga dana yang mereka perolehi khasnya dana dari luar negara.

33. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) adakah risiko daripada penurunan harga minyak mentah akan ditanggung oleh kedua-kedua belah pihak  Risk Sharing Contract (RSC) (Petronas dan pemegang konsortium) atau Petronas sahaja; dan 
(b) berapakah anggaran keseluruhan terbaru yang dikemukakan oleh konsortium Sapura Kencana-Petrofac untuk projek Berantai dan perbezaan jumlah serta peratusan  'cost overrun' berbanding kos yang dikemukakan sewaktu bidaan.

36. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang dan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pengenalan SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran dan pembelajaran guru selalu terabai. Apakah langkah kementerian untuk mengatasi perkara ini.  

41. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan ke 2 Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dicadang dibuka untuk penggunapengguna jalanraya. 

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2012) DAN 

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]