Tuesday, October 9, 2012

Dewan Rakyat 9 Okt 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ]  minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan langkah dan pendekatan yang diambil bagi mengatasi dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lokasilokasi utama di kawasan pusat pentadbiran Putrajaya terutamanya pada waktu puncak.   

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta  MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan sebagai anggota OIC berkenaan isu pembunuhan umat Islam 
Rohingya.   

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan berapa banyakkah (mengikut tahun) kelulusan telah diberikan kepada syarikat-syarikat  keselamatan untuk mengambil pekerja dari luar negara bekerja di sektor tersebut di negara ini.   

4. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pengundi sah yang telah digazetkan oleh SPR mengikut suku yang terkini di setiap kawasan Parlimen dan kawasan DUN (kesemua 222 kawasan Parlimen) mengikut pecahan pengundi hadir dan pengundi tidak hadir.   

5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan jumlah  rakyat  miskin  dan  jumlah  peruntukan yang telah  dibelanjakan  bagi  
program  bantuan  rumah  (PBR ) rakyat miskin (di bawah e-kasih) untuk  bina  rumah  baru dan baik pulih rumah  mengikut negeri semenjak  tahun 2009.    

6. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bilakah Sekolah Tamil akan dibantu sepenuhnya dan bilakah enam (6) Sekolah Tamil baru  yang telah dijanjikan akan dibina.   

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-   
(a) pencapaian Kementerian sehingga kini dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan; dan 
(b) perbelanjaan yang digunakan untuk pelbagai bantuan di bawah Kementerian mengikut negeri dan bidang.
  
8. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-   
(a) apakah usaha-usaha Kementerian dalam memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat 
Advanced Air Traffic Systems (AMCOP) untuk projek Sistem Kawalan Trafik Udara (ATCS) dipertingkatkan kerana dewasa ini perkhidmatan yang didapati tidak memuaskan; dan 
(b) berapakah nilai kontrak yang diberikan kepada AMCOP dan apakah punca-punca utama syarikat ini tidak cemerlang dalam perkhidmatan mereka.  

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-   
(a) langkah yang diambil oleh Kementerian ke atas Laporan Global Youth Online Behaviour Survey, di mana 8 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia adalah mangsa buli; dan 
(b) langkah-langkah serta program bagi membantu kanakkanak serta ibu bapa yang menghadapi tekanan sindrom penafian.  

10. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ]  minta  MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor pakar, doktor, doktor gigi dan intern di Hospital Sibu. Apakah langkah untuk menambah bilangan katil dan 
meningkatkan kemudahan-kemudahan dan keadaan di Hospital Sibu.   

11. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai projek bekalan elektrik luar bandar dengan peruntukan serta peratusan prestasi pelaksanaan setakat tahun ini. Nyatakan juga sama ada pemasangan meter dan pendawaian dalam rumah termasuk skop kerja kontraktor dan jika tidak minta diperjelaskan kenapa memandangkan masalah ini telah dibawa dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat sebelum pelaksanaan NKRA dimulakan.   

12. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan pendirian Kementerian terhadap laluan kabel TNB alternatif di Rawang yang dicadangkan oleh perunding Kerajaan Selangor. Apakah Kementerian akan memberi arahan kepada TNB supaya mengikut cadangan Kerajaan Selangor supaya mengelakkan konflik di antara penduduk dan TNB di Rawang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri Sidang Kemuncak Bumi (Rio + 20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, 
pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua sidang  Kemuncak Bumi pada tahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini.

26. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan Projek TEKIH terutama pakej B dengan segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng Baling, apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar dapat dilaksanakan.

30. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (8 Oktober, 2012) DAN 

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (8 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]