Monday, March 19, 2012

Dewan Rakyat 19 Mac 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hala tuju dan strategi masa depan Proton Nasional Berhad selepas pembelian syarikat DRB Hicom Berhad, selain usaha pengurangan kos dan peningkatan kecekapan. Apakah langkah untuk tingkatkan saiz pasaran di luar Malaysia dan juga kecemerlangan teknologi kejuruteraan. 

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan. 

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perniagaan berbentuk maklumat atas permintaan (Information On Demand) semakin berleluasa sekarang ini. Syarikat penyedia kandungan/perkhidmatan ghairah dengan pelbagai cara dan helah supaya pengguna telefon melanggan servis mereka. Bagaimanakah pihak Kementerian mengawal selia bentuk promosi perniagaan ini dan apakah tindakan dan hukuman jika terdapat unsur penipuan dalam perniagaan ini. 

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kebanyakan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di negara kita mengalami masalah kewangan yang agak serius. Ini kerana walaupun kebanyakan dari mereka mampu bekerja namun kebanyakan majikan di negara kita masih menganggap mereka sebagai golongan kurang upaya. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam memastikan agar pesakit-pesakit ini dapat diberikan pekerjaan bagi mengurangkan masalah kewangan dan pengangguran di kalangan pesakit buah pinggang. 

5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab-sebab masalah penyampaian surat-surat di kawasan luar bandar khasnya kawasan Tanjong Piai di mana posmen meletakkan surat di kedai dan warung masih berlaku sedangkan orang ramai telah meminta surat dihantar terus ke rumah. 

6. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pelaburan oleh KWSP dengan memberikan butir-butir pelaburan dalam pinjaman Kerajaan, sekuriti dan bon-bon dan sebab-sebab KWSP melabur dalam sekuriti Kerajaan berbanding pelaburan swasta. 

7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa wujudnya tapak-tapak meletak kenderaan di kawasan bandar yang mengenakan caj yang berlebihan dan membebankan para pengguna sehingga mencecah RM 40.00 sehari serta apakah langkah yang diambil dalam mengawal masalah ini. 

8. Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :- 
(a) mengapa kenaikan pangkat dan gaji guru yang tamat pengajian ijazah sebelum 2004 tidak diselaraskan bersama dengan mereka yang tamat pengajian selepas 2004; dan
(b) apa langkah-langkah yang diambil untuk memartabatkan tulisan Jawi di sekolah-sekolah. 

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk menempatkan UiTM atau Politeknik di kawasan Utara Sarawak seperti Miri atau Sibuti bagi menyediakan peluang pendidikan di peringkat Diploma dan Ijazah yang menyediakan yuran rendah kepada rakyat. 

10. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah profesional dan expatriate warganegara Malaysia yang menyahut cabaran “brain gain” sejak dilancarkan dan berapa ramai pula yang keluar negara menjadikan masalah fenomena “brain drain” kepada negara. 

11. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan memperdayakan para pesakit yang "sebatang kara" serta golongan tidak berkemampuan di negeri Terengganu.

12. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penswastaan KTM.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memulakan kursus kemahiran seperti yang ditawarkan di sekolah teknik seawal Tingkatan Satu di sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang dikenal pasti lemah pencapaiannya di dalam UPSR.

28. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah alasan utama kontrak yang ditandatangani di antara MINDEF dan sebuah syarikat swasta tempatan LARDAC yang dibantu syarikat antarabangsa AIDC pada Oktober 2001 untuk menjalankan 'program menaik taraf (upgrade) jet pejuang' yang pernah ditamatkan.

36. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- 
(a) Dasar Negara dalam membuka kembali pengambilan pekerja asing; dan
(b) jumlah pekerja asing mengikut sektor industri, pembinaan, restoran, perladangan dan pembantu rumah.

c. Usul-Usul Dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Mac, 2012)

2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]

3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [ Kementerian Pengangkutan ]

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]