PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PR-1251-L47999
Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah
tahap harga rumah kos rendah dengan harga RM42,000 masih releven
dengan perkembangan semasa. Berapa jumlah rumah kos rendah di
kawasan Simpang Renggam dan nyatakan pembahagian nisbah
antara Kerajaan dan swasta.
2. PR-1251-L48343
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan sistem
biometrik untuk pekerja asing yang telah dilancarkan oleh Kerajaan
dalam membanteras penyeludupan manusia serta pendaftaran
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara.
3. PR-1251-L48967
Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan
adakah Kementerian bercadang memantau dan mengenakan sekatan
ke atas pengguna akaun “Facebook” yang sejak akhir-akhir ini sering
kali dicemari dengan penyalahgunaan termasuk kes penceraian,
pergaduhan serta penyebaran aktiviti subversif, kegiatan tidak
bermoral dan perniagaan yang menyalahi undang-undang.
4. PR-1251-L48245
Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan tahap kesediaan Malaysia mencapai sasaran Wawasan
2020 dan Negara Berpendapatan Tinggi. Nyatakan petunjukpetunjuknya, jika ya.
5. PR-1251-L47638
Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah prospek ekonomi negara pada 2012
yang dilihat mencabar dengan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat,
krisis hutang Eropah dan potensi tekanan inflasi kerana kenaikan
harga komoditi dunia, khususnya minyak mentah dan bahan makanan. AUM DR 21/3/2012 2
6. PR-1251-L47560
Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
meneruskan langkah menstrukturkan semula subsidi harga barangbarang keperluan utama rakyat Malaysia setelah tertubuhnya KR1M
serta bagaimanakah langkah yang hendak dilaksanakan bagi tujuan
menyeragamkan harga-harga tersebut di Semenanjung dengan Sabah
dan Sarawak.
7. PR-1251-L48051
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat mengkaji semula Garis
Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank
Negara Malaysia, yang mana telah menyebabkan rakyat dan juga
industri perbankan, insurans, takaful, automotif serta hartanah
mengeluh kerana syarat kelulusan pinjaman yang mesti berasaskan
gaji bersih setelah pemotongan wajib dan tanggungan hutang.
8. PR-1251-L47866
Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan prospek tanaman getah dan kelapa sawit di pasaran
dunia menjelang 2020.
9. PR-1251-L47442
Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh manakah model baru pengangkutan
awam khususnya bantuan kepada bas berhenti-henti di negara ini dan
adakah Kerajaan berhasrat mensubsidi perkhidmatan pengangkutan
bas awam di bandar-bandar besar.
10. PR-1251-L48059
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah perolehan kutipan tol
dan perbelanjaan penyenggaraan di Jambatan Pulau Pinang sejak ia
bermula sehingga tahun 2011 adakah Kerajaan bercadang untuk
menamatkan perjanjian konsesi lebih awal.
11. PR-1251-L47473
Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah ada perancangan untuk menaiktaraf
Hospital Kapit dalam jangka masa terdekat ini. Bolehkah Jabatan
Kesihatan mewujudkan sebuah unit 'kidney dialysis' di Klinik Kesihatan
Daerah Song memandangkan sekarang ada beberapa orang pesakit
buah pinggang yang sangat memerlukan perkhidmatan tersebut di
Song. 3 AUM DR 21/3/2012
12. PR-1251-L48614
Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit di
bawah FELDA di Sabah, dan jumlah pengeluaran minyak sawit dari
kawasan-kawasan ini, dan cara bagaimana FELDA memberi manfaat
kepada rakyat Sabah.
13. PR-1251-L47548
Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang menaiktaraf Institut
Pendidikan Guru Kampus Rajang di Meradong kepada taraf Kolej
Universiti/Universiti. Nyatakan juga cadangan dan perancangan
Kementerian meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Sarawak
khasnya Zon Tengah.
14. PR-1251-L47522
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan mengapa aduan NUBE di bawah
Seksyen 8 Akta Perhubungan Perusahaan pada Oktober 2011 dan
bantuan yang dimohon oleh NUBE (24 Oktober, 2011) tidak diambil
tindakan oleh Kementerian sehingga dua pegawai NUBE Maybank
dipecat.
15. PR-1251-L48714
Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan
membentang Rang Undang-Undang Murtad di Dewan Rakyat yang
mulia ini.
16. PR-1251-L48426
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
ALAM SEKITAR menyatakan keluasan hutan simpan dan bukan
simpan di seluruh negara. Apakah keberkesanan penguatkuasaan
untuk mencegah pembalakan haram.
17. PR-1251-L47282
Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam menaiktaraf jalan
luar bandar di Sabah khasnya daerah Kinabatangan; dan
(b) adakah Kementerian bercadang menaiktaraf jalan luar
bandar seperti Kg. Keramuak, Bangkulat-Mangkawagu,
Kg. Sinar Jaya, Kg. Suan Lamba, Kg. Balat dan Kg.
Kuamut. AUM DR 21/3/2012 4
18. PR-1251-L49144
Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
PELAJARAN menyatakan mengapa pada Januari 2012, 607 Guru
Sambilan Harian (GSH) di Sarawak dihentikan perkhidmatan mereka
dengan serta-merta. Adakah pampasan dibayar kepada mereka atas
penamatan kontrak mereka. Kenapa hanya 349 guru interim dilantik
untuk mengisi kekosongan yang diwujudkan oleh penghentian kontrak
mereka.
19. PR-1251-L48480
Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan Kedai Runcit 1Malaysia di
seluruh negara serta nyatakan prestasi perniagaan keseluruhan kedaikedai runcit ini setelah mengikuti program tersebut dan sejauh
manakah ia dapat mengatasi masalah kenaikan harga barang
keperluan.
20. PR-1251-L47695
Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan tentang isu peminggiran usahawan Bumiputera
yang dibangkitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang
melibatkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
semasa menggubal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)
berlandaskan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilaksanakan
menerusi 12 makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP).
21. PR-1251-L47200
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah pelaburan langsung asing (Foreign Direct
Investment) di Malaysia tahun 2011; dan
(b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan minat pelabur
asing ini melabur di Malaysia.
22. PR-1251-L47850
Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan bercadang meminda undang-undang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi
kuasa penuh kepada SPRM untuk mendakwa kes rasuah bagi
memastikan tiada kes ditolak seperti cadangan oleh Transparency
International (TI) Malaysia. 5 AUM DR 21/3/2012
23. PR-1251-L47837
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan:-
(a) sama ada Kementerian dapat membaiki paip-paip air dari
Sarikei ke kampung-kampung di Tanjung Manis dengan
segera kerana mengalami kebocoran yang amat teruk
sejak sekian lama; dan
(b) memandangkan tekanan air terlalu rendah dan air tidak
mencukupi, sama ada Kementerian dapat menyediakan
bajet untuk menyambung paip dari Sibu ke Tanjung
Manis, Paloh sehingga ke Pulau Bruit.
24. PR-1251-L48856
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah status jawatan Encik Abidin Abdul
Rahman, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan kenapakah beliau
dipindahkan ke Perpustakaan JPM.
25. PR-1251-L48963
Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah
status perlaksanaan Jalan Kendaie di Daerah Lundu, Sarawak yang
dilaporkan telah diluluskan tetapi setakat ini belum dilaksanakan.
26. PR-1251-L48287
Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah wakil CEUPACS tidak dilibat dalam
penyediaan SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga
timbul pelbagai masalah apabila diumumkan.
27. PR-1251-L47928
Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah
jumlah bantuan atau subsidi yang diberikan kepada golongan nelayan
di negara ini dan sejauh mana ia telah memberi kesan kepada
peningkatan hasil tangkapan.
28. PR-1251-L48703
Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) jumlah pemilih terkini berbanding tahun 2008 dan pemilih
pos mengikut kawasan Parlimen; dan
(b) berapakah jumlah pendaftaran pemilih baru dan
pertukaran tempat mengundi mengikut parti politik bagi
tahun 2009 hingga 2011. AUM DR 21/3/2012 6
29. PR-1251-L47191
Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah hasilnya Persidangan Antarabangsa Gerakan
Kesederhanaan Global. Bagaimana penubuhan institusi
kesederhanaan negara dan tabung kesederhanaan antarabangsa akan
memanfaatkan Malaysia.
30. PR-1251-L48559
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di setiap
negeri yang memiliki lesen senjata api dari tahun 2002 ke 2012
berdasarkan pecahan tahunan. Senaraikan:-
(a) nama wakil rakyat yang tersebut; dan
(b) nama wakil rakyat di mana lesen tersebut ditarik balik
dan alasannya.
31. PR-1251-L49000
Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan dengan kenaikan elaun RELA baru-baru ini,
adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan kenaikan yang sama
bagi badan-badan sukarela yang lain seperti Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan Askar Wataniah.
32. PR-1251-L49013
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI
TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kadar tarif
elektrik untuk kegunaan domestik, perniagaan dan perindustrian dari
tahun 1990 hingga sekarang.
33. PR-1251-L47766
Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan tahap keberkesanan MIGHT dan
agensi-agensi pelaksana pembangunan teknologi tinggi dan inovasi di
dalam menggerakkan dasar pemodenan industri negara pada waktu ini
dan apakah strategi Kerajaan dalam memastikan tahap teknologi dan
inovasi negara berkembang pada tahap yang maksima.
34. PR-1251-L47725
Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kenderaan yang didaftarkan di
negara ini dan adakah Kerajaan bercadang mengehadkan bilangan
kenderaan yang boleh dijual atau dimiliki setiap individu seperti
dilakukan di beberapa negara maju bagi mengurangkan kesesakan
jalan raya dan menjaga alam sekitar 7 AUM DR 21/3/2012
35. PR-1251-L48439
Dato’ Sri Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah dan kaedah
yang diambil berhubung masalah yang dibangkitkan berkenaan lebih
3.73 juta rakyat negara ini yang berumur 21 tahun ke atas dan masih
belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemilih.
36. PR-1251-L48265
Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan sehingga kini syarikat-syarikat Perladangan Kelapa Sawit
yang telah melabur di luar negara dalam penanaman kelapa sawit dan
apakah insentif dan juga bantuan-bantuan yang disalurkan kepada
mereka untuk membantu mereka.
37. PR-1251-L47973
Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
menyatakan terdapat kekurangan padang serta tempat bersenam dan
melakukan aktiviti sukan di keseluruhan Kuala Lumpur. Ini kerana
kebanyakan padang-padang telah digunakan bagi tujuan
pembangunan seperti mendirikan bangunan komersial serta
kondominium. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian
untuk memastikan warga kota disediakan dengan padang dan tempat
bersenam untuk melakukan aktiviti sukan demi kepentingan kesihatan
serta mendorong anak-anak muda bersukan.
38. PR-1251-L47861
Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) jumlah pegawai penyelaras yang telah dilantik selepas
Pilihanraya Umum ke-12 mengikut pecahan gender.
Nyatakan jumlah kewangan yang terlibat; dan
(b) jumlah JKKKP yang dilantik dan jumlah kewangan yang
terlibat.
39. PR-1251-L48365
Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang banyak isu-isu yang
membabitkan ketirisan wang negara dalam projek Kerajaan serta
sejauh mana tindakan Kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan
wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.
40. PR-1251-L48451
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bersedia untuk menetapkan
PETRONAS menyertai "Extractive Industries
Transparency Initiative" dan jika tidak apakah sebabnya.;
dan AUM DR 21/3/2012 8
(b) adakah cadangan untuk meminda Akta Pembangunan
Petroleum 1974 untuk membolehkan PETRONAS
membentangkan laporan terus ke Parlimen.
41. PR-1251-L49074
Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenisjenis tanaman baru yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada
komoditi negara pada masa depan.
42. PR-1251-L47234
Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa bilangan sebenar pemegang kad
pengenalan baru terutama sekali di Sabah yang beragama Kristian
tetapi tercatat Islam sebagai agama mereka disebabkan pemohon
yang menggunakan 'bin' dan 'binti' dalam surat beranak mereka.
Kenapa kesilapan ini berlaku dan bagaimana cara memperbaikinya
dengan senang dan cepat yang tidak membebankan kepada mereka
yang terlibat.
43. PR-1251-L47265
Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah
disalurkan kepada para pelajar Institusi-institusi Pengajian Tinggi di
seluruh negara melalui baucer Pembelian Buku.
44. PR-1251-L48274
Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah nilai barangan
tani/makanan yang diimport dan dieksport bagi tahun 2008 hingga
2011. Sila nyatakan sebabnya BERNAS masih diberi monopoli untuk
mengimport beras. Berapakah jumlah nilai dan 'tonnage' pengimportan
beras BERNAS dalam tempoh 2008 hingga 2011.
45. PR-1251-L48775
Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah ada kerjasama antara pihak
Kementerian Kesihatan bagi memastikan atlet-atlet negara tidak
terjebak dalam pengambilan pil-pil perangsang yang tidak dibenarkan.
Sepanjang tempoh sepuluh (10) tahun berapakah kes yang
melibatkan atlet-atlet negara dalam pengambilan pil-pil perangsang.
46. PR-1251-L48193
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan susulan
pihak PDRM mengenai dua peristiwa serangan kumpulan samseng ke
atas majlis ceramah pro Pakatan Rakyat di daerah Klang (Jalan Kebun
dan Kg Idaman) dalam bulan Januari dan Februari 2012. 9 AUM DR 21/3/2012
47. PR-1251-L47984
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah rasional Kementerian menggunakan sejumlah
RM15 bilion dari simpanan KWSP untuk melabur dalam
skim khas pembelian rumah di bawah Program
Perumahan Rakyat-Majlis Bertindak Ekonomi Negara
(PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur; dan
(b) apakah jaminan pulangan kepada KWSP supaya
kepentingan ahli-ahli KWSP terpelihara.
48. PR-1251-L48671
Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan kewangan yang disalurkan oleh
Kementerian kepada badan kebajikan, rumah warga
emas dan rumah anak yatim; dan
(b) jumlah badan kebajikan yang berdaftar dengan
Kementerian.
49. PR-1251-L47670
Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) memandangkan pusat pendaratan tuna di Batu Maung
Pulau Pinang tidak beroperasi, adakah Kerajaan
bercadang untuk menggunakan tempat lain bagi
pendaratan ikan tuna; dan
(b) nyatakan prestasi projek ternakan ikan dan udang yang
dijalankan oleh LKIM. Adakah pemantauan dibuat.
50. PR-1251-L48162
Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta
MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perancangan pelan
tindakan Malaysia selanjutnya selepas penganjuran Global Movement
of the Moderates dirasmikan pada bulan Januari yang lepas.
51. PR-1251-L47496
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman Kerajaan di luar negara
dan institusi kewangan dalam negara termasuk Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan bentuk serta kadar nilai untuk
membayar balik pinjaman tersebut. AUM DR 21/3/2012 10
52. PR-1251-L47622
Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai
projek dan nilai peruntukan setiap satu di bawah Kementerian yang
akan dilaksanakan di Kota Belud untuk RMK-10.
53. PR-1251-L48190
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh
Kerajaan untuk membina sebuah universiti di Taiping dan membaik
semula Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan sejarah.
54. PR-1251-L48452
Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan berapa dan bila peruntukan untuk pembinaan semula
bangunan sekolah SJKC Ladang Hillside, Jalan Labu, Seremban akan
disalurkan kepada pihak sekolah dan dilaksanakan.
55. PR-1251-L48477
Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah usaha meningkatkan tahap dan kualiti
perkhidmatan polis di luar bandar; dan
(b) kenapa Malaysia menjadi tempat tumpuan pengedaran
dadah terutama daripada Iran dan apakah langkahlangkah dan tahap keselamatan bagi mengatasi masalah
ini.
56. PR-1251-L48584
Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) usaha dan kejayaan program Permata di Sarawak; dan
(b) sumbangan isteri YAB Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor, terhadap kemajuan wanita di Sarawak
sedangkan beliau telah dikurniakan Ijazah kehormat
Doktor Falsafah dari Universiti Curtin.
57. PR-1251-L47239
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menjelaskan sejauh
manakah siasatan ke atas isu National Feedlot Corporation.
58. PR-1251-L47575
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan mengapakah hospital-hospital Kerajaan memerlukan
masa yang lebih lama berbanding hospital swasta untuk mengenal
pasti jenis penyakit yang dihadapi pesakit walaupun pemeriksaan
penuh telah dilakukan doktor pakar. 11 AUM DR 21/3/2012
59. PR-1251-L48632
Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan untuk memberitahu Dewan bilangan warga asing
di dalam penjara di negara ini yang sedang menunggu perbicaraan
bagi kesalahan-kesalahan yang disabitkan dengan hukuman mati
(capital offences) setakat 31hb Januari, 2012 mengikut
kewarganegaraan.
60. PR-1251-L48976
Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan statistik pembeli rumah melalui pinjaman Skim Rumah
Pertamaku sejak pelancarannya pada Mac 2011 mengikut nama bank
yang memberikan pinjaman dan bangsa peminjam.
61. PR-1251-L48532
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan sama ada janji Kerajaan untuk membiayai 50% kos
pembangunan bangunan sekolah untuk Sekolah Bantuan modal masih
dilaksanakan. Kenapa ia tidak dilaksanakan untuk bangunan baru
Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar dan Sekolah Min Te (C),
Ayer Tawar yang menyiapkan satu blok bangunan sekolah masingmasing dalam tahun 2011.
62. PR-1251-L49116
Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah dasar baru Kerajaan
yang membenarkan migran yang menjadi mangsa eksploitasi
pekerjaan ditempatkan di rumah perlindungan dan seterusnya
dibenarkan untuk bekerja di Malaysia selepas dibebaskan mampu
menambah baik perlindungan mangsa eksploitasi pekerjaan di negara
ini.
63. PR-1251-L47601
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah status dan tindakan yang telah diambil berkaitan
memorandum Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)
berkaitan isu pemulihan kepimpinan PBPM
memandangkan ianya sudah berlarutan lebih 6 tahun;
dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan
dan menambah baik kuarters, surau, jalan dan lain-lain
di Pengkalan FRU 5, Ipoh, Perak yang kelihatan terlalu
uzur dan terbiar. AUM DR 21/3/2012 12
64. PR-1251-L48373
Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada projek MRT mampan dari segi kewangan,
berikan alasan-alasan, dan sama ada model MTR Hong Kong
merupakan model yang digunakan oleh Kerajaan untuk membiayai
projek MRT menerusi pengambilalihan dan membangun tanah-tanah
yang telah diduduki, dan jika tidak, apakah model yang digunakan.
65. PR-1251-L48893
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan komitmen Kerajaan terhadap permintaan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar salinan
pengisytiharan harta semua anggota Pentadbiran termasuk ahli-ahli
keluarga mereka juga dikemukakan kepada SPRM serta cadangan
supaya pengisytiharan harta hakim-hakim dikemukakan kepada
Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
66. PR-1251-L48327
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan langkah-langkah untuk membasmikan kecurian
tanaman tempatan seperti kelapa sawit yang semakin serius pada
masa kini.
67. PR-1251-L48929
Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah kakitangan Kerajaan dan daripadanya, berapa
banyak adalah terdiri daripada golongan OKU. 13 AUM DR 21/3/2012
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol)
dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian
bunyinya:-
“ Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di
dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun
mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis
Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan
menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda
semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua
Belas.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Mac, 2012)
2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan
Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]
Bacaan Kali
Yang Kedua
3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
“
4. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012
[ Kementerian Pengangkutan ]
“
5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2009
[ Kementerian Kewangan ]
“
6. PR-1251-U47225
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa oleh kerana fenomena
pemanasan global cuaca pada hari ini tidak lagi dapat diramal malah
kejadian banjir kilat berlaku kian kerap." Dan megambil maklum
bahawa keadaan sungai yang telah menjadi cetek disebabkan oleh
aktiviti alam semulajadi dan aktiviti manusia telah memburukkan lagi
keadaan ini. AUM DR 21/3/2012 14
Dan mengambil maklum juga kebanyakan sungai-sungai tidak
disenggara dengan baik dan ini juga menyumbang kepada berlakunya
banjir dan banjir kilat. Juga mengambil maklum bahawa, setiap kali
banjir dan banjir kilat berlaku, terutama sekali di kawasan Putatan,
maka setiap kali juga ianya mendatangkan kesengsaraan dan kerugian
harta benda kepada rakyat. Maka dengan ini Dewan hendaklah
mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, melalui Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan serta merta
untuk memulihkan dan memperdalamkan sungai-sungai yang terdapat
dikawasan Parlimen Putatan supaya kejadian banjir dan banjir kilat
dapat dielakkan."
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
7. PR-1251-U47226
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa hubungan diplomatik
Malaysia - Indonesia kerap kali berada dalam keadaan panas." Dan
mengambil maklum bahawa "keadaan panas" ini memburukkan lagi
oleh hasutan pihak-pihak tertentu sama ada dari Malaysia ataupun
Indonesia. Dan mengambil maklum juga bahawa "keadaan panas" ini
juga diburukkan lagi dengan isu-isu rentas sempadan, misalnya
pertindihan sempadan, pencorobohan nelayan kedua-dua belah pihak
dan lain-lain lagi isu. Maka dengan ini Dewan hendaklah mangambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan, bahawa mengatasi "keadaan
panas" ini, satu jawatankuasa khas antara Parlimen Malaysia dan
dewan perwakilan rakyat Republik Indonesia hendaklah ditubuhkan
untuk menguruskan semula hal-hal yang boleh mengeratkan lagi
hubungan dua-hala Malaysia-Indonesia."
(Menteri Luar Negeri)
8. PR-1251-U47227
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pada masa ini, negara
banyak bergantung dengan bekalan beras import bagi keperluan
bekalan beras negara." Dan mengambil maklum bahawa ada kalanya
bekalan ini terjejas apabila negara pembekal menghadapi bencana
alam misalnya negara Thailand dan Vietnam yang dilanda banjir barubaru ini dimana kebanyakan jelapang padi mereka musnah. Dan
mengambil maklum juga bahawa dinegeri Sabah amnya dan kawasan
Parlimen Putatan khasnya, terdapat banyak tanah sawah-sawah padi
yang terbiar yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. 15 AUM DR 21/3/2012
Juga mengambil maklum bahawa, kebanyakannya pemilik tanah
sawah terbiar ini adalah dahulunya pesawah-pesawah padi dan ketika
ini kebanyakan sawah-sawah mereka ini tidak lagi diusahakan kerana
pemilik tadi telah pun menjangkau usia lanjut dan tidak lagi bertenaga
untuk mengusahakan sawah-sawah mereka. Juga mengambil maklum
bahawa, sekiranya pemilik-pemilik sawah terbiar tadi dapat disatukan
dalam koperasi, maka tanah sawah tadi boleh dibangunkan dan dapat
menyumbangkan kepada pengurangan import beras negara. Maka
dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta
Kerajaan, bahawa Kerajaan mencari mekanisma khusus untuk
menubuhkan koperasi khas dengan pemilik tanah sawah yang
maksudkan supaya ianya bukan sahaja dapat menghasilkan beras
keperluan negara, malah boleh meningkatkan ekonomi penduduk
setempat melalui keuntungan yang dijana melalui koperasi itu kelak."
(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)
9. PR-1251-U47228
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kebanyakkan pelajar
yang cemerlang dalam mana-mana peperiksaan persekolahan
dinegara ini adalah datangnya dari kalangan murid yang berkeluarga
mampu atau lebih jelas lagi mereka yang mampu untuk menghantar
anak-anak mereka ke kelas bimbingan atau tuisyen." Dan mengambil
maklum bahawa, sementara kebanyakan mereka yang kurang
cemerlang atau terkandas dalam mana-mana peperiksaan
persekolahan adalah dari kalangan mereka yang kurang dan tidak
berkemampuan atau lebih jelas lagi dari kalangan keluarga miskin.
Dan mengambil maklum juga bahawa kebanyakan murid-murid yang
terkandas ini juga berpotensi untuk cemerlang sekiranya mereka
diberikan ruang dan peluang yang secukupnya terutama sekali dari
segi sokongan pembelajaran. Juga mengambil maklum bahawa, oleh
kerana kemiskinan yang dilalui, kebanyakan murid-murid yang kurang
cemerlang dan yang terkandas ini tidak mempunyai tempat belajar
yang sesuai untuk pembelajaran di rumah mereka. Serta mengambil
maklum juga bahawa, masih terdapat banyak rakyat Malaysia yang
prihatin dan sanggup melakukan kerja-kerja kesukarelaan dan dalam
hal pembelajaran ini, ada juga antara mereka yang sanggup untuk
menjadi tutor secara percuma demi untuk kecermelangan kampung
masing-masing. Kekangan program komuniti ini adalah ketiadaan
tempat untuk belajar. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah untuk mendirikan balai raya khusus - Pusat
Pembelajaran disetiap kampung dan diuruskan oleh pihak JKKK
dimana murid-murid dari kampung setempat itu boleh menyiapkan
kerja rumah dan ulang kaji di pusat pembelajaran yang dimaksudkan
tersebut."
(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) AUM DR 21/3/2012 16
10. PR-1251-U48413
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan pelbagai subsidi yang telah
dihulurkan oleh Kerajaan Pusat setiap tahun. Dewan juga
mendebatkan pembaziran dan penyelewengan yang disyaki berlaku
dengan berpuluh bilion ringgit yang diperuntukkan."
(Menteri Kewangan)
11. PR-1251-U48414
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincangkan berbagai-bagai faktor yang kenamengena dengan kira-kira 400,000 guru di negara ini. Bahawa Dewan
ini juga meneliti cara-cara pengambilan para calon di institusi
perguruan dan penghantaran para graduannya kepada hampir 10,000
sekolah."
(Menteri Pelajaran)
12. PR-1251-U47503
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya mengenai
fakta-fakta peristiwa untuk bahan sejarah dan bukan hanya sebagai
rekod sejarah tetapi amat penting untuk dijadikan mata pelajaran di
sekolah supaya generasi muda mendapat pengetahuan/fakta-fakta
yang betul. Contohya seperti fakta penubuhan negara Malaysia yang
sesugguhnya bukanlah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam
Malaysia pada 16 September 1963, tokoh pejuang seperti Mat Salleh
dan peristiwa tragedi nahas kapal terbang terhempas pada 6 Jun 1976
yang mengorbankan Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri
Kabinet Sabah."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
13. PR-1251-U47504
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini memandang serius dengan rampasan-rampasan
tanah di seluruh negara khasnya di Sabah oleh pihak-pihak tertentu
bagi perusahaan pertanian sehingga hasil pendapatan tanaman dan
rumah kediaman rakyat yang mempunyai hak asasi anak negeri di
Sabah telah dirampas tanpa pertimbangan dan paling menyukarkan
rakyat apabila pihak-pihak tertentu tersebut dibantu oleh penguat
kuasa Kerajaan."
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) 17 AUM DR 21/3/2012
14. PR-1251-U47505
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang seruis terhadap
pembinaan rumah-rumah bertingkat (PPR) dengan jumlah yang besar
sehingga melebihi 1,000 unit di satu-satu tempat tanpa penyediaan
keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya serta
kesesuaian lokasinya. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan
serius agar sosial, budaya dan adat resam rakyat tidak diketepikan
serta kesihatan dan keselamatan haruslah dipertingkatkan."
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
15. PR-1251-U47506
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian serius dengan peningkatan
penduduk yang luar biasa di Sabah bermula pada tahun 1970 hingga
2010 berbanding dengan kepadatan penduduk di seluruh negara
khasnya negeri jiran di Sarawak di mana statistik pertumbuhan
penduduk yang diperoleh, melalui jawapan dari Jabatan Perdana
Menteri pada 16 Mac 2011 adalah seperti berikut:
Tahun Malaysia Sarawak Sabah
1970 10,439,430 976,269 636,431
1980 13.1 juta 1.2 juta 1,011,040
1991 17.6 juta 1.6 juta 1,734,685
2000 22,202,614 2,012,616 2,488,348
2010 27,565,821 2,420,009 3,120,040
Kenaikan 17,126,391 1,433,740 2,483,609
Kenaikan % 165% 148% 390%
(40 tahun) Maka itu, kenaikan penduduk yang melambung tinggi di
Sabah tentunya ada punca dan sebab yang sangat luar biasa jika
dibandingkan dengan negeri Sarawak yang mempunyai bentuk
keadaan geografinya agak mencabar berbanding dengan Sabah."
(Perdana Menteri) AUM DR 21/3/2012 18
16. PR-1251-U47831
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini bersetuju supaya Kerajaan
melaksanakan pengalihan jajaran MRT dari Jalan Sultan ke jajaran
Stesen Pasar Seni ke Plaza Rakyat melalui Jalan Tan Cheng Lock
memandangakan ianya akan menyelamatkan bangunan-bangunan
lama di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dari dirobohkan supaya dijadikan
bangunan warisan, dan boleh memulihkan Plaza Rakyat yang
terbengkalai masakini untuk dijadikan hab pengangkutan awam."
(Perdana Menteri)
17. PR-1251-U47832
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini bersetuju pilihan raya Kerajaan
Tempatan hendaklah dipulihkan semula termasuk permilihan Datukdatuk Bandar bagi memenuhi hasrat dan inspirasi rakyat untuk memilih
Kerajaan Tempatan sendiri."
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
18. PR-1251-U47745
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil maklum dan menggesa
Menteri Sumber Manusia untuk menetapkan gaji minimum dengan
segera"."
(Menteri Sumber Manusia)
19. PR-1251-U47751
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil maklum dan menggesa
Menteri Pelajaran mengambil tindakan dengan segera membina enam
buah sekolah baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri barubaru ini dan juga mengambil tindakan untuk meluluskan dan
mendirikan sekolah baru Tamil dan Cina di bandar-bandar."
(Menteri Pelajaran)19 AUM DR 21/3/2012
20. PR-1251-U47366
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengkaji serta membinaan parkir bertingkat di
kesemua kawasan hospital yang memerlukan seperti Hospital Kajang,
Serdang."
(Menteri Kesihatan)
21. PR-1251-U47368
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengkaji serta membina parkir bertingkat di
Putrajaya di kawasan pejabat-pejabat Kerajaan."
(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
22. PR-1251-U47369
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengkaji serta melaksanakan supaya dibuka
semula lorong tambah nilai di tol utama dan juga mengurangkan kadar
bayaran komisyen touch & go."
(Menteri Kerja Raya)
23. PR-1251-U47371
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mencadangkan agar diberikan kelonggaran
kepada pencarum KWSP yang mengalami muflis dapat mengeluarkan
wang caruman mereka bagi menyelesaikan hutang mereka walaupun
mereka belum mencapai had umur 55 tahun."
(Menteri Kewangan)
24. PR-1251-U47373
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
'' Bahawa Dewan ini mengambil maklum memandangkan kesukaran
mendapatkan bantuan untuk memelihara anak, ramai wanita
berkerjaya telah mengambil keputusan untuk menjadi suri
rumahtangga sepenuh masa. AUM DR 21/3/2012 20
Maka dicadangkan supaya suatu bentuk insentif yang boleh pihak
kerajaan lakukan sebagai mengenang jasa mereka. Sebagai contoh,
pengurangan cukai yang lebih banyak untuk keluarga berkenaan,
pengangkutan awam percuma atau pun mungkin rawatan hospital
percuma."
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
25. PR-1251-U47374
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menyedari bagi memastikan setiap rakyat
mendapat pembelaan, Kerajaan memperuntukkan jumlah wang yang
sangat besar. Namun kita dapati subsidi yang dikeluarkan, turut
dinikmati oleh mereka yang tidak sepatutnya seperti mereka yang
berpendapatan tinggi dan para pekerja asing dalam negara. Maka
dengan ini adalah dicadangkan supaya satu mekanisma yang sama
untuk minyak diguna pakai utk pembelian beras dan gula. Ini kerana
jika dapat dilakukan, penjimatan yang diperolehi dari subsidi ini boleh
digunakan utk membantu yang lain seperti mengadakan insentif yang
lebih baik untuk suri rumahtangga, para pesara dan kanak-kanak
sekolah."
(Menteri Kewangan)
26. PR-1251-U47291
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mengutuk tindakan YB
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang
membuat kenyataan “menyokong sebarang usaha melindungi
keselamatan rejim Israel” yang disiarkan oleh media Wall Street
Journal baru-baru ini yang mana kenyataan itu jelas bercanggah
dengan pendirian hampir kesemua gerakan Islam; merupakan satu
pengkhianatan kepada Islam dan nilai kemanusiaan sejagat; dan
mengkhianati perjuangan, kebajikan, kepentingan dan keselamatan
rakyat dan negara Palestin dan bercanggah dengan pendirian
Kerajaan dan rakyat Malaysia selama ini yang bukan sahaja tidak
mengiktiraf rejim zionis Israel, malah tidak mengadakan sebarang
hubungan diplomatik dengan rejim Israel dan melarang secara rasmi
mana-mana warganegara Malaysia daripada memasuki negara rejim
Israel ini."
(Menteri Luar Negeri) 21 AUM DR 21/3/2012
27. PR-1251-U47292
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil
langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:- “¦tetapi tidak
mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan” dan diganti
dengan perkataan berikut; “dan mempunyai bidangkuasa mengenai
apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan
atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’ dan undangundang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk
membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang
Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan
oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya. Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah
Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda
bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1)
Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan diatas dan
hendaklah berbunyi seperti berikut:Mahkamah Syariah tersebut
hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan
jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan
didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam
(termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan,
memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang
berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum
syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya.Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam
wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang
jenayahnya seperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang
pengubahsuaian dan pindaan seperti yang berlaku sekarang dan
Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan sistem
perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah
umat Islam."
(Perdana Menteri)
28. PR-1251-U47293
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa
undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini
dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal
setakat ianya berlawanan itu. AUM DR 21/3/2012 22
“Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa banyak keadaan dimana
hukum syara’ dan syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat
dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang
meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang
dan peraturan lain termasuk undang-undang serta syariat Islam seperti
pengharaman pemakaian serban di sekolah-sekolah kebangsaan,
pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan,
perlaksanaan undang-undang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang
bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain."
(Perdana Menteri)
29. PR-1251-U47294
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan
bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti India sebaliknya
sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan
hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi
undang-undang dan syariatnya. Bahawa Dewan mengambil maklum
bahawa keputusan Mahkamah di dalam kes Che Omar Che Soh v.
Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah
banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk
memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular
sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya
negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,
maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan
status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi."
(Perdana Menteri)
30. PR-1251-U47295
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di
Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan
1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan
peruntukkan baru di Seksyen 4 seperti berikut:- Seksyen 4A: Di dalam
keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan
atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukumhakam, syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka
Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu
kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman; 23 AUM DR 21/3/2012
dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan
atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau
penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau
pertikaian itu hendaklah mengikut Mahkamah tersebut. Bahawa Dewan
menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau persoalan
mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular berdasarkan
undang-undang sivil boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan.
Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan kefahaman
terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks syariah dan
Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah sekular yang
membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut menurut
peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad kepada
pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata, malahan
menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.
Sebenarnya inilah yang telah berlaku di dalam kes Maria Hertogh @
Natrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang
mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima
pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah
dan keislaman Natrah dan perkahwinan Natrah dengan Almarhum
Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum
syara’ keislaman dan perkahwinan Natrah adalah sah kerana beliau
sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang
mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau.Begitu juga di dalam
beberapa kes dimana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah,
tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan
perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan seperti yang dicadangkan di
atas wujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat
diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang
terpakai bagi isu tersebut."
(Perdana Menteri)
31. PR-1251-U47296
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi
penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undangundang dan syariat Islam.Bagi maksud penganut agama Islam, soal
kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam hendaklah ditentukan
oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa mutlak
keatasnya. AUM DR 21/3/2012 24
Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun Mahkamah
Persekutuan di dalam beberapa kes termasuk Azlina Jailani @ Lina
Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan
Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal dan
permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan Mahkamah sekular
tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A),
namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes
seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan
seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh,
Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu
mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fardhu
kifayah ke atas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan
pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal
dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama di atas maka isu
seperti ini tidak akan berbangkit lagi."
(Perdana Menteri)
32. PR-1251-U47297
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah
sekular yang diwujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan
Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan bidang
kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel 121
(1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak
menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai
seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular
tersebut mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah
Syariah dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie,
apakah itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan
hak dan bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan
dan pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular."
(Perdana Menteri)
33. PR-1251-U47298
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya
undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan
opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan
sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di
Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukan
undang-undang yang ada dimana-mana Akta atau Enakmen Syariah
seperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang
Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi
menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu."
(Perdana Menteri)25 AUM DR 21/3/2012
34. PR-1251-U47299
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434 (Peringkat Antarabangsa) ataupun
Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1434 (Peringkat Antarabangsa) kepada
saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara
Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha
menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja dakwah ke seluruh dunia."
(Perdana Menteri)
35. PR-1251-U47300
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran “TUN” secara
“post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sahibul Fadhilah
Sheikh Muhammad Idris Al Marbawi dan Allahyarham Sahibul Fadhilah
Sheikh Abdullah Bin Basmeih dan menubuhkan kerusi khas atas nama
mereka dimana-mana Universiti terpilih bagi mengenang jasa mereka
yang besar kepada usaha memartabatkan dan memajukan
pengembangan dakwah dan ilmu Islam melalui karya-karya besar
mereka dan lain-lain usaha yang telah mereka lakukan."
(Perdana Menteri)
36. PR-1251-U47301
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri secara
“post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara
Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha
memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya
besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan."
(Perdana Menteri) AUM DR 21/3/2012 26
37. PR-1251-U47302
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan
Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan
semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau
negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik
balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada
mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang
kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran
Penjenayah (Criminal Registration Center)."
(Perdana Menteri)
38. PR-1251-U47303
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu
kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang
bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihan raya
kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil
rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan
Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau
dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa
pilihan raya umum untuk menentukan calon yang mengganti dan/ atau
mengisi kekosongan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan
keperluan mengadakan pilihan raya kecil yang melibatkan kos yang
tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan
politiking tanpa kesudahan."
(Perdana Menteri)
39. PR-1251-U47304
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya
melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa
dan autoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi
bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab
hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. 27 AUM DR 21/3/2012
Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan
supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa
yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan
dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap
melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan
tegas menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau di bawah manamana undang-undang (Persekutuan atau Negeri)."
(Perdana Menteri)
40. PR-1251-U47305
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai
sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut persempadanan
sebelum tahun 1967 dan menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus
khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkahlangkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini
sebagai “Jawantankuasa Caucus bagi Palestin” dengan melantik YB
Kepala Batas (atau mana-mana Ahli Parlimen yang dipertimbangkan
sesuai) sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini
mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan
memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak
menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh manamana pihak; dan juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera
mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam
Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan
Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin."
(Menteri Luar Negeri)
41. PR-1251-U47306
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani
dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan
berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut
agama Hindu dengan tujuan untuk memantapkan kedudukan ekonomi
mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk
penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan
permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan
dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal
Masyarakat India dengan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut."
(Perdana Menteri) AUM DR 21/3/2012 28
42. PR-1251-U47307
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis
Buku Negara dengan peruntukan yang mencukupi dan segera
menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil
semua langkah yang munasabah dan praktikal untuk membantu,
menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara.
Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku
Negara seperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan
sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar
Buku Negara tersebut."
(Menteri Pelajaran)
43. PR-1251-U47308
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan
siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima di kesemua
tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/atau halangan. Ini adalah
kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama
Persekutuan seperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan
Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan."
(Perdana Menteri)
44. PR-1251-U47309
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan
dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang
hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua
puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah
20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah
dibebaskan dengan serta-merta."
(Menteri Dalam Negeri) 29 AUM DR 21/3/2012
45. PR-1251-U47310
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri
Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat
kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines , AirAsia atau manamana syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan
kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam
membuat pilihan untuk memakai pakaian-pakaian seragam yang
mematuhi hukum syarak termasuk untuk memakai tudung dan pakaian
menutup aurat dan boleh memilih untuk tidak menyediakan dan atau
menghidangkan arak semasa dalam penerbangan."
(Menteri Pengangkutan)
46. PR-1251-U47311
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada
syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak
dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa di dalam
penerbangan."
(Menteri Pengangkutan)
47. PR-1251-U47312
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hanya
membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan
dalam apa bentuk sekalipun hanya dipremis-premis khas yang
dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja;
sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat
perjudian dan daging babi dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedaikedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa
minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya. Dewan ini
mengambil maklum banyak kes terjadi dimana remaja dan belia
beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman
beralkohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini
untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa
kepada timbulnya gejala sosial yang serius saperti kegiatan merempit
yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes
pembuangan bayi."
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan) AUM DR 21/3/2012 30
48. PR-1251-U47313
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Perdana Menteri
supaya dengan segera mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Sabah &
Sarawak (atau singkatannya “KHASS”) dengan seorang Menteri
berjawatan penuh untuk menjaga hal ehwal pembangunan,
infrastruktur, kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah & Sarawak
termasuk memberi portfolio berkaitan Koridor Ekonomi Sabah/
Sarawak, dan kesemua agensi pembangunan Persekutuan mestilah
melalui Kementerian ini supaya segala projek pembangunan &
infrastruktur di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dan dikawal
selia serta dipantau dengan lebih berkesan."
(Perdana Menteri)
49. PR-1251-U47314
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan
melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jamek
Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru
yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan
marmar sebagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi serta memperkukuhkan bumbung Masjid tersebut agar dapat
menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat
Jumaat dan kedua Eidulfitri & Eiduladha memandangkan pertambahan
jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini."
(Perdana Menteri)
50. PR-1251-U47315
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya
mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing
yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan
yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan
pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa
memakai pakaian bercanggah dengan Islam seperti berseluar pendek,
memakan makanan dan minuman yang haram seperti babi dan arak,
serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal
dipersekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak
bersesuaian dengan seorang Muslim."
(Menteri Sumber Manusia) 31 AUM DR 21/3/2012
51. PR-1251-U47316
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang
beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan
mengerjakan ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat
sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun
belum mencapai umur persaraan 55 tahun; Selanjutnya Dewan juga
mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya
segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans
dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan
masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai
benefisiari kerana banyak kes dimana penama apabila menerima wang
caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang tersebut
menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif mengenakan
syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman simati tidak
dibayar kepada penama kecuali mereka telah mengemukakan sijil
faraid daripada Mahkamah Syariah dan pembayaran dibuat oleh
KWSP terus kepada waris-waris yang dinamakan di dalam sijil faraid
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa
tersebut."
(Menteri Kewangan)
52. PR-1251-U47317
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pertahanan supaya mewujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai
pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan
mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita
yang melalui pengalaman diganggu oleh sama ada pelatih atau
petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera
dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka
yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka
dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum
ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak
dan batasan pergaulan dengan lelaki;Selanjutnya Dewan mengambil
ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan
dalam silibus latihan kepada pelatih-pelatih beragama Islam modul nilai
Islam seperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu,
qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan
masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana
masjid berhampiran kem PLKN, AUM DR 21/3/2012 32
yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan
persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan
memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian
pelatih-pelatih PLKN."
(Menteri Pertahanan)
53. PR-1251-U47318
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana
Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada
keperluan mewujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau
tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan
dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang
berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahanan, penjara dan/
atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie
seperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno.
Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi
pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan
bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di
Mahkamah Sivil."
(Menteri Dalam Negeri)
54. PR-1251-U48773
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan agar undang-undang digubal
untuk mewajibkan kesemua calon tidak kira dari pihak Kerajaan atau
pihak pembangkang yang bakal bertanding pada pilihan raya umum
yang ke 13 akan datang untuk mengisytiharkan harta mereka kepada
umum sebelum hari penamaan calon."
(Perdana Menteri)
55. PR-1251-U48776
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan agar Kerajaan
menubuhkan satu tabung untuk pendidikan yang memberi pinjaman
kepada pelajar-pelajar di mana pendapatan ibu bapa mereka kurang
daripada RM 3000 seisi rumah tanpa dikenakan faedah dan mereka
hanya perlu memulangkan jumlah yang dipinjam sahaja."
(Menteri Pelajaran) 33 AUM DR 21/3/2012
56. PR-1251-U48778
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mengadakan
satu bentuk kawalan harga rumah yang semakin lama semakin
melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk memiliki
rumah sendiri."
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
57. PR-1251-U48779
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya setiap Majlis
Perbandaran atau pihak yang relevan untuk memantau masalah
pengaliran dan saliran di setiap bandar untuk mengelakkan masalah
banjir yang kerap berlaku di kebanyakan bandar-bandar akibat hujan
lebat dan ini menyebabkan kerosakan harta benda dan kerugian yang
amat tinggi."
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
58. PR-1251-U48782
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan supaya satu undangundang dapat digubal untuk memastikan sesiapa yang menukar
agama wajib memberitahu keluarga mereka mengenai pertukaran
agama mereka untuk mengelakkan masalah perebutan jenazah
apabila mereka yang menukar agama meninggal dunia."
(Perdana Menteri)
59. PR-1251-U48784
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya Kerajaan Negeri
yang mengeluarkan minyak mentah dinaikkan kadar royalti mereka
kepada 20%."
(Perdana Menteri) AUM DR 21/3/2012 34
60. PR-1251-U48800
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk meminta Kerajaan
Malaysia untuk membina lebih banyak lagi sekolah cina dan sekolah
tamil yang baru yang lengkap dengan sistem pembelajaran
berasaskan internet, manakala sekolah-sekolah yang sedia ada
dilengkapi dengan sistem pembelajaran berasaskan internet."
(Menteri Pelajaran)
61. PR-1251-U48805
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan mengenai kos kehadiran di
Mahkamah Rendah bagi Peguam yang kini ditetapkan pada kadar RM
25 dinaikkan kepada RM 50."
(Perdana Menteri)
62. PR-1251-U48816
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan setakat mana berkesannya
peranan yang dimainkan oleh Institut Integriti Malaysia dalam
membasmi masalah sosial di kalangan pihak Belia dan remaja seperti
penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gangsterisme dan
kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di
tempat kerja (sexual harassment), penggunaan bahasa-bahasa lucah
dan tidak sopan, kurangnya rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan
orang tua dan sebagainya."
(Perdana Menteri)
63. PR-1251-U48822
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat
keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini.
Kehadiran mereka kini adalah tidak terkawal menyebabkan peluang
pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah
disebabkan oleh warga asing meningkat."
(Menteri Dalam Negeri) 35 AUM DR 21/3/2012
64. PR-1251-U47810
Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang
pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh
MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan
Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga
bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan
pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian
Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak
persepsi negatif terhadap negara."
(Menteri Pertahanan)
65. PR-1251-U48724
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia
sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu
dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai Moratorium terhadap Hukuman mati yang telah
dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 18 Disember 2007 dimana negara-negara yang masih mengamal
hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati
dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa
hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium
terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk
menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan
hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui
Kementerian Luar untuk membantu mematuhi moratorium tersebut dan
meminda undang-undang yang bercanggah dengan moratorium
tersebut."
(Menteri Luar Negeri)
66. PR-1251-U48728
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja Siasatan
Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009
akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada
siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat
kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."
(Perdana Menteri) AUM DR 21/3/2012 36
67. PR-1251-U48730
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan
(SIAP) menjalankan siasatan ke atas Adik Aminulrasyid yang ditembak
mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan
panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan
senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis.
Daripada siasatan dan perbincangan yang dijalankan, banyak pihak
tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar
suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."
(Perdana Menteri)
68. PR-1251-U47677
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang sebab-sebabnya
mengapa Kementerian serta MCMC belum lagi berusaha atau
mengambil sebarang tindakan drastik untuk menyelesaikan masalah
gangguan perkhidmatan Internet yang terlalu lama tertunggak di Sabah
terutama sekali di Tawau. Memandangkan pembekal-pembekal
perkhidmatan Internet yang bermonopoli telah gagal memberi
perkhidmatan berterusan dan memuaskan di Sabah selama banyak
tahun ini, Kementerian seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat
dan membenarkan lebih ramai pembekal perkhidmatan Internet
meningkat dan menambahbaik perkhidmatan Internet di Sabah."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
69. PR-1251-U47687
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan masalah terlalu lama
tertunggak iaitu kegagalan Kementerian dalam menyediakan guru-guru
Cina dan yang fasih dalam bahasa Cina untuk mengajar di SJK(C) di
Malaysia terutama sekali di Sabah sedangkan ianya satu-satunya
obligasi dan tanggungjawab Kementerian dan Kerajaan. Apakah
tindakan-tindakan yang akan diambil Kementerian untuk mengatasi
masalah di atas agaar tidak menyingkirkan pendidikan bantuan
Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan mutu dan pembangunan
pendidikan SJK(C) di Malaysia."
(Menteri Pelajaran) 37 AUM DR 21/3/2012
70. PR-1251-U47697
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak
supaya Kerajaan mengambil tindakan tegas untuk melindungi
kepentingan Hak Adat Natif (NCR) dan Hak Tanah Adat Natif di Sabah,
memandangkan lebih daripada 800 aduan telah diserah kepada
SUHAKAM berhubung pengusiran dari tanah adat dan tanah-tanah itu
diberi kepada syarikat-syarikat besar, walaupun ramai orang natif telah
menunjukkan bukti yang mencukupi terhadap pemilikan tanah mereka
itu di bawah Hak Tanah Adat Natif."
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
71. PR-1251-U47710
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan pelan tindakan dan
jangka masa penubuhan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja
(RCI) berhubung pendatang-pendatang tanpa izin di Sabah, yang
seharusnya meliputi wakil-wakil orang awam, serta mengumumkan
kesan-kesan negatif dan ancaman kepada rakyat Sabah sebelum
pilihan raya umum yang ke-13."
(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
72. PR-1251-U47712
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang cadangan untuk
menubuhkan satu penyiasatan bebas berhubung banyak aduan
terhadap banyak kejadian kematian dan kecuaian perubatan di
hospital-hospital Kerajaan Sabah, terutama sekali berhubung
kelewatan rawatan perubatan bagi seorang budak lelaki yang berumur
7 tahun, seorang lelaki berumur 21 tahun yang tersalah diagnos di
Tawau, dan kecuaian dalam pentadbiran ubat kemoterapi di Kota
Kinabalu, supaya penyiasatan ini adil saksama dan keputusan
penyiasatan ini dapat diumumkan secara terbuka dengan persetujuan
keluarga-keluarga yang terlibat."
(Menteri Kesihatan) AUM DR 21/3/2012 38
73. PR-1251-U47720
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan tindakan-tindakan
segera yang diambil untuk memastikan bahawa tiada sebarang
hospital Kerajaan di Sabah yang menghadapi sebarang gangguan
bekalan elektrik atau air memandangkan gangguan-gangguan bekalan
elektrik baru-baru ini di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu
selama lebih daripada tiga jam berterusan dan sebilangan pesakit
kritikal terpaksa dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth Kedua
(QEH2)."
(Menteri Kesihatan) 39 AUM DR 21/3/2012
RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
(DEWAN RAKYAT)
TAHUN
2012
RISALAT/DOKUMEN TARIKH
DIBENTANGKAN
ST.21 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Pusat Perubatan Universiti Malaya Bagi
Tahun 2010
21 Mac 2012