Thursday, March 15, 2012

HARI KHAMIS, 15 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT


Bil. 4

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1251-L48029

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ]
minta MENTERI PELAJARAN

menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula

sistem pendidikan kini sama ada ia seimbang dengan

perkembangan seseorang pelajar dari segi ilmu, jasmani,

rohani dan akhlak; dan

(b) apakah tindakan dan perancangan baru pihak

Kementerian dalam memberi penekanan untuk

pemulihan akhlak mulia para pelajar.

2. PR-1251-L48402

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ]
minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan kesemua aspek tentang skim “1Care For 1Malaysia” yang

akan dilaksanakan oleh Kerajaan:-

(a) nyatakan anggaran perbelanjaan tahunan dan bilangan

pesakit yang akan dapat perkhidmatan dan rawatan skim

ini; dan

(b) bagaimanakah tabung skim ini dapat menjana dana dan

sumbangan dan adakah ia berusaha sama dengan pihak

swasta.

3. PR-1251-L47647

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ]
minta MENTERI TENAGA,

TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan apakah perkara-perkara

lain yang dilaksanakan oleh SEDA Malaysia bagi menggalakkan

pembangunan tenaga boleh baharu negara selain daripada langkah

Kerajaan menubuhkan Sustainable Energy Development Authority

(SEDA) Malaysia sejak pada 1 September 2011 bagi melaksanakan

mekanisme FiT dan fungsi-fungsi lain seperti yang digariskan di bawah

Akta SEDA Malaysia 2011.

AUM DR 15/3/2012 2

4. PR-1251-L48577

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ]
minta MENTERI PENERANGAN,

KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan kadar penembusan

internet di Sarawak. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk

menggalak penggunaan internet. Apakah langkah-langkah yang telah

dilaksanakan untuk meningkatkan kelajuan sambungan wifi di

Sarawak.

5. PR-1251-L47624

Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ]
minta MENTERI

KERJA RAYA
menyatakan apakah yang menghalang Kerajaan untuk

membina lebuh raya 2 lorong (dual carriageway) dari Kota Kinabalu ke

Sandakan. Bilakah lebuh raya dual carriageway ini akan direalisasikan.

6. PR-1251-L47736

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]
minta MENTERI SAINS,

TEKNOLOGI DAN INOVASI
menyatakan sumbangan besar kepada

Negara dari Kajian Kutub.

7. PR-1251-L47439

Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ]
minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan langkah

Kerajaan bagi transformasi peladang, penternak dan nelayan

khususnya bagi meningkatkan produktiviti serta memberi nilai tambah

terhadap produk yang dhasilkan untuk memajukan sektor pertanian.

8. PR-1251-L48420

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ]
minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan bilangan 'gated community dan

guarded neighbourhood'
di negara ini, siapa dan jumlah wang yang

terlibat. Dengan kadar jenayah yang menurun, mengapa ia masih

tumbuh.

9. PR-1251-L48263

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ]
minta

PERDANA MENTERI
menyatakan apakah perancangan

pembangunan Hulu Selangor dari segi infrastruktur, pembangunan

ekonomi, pendidikan (rendah, menengah, IPTA & IPTS serta sosial

yang di rancangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa 5

tahun (2012 - 2016) yang akan datang.

10. PR-1251-L48840

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ]
minta MENTERI

KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan :-

(a) pelan terperinci bagi melaksanakan Program

Transformasi Luar Bandar (RTP); dan

(b) jumlah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang

wujud dan apakah fungsi serta peranannya.

AUM DR 15/3/2012

3

11. PR-1251-L48036

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ]
minta MENTERI KERJA

RAYA
menyatakan status kemajuan pelaksanaan projek lebuh raya

Pan-Borneo menghubungkan Sarawak-Sabah tanpa melalui negara

Brunei Darussalam.

12. PR-1251-L47425

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan :-

(a) apakah pelan-pelan Kementerian untuk memastikan

bahawa ladang-ladang sawit dan industri sawit Malaysia

sentiasa mampu bersaing dalam pasaran global bila

Indonesia telah mengurangkan cukai eksport; dan

(b) apakah sebab-sebabnya penangguhan penguatkuasaan

kuota-kuota pengecualian cukai eksport minyak sawit dan

bilakah kuota-kuota itu akan dikuatkuasakan lagi.

13. PR-1251-L48076

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ]
minta

PERDANA MENTERI
menyatakan :-

(a) setakat ini berapakah jumlah syarikat luar negara yang

telah memulakan operasi di kawasan Koridor

Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE); dan

(b) berapa banyak pelaburan yang telah dibawa dan

dilaburkan di kawasan tersebut.

14. PR-1251-L48205

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]
minta MENTERI

WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR

menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan

memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.

15. PR-1251-L48323

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ]
minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan langkah-langkah yang

dijalankan oleh Kementerian bagi menangani masalah makhluk

perosak tanaman yang membiak dengan pantas.

16. PR-1251-L48321

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ]
minta

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jumlah bantuan

kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri

Sarawak kepada Curtin University of Technology Sarawak.

AUM DR 15/3/2012 4

17. PR-1251-L47836

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ]
minta

MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-

(a) bilakah Kementerian dapat memulakan perkhidmatan

“Doktor Lawatan” secara kerap di kawasan-kawasan

pedalaman Tanjung Manis; dan

(b) membina Klinik 1Malaysia di Pulau Bruit.

18. PR-1251-L47858

Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ]
minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan :-

(a) apakah sebabnya projek penambahan katil di Hospital

Seberang Prai masih belum dilaksanakan; dan

(b) apakah langkah untuk menangani masalah kekurangan

tapak letak kenderaan di hospital tersebut dan juga

Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Bukit

Mertajam.

19. PR-1251-L48468

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ]
minta

MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah Kementerian

bercadang untuk mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap

mereka yang memandu secara merbahaya hingga mengakibatkan

kemalangan maut di jalan raya.

20. PR-1251-L48943

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ]
minta MENTERI

PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan berapakah kos

yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari

Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang

diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang

lalu.

21. PR-1251-L47673

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan :-

(a) prestasi projek ikan sangkar NCER di Langkawi.

Berapakah bilangan peserta (nelayan) yang terlibat dan

perbelanjaan atau pinjaman yang dikeluarkan; dan

(b) berapakah bilangan sangkar yang betul-betul beroperasi.

Adakah perkara ini betul-betul berdaya maju.

22. PR-1251-L48346

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ]
minta

MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilakah Hospital Banting boleh

dinaik taraf serta tidak perlu lagi ke Hospital Klang yang terlalu padat

dengan pesakit dan jauh jaraknya.

AUM DR 15/3/2012

5

23. PR-1251-L47681

Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [Kota Tinggi]

minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa setelah

Jalan Ulu Tiram ke Kota Tinggi Johor dinaik taraf kepada 'Dual

Carriageway' keadaan permukaan jalan asal di laluan tersebut

dibiarkan tanpa diturapkan semula.

24. PR-1251-L47723

Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ]
minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN

KEPENGGUNAAN
menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa

segelas air dikenakan bayaran sebanyak RM2 di kebanyakan kedai

kopi dan kedai makan. Adakah harga tersebut akan dikawal. Jika tidak,

nyatakan sebabnya.

25. PR-1251-L47570

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ]
minta MENTERI PELANCONGAN

menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membangun dan mewartakan

Tungku sebagai sebuah pusat pelancongan bagi memperkenalkan Air

Terjun Madai, Gua Madai, Tabin Wildlife Reserve dan lain-lain

keunikan alam di lembah ini sebagai sebuah pusat pelancongan yang

berkonsepkan
“eco-tourism”.

26. PR-1251-L48178

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ]
minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan setakat manakah TEMAN

Gopeng (yang kini digelar RTC) berjaya menepati tujuan asalnya

untuk sebagai pusat pemborongan sayur-sayuran, ikan dan daging.

27. PR-1251-L47409

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ]
minta MENTERI

DALAM NEGERI
menyatakan :-

(a) usaha yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi

masalah kecurian kenderaan yang dianggarkan

sebanyak 150 buah sehari dan melibatkan kos kerugian

sebanyak RM1 bilion setahun; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk

memperkenalkan standard keselamatan pencegahan

kecurian kenderaan dan mewajibkan pembuat dan

pengedar kenderaan supaya dapat meningkatkan ciri-ciri

keselamatan kenderaan bagi memastikan ia tidak mudah

dicuri.

28. PR-1251-L48651

Dato' Rashid bin Din [ Merbok ]
minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah rasional pekerja-pekerja kontrak/sementara

digunakan di dalam sesetengah jawatan di dalam Jabatan Kerajaan

(civil servants), walhal jawatan-jawatan ini sedia wujud dalam senarai

perjawatan awam.

AUM DR 15/3/2012 6

29. PR-1251-L48709

Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ]
minta

PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah langkah FELDA

untuk mewujudkan Felda Global Ventures Holding dapat menaik taraf

kehidupan peneroka Felda seluruh negara dan apakah mekanisma

bagi membolehkan Felda Global Ventures Holding tersebut beroperasi.

30. PR-1251-L47784

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]
minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan bilangan penerima bantuan kebajikan pelbagai jenis,

kadar-kadarnya, dan bilangan permohonan yang ditolak dan

dikurangkan kadar bantuan serta sebab-sebabnya dan sebab

kelewatan pembayaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

31. PR-1251-L47477

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ]
minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN

KEPENGGUNAAN
menyatakan setakat masa kini berapa buah

syarikat penghantar barangan di Sarawak yang telah dilantik oleh

Kementerian ini didapati bersalah kerana melakukan penyelewengan

kontrak mereka. Jelaskan tindakan yang diambil terhadap mereka ini.

Dan adakah langkah-langkah sedang diambil oleh Kementerian bagi

mengelakkan masalah seumpama ini berulang.

32. PR-1251-L48628

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ]
minta MENTERI DALAM

NEGERI
menyatakan sama ada, selepas pindaan kepada Akta Dadah

Berbahaya, 1952 pada 15 April, 1983 untuk menjadikan hukuman mati

mandatori bagi pengedaran dadah, adakah terdapat penurunan atau

pengurangan dalam kes-kes pengedaran dadah.

33. PR-1251-L49031

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ]
minta MENTERI

DALAM NEGERI
menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di

Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

34. PR-1251-L47486

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ]
minta MENTERI DALAM

NEGERI
menyatakan bagaimana sebilangan orang memiliki lebih

daripada satu kad pengenalan contohnya, Amistari bin Mustari, K/P:

770111-12-5819, H 0888166, H 0556718. Adakah kesemua kad

pengenalan tersebut tulen, jika tidak siapakah pemilik sebenar kad

pengenalan ini.

35. PR-1251-L47925

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ]
minta MENTERI

DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang

berpunca daripada aktiviti merempit.

AUM DR 15/3/2012

7

36. PR-1251-L48247

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ]
minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada Kerajaan sedia melaksanakan dasar

pengishtiharan aset oleh Menteri Kabinet dan hakim-hakim secara

awam bagi memastikan integriti dalam pentadbiran Kerajaan.

37. PR-1251-L47341

Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]
minta MENTERI PERTANIAN

DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan apakah tiada usaha pihak

Kementerian untuk menjalankan rancangan-rancangan latihan untuk

rakyat di kawasan Bakun dalam bidang akuakultur yang dijangka akan

menjadi penjana ekonomi utama untuk penduduk setempat sebagai

persediaan untuk memastikan terdapat tenaga kerja mahir

terutamanya dalam bidang akuakultur apabila kualiti air di kawasan

Tasik Bakun cukup sesuai untuk akuakultur.

38. PR-1251-L49066

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]
minta MENTERI

PELAJARAN
menyatakan apakah Kementerian akan menggantikan

bangunan Sekolah Rendah Tamil Castlefield di tapak sekolah lain di

Puchong atas sebab padang sekolah tersebut direntasi oleh tiang

landasan LRT. Kalau Kementerian setuju sekolah tersebut dipindahkan

dari tapak yang sedia ada apakah Kementerian akan membiayai kos

pemindahan dan kos pembinaan sekolah tersebut.

39. PR-1251-L48697

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ]
minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) apakah hasil siasatan terkini mengenai beberapa letupan

di Mahkamah Duta pada 9 Januari 2012; dan

(b) apakah hasil siasatan terkini mengenai isu kepala babi di

Rawang dan Sentul dan mengapakah pihak berkuasa

gagal untuk memberhentikan provokasi sedemikian.

40. PR-1251-L48421

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan kesediaan meminda Artikel 121 Perlembagaan

Malaysia kepada bentuk asalnya.

41. PR-1251-L49140

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan berapa ramai pengundi pos yang didaftarkan

untuk mengundi di Sarawak adalah berasal dari Semenanjung

Malaysia. Berikan pecahan angka tersebut di setiap kawasan Dewan

Undangan Negeri Sarawak.

AUM DR 15/3/2012 8

42. PR-1251-L48523

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ]
minta MENTERI PENERANGAN,

KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan kenapa 2 rumah

terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan (satu oleh Menteri Pengangkutan

pada 24/2/2012 di Marina Island, Sitiawan dan satu oleh Perdana

Menteri pada 28/1/2012 di Padang Astaka, Sitiawan) diadakan di satu

kawasan yang sama dan berapakah jumlah perbelanjaan setiap rumah

terbuka tersebut.

43. PR-1251-L48889

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ]
minta MENTERI

KEWANGAN
menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk

menyemak semula Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

untuk mengelakkan berbilion ringgit dana KWSP dengan sewenangwenangnya

digunakan sebagai pinjaman kepada Yayasan Wilayah

Persekutuan dan FELDA.

44. PR-1251-L48194

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ]
minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan secara terperinci nama syarikat, berapakah jumlah kos

pembinaan Lapangan Terbang Kuala Terengganu serta kos

sampingan terlibat termasuk
‘variation order’ (VO) projek awam

tersebut.

45. PR-1251-L48366

Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ]
minta PERDANA MENTERI

menyatakan bagaimana untuk membantu Program Transformasi

Ekonomi (ETP) yang menghadapi masalah kekurangan keyakinan

sektor swasta memandangkan nisbah Swasta:GLC:Kerajaan saham

pelaburan swasta GLC Kerajaan dari pelaburan yang dijanjikan

sebanyak RM177 bilion dalam update ke-8 adalah 35:40:25

berbanding dengan sasaran PEMANDU iaitu 60:32:8.

46. PR-1251-L48363

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]
minta

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT
menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar

nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat

dan apakah jalan penyelesaiannya.

47. PR-1251-L48971

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ]
minta MENTERI PENERANGAN,

KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan status terkini

bangunan Istana Negara lama dan rancangan kegunaan bangunan

tersebut kelak berserta kos perbelanjaannya.

48. PR-1251-L47763

Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ]
minta

MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan tahap pelaksanaan

pembangunan kompleks sukan di Seksyen 6, Wangsa Maju setakat ini

dan bilakah ianya akan siap serta jenis-jenis kemudahan yang akan

ditawarkan kepada rakyat.

AUM DR 15/3/2012

9

49. PR-1251-L48307

Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ]
minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN

KEPENGGUNAAN
menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh

Kementerian untuk membantu pekedai runcit kecil di kawasan luar

bandar yang terjejas kerana pertambahan hypermarket besar.

50. PR-1251-L47159

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ]
minta MENTERI

KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan sama ada

Kementerian ada memantau dan mengkaji masalah pelaksanaan

Projek Bantuan Rumah (PBR) untuk rakyat miskin dan Projek

Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)di kawasan pedalaman Sarawak

di mana kos dan mutu kerja adalah menjadi isu besar dan

menyebabkan banyak bantahan daripada penerima bantuan tersebut.

51. PR-1251-L48701

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
minta MENTERI DALAM

NEGERI
menyatakan bilangan anggota PDRM luar bandar yang

ditugaskan di Kuala Lumpur/Selangor semenjak Ops Payung

dilancarkan dan di manakah mereka ditempatkan dan kos yang

terperinci sepanjang Ops Payung.

52. PR-1251-L48049

Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ]
minta MENTERI

KESIHATAN
menyatakan memandangkan hari ini pakar-pakar

perubatan Kerajaan diizinkan berkhidmat secara sambilan di hospital

swasta, adakah Kerajaan sanggup menambah bilangan pakar-pakar

perubatan dari luar negara untuk berkhidmat di hospital Kerajaan,

memandangkan pada hari ini tempoh menunggu khidmat pakar di

hospital Kerajaan terlalu lama, hingga sering berlaku keadaan di mana

pesakit-pesakit terpaksa mendapat rawatan di hospital swasta.

53. PR-1251-L47172

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ]
minta MENTERI

KEWANGAN
menyatakan jumlah peserta Program Rumah Pertamaku

mengikut pecahan kaum dan negeri semenjak ianya dilancarkan

hingga kini.

54. PR-1251-L49010

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ]
minta MENTERI

KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan agar

Kerajaan dapat menyediakan peruntukan untuk meneruskan

pembinaan Jalan Meritam/Telahak/Buangabai/Pengkalan

Rejab/Sungai Poyan Fasa 3 dalam "second rolling plan" RMK-10 ini.

AUM DR 15/3/2012 10

55. PR-1251-L48857

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ]
minta MENTERI

KEWANGAN
menyatakan berapakah jumlah kos Konsultan yang

dibayar oleh Khazanah Nasional daripada Jun 2004 sehingga 29-2-

2012 dan berapakah Khazanah Nasional membayar Konsultan fi

kepada BinaFikir Sdn. Bhd. untuk perlaksanaan projek “Widespread

Asset Un-bundling” yang gagal untuk MAS dan senaraikan konsultankonsultan

yang dilantik oleh MAS termasuk syarikat PlaneConsult

daripada 9-8-2011 hingga 29-2-2012 dan fi konsultan telah dibayar

atau akan dibayar oleh MAS kepada setiap konsultan-konsultan

tersebut daripada 9-8-2011 sehingga 29-2-2012.

56. PR-1251-L49052

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ]
minta PERDANA MENTERI

menyatakan dalam penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa

Malaysia:-

(a) adakah tanah FELDA yang luasnya 350 ribu hektar akan

dipajakkan kepada Felda Global Ventures; dan

(b) adakah Kerajaan akan menjadikan Surat Pajakan Felda

dengan Felda Global Ventures sebagai dokumen awam

yang boleh diteliti oleh orang ramai.

57. PR-1251-L49078

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ]
minta MENTERI

KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan :-

(a) dengan terperinci hak milik tanah KESEDAR yang telah

diserahkan kepada peserta KESEDAR di Kelantan; dan

(b) berapakah jumlah hutang yang ditanggung oleh peserta

KESEDAR bagi tahun 2008 hingga 2011.

58. PR-1251-L49150

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ]
minta MENTERI

KESIHATAN
menyatakan :-

(a) bilangan Klinik 1Malaysia yang telah ditubuhkan di negeri

Sarawak; dan

(b) adakah Kerajaan merancang membina sebuah Klinik

1Malaysia di Sibu Jaya, Sibu memandangkan

penduduknya telah melebihi 20,000 orang.

AUM DR 15/3/2012

11

59. PR-1251-L49158

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ]
minta

MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan kemajuan program 6P

pekerja-pekerja asing dan langkah-langkah berkesan mengatasi

kekurangan pekerja oleh majikan-majikan.

60. PR-1251-L48685

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ]
minta MENTERI TENAGA,

TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan :-

(a) bilakah tempoh tamat yang ditetapkan oleh Tenaga

Nasional Berhad (TNB) supaya menukarkan meter digital

di seluruh negara; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk

mengeluarkan lesen kepada syarikat lain supaya dapat

mengelakkan TNB daripada terus memonopoli pasaran

ini.

61. PR-1251-L47682

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ]
minta MENTERI

KEWANGAN
menyatakan mengenai kedudukan Amanah Saham

Negeri, keputusan Kabinet pada tahun 1998 yang memutuskan

bahawa tidak dibenarkan menambah unit maksimum di dalam edaran

bagi saham amanah yang sedia ada atau melancar skim saham yang

baru:-

(a) apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula keputusan

itu bagi meningkatkan prestasi Amanah Saham Negeri;

dan

(b) berikan statistik terkini semua Amanah Saham Negeri

dari segi operasi, jumlah pemegang saham, nilai seunit

dan lain-lain maklumat yang perlu.

62. PR-1251-L47633

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]
minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan

jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bagi tahun 2010 dan

2011 berbanding dengan negara-negara jiran, termasuk China dan

India dan apakah usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke

negara kita.

63. PR-1251-L47789

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ]
minta MENTERI

PERTAHANAN
menyatakan alasan, peraturan dan dasar yang

membenarkan Menteri Pertahanan menjemput blogger Papa Gomo

menaiki kapal selam KD Tun Razak semasa LIMA 2012 walaupun

beliau tidak layak berlayar dengan aset strategik negara.

AUM DR 15/3/2012 12

64. PR-1251-L48789

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan konsesi Lebuh Raya Pantai Barat :-

(a) ditawarkan kepada anak syarikat Kumpulan Europlus

Bhd. tanpa sebarang tender terbuka; dan

(b) memerlukan kos sebanyak RM7.07 bilion dan pinjaman

Kerajaan sebanyak RM2.24 bilion.

65. PR-1251-L47598

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan :-

(a) apakah rasional kenaikan gaji begitu tinggi bagi

kumpulan tertentu dalam SBPA (terutamanya JUSA C)

tetapi terlalu sedikit bagi Kumpulan 54 ke bawah

sedangkan YAB. Perdana Menteri mengumumkan

kenaikan hanya 7-13 peratus sahaja; dan

(b) adakah cadangan untuk membenarkan kumpulan

pelaksana dari kategori bukan teknikal diberi cuti belajar

bergaji penuh dan apakah perancangan Kerajaan

berkaitan kakitangan kontrak di sektor awam.

66. PR-1251-L48556

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]
minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan pengeluaran lesen hiburan oleh

Majlis Perbandaran Muar dari 2000 ke 2012 berdasarkan pecahan

tahunan :-

(a) jumlah lesen hiburan yang dikeluarkan; dan

(b) jumlah lesen hiburan yang digantung dan alasan

mengapa ia digantung.

67. PR-1251-L48788

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ]
minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada YAB. Perdana Menteri akan mengarahkan

semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan serta Kumpulan

Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam membuat pengisytiharan

harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah serta dipaparkan di

dalam rangkaian laman web rasmi jabatan masing-masing untuk

menunjukkan integriti dan hasrat Kerajaan dalam memerangi gejala

rasuah yang amat serius.

68. PR-1251-L48495

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ]
minta MENTERI DALAM

NEGERI
menyatakan berapakah jumlah bukan warganegara termasuk

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah diberikan taraf

kewarganegaraan semenjak tahun 2008 mengikut negara asal dan

jumlah setiap tahun.

AUM DR 15/3/2012

13

69. PR-1251-L48433

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ]
minta MENTERI TENAGA,

TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan apakah perancangan

Kerajaan untuk menyusun semula Indah Water Konsortium (IWK) dan

bagaimana Kerajaan menangani masalah hutang yang besar oleh

IWK.

70. PR-1251-L48114

Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ]
minta PERDANA

MENTERI
menyatakan berapakah jumlah sebenar peruntukan yang

boleh dibelanjakan dari Jabatan Perdana Menteri untuk Parlimen

Ketereh bagi tahun 2011. Nyatakan secara terperinci jumlah projek dan

pecahan mengikut kategori peruntukan yang telah digunakan bagi

Parlimen Ketereh dalam tahun 2011.

71. PR-1251-L48290

Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ]
minta MENTERI

PENGANGKUTAN
menyatakan jumlah hutang Lembaga Pelabuhan

Klang (LPK) yang masih tertunggak bagi projek PKFZ setakat ini.

Bagaimana Kementerian dapat memastikan agar LPK berdaya

membayar balik hutang berkenaan mengikut jadual dan kadar faedah

yang ditetapkan, memandangkan sumber pendapatan LPK melalui

PKFZ itu masih belum dapat menampung beban hutang itu.

AUM DR 15/3/2012 14

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT

MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1.
Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan

Raya Malaysia 2012.

______________________________________________________________

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

AUM DR 15/3/2012

15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.
Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol)

dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat

Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun

mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis

Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan

menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda

semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua

Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 Mac,

2012)

2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan

Adjukasi Industri Pembinaan 2011

[ Kementerian Kerja Raya ]

Bacaan Kali

Yang Kedua

3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2009

[ Kementerian Kewangan ]


5. PR-1251-U47225

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa oleh kerana fenomena

pemanasan global cuaca pada hari ini tidak lagi dapat diramal malah

kejadian banjir kilat berlaku kian kerap." Dan megambil maklum

bahawa keadaan sungai yang telah menjadi cetek disebabkan oleh

aktiviti alam semulajadi dan aktiviti manusia telah memburukkan lagi

keadaan ini. Dan mengambil maklum juga kebanyakan sungai-sungai

tidak disenggara dengan baik dan ini juga menyumbang kepada

berlakunya banjir dan banjir kilat. Juga mengambil maklum bahawa,

setiap kali banjir dan banjir kilat berlaku, terutama sekali di kawasan

Putatan, maka setiap kali juga ianya mendatangkan kesengsaraan dan

kerugian harta benda kepada rakyat.

AUM DR 15/3/2012 16

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk

meminta Kerajaan, melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

untuk mengambil tindakan serta merta untuk memulihkan dan

memperdalamkan sungai-sungai yang terdapat dikawasan Parlimen

Putatan supaya kejadian banjir dan banjir kilat dapat dielakkan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

6. PR-1251-U47226

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa hubungan diplomatik

Malaysia - Indonesia kerap kali berada dalam keadaan panas." Dan

mengambil maklum bahawa "keadaan panas" ini memburukkan lagi

oleh hasutan pihak-pihak tertentu sama ada dari Malaysia ataupun

Indonesia. Dan mengambil maklum juga bahawa "keadaan panas" ini

juga diburukkan lagi dengan isu-isu rentas sempadan, misalnya

pertindihan sempadan, pencorobohan nelayan kedua-dua belah pihak

dan lain-lain lagi isu. Maka dengan ini Dewan hendaklah mangambil

ketetapan untuk meminta Kerajaan, bahawa mengatasi "keadaan

panas" ini, satu jawatankuasa khas antara Parlimen Malaysia dan

dewan perwakilan rakyat Republik Indonesia hendaklah ditubuhkan

untuk menguruskan semula hal-hal yang boleh mengeratkan lagi

hubungan dua-hala Malaysia-Indonesia."

(Menteri Luar Negeri)

7. PR-1251-U47227

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pada masa ini, negara

banyak bergantung dengan bekalan beras import bagi keperluan

bekalan beras negara." Dan mengambil maklum bahawa ada kalanya

bekalan ini terjejas apabila negara pembekal menghadapi bencana

alam misalnya negara Thailand dan Vietnam yang dilanda banjir barubaru

ini dimana kebanyakan jelapang padi mereka musnah. Dan

mengambil maklum juga bahawa dinegeri Sabah amnya dan kawasan

Parlimen Putatan khasnya, terdapat banyak tanah sawah-sawah padi

yang terbiar yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. Juga

mengambil maklum bahawa, kebanyakannya pemilik tanah sawah

terbiar ini adalah dahulunya pesawah-pesawah padi dan ketika ini

kebanyakan sawah-sawah mereka ini tidak lagi diusahakan kerana

pemilik tadi telah pun menjangkau usia lanjut dan tidak lagi bertenaga

untuk mengusahakan sawah-sawah mereka. Juga mengambil maklum

bahawa, sekiranya pemilik-pemilik sawah terbiar tadi dapat disatukan

dalam koperasi, maka tanah sawah tadi boleh dibangunkan dan dapat

menyumbangkan kepada pengurangan import beras negara. Maka

dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta

Kerajaan,

AUM DR 15/3/2012

17

bahawa Kerajaan mencari mekanisma khusus untuk menubuhkan

koperasi khas dengan pemilik tanah sawah yang maksudkan supaya

ianya bukan sahaja dapat menghasilkan beras keperluan negara,

malah boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui

keuntungan yang dijana melalui koperasi itu kelak."

(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)

8. PR-1251-U47228

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kebanyakkan pelajar

yang cemerlang dalam mana-mana peperiksaan persekolahan

dinegara ini adalah datangnya dari kalangan murid yang berkeluarga

mampu atau lebih jelas lagi mereka yang mampu untuk menghantar

anak-anak mereka ke kelas bimbingan atau tuisyen." Dan mengambil

maklum bahawa, sementara kebanyakan mereka yang kurang

cemerlang atau terkandas dalam mana-mana peperiksaan

persekolahan adalah dari kalangan mereka yang kurang dan tidak

berkemampuan atau lebih jelas lagi dari kalangan keluarga miskin.

Dan mengambil maklum juga bahawa kebanyakan murid-murid yang

terkandas ini juga berpotensi untuk cemerlang sekiranya mereka

diberikan ruang dan peluang yang secukupnya terutama sekali dari

segi sokongan pembelajaran. Juga mengambil maklum bahawa, oleh

kerana kemiskinan yang dilalui, kebanyakan murid-murid yang kurang

cemerlang dan yang terkandas ini tidak mempunyai tempat belajar

yang sesuai untuk pembelajaran di rumah mereka. Serta mengambil

maklum juga bahawa, masih terdapat banyak rakyat Malaysia yang

prihatin dan sanggup melakukan kerja-kerja kesukarelaan dan dalam

hal pembelajaran ini, ada juga antara mereka yang sanggup untuk

menjadi tutor secara percuma demi untuk kecermelangan kampung

masing-masing. Kekangan program komuniti ini adalah ketiadaan

tempat untuk belajar. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil

ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah untuk mendirikan balai raya khusus - Pusat

Pembelajaran disetiap kampung dan diuruskan oleh pihak JKKK

dimana murid-murid dari kampung setempat itu boleh menyiapkan

kerja rumah dan ulang kaji di pusat pembelajaran yang dimaksudkan

tersebut."

(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

9. PR-1251-U48413

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan pelbagai subsidi yang telah

dihulurkan oleh Kerajaan Pusat setiap tahun. Dewan juga

mendebatkan pembaziran dan penyelewengan yang disyaki berlaku

dengan berpuluh bilion ringgit yang diperuntukkan."

(Menteri Kewangan)

AUM DR 15/3/2012 18

10. PR-1251-U48414

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan berbagai-bagai faktor yang kenamengena

dengan kira-kira 400,000 guru di negara ini. Bahawa Dewan

ini juga meneliti cara-cara pengambilan para calon di institusi

perguruan dan penghantaran para graduannya kepada hampir 10,000

sekolah."

(Menteri Pelajaran)

11. PR-1251-U47503

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya mengenai

fakta-fakta peristiwa untuk bahan sejarah dan bukan hanya sebagai

rekod sejarah tetapi amat penting untuk dijadikan mata pelajaran di

sekolah supaya generasi muda mendapat pengetahuan/fakta-fakta

yang betul. Contohya seperti fakta penubuhan negara Malaysia yang

sesugguhnya bukanlah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam

Malaysia pada 16 September 1963, tokoh pejuang seperti Mat Salleh

dan peristiwa tragedi nahas kapal terbang terhempas pada 6 Jun 1976

yang mengorbankan Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri

Kabinet Sabah."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

12. PR-1251-U47504

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memandang serius dengan rampasan-rampasan

tanah di seluruh negara khasnya di Sabah oleh pihak-pihak tertentu

bagi perusahaan pertanian sehingga hasil pendapatan tanaman dan

rumah kediaman rakyat yang mempunyai hak asasi anak negeri di

Sabah telah dirampas tanpa pertimbangan dan paling menyukarkan

rakyat apabila pihak-pihak tertentu tersebut dibantu oleh penguat

kuasa Kerajaan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

13. PR-1251-U47505

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang seruis terhadap

pembinaan rumah-rumah bertingkat (PPR) dengan jumlah yang besar

sehingga melebihi 1,000 unit di satu-satu tempat tanpa penyediaan

keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya serta

kesesuaian lokasinya.

AUM DR 15/3/2012

19

Kerajaan seharusnya mengambil tindakan serius agar sosial, budaya

dan adat resam rakyat tidak diketepikan serta kesihatan dan

keselamatan haruslah dipertingkatkan."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

14. PR-1251-U47506

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian serius dengan peningkatan

penduduk yang luar biasa di Sabah bermula pada tahun 1970 hingga

2010 berbanding dengan kepadatan penduduk di seluruh negara

khasnya negeri jiran di Sarawak di mana statistik pertumbuhan

penduduk yang diperoleh, melalui jawapan dari Jabatan Perdana

Menteri pada 16 Mac 2011 adalah seperti berikut:

Tahun Malaysia Sarawak Sabah

1970 10,439,430 976,269 636,431

1980 13.1 juta 1.2 juta 1,011,040

1991 17.6 juta 1.6 juta 1,734,685

2000 22,202,614 2,012,616 2,488,348

2010 27,565,821 2,420,009 3,120,040

Kenaikan 17,126,391 1,433,740 2,483,609

Kenaikan % 165% 148% 390%

(40 tahun) Maka itu, kenaikan penduduk yang melambung tinggi di

Sabah tentunya ada punca dan sebab yang sangat luar biasa jika

dibandingkan dengan negeri Sarawak yang mempunyai bentuk

keadaan geografinya agak mencabar berbanding dengan Sabah."

(Perdana Menteri)

15. PR-1251-U47831

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini bersetuju supaya Kerajaan

melaksanakan pengalihan jajaran MRT dari Jalan Sultan ke jajaran

Stesen Pasar Seni ke Plaza Rakyat melalui Jalan Tan Cheng Lock

memandangakan ianya akan menyelamatkan bangunan-bangunan

lama di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dari dirobohkan supaya dijadikan

bangunan warisan, dan boleh memulihkan Plaza Rakyat yang

terbengkalai masakini untuk dijadikan hab pengangkutan awam."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 20

16. PR-1251-U47832

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini bersetuju pilihan raya Kerajaan

Tempatan hendaklah dipulihkan semula termasuk permilihan Datukdatuk

Bandar bagi memenuhi hasrat dan inspirasi rakyat untuk memilih

Kerajaan Tempatan sendiri."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

17. PR-1251-U47745

Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil maklum dan menggesa

Menteri Sumber Manusia untuk menetapkan gaji minimum dengan

segera"."

(Menteri Sumber Manusia)

18. PR-1251-U47751

Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil maklum dan menggesa

Menteri Pelajaran mengambil tindakan dengan segera membina enam

buah sekolah baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri barubaru

ini dan juga mengambil tindakan untuk meluluskan dan

mendirikan sekolah baru Tamil dan Cina di bandar-bandar."

(Menteri Pelajaran)

19. PR-1251-U47366

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji serta membinaan parkir bertingkat di

kesemua kawasan hospital yang memerlukan seperti Hospital Kajang,

Serdang."

(Menteri Kesihatan)

AUM DR 15/3/2012

21

20. PR-1251-U47368

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji serta membina parkir bertingkat di

Putrajaya di kawasan pejabat-pejabat Kerajaan."

(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)

21. PR-1251-U47369

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji serta melaksanakan supaya dibuka

semula lorong tambah nilai di tol utama dan juga mengurangkan kadar

bayaran komisyen touch & go."

(Menteri Kerja Raya)

22. PR-1251-U47371

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan agar diberikan kelonggaran

kepada pencarum KWSP yang mengalami muflis dapat mengeluarkan

wang caruman mereka bagi menyelesaikan hutang mereka walaupun

mereka belum mencapai had umur 55 tahun."

(Menteri Kewangan)

23. PR-1251-U47373

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

'' Bahawa Dewan ini mengambil maklum memandangkan kesukaran

mendapatkan bantuan untuk memelihara anak, ramai wanita

berkerjaya telah mengambil keputusan untuk menjadi suri

rumahtangga sepenuh masa. Maka dicadangkan supaya suatu bentuk

insentif yang boleh pihak kerajaan lakukan sebagai mengenang jasa

mereka. Sebagai contoh, pengurangan cukai yang lebih banyak untuk

keluarga berkenaan, pengangkutan awam percuma atau pun mungkin

rawatan hospital percuma."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

AUM DR 15/3/2012 22

24. PR-1251-U47374

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyedari bagi memastikan setiap rakyat

mendapat pembelaan, Kerajaan memperuntukkan jumlah wang yang

sangat besar. Namun kita dapati subsidi yang dikeluarkan, turut

dinikmati oleh mereka yang tidak sepatutnya seperti mereka yang

berpendapatan tinggi dan para pekerja asing dalam negara. Maka

dengan ini adalah dicadangkan supaya satu mekanisma yang sama

untuk minyak diguna pakai utk pembelian beras dan gula. Ini kerana

jika dapat dilakukan, penjimatan yang diperolehi dari subsidi ini boleh

digunakan utk membantu yang lain seperti mengadakan insentif yang

lebih baik untuk suri rumahtangga, para pesara dan kanak-kanak

sekolah."

(Menteri Kewangan)

25. PR-1251-U47291

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mengutuk tindakan YB

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang

membuat kenyataan “menyokong sebarang usaha melindungi

keselamatan rejim Israel” yang disiarkan oleh media Wall Street

Journal baru-baru ini yang mana kenyataan itu jelas bercanggah

dengan pendirian hampir kesemua gerakan Islam; merupakan satu

pengkhianatan kepada Islam dan nilai kemanusiaan sejagat; dan

mengkhianati perjuangan, kebajikan, kepentingan dan keselamatan

rakyat dan negara Palestin dan bercanggah dengan pendirian

Kerajaan dan rakyat Malaysia selama ini yang bukan sahaja tidak

mengiktiraf rejim zionis Israel, malah tidak mengadakan sebarang

hubungan diplomatik dengan rejim Israel dan melarang secara rasmi

mana-mana warganegara Malaysia daripada memasuki negara rejim

Israel ini."

(Menteri Luar Negeri)

26. PR-1251-U47292

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil

langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan

dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:- “¦tetapi tidak

mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali

setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan” dan diganti

dengan perkataan berikut; “dan mempunyai bidangkuasa mengenai

apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan

atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’

AUM DR 15/3/2012

23

dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk

membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang

Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan

oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan

menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang

dikeluarkannya. Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah

Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda

bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1)

Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan diatas dan

hendaklah berbunyi seperti berikut:Mahkamah Syariah tersebut

hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan

jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan

didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam

(termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan,

memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang

berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum

syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan

menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang

dikeluarkannya.Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam

wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang

jenayahnya seperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang

pengubahsuaian dan pindaan seperti yang berlaku sekarang dan

Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan sistem

perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah

umat Islam."

(Perdana Menteri)

27. PR-1251-U47293

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan

mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan

dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang

dihitamkan): Perlembagaan ini adalah undang-undang utama

Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa

undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini

dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal

setakat ianya berlawanan itu. “Bahawa Dewan mengambil maklum

bahawa banyak keadaan dimana hukum syara’ dan syariat Islam telah

terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4

Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang

negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk

undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian

serban di sekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab

di jabatan-jabatan kerajaan, perlaksanaan undang-undang syarak

seperti khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syara’

dan lain-lain."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 24

28. PR-1251-U47294

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan

mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan

bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti India sebaliknya

sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan

hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan

dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang

dihitamkan): Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi

undang-undang dan syariatnya. Bahawa Dewan mengambil maklum

bahawa keputusan Mahkamah di dalam kes Che Omar Che Soh v.

Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah

banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk

memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular

sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya

negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,

maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan

seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan

status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi."

(Perdana Menteri)

29. PR-1251-U47295

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di

Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan

1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan

peruntukkan baru di Seksyen 4 seperti berikut:- Seksyen 4A: Di dalam

keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan

atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukumhakam,

syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka

Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu

kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman;

dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan

atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau

penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau

pertikaian itu hendaklah mengikut Mahkamah tersebut. Bahawa Dewan

menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau persoalan

mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular berdasarkan

undang-undang sivil boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan.

Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan kefahaman

terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks syariah dan

Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah sekular yang

membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut menurut

peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad kepada

pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata,

AUM DR 15/3/2012

25

malahan menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.

Sebenarnya inilah yang telah berlaku di dalam kes Maria Hertogh @

Natrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang

mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima

pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah

dan keislaman Natrah dan perkahwinan Natrah dengan Almarhum

Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum

syara’ keislaman dan perkahwinan Natrah adalah sah kerana beliau

sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang

mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau.Begitu juga di dalam

beberapa kes dimana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah,

tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan

perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan seperti yang dicadangkan di

atas wujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat

diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang

terpakai bagi isu tersebut."

(Perdana Menteri)

30. PR-1251-U47296

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan

mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan

dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang

dihitamkan): Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan

mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi

penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undangundang

dan syariat Islam.Bagi maksud penganut agama Islam, soal

kemasukan dan kemurtadan dari agama Islam hendaklah ditentukan

oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa mutlak

keatasnya. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun

Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa kes termasuk Azlina

Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan

Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal

dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan Mahkamah sekular

tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A),

namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes

seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan

seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh,

Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu

mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fardhu

kifayah ke atas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan

pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal

dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama di atas maka isu

seperti ini tidak akan berbangkit lagi."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 26

31. PR-1251-U47297

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah

sekular yang diwujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan

Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan bidang

kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel 121

(1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak

menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai

seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular

tersebut mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah

Syariah dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie,

apakah itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan

hak dan bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan

dan pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular."

(Perdana Menteri)

32. PR-1251-U47298

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya

undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan

opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan

sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di

Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukan

undang-undang yang ada dimana-mana Akta atau Enakmen Syariah

seperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang

Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi

menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu."

(Perdana Menteri)

33. PR-1251-U47299

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB

Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan

anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434 (Peringkat Antarabangsa) ataupun

Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1434 (Peringkat Antarabangsa) kepada

saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara

Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha

menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja dakwah ke seluruh dunia."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012

27

34. PR-1251-U47300

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB

Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan

anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran “TUN” secara

“post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sahibul Fadhilah

Sheikh Muhammad Idris Al Marbawi dan Allahyarham Sahibul Fadhilah

Sheikh Abdullah Bin Basmeih dan menubuhkan kerusi khas atas nama

mereka dimana-mana Universiti terpilih bagi mengenang jasa mereka

yang besar kepada usaha memartabatkan dan memajukan

pengembangan dakwah dan ilmu Islam melalui karya-karya besar

mereka dan lain-lain usaha yang telah mereka lakukan."

(Perdana Menteri)

35. PR-1251-U47301

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB

Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan

anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri secara

“post-humous”
(dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara

Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha

memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya

besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan."

(Perdana Menteri)

36. PR-1251-U47302

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB

Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan

Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan

semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau

negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik

balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada

mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang

kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran

Penjenayah
(Criminal Registration Center)."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 28

37. PR-1251-U47303

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu

kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang

bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihan raya

kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil

rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan

Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau

dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa

pilihan raya umum untuk menentukan calon yang mengganti dan/ atau

mengisi kekosongan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan

keperluan mengadakan pilihan raya kecil yang melibatkan kos yang

tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan

politiking tanpa kesudahan."

(Perdana Menteri)

38. PR-1251-U47304

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan

Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya

melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa

dan autoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi

bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab

hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan

supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa

Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa

yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan

dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap

melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan

tegas menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau di bawah manamana

undang-undang (Persekutuan atau Negeri)."

(Perdana Menteri)

39. PR-1251-U47305

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai

sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut persempadanan

sebelum tahun 1967 dan menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus

khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkahlangkah

berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini

sebagai

AUM DR 15/3/2012

29

“Jawantankuasa Caucus bagi Palestin” dengan melantik YB Kepala

Batas (atau mana-mana Ahli Parlimen yang dipertimbangkan sesuai)

sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini

mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan

memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak

menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh manamana

pihak; dan juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera

mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam

Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan

Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin."

(Menteri Luar Negeri)

40. PR-1251-U47306

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah

Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani

dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan

berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut

agama Hindu dengan tujuan untuk memantapkan kedudukan ekonomi

mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk

penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan

permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan

dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal

Masyarakat India dengan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut."

(Perdana Menteri)

41. PR-1251-U47307

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian

Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis

Buku Negara dengan peruntukan yang mencukupi dan segera

menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil

semua langkah yang munasabah dan praktikal untuk membantu,

menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara.

Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku

Negara seperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan

sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar

Buku Negara tersebut."

(Menteri Pelajaran)

AUM DR 15/3/2012 30

42. PR-1251-U47308

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan

Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan

siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima di kesemua

tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/atau halangan. Ini adalah

kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama

Persekutuan seperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan

Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan."

(Perdana Menteri)

43. PR-1251-U47309

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal

Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan

dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang

hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua

puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah

20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah

dibebaskan dengan serta-merta."

(Menteri Dalam Negeri)

44. PR-1251-U47310

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri

Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat

kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines , AirAsia atau manamana

syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan

kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam

membuat pilihan untuk memakai pakaian-pakaian seragam yang

mematuhi hukum syarak termasuk untuk memakai tudung dan pakaian

menutup aurat dan boleh memilih untuk tidak menyediakan dan atau

menghidangkan arak semasa dalam penerbangan."

(Menteri Pengangkutan)

AUM DR 15/3/2012

31

45. PR-1251-U47311

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri

Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada

syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak

dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa di dalam

penerbangan."

(Menteri Pengangkutan)

46. PR-1251-U47312

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hanya

membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan

dalam apa bentuk sekalipun hanya dipremis-premis khas yang

dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja;

sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat

perjudian dan daging babi dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedaikedai

runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa

minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya. Dewan ini

mengambil maklum banyak kes terjadi dimana remaja dan belia

beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman

beralkohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini

untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa

kepada timbulnya gejala sosial yang serius saperti kegiatan merempit

yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes

pembuangan bayi."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan)

47. PR-1251-U47313

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Perdana Menteri

supaya dengan segera mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Sabah &

Sarawak (atau singkatannya “KHASS”) dengan seorang Menteri

berjawatan penuh untuk menjaga hal ehwal pembangunan,

infrastruktur, kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah & Sarawak

termasuk memberi portfolio berkaitan Koridor Ekonomi Sabah/

Sarawak,

AUM DR 15/3/2012 32

dan kesemua agensi pembangunan Persekutuan mestilah melalui

Kementerian ini supaya segala projek pembangunan & infrastruktur di

Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dan dikawal selia serta

dipantau dengan lebih berkesan."

(Perdana Menteri)

48. PR-1251-U47314

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada

Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan

melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jamek

Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru

yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan

marmar sebagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid

Nabawi serta memperkukuhkan bumbung Masjid tersebut agar dapat

menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat

Jumaat dan kedua Eidulfitri & Eiduladha memandangkan pertambahan

jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini."

(Perdana Menteri)

49. PR-1251-U47315

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian

Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya

mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing

yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan

yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan

pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa

memakai pakaian bercanggah dengan Islam seperti berseluar pendek,

memakan makanan dan minuman yang haram seperti babi dan arak,

serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal

dipersekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak

bersesuaian dengan seorang Muslim."

(Menteri Sumber Manusia)

AUM DR 15/3/2012

33

50. PR-1251-U47316

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada

Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang

beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan

mengerjakan ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat

sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun

belum mencapai umur persaraan 55 tahun; Selanjutnya Dewan juga

mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya

segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans

dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan

masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai

benefisiari kerana banyak kes dimana penama apabila menerima wang

caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang tersebut

menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif mengenakan

syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman simati tidak

dibayar kepada penama kecuali mereka telah mengemukakan sijil

faraid daripada Mahkamah Syariah dan pembayaran dibuat oleh

KWSP terus kepada waris-waris yang dinamakan di dalam sijil faraid

yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa

tersebut."

(Menteri Kewangan)

51. PR-1251-U47317

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian

Pertahanan supaya mewujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai

pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan

mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita

yang melalui pengalaman diganggu oleh sama ada pelatih atau

petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera

dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka

yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka

dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum

ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak

dan batasan pergaulan dengan lelaki;Selanjutnya Dewan mengambil

ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan

dalam silibus latihan kepada pelatih-pelatih beragama Islam modul nilai

Islam seperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu,

qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan

masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana

masjid berhampiran kem PLKN,

AUM DR 15/3/2012 34

yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan

persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan

memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian

pelatih-pelatih PLKN."

(Menteri Pertahanan)

52. PR-1251-U47318

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ]
akan

mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada

Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana

Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada

keperluan mewujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau

tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan

dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang

berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahanan, penjara dan/

atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie

seperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno.

Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi

pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan

bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di

Mahkamah Sivil."

(Menteri Dalam Negeri)

53. PR-1251-U48773

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan agar undang-undang digubal

untuk mewajibkan kesemua calon tidak kira dari pihak Kerajaan atau

pihak pembangkang yang bakal bertanding pada pilihan raya umum

yang ke 13 akan datang untuk mengisytiharkan harta mereka kepada

umum sebelum hari penamaan calon."

(Perdana Menteri)

54. PR-1251-U48776

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan agar Kerajaan

menubuhkan satu tabung untuk pendidikan yang memberi pinjaman

kepada pelajar-pelajar di mana pendapatan ibu bapa mereka kurang

daripada RM 3000 seisi rumah tanpa dikenakan faedah dan mereka

hanya perlu memulangkan jumlah yang dipinjam sahaja."

(Menteri Pelajaran)

AUM DR 15/3/2012

35

55. PR-1251-U48778

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mengadakan

satu bentuk kawalan harga rumah yang semakin lama semakin

melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk memiliki

rumah sendiri."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

56. PR-1251-U48779

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya setiap Majlis

Perbandaran atau pihak yang relevan untuk memantau masalah

pengaliran dan saliran di setiap bandar untuk mengelakkan masalah

banjir yang kerap berlaku di kebanyakan bandar-bandar akibat hujan

lebat dan ini menyebabkan kerosakan harta benda dan kerugian yang

amat tinggi."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

57. PR-1251-U48782

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan supaya satu undangundang

dapat digubal untuk memastikan sesiapa yang menukar

agama wajib memberitahu keluarga mereka mengenai pertukaran

agama mereka untuk mengelakkan masalah perebutan jenazah

apabila mereka yang menukar agama meninggal dunia."

(Perdana Menteri)

58. PR-1251-U48784

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya Kerajaan Negeri

yang mengeluarkan minyak mentah dinaikkan kadar royalti mereka

kepada 20%."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 36

59. PR-1251-U48800

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk meminta Kerajaan

Malaysia untuk membina lebih banyak lagi sekolah cina dan sekolah

tamil yang baru yang lengkap dengan sistem pembelajaran

berasaskan internet, manakala sekolah-sekolah yang sedia ada

dilengkapi dengan sistem pembelajaran berasaskan internet."

(Menteri Pelajaran)

60. PR-1251-U48805

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan mengenai kos kehadiran di

Mahkamah Rendah bagi Peguam yang kini ditetapkan pada kadar RM

25 dinaikkan kepada RM 50."

(Perdana Menteri)

61. PR-1251-U48816

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan setakat mana berkesannya

peranan yang dimainkan oleh Institut Integriti Malaysia dalam

membasmi masalah sosial di kalangan pihak Belia dan remaja seperti

penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gangsterisme dan

kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di

tempat kerja (sexual harassment), penggunaan bahasa-bahasa lucah

dan tidak sopan, kurangnya rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan

orang tua dan sebagainya."

(Perdana Menteri)

62. PR-1251-U48822

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat

keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini.

Kehadiran mereka kini adalah tidak terkawal menyebabkan peluang

pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah

disebabkan oleh warga asing meningkat."

(Menteri Dalam Negeri)

AUM DR 15/3/2012

37

63. PR-1251-U47810

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang

pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh

MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan

Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga

bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan

pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian

Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak

persepsi negatif terhadap negara."

(Menteri Pertahanan)

64. PR-1251-U48724

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia

sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu

dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu

mengenai Moratorium terhadap Hukuman mati yang telah

dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu

pada 18 Disember 2007 dimana negara-negara yang masih mengamal

hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati

dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa

hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium

terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk

menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan

hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui

Kementerian Luar untuk membantu mematuhi moratorium tersebut dan

meminda undang-undang yang bercanggah dengan moratorium

tersebut."

(Menteri Luar Negeri)

65. PR-1251-U48728

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja Siasatan

Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009

akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada

siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat

kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."

(Perdana Menteri)

AUM DR 15/3/2012 38

66. PR-1251-U48730

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan

(SIAP) menjalankan siasatan ke atas Adik Aminulrasyid yang ditembak

mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan

panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan

senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis.

Daripada siasatan dan perbincangan yang dijalankan, banyak pihak

tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar

suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."

(Perdana Menteri)

67. PR-1251-U47677

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang sebab-sebabnya

mengapa Kementerian serta MCMC belum lagi berusaha atau

mengambil sebarang tindakan drastik untuk menyelesaikan masalah

gangguan perkhidmatan Internet yang terlalu lama tertunggak di Sabah

terutama sekali di Tawau. Memandangkan pembekal-pembekal

perkhidmatan Internet yang bermonopoli telah gagal memberi

perkhidmatan berterusan dan memuaskan di Sabah selama banyak

tahun ini, Kementerian seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat

dan membenarkan lebih ramai pembekal perkhidmatan Internet

meningkat dan menambahbaik perkhidmatan Internet di Sabah."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

68. PR-1251-U47687

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan masalah terlalu lama

tertunggak iaitu kegagalan Kementerian dalam menyediakan guru-guru

Cina dan yang fasih dalam bahasa Cina untuk mengajar di SJK(C) di

Malaysia terutama sekali di Sabah sedangkan ianya satu-satunya

obligasi dan tanggungjawab Kementerian dan Kerajaan. Apakah

tindakan-tindakan yang akan diambil Kementerian untuk mengatasi

masalah di atas agaar tidak menyingkirkan pendidikan bantuan

Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan mutu dan pembangunan

pendidikan SJK(C) di Malaysia."

(Menteri Pelajaran)

AUM DR 15/3/2012

39

69. PR-1251-U47697

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak

supaya Kerajaan mengambil tindakan tegas untuk melindungi

kepentingan Hak Adat Natif (NCR) dan Hak Tanah Adat Natif di Sabah,

memandangkan lebih daripada 800 aduan telah diserah kepada

SUHAKAM berhubung pengusiran dari tanah adat dan tanah-tanah itu

diberi kepada syarikat-syarikat besar, walaupun ramai orang natif telah

menunjukkan bukti yang mencukupi terhadap pemilikan tanah mereka

itu di bawah Hak Tanah Adat Natif."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

70. PR-1251-U47710

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan pelan tindakan dan

jangka masa penubuhan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja

(RCI) berhubung pendatang-pendatang tanpa izin di Sabah, yang

seharusnya meliputi wakil-wakil orang awam, serta mengumumkan

kesan-kesan negatif dan ancaman kepada rakyat Sabah sebelum

pilihan raya umum yang ke-13."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

71. PR-1251-U47712

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang cadangan untuk

menubuhkan satu penyiasatan bebas berhubung banyak aduan

terhadap banyak kejadian kematian dan kecuaian perubatan di

hospital-hospital Kerajaan Sabah, terutama sekali berhubung

kelewatan rawatan perubatan bagi seorang budak lelaki yang berumur

7 tahun, seorang lelaki berumur 21 tahun yang tersalah diagnos di

Tawau, dan kecuaian dalam pentadbiran ubat kemoterapi di Kota

Kinabalu, supaya penyiasatan ini adil saksama dan keputusan

penyiasatan ini dapat diumumkan secara terbuka dengan persetujuan

keluarga-keluarga yang terlibat."

(Menteri Kesihatan)

AUM DR 15/3/2012 40

72. PR-1251-U47720

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ]
akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan tindakan-tindakan

segera yang diambil untuk memastikan bahawa tiada sebarang

hospital Kerajaan di Sabah yang menghadapi sebarang gangguan

bekalan elektrik atau air memandangkan gangguan-gangguan bekalan

elektrik baru-baru ini di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu

selama lebih daripada tiga jam berterusan dan sebilangan pesakit

kritikal terpaksa dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth Kedua

(QEH2)."

(Menteri Kesihatan)

AUM DR 15/3/2012

41

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2012

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.16 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Universiti Utara Malaysia Bagi Tahun

2010.

15 Mac 2012

ST.20 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Yayasan Tunku Abdul Rahman Bagi

Tahun 2010.

15 Mac 2012