MALAYSIA
DEWAN NEGARA
ATURAN URUSAN MESYUARAT
NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA
http://www.parlimen.gov.my
HARI KHAMIS, 21 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI
Bil. 5
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PN-1241-L11959
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI
menyatakan sekiranya Kerajaan berhasrat untuk melancarkan Attitude
Transformation Programme (ATP) untuk melengkapkan GTP dan ETP.
Soalan ini dikemukakan memandangkan pentingnya perubahan sikap
untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia.
2. PN-1241-L11571
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah
kerjasama dapat dijalinkan antara Berita Nasional Malaysia
(BERNAMA) dan Agensi Berita Indonesia (ANTARA) dalam
menerbitkan dokumentari bagi memperkukuhkan hubungan antara
Kerajaan, masyarakat dan budaya dua negara jiran Malaysia dan
Indonesia.
3. PN-1241-L11935
Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan usaha-usaha bagi menambahkan pendapatan suri rumah
khususnya ibu tunggal di negara ini untuk dikeluarkan daripada
kelompok miskin tegar.
4. PN-1241-L11504
Puan Doris Brodie minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah
Kerajaan bercadang untuk membangunkan fasa pertama sistem
Transit Aliran Ringan (LRT) di Bandar Kuching yang sudah mencapai
taraf bandar raya dan mempunyai kepadatan penduduk yang semakin
meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. 2 AUM DN 21/4/2011
5. PN-1241-L11478
Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan
adakah Kerajaan dapat meminta para pengusaha hotel mengadakan 2
jenis kadar sewa bilik, satu untuk orang tempatan dan satu lagi untuk
pelancong asing kerana didapati kadar sekarang adalah terlalu tinggi
untuk orang tempatan tetapi masih murah bagi pelancong luar yang
berdasarkan Dollar AS.
6. PN-1241-L11671
Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan adakah tiada rancangan untuk menaik
taraf Jalan Simpang Pulai, Perak ke Gua Musang, Kelantan yang
sekarang terlalu banyak mengalami kemalangan jalan raya yang
serius.
7. PN-1241-L11780
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGUNAAN menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk
membantu pengusaha teksi yang menggunakan Natural Gas Vehicle
(NGV) yang terpaksa beratur panjang untuk mengisi gas di hanya
segelintir stesen Petronas yang membekalkan NGV.
8. PN-1241-L11863
Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dan
anggota Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dalam
menangani isu-isu pergolakan di negara-negara Timur Tengah bagi
menggelakkan kejadian lebih buruk lagi dan menyebabkan perpecahan
yang lebih teruk di kalangan umat Islam di dunia.
9. PN-1241-L11744
Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah Kerajaan berhasrat meminda Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan bagi memasukkan perkataan rasmi dan perkataan
Sunnah Wal Jamaah di dalamnya.
10. PN-1241-L11631
Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) jumlah keluasan tanaman pokok di bawah Program Satu
Warga Satu Pokok dan jumlah kos yang telah
dibelanjakan untuk program ini; dan
(b) apakah kuasa perundangan yang boleh dilakukan
terhadap Kerajaan negeri yang merosakkan kawasan
hutan dan melaksanakan pembangunan di kawasan
hutan tadahan air negara. 3 AUM DN 21/4/2011
11. PN-1241-L11699
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan cara penyelesaian bagi sekolah-sekolah yang mengalami
kesempitan membayar bil-bil semasa semata-mata kerana peruntukan
Kementerian tidak mencukupi sejak bulan Mei 2010.
12. PN-1241-L11893
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan berapakah persatuan belia yang telah didaftarkan
setakat ini, apakah kadar pembatalan persatuan belia setiap tahun dan
apakah faktor-faktor penyebab yang telah dikenal pasti.
13. PN-1241-L11834
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan status operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik AES,
dari aspek bilangan peralatan yang telah dipasang, jangkaan bilangan
yang akan dipasang pada tahun 2011 dan 2012, serta senarai jenama
alatan yang diluluskan untuk digunakan dan senarai pembekal yang
diberikan kontrak.
14. PN-1241-L11858
Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan
Sekolah K9 di Sekolah Kebangsaan Pos Betau, Lipis.
15. PN-1241-L11555
Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah
kemajuan cadangan Kerajaan untuk menubuhkan bandar digital media
di kawasan 5.6 hektar di Angkasapuri dengan tujuan supaya bandar
digital ini mempunyai kemudahan media, siaran televisyen dan radio
terbaik di negara ini.
16. PN-1241-L11535
Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah sekolah di seluruh Malaysia yang
mempunyai persatuan berasaskan agama
memandangkan persatuan agama ini akan memberi
galakan dan memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar;
dan
(b) apakah pelan tindakan Kerajaan bagi menggalakkan
penubuhan persatuan berasaskan agama selain
persatuan agama Islam di sekolah-sekolah yang
mempunyai ramai pelajar bukan Islam. 4 AUM DN 21/4/2011
17. PN-1241-L11433
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah kakitangan awam yang diisytihar
bankrap yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun
2009 dan 2010 dan apakah tindakan terhadap pegawai-pegawai
tersebut.
18. PN-1241-L12042
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
menyatakan peningkatan prestasi dan penerimaan rakyat terhadap
konsep 1Malaysia sejak ia dilancarkan pada tahun 2009.
19. PN-1241-L12191
Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
nilai pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham
Bumiputera (ASB) di kalangan masyarakat minoriti Siam di negara ini.
Apakah Kerajaan bersedia untuk memberikan kemudahan-kemudahan
lain seperti pemilikan saham dan peluang pelaburan kepada mereka
dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang lain.
20. PN-1241-L12111
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik terkini kemiskinan penduduk Malaysia
mengikut negeri. Adakah terdapat penyelarasan untuk membendung
masalah ini antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
21. PN-1241-L11554
Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
tindakan yang telah diambil terhadap sindiket pemalsuan pelbagai
dokumen imigresen termasuk Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
dan pemalsuan laporan perubatan bagi pekerja asing di negara ini
baru-baru ini serta nyatakan jumlah pekerja asing yang terlibat dalam
pemalsuan dokumen ini.
22. PN-1241-L11971
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan harapan dan impak dalam usaha
Kementerian menganjurkan pertandingan pidato Bahasa Melayu
peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun sejak 2005.
23. PN-1241-L12059
Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan keberkesanan dua talian 'hotline' melalui Unit
Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman untuk memudahkan orang
ramai membuat aduan berhubung kes rasuah membabitkan anggota
dan pegawai polis. 5 AUM DN 21/4/2011
24. PN-1241-L11513
Puan Doris Brodie minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan
adakah MAS Wings bercadang memperkenalkan beberapa laluan
udara baru ke beberapa kawasan pedalaman di Sarawak yang masih
belum dihubungi oleh laluan udara.
25. PN-1241-L11897
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI
PELANCONGAN menyatakan berapakah bilangan pelancong yang
datang ke Malaysia dari Asia Selatan sepanjang tahun 2010 dan
apakah langkah-langkah Kementerian bagi meningkatkan bilangan ini
serta perkembangan industri pelancongan domestik pada masa ini.
26. PN-1241-L11508
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan adakah Kementerian menyedari kewujudan Sekolah
Antarabangsa yang tumbuh seperti cendawan dan turut mengambil
pelajar-pelajar tempatan. Apakah langkah-langkah Kementerian
terhadap Sekolah Antarabangsa ini dalam memastikan matlamat
sistem pendidikan kebangsaan terjamin.
27. PN-1241-L12186
Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan Sabah dikenali kerana mempunyai sekitar 45 kelab mesin
slot yang sedang beroperasi dan sumber-sumber tertentu
menganggarkan RM1.8 bilion telah disalurkan keluar setiap tahun.
Kegiatan judi ini telah memusnahkan kewangan individu terlibat hingga
mengakibatkan kes bunuh diri, keluarga kucar-kacir dan kegagalan
perniagaan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan
untuk mengurangkan jumlah kelab mesin slot dan aktiviti perjudian
secara amnya kerana aktiviti perjudian adalah haram.
28. PN-1241-L12083
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sudahkah Kerajaan mengenal pasti badan-badan NGO
yang sentiasa memainkan isu sensitif yang menjejaskan keharmonian
rakyat dan menjejaskan imej negara. Apakah peranan yang sepatutnya
dimainkan oleh badan-badan NGO dalam pembangunan negara dan
apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menangani masalah ini.
29. PN-1241-L11463
Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah kes denggi termasuk dengan kematian bagi tahun
2000 hingga 2009 serta nyatakan langkah-langkah Kementerian bagi
mengawal wabak ini.
30. PN-1241-L11972
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas
mereka yang mendedahkan aset serta rahsia keselamatan negara. 6 AUM DN 21/4/2011
31. PN-1241-L11586
Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan setakat manakah kejayaan Kerajaan dalam
usaha bagi mendapatkan penglibatan 'latent workforce' (yang terdiri
daripada suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan
pelajar institusi pengajian tinggi yang boleh bekerja separa masa)
sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja
asing.
32. PN-1241-L11746
Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan status pelaksanaan Projek Penyaluran
Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMS) dari aspek pembinaan loji
Rawatan Air Langat 2.
33. PN-1241-L12101
Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pencapaian Biro Pengaduan Awam setakat ini
dan adakah pencapaian ini dapat membantu Kerajaan dalam
mewujudkan satu sistem yang telus agar dapat membantu negara
dalam mencapai visi negara maju dan berpendapatan tinggi.
34. PN-1241-L12202
Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status kerjasama di kawasan
pertumbuhan segi tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT),
khususnya dalam bidang keselamatan makanan (food security).
35. PN-1241-L11713
Puan Chew Lee Giok minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan apakah insentif yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian untuk menarik technopreneur bertaraf MSC dan sejauh
manakah kejayaan yang telah dicapai oleh mereka sehingga hari ini.
36. PN-1241-L11894
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan bagaimanakah Kementerian memantau isu
syarikat swasta yang masih lagi memberi gaji minima kepada
pekerjanya dan isu pekerja yang tidak menikmati kenaikan pangkat
sungguhpun bekerja bertahun-tahun. Apakah mekanisme di pihak
Kementerian bagi para pekerja mengadukan kes sebegini supaya hak
pekerja terbela dan terpelihara.
37. PN-1241-L11635
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk transformasi
pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 agar sistem pendidikan
lebih berkualiti dan memenuhi kehendak semasa negara dan global. 7 AUM DN 21/4/2011
38. PN-1241-L11817
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan
bilangan kes bankrap pelbagai kategori untuk setiap tahun sejak tahun
2000, khususnya yang melibatkan pembeli rumah dan kereta.
39. PN-1241-L11630
Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) secara statistik sejak 3 tahun lalu tentang kehilangan dan
kecurian barang-barang kargo dari lapangan terbang dan
pelabuhan-pelabuhan tempatan yang utama di negara
ini; dan
(b) apakah sebab dan punca kehilangan dan apakah
langkah-langkah dan tindakan yang diambil untuk
menangani masalah tersebut.
40. PN-1241-L11732
Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab-sebab
Bantuan Belanja Mengurus Kerajaan Persekutuan kepada kebanyakan
Perbadanan Perpustakaan Negeri yang disalurkan melalui
Perpustakaan Negara Malaysia bagi tahun 2010 dipotong terlalu
banyak dan pemotongan adalah tidak sama di antara negeri bebanding
tahun sebelumnya.
41. PN-1241-L11698
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PELANCONGAN
menyatakan apakah kesan terhadap industri pelancongan di negara
kita akibat daripada kekecohan yang berlaku di Timur Tengah dan
bencana di Jepun.
42. PN-1241-L11505
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan
mengapa siaran karikatur Saladin yang digemari oleh ramai kanakkanak ditayangkan pada pukul 7.30 malam oleh RTM. Adakah penerbit
ini diberi insentif lain dalam menghasilkan lebih banyak karya yang
bermutu.
43. PN-1241-L11831
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perbandingan
penerimaan pelaburan dalam dan luar negara di antara tahun 2009
dan 2010 pecahan mengikut negeri-negeri, bentuk dorongan dan
insentif tambahan terbaru yang ditawarkan, serta sasaran untuk
pelaburan yang dijangkakan bagi tahun 2011 serta peruntukan yang
akan dibelanjakan untuk promosi penggalakan pelaburan. 8 AUM DN 21/4/2011
44. PN-1241-L12015
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk
mendapatkan perkhidmatan guru Bahasa Inggeris berpengalaman
yang telah bersara dalam usaha untuk memperkukuhkan Bahasa
Inggeris di bawah dasar MBMMBI yang melibatkan kos yang jauh lebih
rendah berbanding menggunakan khidmat guru penutur jati.
45. PN-1241- L11774
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI
menyatakan mengapa rakyat Malaysia di luar negara yang layak
mengundi tidak dibenar menjalankan tanggungjawab mereka untuk
mengundi melalui undi pos.
46. PN-1241-L11806
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI
DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha ala 'Blue Ocean Strategy'
untuk membina upaya (capacity building) pegawai JASA dan
Penerangan agar mereka lebih berkesan lagi dalam melakukan
'engagement' dengan rakyat di era ekonomi digital ini.
47. PN-1241-L12171
Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapakah keuntungan yang diperolehi dari sumber-sumber petroleum
yang disimpan sebagai rizab untuk kegunaan masa hadapan
memandangkan sumber tersebut akan habis di masa hadapan.
48. PN-1241-L11977
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan lokasi pembinaan pelan
induk tebatan banjir yang telah disiapkan di dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan dan bilakah Kementerian akan melaksanakan
kerja-kerja kejuruteraan terhadap pelan-pelan ini.
49. PN-1241-L12118
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA
MENTERI menyatakan terhadap agenda penyebaran pluralisme
agama iaitu satu fahaman yang membenarkan seseorang penganut
agama bebas untuk mengamalkan agama-agama lain. Isu menjadi
polemik di kalangan penganut Islam yang semakin gusar dengan
tersebarnya fahaman pluralisme mutakhir ini.
50. PN-1241-L11678
Puan Chew Lee Giok minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah syarikat teknologi hijau yang
bersedia untuk menjana elektrik dengan menggunakan tenaga solar,
tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga biojisim. Berapa peratus tenaga
eletrik teknologi hijau akan dijanakan berbanding tenaga elektrik
janaan TNB biasa. 9 AUM DN 21/4/2011
51. PN-1241-L11859
Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI
PELANCONGAN menyatakan perancangan pihak Kementerian bagi
meningkatkan aktiviti pelancongan di perkampungan Orang Asli.
52. PN-1241-L12109
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik terkini pegangan ekuiti penduduk
Malaysia mengikut komposisi kaum.
53. PN-1241-L11768
Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
proses pemeriksaan terhadap produk makanan yang diimport dari
Jepun berikutan berlaku beberapa siri letupan logi tenaga nuklear di
negara itu ekoran gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
54. PN-1241-L12082
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kesan dari bencana tsunami yang meragut nyawa
ramai manusia dan kemusnahan loji nuklear di Jepun terhadap
rancangan tenaga nuklear di negara kita. Apakah rancangan ini akan
dikaji semula kerana tsunami telah pun melanda Malaysia, tidakkah
kita sedar kemungkinan besar bencana yang lebih buruk akan berlaku.
55. PN-1241-L11624
Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh
Kerajaan untuk menangani masalah kekurangan makanan dan inflasi
kesan daripada perubahan cuaca, peningkatan harga minyak akibat
dari krisis yang melanda negara-negara di Afrika.
56. PN-1241-L11745
Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
adakah Kerajaan sedar bahawa bilangan rakyat Malaysia yang berjudi
di kasino Singapura begitu ramai sehingga telah menimbulkan
masalah keluarga dan sosial yang amat berat di kalangan rakyat
Malaysia di negeri Johor dan adakah Kerajaan bercadang mengambil
langkah atau tindakan yang berkesan untuk mengurangkan masalah
tersebut.
57. PN-1241-L11741
Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah aduan sebenar yang diterima sendiri oleh setiap Kementerian
dan jumlah aduan yang diterima sendiri oleh Biro Pengaduan Awam
(BPA) bagi tahun 2001 dan 2010. 10 AUM DN 21/4/2011
58. PN-1241-L11703
Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PELAJARAN menyatakan
apakah kaedah untuk mengatasi masalah-masalah yang akan dialami
oleh pelajar-pelajar yang telah mempelajari Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah, apabila memasuki sekolah
menengah, mata pelajaran tersebut diajar pula dalam Bahasa
Malaysia.
59. PN-1241-L12163
Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan dapat menentukan
sasaran untuk melahirkan jutawan di kalangan usahawan-usahawan
wanita melalui Program Transformasi Ekonomi Negara.
60. PN-1241-L11645
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan jumlah lebuh-lebuh raya yang sedang dalam peringkat
pembinaan kini dan dalam perancangan RMK-10 ini. Bilakah Lebuh
Raya Pantai Timur akan siap dan boleh digunakan sepenuhnya.
61. PN-1241-L11462
Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji punca 16.6
juta saman belum diselesaikan walaupun Kerajaan telah melanjutkan
tempoh pemberian diskaun selama 10 hari lagi iaitu sehingga 10 Mac
2011.
62. PN-1241-L12129
Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan memandangkan kini kita mempunyai Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pihak berkuasa yang
bertanggungjawab bagi pengangkutan, bagaimana pula jika
diwujudkan satu pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undangundang lalu lintas bagi menggelakkan pertindihan fungsi,
mengoptimakan penggunaan sumber dan pelaksanaan.
63. PN-1241-L12184
Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah pelajar tajaan Kerajaan belajar di luar negeri dari tahun 1980
hingga 2010 dan berapa ramai dari mereka yang enggan kembali ke
Malaysia untuk memenuhi kontrak biasiswa mereka. Apakah tindakan
yang harus diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini
dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah calon
mahasiswa tajaan Kerajaan dari mengingkari perjanjian mereka.
64. PN-1241-L11832
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) peratus pergerakan/perubahan nilai RM berbanding
dengan beberapa mata wang utama bagi tempoh 2009-
akhir Mac 2011; dan 11 AUM DN 21/4/2011
(b) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam
menguruskan 'delicate balance' ini agar negara dan
rakyat dapat menikmati faedah yang optima daripada
pergerakan mata wang itu.
65. PN-1241-L11692
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI
HIJAU DAN AIR menyatakan apakah insentif-insentif Kementerian
bagi menggalakkan industri SME ke arah teknologi hijau.
66. PN-1241-L12017
Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan sama
ada Kementerian bercadang untuk membantu negeri Selangor untuk
mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri supaya
pemisahan kuasa antara Kerajaan Pusat dan Negeri adalah jelas dan
tidak berlaku percanggahan kepentingan.
67. PN-1241-L11957
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sekiranya Dasar Pertanian
Negara yang digubal beberapa tahun lalu itu masih dianggap relevan
dan diguna pakai sebagai panduan utama Kementerian pada masa ini.
Jika dianggap sudah tidak relevan, apakah usaha-usaha yang diambil
untuk mengemaskinikannya. Dan sekiranya masih relevan, apakah
usaha-usaha terakhir yang dilakukan untuk memasyarakatkannya di
kalangan warga Kementerian khususnya dan masyarakat awam
keseluruhannya.
68. PN-1241-L11733
Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usahausaha yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk
mencapai misi untuk mengurus dan menyediakan kemudahan akses
sumber negara seperti menyediakan koleksi untuk tujuan yang
dijalankan oleh perpustakaan negara lain.
69. PN-1241-L12033
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian
dalam menghadapi risiko berkaitan NCD (penyakit tidak berjangkit)
yang menjadi penyebab utama kematian pramatang dan
ketidakupayaan di kalangan masyarakat hari ini.
70. PN-1241-L11572
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah
Pusat Penjagaan Harian Warga Emas (PJHWE) seluruh negara
mengikut negeri serta nyatakan perkhidmatan yang diberikan kepada
warga emas di pusat penjagaan berkenaan. 12 AUM DN 21/4/2011
71. PN-1241-L12041
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian
bercadang menghapuskan kenderaan melebihi 15 tahun
memandangkan kesesakan trafik semakin memuncak, tahap
keselamatan kenderaan dan isu insurans pihak ketiga yang tinggi.
72. PN-1241-L11424
Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan :-
(a) jumlah kematian pelatih PLKN sejak ditubuhkan sehingga
kini; dan
(b) apakah benar Standard Operating Procedure (SOP) yang
digunakan sekarang tidak mempunyai masalah. Kalau
benar, bagaimanakah boleh terjadi kes menyamar seperti
yang berlaku tahun lepas.
73. PN-1241-L12094
Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapakah jumlah banduan yang kini menjalani hukuman
di seluruh negara, berikan jumlah mengikut kaum termasuk tahanan
ISA. Dan di antara jumlah ini berapakah jumlah banduan yang
dikenalpasti sebagai pesalah ulangan dan adakah jumlah ini
meningkat.
74. PN-1241-L11409
Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah rancangan Kerajaan bagi memastikan setiap
penduduk berusia 21 tahun didaftar sebagai pengundi sah dan berikan
statistik pengundi baru yang berdaftar berakhir 31 Disember 2011 di
bandar berbanding yang berdaftar di luar bandar mengikut pecahan
kaum, negeri dan jantina.
75. PN-1241-L11416
Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap isu
pengambilan pekerja dari Indonesia yang masih tidak selesai. Apakah
status terkini rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia.
76. PN-1241-L11483
Puan Doris Brodie minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah FDI (Foreign Direct Investment) yang masuk ke
Sarawak bagi tahun 2009 dan 2010; dan
(b) jumlah DDI (Domestic Direct Investment) yang masuk ke
Sarawak bagi tahun 2009 dan 2010. 13 AUM DN 21/4/2011
77. PN-1241-L11528
Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan
mengapa hanya perunding didakwa berhubung kes sebahagian
bumbung Stadium Sultan Mizan Abidin (SSMZA) di Gong Badak yang
runtuh pada 2 Jun 2009. Semua pihak harus bertanggungjawab
terutama sekali Jabatan Kerja Raya yang memantau dan
mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF).
78. PN-1241-L11515
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah benar kos purata Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) menjangkau lebih RM90 juta setahun untuk
program-program pengurusan dan pembangunan yang berkaitan
dengan pencegahan, pemulihan dan rawatan dadah di Malaysia.
Mengapakah program pemulihan selama dua tahun di pusat-pusat
serenti gagal untuk memulihkan penagih ini.
79. PN-1241-L12025
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang
untuk melantik lebih banyak rumah sembelih daging kerbau halal di
India memandangkan sejak 10 tahun yang lalu ia dimonopoli oleh
sebuah rumah sembelihan sahaja. Akibat daripada monopoli tersebut,
daging import beku yang berharga RM3-4 sekilo kini dijual diantara
RM6-8 sekilo di Malaysia.
80. PN-1241-L11778
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sama ada Kementerian memastikan Tapisan
Keselamatan yang mencukupi dalam pengambilan anggota RELA, dan
berapa kes penyalahgunaan kuasa seperti menyamun, merompak,
mencabul kehormatan wanita, merogol dan sebagainya.
81. PN-1241-L11437
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah
peruntukan wang yang telah dan akan disalurkan untuk projek
pertanian bagi negeri Kedah melalui Jabatan Pertanian Negeri bagi
tahun 2011.
82. PN-1241-L12143
Dato' Daljit Singh Dalliwal minta PERDANA MENTERI menyatakan
sama ada penduduk di sektor Rukun Tetangga yang menjalankan
tugas pada waktu malam dengan penuh dedikasi di bawah Skim
Rondaan Sukarelawan (SRS) akan dipertimbangkan untuk mendapat
cuti satu hari dan bukannya separuh hari seperti sekarang. 14 AUM DN 21/4/2011
83. PN-1241-L11593
Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah kesan-kesan ke atas ekonomi negara akibat
daripada peristiwa gempa bumi, tsunami, risiko kecairan nuklear di
Jepun dan perkembangan politik di rantau negara-negara Arab dan
apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menanganinya. 15 AUM DN 21/4/2011
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati
Binti Tan Sri Dato' Seri Onn dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara
Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun
mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis
Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan
menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa
membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”
Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 April, 2011)
2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan
Tambahan (2010) 2011.
[ Kementerian Kewangan ]
Bacaan Kali
Yang Kedua
3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh
Baharu 2010.
[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air ]
”
4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa
Pembangunan Tenaga Lestari 2010.
[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air ]
”
5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis
Makanan 2010
[ Kementerian Kesihatan ]
”
6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan
Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010
[ Kementerian Pengangkutan ]
”
7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan
Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan)
2010
[ Kementerian Pengangkutan ]
”16 AUM DN 21/4/2011
8. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara
(Pindaan) 2010
[ Perdana Menteri ]
”
9. PN-1241-U12213
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya
memimpin dan menakhodakan negara melalui transformasi
berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan
yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA,
Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi
negara, dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke 11 berjaya membawa
perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan. Kejayaan
pimpinan YAB. Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian
ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada
kadar 7.2 peratus pada tahun 2010 berbanding penguncupan 1.7
peratus pada tahun 2009. Manakala indeks Bursa Malaysia telah
mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. Pelaburan asing dalam
sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun
2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Adalah diramalkan
pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus.
Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada
RM1.2 bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Pimpinan
beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam
Laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin
diyakini. Di bidang pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9
dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa
Bersatu pada tahun 2009 diramal terus melonjak naik. Dari segi
keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22
di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah
jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu
pencapaian memberangsangkan di bawah kepimpinan YAB Perdana
Menteri. Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi
rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya
100 sahaja. Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling
minima iaitu dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran
(mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4 peratus dan ke
bawah adalah sifar pengangguran). Pendapatan isi per kapita berjaya
diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada
tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun
2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.YAB.
Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah
Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan
membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat. 17 AUM DN 21/4/2011
Kejayaan pimpinan beliau boleh dilihat daripada hasil lawatan-lawatan
keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur Tengah, Amerika Syarikat,
Eropah, Turki, Australia, Rusia dan lain-lain di mana banyak pelaburan
berjaya di bawa balik di samping mengeratkan hubungan dua hala.
Kejayaan pimpinan beliau juga boleh dilihat hasil dari keputusan pilihan
raya kecil di 16 tempat (Parlimen dan DUN) di seluruh negara.
Sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan
YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan.
Sebenarnya kejayaan kepimpinan sangat luas dan bayak termasuk
dalam bidang-bidang yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan,
sosial, budaya, pembangunan, sains, teknologi, angkasa di samping
politik, ekonomi dan pentadbiran. Sewajarnya kita merakamkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri yang
berjaya melakukan perubahan, pembaharuan dan kejayaan seperti
yang kita nikmati sekarang di bawah ilham besar beliau iaitu
1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. YAB. Perdana
Menteri, kami bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan
keamanan yang dikecap selama ini. Kami yakin Malaysia berada di
landasan yang betul untuk memenuhi hasrat menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat memimpin dan
menakhodakan negara.”
[ Perdana Menteri ]
10. PN-1241-U12214
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan supaya Majlis Amanah Rakyat
(MARA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri agar agenda
memartabatkan dan memperkasakan masyarakat peribumi menjadi
lebih berkesan, efisien dan pantas dalam mencapai matlamat
penubuhannya. Ianya juga selaras dengan YAB . Perdana Menteri
dalam usaha mengadakan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan
Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) dalam melahirkan profesional,
cerdik pandai, usahawan dan menengah Bumiputera yang masih
ketinggalan di belakang. Transformasi ini juga mempermudahkan
MARA membawa suara hati masyarakat Melayu secara langsung ke
pengetahuan pemimpin nombor satu negara demi menjamin MARA
kekal relevan pada masa hadapan. Transformasi ini juga
mengharapkan peranan dan fungsi MARA akan berubah bukan hanya
terhad kepada memberi pinjaman dan memilih pelajar-pelajar yang
cerdik cemerlang sahaja bagi meneruskan pelajaran mereka di MRSM
dan kolej-kolej MARA TETAPI bergerak dalam skop yang lebih luas
dan besar sebagaimana matlamat asal penubuhannya dalam tahun
1966 (RIDA) terutama dalam melahirkan usahawan-usahawan yang
lebih berjaya walaupun telah sekian lama namun adalah disedari
bahawa peranan MARA dalam melahirkan usahawan-usahawan dan
pengilang masih di tahap yang sangat minima dan rendah. Boleh
dikatakan MARA masih gagal melahirkan usahawan bertaraf jutawan. 18 AUM DN 21/4/2011
Justeru itu, MARA perlu di transformasi kembali, fungsi dan peranan,
bidang kuasa, dasar dan hala tuju, peruntukan kewangan, cara dan
pendekatannya perlu dirombak atau diubah suai supaya lebih dapat
memenuhi keperluan semasa bersifat kontemporari, berdaya saing,
dinamik, global dan mampu bersaing dalam kaum-kaum lain serta
mempercepat pencapaian Model Baru Ekonomi. Sebagai
kesimpulannya, MARA sewajarnya diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri yang dipantau secara terus oleh YAB. Perdana
Menteri sesuai dengan peruntukan Perlembagaan negara Fasa 152 &
153 yang menegaskan orang Melayu diberi hak dan kedudukan yang
sewajarnya dalam bidang pelajaran dan keusahawanan.
[ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]
11. PN-1241-U12215
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
telah menulis sebuah buku bertajuk "A Doctor in the House: The
Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad". Buku ini amat penting dan
bernilai untuk tatapan umum mengenai Tun Mahathir Mohamad
sebagai pemimpin yang banyak berjasa serta mencorakkan negara
selama 22 tahun. Buku ini juga mengandungi nilai sejarah yang amat
penting di samping pembaca juga dapat memperoleh pengajaran dan
iktibar amat berharga. Ia amat sesuai dibaca dan dihayati oleh semua
orang terutamanya ahli-ahli politik dan mereka yang bercita-cita untuk
menjadi pemimpin negara. Tulisan Tun Mahathir dalam buku ini
membuka rahsia bagaimana beliau membangunkan negara dan
mengatasi masalah di samping beberapa tindakan berani dan
tegasnya yang telah mampu menyelamatkan rakyat dan negara.
Kemunculan buku ini boleh dianggap sebagai satu khazanah ilmu yang
amat bernilai sebagai bahan rujukan penting dan bersifat kontemporari
dalam sejarah Malaysia baik di masa dulu ataupun akan datang. Saya
menganjurkan buku ini dijadikan sebagai teks utama untuk pelajarpelajar kolej dan universiti dalam beberapa disiplin pengajian yang
tertentu. Tahniah dan syabas Tun Dr. Mahathir Mohamad."
[ Menteri Pengajian Tinggi ]
12. PN-1241-U12216
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah,
syabas dan penghargaan kepada Kelab Putera Malaysia atas
keprihatinan dan caknanya menghantar pelbagai misi bantuan ke
serata dunia bagi membantu masyarakat tempatan dan antarabangsa
yang ditimpa musibah, kemalangan, penderitaan dan penganiayaan. 19 AUM DN 21/4/2011
Antaranya ialah Misi bantuan terhadap rakyat Malaysia yang diculik
dan dilarikan oleh warga asing ke negara sindiket-sindiket
penyeludupan dadah; Misi bantuan mangsa-mangsa banjir dalam
negara; Misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa
Tsunami di Acheh, Indonesia; Misi bantuan dan kemanusiaan terhadap
mangsa-mangsa gempa bumi rakyat Padang, Sumatera, Indonesia;
Misi kemanusiaan banjir di Queensland, Australia; Misi kemanusiaan
banjir di Pakistan; Misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin
di Gaza; Misi kemanusiaan terhadap rakyat Malaysia dan tempatan
akibat gempa bumi di New Zealand; Misi menyelamatkan pelajar dan
rakyat Malaysia di Mesir (Ops Piramid); Misi bantuan kemanusiaan ke
Jepun dan lain-lain bantuan dan pertolongan. Walaupun misi-misi ini
dilaksanakan oleh satu badan yang bersifat NGO, tetapi secara
langsung ia dapat mewakili dan mencerminkan sifat keprihatinan dan
kemanusiaan yang baik lagi mulia dari rakyat keseluruhannya.
Sesungguhnya sikap dan amalan Kelab Putera adalah satu model
golongan muda yang perlu diteruskan, disokong dan diperkasakan.
Saya mengesyorkan Kelab Putera Malaysia dapat menerbitkan
majalah, buku, video dan filem mengenai usaha-usaha murni yang
telah dijalankan agar menjadi ikutan kepada generasi akan datang.
Tahniah dan syabas."
[ Perdana Menteri ]
13. PN-1241-U11563
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal
Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat
Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan
kehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan
maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa
dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan
dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan
Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak
langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu, saya mengambil kesempatan
melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul
penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat
Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal
Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan
sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan
kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan
satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan
undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan
membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi
Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kerajaan. 20 AUM DN 21/4/2011
Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan
undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk
merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undangundang begini telah pun diperkenalkan di negara-negara Komanwel
yang lain."
[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]
14. PN-1241-U11564
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal
Undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi
menyingkirkan diskriminasi perkauman di sektor awam, swasta, di
dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam
proses pengambilan tender Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri
dan Kerajaan tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah
untuk mempromosikan perhubungan perkauman yang baik dan sihat
antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan
ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan
supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala
diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman dalam sektor-sektor
ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk
memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan negeri, Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan tempatan, syarikat-syarikat swasta, syarikatsyarikat GLC Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT)
memperkenalkan program race equality yang berdasarkan merit dalam
semua aspek pekerjaan terutamanya dalam aspek pengambilan
tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang
pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang
sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan
Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan
penguatkuasaan dan implikasi undang-undang perhubungan
perkauman."
[ Perdana Menteri ] 21 AUM DN 21/4/2011
RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
(DEWAN NEGARA)
TAHUN
2011
RISALAT/DOKUMEN TARIKH
DIBENTANGKAN
ST.17 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Suruhanjaya Sekuriti Bagi Tahun 2010.
21 April 2011
ST.18 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Pemantauan Audit Bagi Tahun
2010.
21 April 2011