Wednesday, April 27, 2011

DEWAN NEGARA HARI RABU, 27 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 8

ATURAN URUSAN MESYUARAT 
NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA 
http://www.parlimen.gov.my


   PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 
1. PN-1241-L11803  
Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) jumlah nilai pelaburan dan ekuiti Bumiputera, bukan Bumiputera 
dan warga asing yang telah masuk ke dalam ekosistem
ekonomi negara ini sejak syarat-syarat FIC dilonggarkan dan 
liberalisasi sub-sektor perkhidmatan diperkenalkan  pada tahun 
2009 sehinggalah pada akhir Mac 2011; dan 
(b) nyatakan kemajuan yang telah dicapai oleh EKUINAS dari segi 
pemilihan syarikat dan ekuitinya sejak ia ditubuhkan hinggalah 
akhir Mac 2011.  
2. PN-1241-L11920  
Tan Sri Datuk Tee Hock Seng  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN 
KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan perancangan Kementerian membina 
Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran stesen MRT untuk kemudahan 
penduduk dan menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam 
khususnya di Lembah Klang.   
3. PN-1241-L12090  
Dr. Malasingam a/l Muthukumaru  minta  MENTERI DALAM NEGERI 
menyatakan apakah pihak polis kini mempunyai kelengkapan peralatan serta 
infrastruktur yang cukup bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam 
menjaga keamanan negara, memandangkan masih dapat kita lihat banyak 
balai polis yang tidak menyediakan bilangan komputer yang munasabah 
untuk kegunaan pengadu khasnya dalam menyampaikan perkhidmatan 
mereka.   
4. PN-1241-L11578  
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta PERDANA MENTERI menyatakan 
jumlah perceraian di kalangan pasangan Islam mengikut negeri bagi tahun 
2009 dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan 
Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengatasi masalah jumlah penceraian di 
kalangan pasangan Islam ini yang terus meningkat setiap tahun khususnya di 
kalangan golongan muda.   2 AUM DN 27/4/2011 
5. PN-1241-L11938  
Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim  minta  MENTERI SUMBER 
MANUSIA  menyatakan langkah-langkah berkesan bagi meningkatkan serta 
membantu warga emas khususnya bekas-bekas pekerja ladang di negara ini.   
6. PN-1241-L11601  
Dato' Haji Idris bin Haji Buang  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan 
apakah strategi terdekat dan jangka panjang TERAJU  dan bagaimanakah 
badan ini boleh membantu kontraktor-kontraktor Kelas F dan juga peniagapeniaga dan usahawan-usahawan kecil yang sedia ada.     
7. PN-1241-L11656  
Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-   
(a) berapakah jumlah pelatih yang telah berjaya menamatkan 
latihan PLKN dan berapakah jumlah peruntukan yang telah 
dibelanjakan semenjak pelaksanaan program ini; dan 
(b) apakah impak yang telah dibawa kepada mereka yang telah 
berjaya menamatkan latihan.  
8. PN-1241-L12131  
Dato' Daljit Singh Dalliwal  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan 
berapakah jumlah projek di bawah RMK-9 yang tidak dapat disiapkan 
mengikut jadual.  
9. PN-1241-L12162  
Tuan Lee Cheam Choon  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan 
saranan agar Kerajaan bekerjasama dengan KWSP dalam hal pemberian 
jaminan untuk menanggung kos perubatan supaya rakyat akan mendapatkan 
kemudahan perubatan dengan segera dan tidak membebankan. Adakah 
Kerajaan akan mempertimbangkan saranan ini.   
10. PN-1241-L11531  
Dr. S. Ramakrishnan  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan mengapa 
mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan setiap tuntutan harta 
pusaka dan apakah pelan tindakan Kerajaan bagi memendekkan tempoh 
masa untuk menyelesaikan setiap tuntutan berkenaan. Ini kerana laporan 
akhbar menyatakan lebih RM4 bilion yang masih belum dituntut oleh pewaris.  
11. PN-1241-L11880  
Tuan Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR 
BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan bahawa masih terdapat 
perkampungan Orang Asli yang belum terdapat kelas Tadika (Prasekolah) 
oleh itu bilakah kemudahan ini akan dibangunkan dalam memperkasakan 
pendidikan di kalangan Orang Asli.   
12. PN-1241-L12052  
Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor  minta  MENTERI PELAJARAN 
menyatakan mungkinkah berlaku elemen-elemen sabotaj sehingga 
mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta berikutan 400,000 buku teks 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah 
Kebangsaan didapati mengandungi pelbagai kesalahan.   3 AUM DN 27/4/2011 
13. PN-1241-L11836  
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf  minta  MENTERI PERUSAHAAN 
PERLADANGAN DAN KOMODITI  menyatakan rangka rancangan kepada 
pekebun kecil getah dan kelapa sawit dari aspek :-   
(a) persediaan pendapatan semasa proses tanam semula; dan 
(b) bentuk bantuan dan sokongan kepada pekebun untuk menanam 
semula dan persediaan sumber tenaga kerja tempatan  untuk 
menggantikan kebanjiran pekerja asing yang tidak mampu 
dibendung lagi.  
14. PN-1241-L11639  
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  PERDANA MENTERI 
menyatakan jumlah rakyat negara ini yang berada dalam kemiskinan tegar 
mengikut pecahan kaum. Apakah usaha-usaha dan rancangan Kerajaan 
untuk menghapus kemiskinan tegar menjelang 2015.  
15. PN-1241-L12166  
Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg  minta 
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan dengan tercapainya kejayaan melahirkan seramai 1,000 orang 
usahawan wanita setiap tahun, adakah Kementerian juga membantu dalam 
mewujudkan kerjasama dengan pihak lain seperti FAMA untuk 
mengkomersialkan produk-produk mereka di pasaran domestik dan global.   
16. PN-1241-L11809  
Tuan Ahmad bin Hussin  minta  MENTERI PELANCONGAN  menyatakan 
apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian 
bagi meningkatkan jumlah pelancong dari negara-negara Arab datang ke 
Malaysia.   
17. PN-1241-L11909  
Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama 
ada Kementerian bercadang untuk mensyaratkan supaya bangunanbangunan tinggi di negara ini mampu menangkis kesan gempa bumi seperti 
yang dipraktikkan di negara Jepun dan Korea Selatan.  
18. PN-1241-L11610  
Datuk Chandrasekar Suppiah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR 
BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan sejauh manakah dasar membentuk 
JKKK yang dinyatakan dalam rancangan Malaysia Ke-10 telah berjaya di 
laksanakan di estet dan penempatan India seluruh negara. Jika tidak, bilakah 
dasar ini dapat dilaksanakan.   
19. PN-1241-L11790  
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim  minta  MENTERI PERDAGANGAN 
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan sama 
ada Kementerian sedar bahawa barangan yang dibungkus  (packaged) yang 
secara kasarnya tidak nampak kenaikan harga tetapi  kandungannya 
dikurang. Adakah pegawai-pegawai Kementerian membuat pemeriksaan di 
pasaraya dan kedai-kedai runcit.   4 AUM DN 27/4/2011 
20. PN-1241-L11509  
Puan Doris Brodie  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan apakah 
mekanisme diguna pakai bagi tujuan memantau produk  makanan yang 
diimport dari Jepun yang dikhuatiri tercemar ekoran letupan loji nuklear 
berikutan gempa bumi dan tsumani di negara berkenaan.   
21. PN-1241-L11475  
Tuan Ng Fook Heng  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan bilakah 
pembinaan jalan raya dari Sungai Lembing ke Jerantut akan dimulakan 
memandangkan ia telah disebut oleh YAB. Perdana Menteri dalam Bajet 
2011 pada bulan Oktober lalu.   
22. PN-1241-L11589  
Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN 
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan secara terperinci program 
liberalisasi Kerajaan dan setakat manakah ia berjaya menarik pelaburan 
asing untuk memantapkan kedudukan ekonomi negara.  
23. PN-1241-L11468  
Puan Hajah Zainun binti A. Bakar  minta  MENTERI PERDAGANGAN 
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan 
langkah-langkah Kerajaan bagi menstabilkan harga minyak petrol RON95 dan 
RON97 untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat agar tidak 
membebankan rakyat.   
24. PN-1241-L11899  
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram  minta  MENTERI KESIHATAN 
menyatakan apakah kadar MMR (Maternal Mortality Rate) di kalangan wanita 
Malaysia dan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mencapai sasaran 
MMR 11 peratus seperti mana yang terkandung dalam MDG 5 dan juga bagi 
meningkatkan kesihatan kanak-kanak.   
25. PN-1241-L11989  
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN 
KOMODITI  menyatakan apakah usaha-usaha jangka panjang yang diambil 
oleh Kementerian bagi membolehkan bahan api biodiesel digunakan sebagai 
ganti kepada bahan api fosil yang semakin mahal.  
26. PN-1241-L11913  
Datuk Maijol bin Mahap  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU 
DAN AIR menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian seterusnya untuk 
memenuhi keperluan tenaga elektrik di Sabah setelah cadangan loji tenaga 
arang batu di Lahad Datu dibatalkan baru-baru ini.   
27. PN-1241-L11588  
Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman  minta  MENTERI KEWANGAN 
menyatakan tindakan Kerajaan untuk mengurangkan pengaliran wang negara 
secara besar-besaran seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan 
Sedunia  (Global Financial Integrity) berjumlah RM889 bilion daripada tahun 
2000 hingga 2008.   5 AUM DN 27/4/2011 
28. PN-1241-L12178  
Datuk Paul Kong Sing Chu minta PERDANA MENTERI menyatakan Sabah 
menghadapi masalah kanak-kanak jalanan tanpa status kewarganegaraan 
yang jumlahnya menjangkau ribuan orang di mana kehadiran mereka 
mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam di bandar, pekan  dan 
kejiranan. Apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini yang 
boleh menjadi bom jangka dan mengancam keselamatan  negara dan 
generasi akan datang.  
29. PN-1241-L11822  
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-   
(a) tindakan tegas yang telah/sedang/akan diambil terhadap IPTS 
yang secara sengaja atau tidak sengaja membantu pelajar 
masing-masing lulus dengan cemerlang agar mereka dapat 
menarik lebih ramai lagi pelajar belajar di institusi masingmasing dan ramai pelajar mereka (mendapat ijazah kelas 
pertama) pula dapat pengecualian daripada membayar  balik 
pinjaman PTPTN; dan 
(b) jumlah bilangan siswazah cemerlang (Kelas Pertama) yang 
dilaporkan dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN, 
sejak ianya dilaksanakan mengikut kumpulan sosio-ekonomi isi 
rumah (20 peratus ke atas, 40 peratus tengah dan 40 peratus 
bawah), kaum, jantina, bidang pengajian, universiti dan jumlah 
nilai pinjaman yang terlibat serta nyatakan usaha untuk 
mengatasi ketidak adilan sosial yang boleh berlaku  ekoran 
keputusan tersebut.  
30. PN-1241-L11476  
Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 
menyatakan Pekan Sungai Lembing telah menjadi destinasi pelancongan 
popular orang-orang tempatan. Masalahnya ialah bandar ini akan dilanda 
banjir pada setiap tahun sejak 100 tahun dahulu. Adakah Kementerian 
berhasrat untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah 
ini demi kepentingan rakyat.  
31. PN-1241-L12198  
Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI 
DAN KEBUDAYAAN  menyatakan tindakan Kerajaan untuk memelihara 
monumen sejarah kewujudan awal masyarakat Siam di negara ini, antaranya 
batu sempadan yang terletak di Kg. Terat Batu, Sg. Muda, Kedah.  
32. PN-1241-L11679  
Puan Chew Lee Giok  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah 
Kerajaan akan mempertimbangkan semula rancangan penjanaan elektrik 
secara nuklear memandangkan kesan yang sangat mudarat yang baru 
berlaku di Fukushima dan adakah Malaysia berkemampuan untuk 
mengendalikannya.   6 AUM DN 27/4/2011 
33. PN-1241-L11503  
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi  minta  MENTERI KESIHATAN 
menyatakan pengesanan dan rawatan kes resdung dan alergi (alahan) 
mengikut tahap di hospital dan klinik Kerajaan terdapat pelbagai jenis rawatan 
yang telah ditawarkan oleh pelbagai pihak dan langkah-langkah pencegahan 
dan faktor penyebabnya yang telah dikenal pasti oleh Kementerian 
memandangkan ramai rakyat menderita kerananya.   
34. PN-1241-L11751  
Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU 
DAN AIR  menyatakan sama ada Kementerian menggalakkan penyelidikan 
untuk menjadikan penggunaan tenaga suria sebagai punca tenaga yang 
murah, mudah dan mesra alam sekitar. Sekiranya ada, apakah kejayaan 
yang telah dicapai.   
35. PN-1241-L11438  
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  PERDANA MENTERI 
menyatakan sejauh manakah perkembangan pembinaan Makmal Institut 
Halal di Bandar Enstek, Nilai dan apakah fungsi institut tersebut.   
36. PN-1241-L11648  
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  MENTERI DALAM NEGERI 
menyatakan apakah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk 
menjejaki, memburu dan menangkap warga asing yang tinggal di negara ini 
melebihi tempoh yang dibenarkan. Sejauh manakah kejayaan Kementerian 
mengesan dan menangkap pekerja-pekerja asing yang melebihi tempoh 
permit kerja mereka.   
37. PN-1241-L11709  
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI 
DAN KEBUDAYAAN  menyatakan apakah bantuan modal yang diberikan 
oleh Kementerian bagi membantu mengekalkan warisan  tempat-tempat 
ibadah yang bersejarah di Malaysia.   
38. PN-1241-L12040  
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn  minta 
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan 
adakah Kementerian bercadang mewujudkan Akta Vandalisme 
memandangkan ia menjadi ancaman umum terhadap struktur sosial dan 
kesejahteraan masyarakat setempat.   
39. PN-1241-L11577  
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat  minta  MENTERI PERDAGANGAN 
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah 
Kerajaan bercadang memperkenalkan pelan induk industri francais bagi 
menggariskan hala tuju dan insentif bagi memacu pertumbuhan mapan 
industri francais negara.   7 AUM DN 27/4/2011 
40. PN-1241-L11604  
Dato' Haji Idris bin Haji Buang  minta  MENTERI PELANCONGAN 
menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan komenkomen atau aduan-aduan oleh pelancong asing mengenai tahap kebersihan 
pengusaha-pengusaha hotel, tempat-tempat penginapan lain serta restoranrestoran dan gerai-gerai makanan yang boleh diterima oleh masyarakat dunia 
kelas pertama.    
41. PN-1241-L11500  
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi  minta  MENTERI PENGANGKUTAN 
menyatakan sejauh manakah peningkatan jumlah wanita sebagai pemilik 
kenderaan dalam negara mengikut negeri dan wanita sebagai pemandu serta 
jumlah kes saman cuai dan kemalangan yang membabitkan wanita sejak 
tahun 2000 sehingga kini.   
42. PN-1241-L12137  
Dato' Daljit Singh Dalliwal  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM 
SEKITAR menyatakan bilakah sungai dan jalan air akan diperdalamkan bagi 
memudahkan pengaliran air seterusnya menggelakkan kekerapan banjir yang 
menyukarkan orang ramai, dan peruntukan untuk pampasan dapat 
dijimatkan.   
43. PN-1241-L11992  
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama 
ada Kementerian mengetahui bahawa terdapat badan pelajar dari luar 
universiti yang dibenarkan mendaftar mahasiswa universiti sebagai ahli 
politik, dan di bawah undang-undang apakah ia dibenarkan.   
44. PN-1241-L11612  
Datuk Chandrasekar Suppiah  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan 
jumlah warga rakyat asing yang berkepakaran dan mahir yang berjaya 
ditawarkan kerakyatan kekal di Malaysia pada tahun 2009 dan 2010. Sejauh 
manakah Talent Corporation berjaya mengamalkan dasar pelbagai bidang 
utama.   
45. PN-1241-L11932  
Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim  minta  MENTERI WILAYAH 
PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan status 
terkini projek Pembangunan Kampung Baru serta jaminan kepada pewaris 
serta pemilik tanah.   
46. PN-1241-L12157  
Tuan Lee Cheam Choon  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM 
SEKITAR  menyatakan adakah pihak Kerajaan Pusat akan bertindak 
membantu Kerajaan Negeri Melaka bagi menangani masalah banjir kilat yang 
semakin menjejaskan nama baik negeri Melaka sebagai sebuah negeri 
pelancongan.   8 AUM DN 27/4/2011 
47. PN-1241-L11833  
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf  minta  MENTERI KESIHATAN  menyatakan 
kaedah yang diguna pakai untuk menganugerahkan kontrak membekal 
peralatan perubatan kepada hospital di Malaysia, senaraikan pembekal serta 
tempoh konsesi, serta berapakah bilangan produk luar yang dilarang dari 
dipasarkan di Malaysia.   
48. PN-1241-L11654  
Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor  minta  MENTERI 
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan berapakah jumlah kuota minyak masak yang diberikan kepada 
pengedar minyak masak pada tahun ini dan berapakah  jumlah sebenar 
keperluan yang digunakan oleh pengguna di Malaysia.   
49. PN-1241-L11626  
Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI KEMAJUAN 
LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-  
(a) berapakah jumlah sebenar bantuan tanaman semula
(kewangan) yang diberikan oleh RISDA kepada setiap  hektar 
tanaman getah dan sawit kepada pekebun-pekebun kecil 
sekarang ini. Adakah bantuan tersebut termasuk bantuan 
subsidi baja dan lain-lain yang diberikan kepada mereka; dan 
(b) sejauh mana benarnya dakwaan pekebun-pekebun kecil di 
Johor yang menyatakan pihak RISDA tidak dapat 
menerima/meluluskan permohonan-permohonan untuk 2011 
bagi bantuan tanam semula disebabkan kekurangan kewangan 
Kerajaan. Misalnya ada kuota bagi setiap daerah.  
50. PN-1241-L12116  
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENERANGAN, 
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  menyatakan pendirian Kerajaan 
terhadap lambakan tayangan berunsur tahyul yang semakin banyak 
dipertontonkan oleh industri filem/televisyen tempatan yang mendapat reaksi 
negatif daripada sebahagian masyarakat Islam. Adakah terdapat sebarang 
usaha untuk mengawalnya.  
51. PN-1241-L11960  
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN 
ALAM SEKITAR  menyatakan sekiranya Kerajaan Pusat melakukan 
pemantauan secara sistematik terhadap kedudukan tanah-tanah rizab Melayu 
(termasuk tanah-tanah Orang Asli) di Semenanjung Malaysia dan tanahtanah adat di Sabah dan Sarawak, dari segi-segi berikut :-  
(a) kecekapan dan integriti Kerajaan-kerajaan negeri mentadbir, 
mengawasi dan memelihara kelestarian status tanah-tanah 
berkenaan; dan 
(b) pencerobohan yang dilakukan oleh pihak swasta terhadap 
tanah-tanah berkenaan.  9 AUM DN 27/4/2011 
52. PN-1241-L12185  
Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan 
Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa berlaku ribuan kes 
penyalahgunaan kuasa dalam pembelian Kerajaan di dalam laporan tahunan 
yang dikeluarkan setiap tahun. Apakah tindakan yang telah diambil untuk 
menampung kerugian tersebut dan tindakan yang diambil terhadap pegawai 
yang telah menyalah-gunakan kuasa mereka dan terlibat dalam rasuah.      
53. PN-1241-L12032  
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn  minta 
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan matlamat pencapaian program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal 
(I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KEUNITA) bagi meningkatkan 
ilmu dan ekonomi golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah 
yang bakal dilancarkan Mei depan.   
54. PN-1241-L12128  
Dato' Daljit Singh Dalliwal  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang berterusan 
menghadapi pelbagai isu yang menjejaskan keupayaannya untuk membawa 
perubahan yang berkesan kepada sistem pengangkutan awam di  Malaysia. 
Bilakah isu-isu ini dapat ditangani dan yang lebih penting lagi, bilakah dapat 
kita lihat hasil usaha ini dalam mewujudkan sistem pengangkutan awam yang 
lebih cekap.  
55. PN-1241-L11947  
Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim  minta  MENTERI PENGAJIAN 
TINGGI  menyatakan apakah langkah-langkah bagi menangani serta usaha 
Kementerian dalam membantu kakitangan sokongan Institusi Pengajian 
Tinggi Awam di negara ini.   
56. PN-1241-L11621  
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI 
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-   
(a) apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian 
untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 
sebagai enjin pertumbuhan inovasi dalam RMK-10; dan
(b) sehingga kini, sejauh mana PKS telah berjaya meningkatkan 
prestasi lebih tinggi dan mencapai taraf syarikat besar.  
57. PN-1241-L11561  
Dato' Zaitun binti Mat  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, 
KELUARGA DAN MASYARAKAT  menyatakan sejauh manakah Dasar 
Keluarga Negara (DKN) mampu maju dan nyatakan sejauh manakah DKN 
akan menjadi benteng kepada institusi keluarga menghadapi pelbagai 
cabaran sosial semasa.    10 AUM DN 27/4/2011 
58. PN-1241-L11996  
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan 
apakah asas Kerajaan Malaysia membawa masuk lanun yang melanun di 
perairan antarabangsa atau di negara lain yang ditangkap untuk dibicarakan 
di negara atau di mahkamah Malaysia.  
59. PN-1241-L12125 
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta  MENTERI PENGAJIAN 
TINGGI menyatakan usaha-usaha yang diambil untuk memastikan pelajar 
IPTA dan IPTS menghayati prinsip Rukun Negara, Kenegaraan, mempunyai 
kefahaman patriotisme dan hubungan etnik yang baik.
60. PN-1241-L11980  
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN 
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-   
(a) kesan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun akibat 
bencana gempa bumi dan tsunami Mac lalu; dan 
(b) kesan kemasukan pelaburan baru dari Jepun ke Malaysia.  
61. PN-1241-L11782  
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI SUMBER MANUSIA 
menyatakan jumlah dan kadar pengangguran di negara  ini sejak 2009 dan 
berapa jumlah lepasan universiti yang masih lagi menganggur.   
62. PN-1241-L11538  
Dr. S. Ramakrishnan  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan 
mengapa Kementerian meletakkan syarat bahawa semua  kitab Injil yang 
diimport dari luar negara perlu diletakkan nombor siri dan dicop dengan tag 
"Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja" yang dilihat menghina kesucian 
kitab berkenaan. Sedangkan kitab itu sebelum ini tiada nombor siri dan cop 
seperti itu. Baru-baru ini Kerajaan telah mengharamkan kemasukan kitab Injil 
yang dibawa dari Indonesia.   
63. PN-1241-L12156  
Tuan Lee Cheam Choon  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan 
kewujudan sekolah swasta telah menghasilkan begitu  banyak graduan yang 
telah menaikkan nama negara di pelbagai peringkat.  Adakah Kementerian 
akan mengambil langkah untuk memberi peruntukan khas sebagai membantu 
pembangunan sekolah-sekolah tersebut.   
64. PN-1241-L11861  
Puan Hajah Noriah binti Mahat  minta  MENTERI PENERANGAN, 
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah penerbit 
filem dan drama tempatan di negara ini yang didaftarkan dan adakah jumlah 
tersebut mencukupi untuk memenuhi permintaan industri hiburan negara. Dan 
berapa peratuskah jumlah filem dan drama dari luar  negara disiarkan di 
media di negara ini.   11 AUM DN 27/4/2011 
65. PN-1241-L11881  
Tuan Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR 
BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan bahawa Tanam Semula Komersil 
(TSK) yang dibangunkan oleh JAKOA dengan kerjasama  RISDA telah 
berjaya meningkatkan pendapatan peserta terlibat dan apakah penglibatan 
peserta dalam melaksanakan kerja-kerja pemborongan di kawasan berkaitan.   
66. PN-1241-L11869  
Puan Hajah Noriah binti Mahat  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN 
ALAM SEKITAR  menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi
mencari dan membangun sumber air alternatif seperti sumber air bawah 
tanah, kolam takungan, air hujan dan kegunaan semula air bagi menangani 
masalah air di masa hadapan.  
67. PN-1241-L12074  
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid  minta  MENTERI PELAJARAN 
menyatakan sejauh manakah penyelesaian dilakukan dalam isu novel 
Interlok. Kenapa harus pihak pembangkang menangguk  di air keruh dan 
menimbulkan kemarahan rakyat semata-mata mahu menggagalkan 
rundingan yang sedang dijalankan. Apakah motif sebenar mereka dan siapa 
pula yang menghasut kumpulan Hindraf menentang Kerajaan dalam isu ini.   
68. PN-1241-L11560  
Dato' Zaitun binti Mat  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan langkahlangkah Kerajaan bagi meningkatkan prestasi Kementerian dan agensi 
Kerajaan yang menerima penarafan tiga bintang dan nyatakan tindakan yang 
diambil terhadap pegawai tertinggi Kementerian dan agensi berkenaan.   
69. PN-1241-L11469  
Puan Hajah Zainun binti A. Bakar  minta  MENTERI LUAR NEGERI 
menyatakan sejauh manakah pejabat kedutaan dan perwakilan Malaysia 
telah menyediakan profil lengkap rakyat tempatan yang berada di luar negara 
bagi memudahkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku kecemasan di 
negara berkenaan.   
70. PN-1241-L11646  
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar  minta  MENTERI WILAYAH 
PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR  menyatakan bilakah 
pelan induk serta pembangunan Kg. Baru, Kuala Lumpur benar-benar akan 
dilaksanakan. Apakah masalah-masalah yang dihadapi  oleh Kementerian 
dalam usaha melaksanakan pembangunan Kg. Baru itu dan bagaimana 
Kementerian akan mengatasinya.   
71. PN-1241-L12035  
Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn  minta 
MENTERI KESIHATAN  menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam 
menangani isu obesiti di kalangan rakyat negara ini yang menurut laporan, 
Malaysia berada di kedudukan keenam senarai negara  rantau Asia yang 
mempunyai kadar peratusan orang dewasa yang mengalami obesiti tertinggi.   12 AUM DN 27/4/2011 
72. PN-1241-L11685  
Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS 
TANI menyatakan bila dan berapa jumlah peruntukan akan dibahagi kepada 
TEKUN bagi kaum Cina dan India.   
73. PN-1241-L11405  
Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff  minta  PERDANA MENTERI 
menyatakan jumlah peruntukan yang telah diberi kepada Talent Corporation 
dan nyatakan bilangan warga Malaysia yang telah pulang ke negara ini atas 
usaha Talent Corporation semenjak ditubuhkan.   
74. PN-1241-L11990  
Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan 
perkembangan rancangan skim pencen pekerja swasta dan bilakah skim 
tersebut akan dilaksanakan.  
75. PN-1241-L11622  
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI 
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan dalam 
usaha Kerajaan merangka serta melaksanakan strategi promosi 
perdagangan, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kementerian 
(MATRADE) untuk memantapkan posisi produk dan perkhidmatan Malaysia 
di pasaran antarabangsa, dan seterusnya untuk mencapai pertumbuhan 
eksport yang memberangsangkan.   
76. PN-1241-L11485  
Puan Doris Brodie minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan langkahlangkah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM) dalam usaha 
menggalakkan aktiviti promosi di Sarawak terutamanya di daerah Limbang 
dan Lawas agar kedua-dua daerah yang bersempadan dengan negara Brunei 
ini tidak dipinggir dalam program pelancongan yang dirancang  oleh Lembaga 
ini.   
77. PN-1241-L11696  
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan 
aktiviti perniagaan nombor ramalan adalah dibenarkan kepada kaum bukan 
Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan.  Apakah kuasa 
undang-undang Kerajaan Pusat terhadap tindakan Kerajaan Kelantan untuk 
melarang aktiviti perniagaan tersebut.   
78. PN-1241-L11983  
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN 
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan dasar 
Kementerian dalam menubuhkan bank koperasi dan perancangan bagi 
memastikan bank-bank berkenaan mempunyai pasukan pengurusan yang 
berwibawa dan model perniagaan yang baik.   
79. PN-1241-L11731  
Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM 
SEKITAR  menyatakan kesan pemanasan global  (Global Warming) ke atas 
cuaca dan pertanian negara. Apakah usaha negara untuk mendapat 
kerjasama di peringkat antarabangsa demi mengurangkan kesan negatif 
pemanasan global ke atas rantau ini dan seluruh dunia.   13 AUM DN 27/4/2011 
80. PN-1241-L11529  
Dr. S. Ramakrishnan  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, 
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-   
(a) statistik transeksual di Malaysia mengikut kaum dan negeri; dan 
(b) adakah Kerajaan menerima kewujudan golongan ini dan 
memberi layanan yang adil kepada mereka terutama dari segi 
pekerjaan. Apakah tindakan bagi menyedarkan orang ramai 
supaya menerima kewujudan golongan transeksual ini  dalam 
masyarakat. Oleh kerana golongan ini sukar mendapatkan 
pekerjaan, kebanyakan mereka terpaksa menjadi pekerja seks 
demi untuk kelangsungan hidup.  
81. PN-1241-L11673  
Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor  minta  MENTERI KERJA 
RAYA menyatakan adakah perancangan untuk menaik taraf jalan raya iaitu 
jalan dari Aring 8 ke Taman Negara Kuala Koh dan jalan dari Tasik Kenyir, 
Kuala Berang ke Taman Negara Kuala Koh. Keadaan jalan-jalan ini telah 
agak teruk dan boleh mendatangkan kemalangan kepada penggunapengguna seperti pelancong-pelancong dalam dan luar negara, juga 
masyarakat tempatan termasuk bas-bas sekolah.   
82. PN-1241-L11796  
Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-   
(a) jumlah rumah ibadah mengikut agama, bilangan penganut 
masing-masing dan negeri; dan 
(b) bilangan pengikut Sunni, Syiah dan Wahabi mengikut negeri 
serta pendirian/tindakan JAKIM terhadap dua golongan terakhir 
itu.  
83. PN-1241-L11667  
Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-  
(a) berapakah kos pembinaan keseluruhan Projek Hidroelektrik 
Bakun yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 
2011; dan 
(b) siapakah pengguna sasaran utama hasil generasi  elektrik 
Projek Bakun dan adakah sebarang rancangan untuk 
menyalurkan bekalan elektrik ke Semenanjung atau pun kepada 
negara jiran.  
84. PN-1241- L11442  
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERUMAHAN DAN 
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sehingga kini berapakah projek rumah 
kos rendah yang terbengkalai dan bagaimanakah cara  Kerajaan 
mengatasinya.  14 AUM DN 27/4/2011 
85. PN-1241-L11991  
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah  minta  MENTERI PENERANGAN, 
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa ASTRO masih lagi 
beroperasi secara monopoli dalam perkhidmatan televisyen satelit di negara 
ini dan berapa kalikah bayaran langganan bulanan telah dinaikkan sejak ia 
dilancarkan.   15 AUM DN 27/4/2011 
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 
Tambahan (2010) 2011. 
[ Kementerian Kewangan ] 
Bacaan Kali 
Yang Kedua 
2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh 
Baharu 2010. 
[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau 
dan Air ] 
 ”
3. (D.R. 43/2010)  Rang Undang-undang Pihak Berkuasa 
Pembangunan Tenaga Lestari 2010. 
[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau 
dan Air ] 
 ”
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis 
Makanan 2010  
[ Kementerian Kesihatan ]
 ”
5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan 
Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 
[ Kementerian Pengangkutan ] 
 ”
6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan 
Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 
2010 
[ Kementerian Pengangkutan ]
 ”
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara 
(Pindaan) 2010 
[ Perdana Menteri ] 
 ”
8. PN-1241-U12213 
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 
YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan 
menakhodakan negara melalui transformasi berlandaskan empat tunggak 
utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian 
Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang 
Keberhasilan Utama Negara atau NKRA, Program Transformasi Ekonomi 
berteraskan Model Baru Ekonomi negara, dan Rancangan Malaysia Ke-10 
dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang 
kehidupan. Kejayaan pimpinan YAB. 16 AUM DN 27/4/2011 
Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian ekonomi negara yang 
mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2 peratus pada tahun 
2010 berbanding penguncupan 1.7 peratus pada tahun  2009. Manakala 
indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. 
Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 
bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Adalah 
diramalkan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus. 
Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 
bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Pimpinan beliau juga 
berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam Laporan Daya Saing 
Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini. Di bidang 
pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan 
Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun  2009 diramal terus 
melonjak naik. Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua 
terbaik di Asia dan 22 di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 
peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 
merupakan satu pencapaian memberangsangkan di bawah kepimpinan YAB 
Perdana Menteri. Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua 
isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 
sahaja. Kadar pengangguran juga berada dalam tahap  paling minima iaitu 
dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa 
Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar 
penganggurannya 4 peratus dan ke bawah adalah sifar pengangguran). 
Pendapatan isi per kapita berjaya diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 
kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada 
RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 
2020.YAB. Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah 
Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan membina 
beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat. Kejayaan  pimpinan beliau boleh 
dilihat daripada hasil lawatan-lawatan keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur 
Tengah, Amerika Syarikat, Eropah, Turki, Australia, Rusia dan lain-lain di 
mana banyak pelaburan berjaya di bawa balik di samping mengeratkan 
hubungan dua hala. Kejayaan pimpinan beliau juga boleh dilihat hasil dari 
keputusan pilihan raya kecil di 16 tempat (Parlimen dan DUN) di seluruh 
negara. Sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan 
YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan. Sebenarnya 
kejayaan kepimpinan sangat luas dan bayak termasuk  dalam bidang-bidang 
yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan, sosial, budaya, 
pembangunan, sains, teknologi, angkasa di samping politik, ekonomi dan 
pentadbiran. Sewajarnya kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas 
kepada YAB. Perdana Menteri yang berjaya melakukan  perubahan, 
pembaharuan dan kejayaan seperti yang kita nikmati  sekarang di bawah 
ilham besar beliau iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian 
diutamakan. YAB. Perdana Menteri, kami bersyukur atas nikmat 
kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap selama ini. Kami 
yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk  memenuhi hasrat 
menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat memimpin 
dan menakhodakan negara.”       
[ Perdana Menteri ] 17 AUM DN 27/4/2011 
9. PN-1241-U12214 
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan supaya Majlis Amanah Rakyat 
(MARA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri  agar agenda 
memartabatkan dan memperkasakan masyarakat peribumi menjadi lebih 
berkesan, efisien dan pantas dalam mencapai matlamat penubuhannya. 
Ianya juga selaras dengan YAB . Perdana Menteri dalam usaha mengadakan 
Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) 
dalam melahirkan profesional, cerdik pandai, usahawan dan menengah 
Bumiputera yang masih ketinggalan di belakang. Transformasi ini juga 
mempermudahkan MARA membawa suara hati masyarakat Melayu secara 
langsung ke pengetahuan pemimpin nombor satu negara demi menjamin 
MARA kekal relevan pada masa hadapan. Transformasi  ini juga 
mengharapkan peranan dan fungsi MARA akan berubah bukan hanya terhad 
kepada memberi pinjaman dan memilih pelajar-pelajar yang cerdik cemerlang 
sahaja bagi meneruskan pelajaran mereka di MRSM dan kolej-kolej MARA 
TETAPI bergerak dalam skop yang lebih luas dan besar sebagaimana 
matlamat asal penubuhannya dalam tahun 1966 (RIDA)  terutama dalam 
melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya walaupun telah sekian 
lama namun adalah disedari bahawa peranan MARA dalam melahirkan 
usahawan-usahawan dan pengilang masih di tahap yang sangat minima dan 
rendah. Boleh dikatakan  MARA masih gagal melahirkan usahawan bertaraf 
jutawan. Justeru itu, MARA perlu di transformasi kembali, fungsi dan peranan, 
bidang kuasa, dasar dan hala tuju, peruntukan kewangan, cara dan 
pendekatannya perlu dirombak atau diubah suai supaya lebih dapat 
memenuhi keperluan semasa bersifat kontemporari, berdaya saing, dinamik, 
global dan mampu bersaing dalam kaum-kaum lain serta mempercepat 
pencapaian Model Baru Ekonomi. Sebagai kesimpulannya, MARA 
sewajarnya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipantau 
secara terus oleh YAB. Perdana Menteri sesuai dengan peruntukan 
Perlembagaan negara Fasa 152 & 153 yang menegaskan  orang Melayu 
diberi hak dan kedudukan yang sewajarnya dalam bidang pelajaran dan 
keusahawanan.  
[ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]     
10. PN-1241-U12215 
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis 
sebuah buku bertajuk "A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. 
Mahathir Mohamad". Buku ini amat penting dan bernilai untuk tatapan umum 
mengenai Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang banyak berjasa 
serta mencorakkan negara selama 22 tahun. Buku ini juga mengandungi nilai 
sejarah yang amat penting di samping pembaca juga dapat memperoleh 
pengajaran dan iktibar amat berharga. Ia amat sesuai dibaca dan dihayati 
oleh semua orang terutamanya ahli-ahli politik dan mereka yang bercita-cita 
untuk menjadi pemimpin negara. 18 AUM DN 27/4/2011 
Tulisan Tun Mahathir dalam buku ini membuka rahsia  bagaimana beliau 
membangunkan negara dan mengatasi masalah di samping beberapa 
tindakan berani dan tegasnya yang telah mampu menyelamatkan rakyat dan 
negara. Kemunculan buku ini boleh dianggap sebagai  satu khazanah ilmu 
yang amat bernilai sebagai bahan rujukan penting dan bersifat kontemporari 
dalam sejarah Malaysia baik di masa dulu ataupun akan datang. Saya 
menganjurkan buku ini dijadikan sebagai teks utama  untuk pelajar-pelajar 
kolej dan universiti dalam beberapa disiplin pengajian yang tertentu. Tahniah 
dan syabas Tun Dr. Mahathir Mohamad." 
[ Menteri Pengajian Tinggi ] 
11. PN-1241-U12216 
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan 
penghargaan kepada Kelab Putera Malaysia atas keprihatinan dan caknanya 
menghantar pelbagai misi bantuan ke serata dunia bagi membantu 
masyarakat tempatan dan antarabangsa yang ditimpa musibah, kemalangan, 
penderitaan dan penganiayaan. Antaranya ialah Misi bantuan terhadap rakyat 
Malaysia yang diculik dan dilarikan oleh warga asing ke negara sindiketsindiket penyeludupan dadah; Misi bantuan mangsa-mangsa banjir dalam 
negara; Misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami di 
Acheh, Indonesia; Misi bantuan dan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa 
gempa bumi rakyat Padang, Sumatera, Indonesia; Misi kemanusiaan banjir di 
Queensland, Australia; Misi kemanusiaan banjir di Pakistan; Misi bantuan 
kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza; Misi  kemanusiaan terhadap 
rakyat Malaysia dan tempatan akibat gempa bumi di New Zealand; Misi 
menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir  (Ops Piramid); Misi 
bantuan kemanusiaan ke Jepun dan lain-lain bantuan  dan pertolongan. 
Walaupun misi-misi ini dilaksanakan oleh satu badan yang bersifat NGO, 
tetapi secara langsung ia dapat mewakili dan mencerminkan sifat 
keprihatinan dan kemanusiaan yang baik lagi mulia dari rakyat 
keseluruhannya. Sesungguhnya sikap dan amalan Kelab Putera adalah satu 
model golongan muda yang perlu diteruskan, disokong dan diperkasakan. 
Saya mengesyorkan Kelab Putera Malaysia dapat menerbitkan majalah, 
buku, video dan filem mengenai usaha-usaha murni yang telah dijalankan 
agar menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Tahniah dan syabas." 
[ Perdana Menteri ] 
12. PN-1241-U11563 
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undangundang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati 
hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsip 
demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi 
membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan 
kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan 
terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi 
secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata.  19 AUM DN 27/4/2011 
Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini 
untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan 
membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran 
dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusankeputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan 
kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu 
Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undangundang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses 
kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumendokumen rasmi Kementerian Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan 
mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan  mengambil segala 
langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang  ini di Malaysia yang 
mana undang-undang begini telah pun diperkenalkan di negara-negara 
Komanwel yang lain." 
[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ] 
13. PN-1241-U11564 
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-  
"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undangundang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan 
diskriminasi perkauman di sektor awam, swasta, di dalam bidang pelajaran di 
peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam  proses pengambilan tender 
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri  dan Kerajaan tempatan. Tujuan 
utama undang-undang ini adalah untuk mempromosikan  perhubungan 
perkauman yang baik dan sihat antara semua kaum di  Malaysia dengan 
menyingkirkan ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, 
disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala 
diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman dalam  sektor-sektor ini. 
Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan 
bahawa agensi-agensi Kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan 
tempatan, syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat GLC Kerajaan  dan 
institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program  race 
equality yang berdasarkan merit dalam semua aspek pekerjaan terutamanya 
dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, 
latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam 
masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya 
Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan 
penguatkuasaan dan implikasi undang-undang perhubungan perkauman." 
[ Perdana Menteri ]