Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) sampai manakah keberkesanan strategi Kerajaan di dalam usaha pembasmian kemiskinan tegar di negeri Sabah; dan
(b) apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memangkinkan transformasi ekonomi rakyat luar bandar negeri Sabah yang majoritinya masih hidup di bawah paras kemiskinan
nasional.
2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di negeri Terengganu seperti Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Telok Lipat Dungun, Rhu Rendang Marang dan Telok Kalong Kemaman.
3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan baru-baru ini Kerajaan telah mewujudkan Talent Corporation, bertujuan untuk menarik minat anak-anak Malaysia yang berkepakaran tinggi untuk pulang ke tanah air sama ada mereka yang telah pulang sebelum wujudnya skim ini dapat dimanfaatkan di bawah skim ini.
4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dari tahun penubuhannya sehingga kini serta apakah platform yang disediakan oleh Kerajaan kepada graduan ini
setelah tamat pengajian dalam memastikan khidmat mereka dikembalikan kepada negara dalam mengangkat kebudayaan dan seni warisan negara.
5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perbezaan utama yang diterapkan di dalam peralihan sistem pendidikan sekolah rendah daripada sistem KBSR kepada sistem sekarang dan bagaimana ianya akan dapat mencapai matlamat pendidikan negara.
6. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah penduduk dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur masa kini dan sejauh mana matlamat untuk menambah bilangan penduduk telah dicapai dari segi peratusan dan bilangannya, sebagaimana yang di syor dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur supaya taburan demografi
sejajar dengan pembangunan dan perkembangan Kuala Lumpur itu sendiri.
7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah pemantauan yang dilakukan terhadap pendatang-pendatang tanpa izin dan dengan izin khususnya warga Afrika dan Korea di negara ini memandangkan sehingga kini terdapat banyak kawasan-kawasan seperti "little Korea" di Ampang seolah-olah negara ini bagaikan negara mereka sendiri. Sejauh manakah pengawasan kadar jenayah di kawasan-kawasan
seperti ini.
8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nilai terkini harta wakaf, harta pusaka serta nilai kutipan zakat seluruh negara yang terkini serta apakah langkah memperbaiki pengurusannya terutama aspek pengagihannya.
9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi mengatasi ketiadaan rumah rakyat termiskin di bandar Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.
10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah kajian dibuat terhadap tahap keselamatan bas ekspres dua tingkat yang beroperasi dengan meluas sekarang.
11. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian dalam membantu isteri-isteri yang telah diceraikan suami, di mana mereka terpaksa melalui proses mahkamah syariah yang panjang sehingga menyebabkan berlaku penganiayaan dan wujudnya tanggapan negatif masyarakat terhadap kredibiliti mahkamah syariah dalam menegakkan keadilan.
12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) jumlah kemalangan bas ekspres dalam tahun 2009 dan 2010; dan
(b) perancangan yang dibuat dalam mengatasi masalah kemalangan melibatkan bas ekspres.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana keberkesanan pemantauan harga yang ada sekarang dalam mengawal kenaikan harga barang.
18. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah purata Unit Development Cost (UDC) bagi medan-medan minyak di seluruh Malaysia yang dibangunkan; dan
(b) adakah kos tersebut kompetitif.
22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berpuas hati dengan komitmen, jaminan dan pelaksanaan semangat 'federalism' yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Adakah Kerajaan sedar terdapatnya beberapa kerenah birokrasi dan juga beberapa insiden yang dianggap melanggari semangat ini hingga menyebabkan berlakunya ketidak adilan hak negeri-negeri dewasa ini.
40. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian mengikut kelas dan sejauh mana kejayaan kontraktor kelas F Bumiputera dapat keluar daripada kategori ini kepada kelas yang lebih tinggi.
42. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah drastik yang telah dilakukan untuk membendung masalah kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun yang dilaporkan hilang seramai 4 orang setiap hari secara purata.
58. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) melengkapkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan insan seimbang dari segi JERI, dengan memberi penekanan terhadap amalan bersukan di kalangan murid agar sihat dari segi jasmani. Apakah kemudahan yang diberi kepada guru dan sekolah untuk tujuan ini.
59. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca inflasi yang dialami di negara ini dan langkah-langkah konkrit bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menjalani hidup dengan pertumbuhan yang diramalkan menguncup ke paras 4-5% untuk 2011, pengurangan daya beli, sedangkan kos saraan terus meningkat.
63. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kemajuan rancangan Projek Kereta Api Laju Pantai Timur dan bila akan disiapkan. Berapakah jumlah kos perbelanjaan apabila siap nanti serta nyatakan jajaran yang akan dilaluinya.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Luar Negeri * Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011
d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (6 April, 2011) [ Kementerian Pengangkutan ]
2. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]
3. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]
4. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
5. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
6. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
7. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
8. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]
9. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]
10. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]
11. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]
12. (D.R. 7/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 - [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
13. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]
14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."
16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”
17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”
18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”
19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”