Wednesday, June 26, 2013

AUM Dewan Rakyat 26 Jun 2013 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Jun 2013

a.Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- 
(a) adakah Kerajaan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menggunakan perkataan RAKYAT semata-mata untuk melahirkan rasa tidak berpuas hati mengenai keputusan PRU 13; dan 
(b) adakah rasa tidak puas hati ini akan menjadi pencetus kepada 'MALAYSIAN SPRING' di mana keputusan untuk membentuk Kerajaan/pemerintah ditentukan di jalan raya dan bukan di peti undi. 
[ Soalan tambahan: BN Mersing, DAP Bukit Gelugor, PKR Gombak ]
2. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei. [ Soalan tambahan: DAP Gelang Patah, BN Kalabakan, DAP Beruas ]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan : 
(a) apakah langkah terbaru Kementerian dalam menanam semangat perpaduan dan cintakan negara di kalangan pelajar; dan 
(b) apakah Kerajaan berhasrat melaksanakan semula Sekolah Wawasan. [ Soalan tambahan: BN Lenggong,  PAS Temerloh, ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polis yang bertindak ganas terhadap kes-kes kematian dalam tahanan polis. [ Soalan tambahan:

5. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- 
(a) tahap penerimaan rakyat terkini ke atas konsep 1Malaysia; dan 
(b) tahap penerimaan rakyat bukan Melayu terkini ke atas konsep 1Malaysia [ Soalan tambahan:

6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dasar dan formula penyelesaian tuntutan bertindih oleh beberapa negara di Laut China Selatan. Apakah pendirian negara China dan faktor-faktor yang timbul. [ Soalan tambahan:

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian memantau penjualan ubat-ubatan secara talian (online) memandangkan ada laporan mengenai syarikat yang menjual ubatan seperti anabolic steroid kepada pengguna-pengguna internet secara langsung.
8. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kos yang ditanggung oleh Kerajaan setakat ini dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu. Berapakah orang yang terkorban dan kerugian harta benda yang terlibat. [ Soalan tambahan:

9. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah indeks bagi bandar raya Kuala Lumpur terutama kawasan Parlimen Setiawangsa bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan enam bulan pertama tahun 2013. [ Soalan tambahan:

10. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kaedah untuk membantu peniaga-peniaga kecil Bumiputera untuk mengembangkan peniagaan dan apakah jenis pinjaman yang boleh dimohon oleh mereka. [ Soalan tambahan:

11. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah telah diambil agar kes lelaki rogol dan kahwin perempuan bawah umur di Sabah tidak berlaku. [ Soalan tambahan:

12. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dasar dan usaha Kerajaan untuk membangun tenaga alternatif seperti solar dan biodiesel. [ Soalan tambahan:

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan cabaran utama bagi mencapai sasaran Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) pada tahun 2012.

22. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke 13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

24. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan pihak Kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut.

26. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pihak Kementerian tidak berhasrat untuk menurunkan harga minyak RON95 dan diesel. 

28. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan siswazah yang menganggur. Nyatakan bilangan penganggur mengikut bidang pengajian.

48. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital Parit Buntar. 

50. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kerakyatan baru yang diberikan dalam tempoh 3 tahun lepas berbanding dengan 3 tahun sebelumnya dan daripada mana negara asal mereka.

52. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik yang telah direkodkan bagi kesalahan Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dari tahun 2008 hingga 2012.

55. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk program netbook dan jumlah unit komputer berkenaan yang telah dikeluarkan sejak dimulakan sehingga Disember 2012.

65. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah pegawai agama yang telah dilantik di hospital-hospital utama Kerajaan mengikut negeri di antara tahun 2008 hingga tahun 2013.

73. Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kejayaan Kempen Tak Nak Merokok di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Nyatakan statistik terbaru 'Pesalah Merokok' mengikut negeri dan jantina seperti peringkat umur bagi tahun 2010 hingga kini.

77. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan menggalakkan persembahan kebudayaan tradisi yang tertib berbanding dengan persembahan-persembahan hiburan barat yang tidak ada kaitan dengan tradisi dan budaya tempatan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) 2013 

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WilayahWilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah 
Persekutuan) (Pindaan) 2013 

c. USUL-USUL 
1. Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] akan mencadangkan:- 
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- 
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda 
semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Ketiga Belas.”

[ Perbahasan - BN Lenggong, ]