Monday, April 9, 2012

Dewan Rakyat 9 April 2012 (Isnin)


Tarikh : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Negara
Ahli-Ahli yang  mengangkat sumpah :-
1. YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
2. YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
3. YB Senator Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin
4. YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (B)
5. YB Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah bentuk perancangan yang boleh dilakukan oleh pihak Kementerian untuk membuka lebih banyak Kolej Vokasional atau Teknikal ke negeri Sarawak supaya anak tempatan dapat menyambung pelajaran. Cadangan ini dapat membantu Kerajaan negeri Sarawak menjayakan SCORE yang memerlukan ramai tenaga kerja teknikal. 

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan mula berfungsi dan menerima aduan dari orang ramai terhadap kesalahan agensi penguatkuasaan dan bagaimanakah proses membuat aduan.

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan pembangunan keseluruhan di kawasan luar bandar Pahang Barat. Kawasan Pahang Barat masih lagi ketinggalan dalam segi infrastruktur jalan terutamanya di sebelah kawasan Ulu Tembeling. 

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka. 

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat masa kini, adakah Malaysia meminjam dari institusi-institusi kewangan antarabangsa khasnya International Monetary Fund (IMF), Asia Development Bank dan World Bank. Kalau ada, sila nyatakan jumlah yang telah dipinjam dan apakah tujuannya. 

6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat terlatih yang dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan juga IPTS setiap tahun mulai tahun 2007 sehingga tahun 2011. 

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- 
(a) memandangkan Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkan selalu rosak, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menjual kapal tersebut dan menggantikannya dengan sebuah helikopter yang juga boleh digunakan oleh APMM untuk rondaan udara; dan
(b) mengapakah kerosakan ini terus berlaku dan apakah tindakan serius yang diambil oleh Kerajaan.

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada KeTTHA bercadang meminda RUU Bekalan Elektrik 1990 untuk memastikan pembangunan premis haram (tidak mendapat KM- Kebenaran Merancang) atau kelangsungan aktiviti haram dapat dikawal oleh PBT. 

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah drastik bagi menangani kegiatan pembalakan haram di negara ini sehingga menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM800 hingga RM900 juta setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia awal Februari 2012 lalu. 

10. Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berdasarkan sistem data bank eKasih berapa bilangan isi rumah yang didaftar di bawah kategori miskin tegar, miskin, mudah miskin dan terkeluar (melepasi threshold) di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. 

11. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah jalan kampung untuk menyambungkan bahagian utara Pulau Bruit dengan bahagian selatan dapat dimulakan bagi memudahkan perjalanan pergi balik bagi murid-murid Sekolah Menengah Berasrama yang telah diluluskan untuk dibina oleh Kerajaan di bahagian selatan Pulau Bruit memandangkan Pulau Bruit mempunyai keluasan sebesar Singapura. 

12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menjamin pulangan tetap dan kedudukan komplian syariahnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) yang khusus untuk golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dengan pulangan yang dijamin sebanyak RM13,500 dalam masa 5 tahun, pada setiap pembelian saham 5,000 unit saham pada harga RM1 seunit.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kajian terhadap tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu serta laporan yang menyatakan stadium tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penyakit dan perosak padi seperti bena perang, siput gondang, ulat ratus dan karah, adakah Kerajaan bercadang mengatasi masalah ini dengan bantuan tanpa racun seperti bahan mesra alam dan lebih selamat selain daripada sumber racun yang boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.

22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan bentuk hubungan dagangan Malaysia dengan Israel dan nyatakan sejauh mana Malaysia mengambil bahagian dalam sekatan dagangan terhadap Republik Islam Iran.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wujud garis panduan di peringkat pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan lain-lain tentang kehadiran pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam ke program-program keagamaan anjuran agama-agama lain.

37. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. 

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian sebenar Kerajaan Malaysia dalam soal bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA dan SMAR), pada dasarnya Kerajaan tidak memasukan bajet sekolah-sekolah ini dalam Belanjawan Negara tetapi mutakhir ini (hampir pilihan raya) Menteri Pelajaran turun memberi bantuan kepada Sekolah-sekolah ini. Adakah ini bantuan pilihan raya atau bantuan untuk kemajuan sekolah-sekolah Agama Rakyat ini, sampai bilakah dasar ini akan berterusan.

42. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kenaikan gaji bagi Kumpulan JUSA dan premier dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

47. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah syarikat Bumiputera yang dikenal pasti sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan justifikasi dan sebab pembatalan perjalanan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ke destinasi KL Bandung, KL-Dubai, KL-Johannesburg dan beberapa laluan lain.

60. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan pembentangan khas di Parlimen berkenaan pembangunan perikanan Tok Bali memandangkan projek ini adalah antara ikon pembangunan perikanan negara pada masa depan.

62. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini Jalan Raya Central Spine dari Bentong Pahang ke Gua Musang, Kelantan.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012.
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012.
4. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012.
5. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012.
6. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.

d. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 (D.R. 3/2012) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (5 April, 2012)

2. (D.R. 6/2012) Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 5/2012) Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 7/2012) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]