Thursday, April 5, 2012

Dewan Rakyat 5 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah yang telah menjadi ahli Briged Sukarelawan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan nyatakan sejauh manakah penubuhan pasukan Briged Sukarelawan ini dapat memantapkan gagasan 1Malaysia. 

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan terkini dalam pelaksanaan jalurlebar (broadband) berteraskan 4GLTE (Long Term Evolution). Siapakah pelesen-pelesen 4GLTE yang ditauliahkan dan bilakah 'assignment of spectrum' bagi blok-blok 2.6Ghz dapat disempurnakan untuk menjamin pelaksanaan secara komersial. 

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- 
(a) berapakah nilai rampasan dadah sepanjang tahun 2011; dan
(b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa dan berapakah yang telah di sabit dengan kesalahan mengedar dadah. 

4. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara kelompok dan menawarkan permit teksi hanya kepada individu yang membawa teksi. 

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menggalakkan golongan penyelidik meningkatkan mutu R&D mereka supaya lebih mudah dikomersialkan dan apakah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berjaya. 

6. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha tebatan banjir yang dilakukan bagi mengatasi banjir daripada Sungai Durian di jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu. 

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mangsa banjir di Sarawak juga akan diberi bantuan wang ehsan banjir selepas banjir melanda negeri itu pada akhir tahun 2011. 

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah bilangan guru sandaran di SJK(C) dan cara penyelesaian kekurangan guru-guru sandaran di SJK(C). 

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pengitaran semula sampah sarap yang dibuat daripada bahan seperti aluminium, kaca dan plastik dijalankan oleh semua lapisan masyarakat serta industri. 

10. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing pelbagai negara sepanjang 2010 hingga kini, hasil pertukaran asing yang diperoleh dan bilangan yang singgah menginap di Kuala Lumpur sepanjang lawatan. 

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan susulan Kementerian dalam menyegerakan projek pengangkutan untuk membangunkan sektor Maritim di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. 

12. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk membina lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.

28. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar celik huruf (literasi) dan numerasi mengikut negeri di seluruh negara.

33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan sawah padi terbiar di negeri Kelantan yang berjaya dipulihkan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi pihak Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara dan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan Kementerian.

53. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital baru untuk Daerah Dungun, Daerah Marang dan Daerah baru, Kuala Nerus.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar terdapat pegawai-pegawai kanan Kerajaan termasuk yang bertaraf JUSA C hingga JUSA A yang berada dalam 'pool' JPA begitu lama yang tidak diserapkan ke dalam jabatan Kerajaan tertentu dan sekiranya ya, berapakah jumlah mereka dan apakah tindakan yang bakal diambil.

64. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- 
(a) bilakah tarikh sebenar Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) akan dilaksanakan; dan
(b) nyatakan nama dua syarikat yang sudah dimuktamadkan untuk mengendalikan AES dan nyatakan juga bentuk model kewangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan dan dua syarikat tersebut.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pertukaran saham dan CCF di antara MAS dan AirAsia.

c. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (5 April 2012)

2. (D.R. 6/2012) Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 5/2012) Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 7/2012) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]