Monday, April 2, 2012

Dewan Rakyat 2 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian menterjemah keberkesanan Program Himpunan 1 Juta Belia dari segi pemahaman mereka terhadap program Kerajaan untuk belia keseluruhannya. 

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status 'feasibility study' bagi Projek RAPID (Refinery and Petrochemical Integrated Development) yang dilaksanakan oleh Petronas di Johor. Apakah polisi Petronas dalam pemilihan rakan kongsi dan proses tender untuk memastikan ketelusan projek ini supaya mencapai sasaran yang ditetapkan. 

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:- 
(a) apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Transformasi Luar Bandar; dan
(b) apakah pelan bertindak dan program-program khusus yang telah dan akan dilaksanakan di daerah Jempol. 

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa Malaysia dengan penuh minat berunding dengan European Union dan negara-negara TPP apabila kedua-dua EU dan Amerika Syarikat berada dalam krisis ekonomi. Apakah nilai tambah untuk Malaysia dalam konteks ini.

5. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dicapai terhadap program homestay mengikut negeri-negeri di Malaysia. Apakah Kementerian bersetuju dengan pandangan bahawa homestay adalah perniagaan. 

6. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai dasar baru oleh Jabatan Akauntan Negara yang mencadangkan pemberian kemudahan kod potongan gaji kakitangan Kerajaan kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan, selama ini potongan gaji melalui Angkasa. Apakah implikasi yang akan berlaku kepada Koperasi Kredit khususnya sekiranya cadangan ini dilaksanakan. 

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sasaran dan langkah-langkah Kementerian bagi mewujudkan usahawan kecil Bumiputera bagi mengimbangi kekurangan golongan berkenaan dengan kaum lain dan nyatakan langkah bagi meningkatkan ekuiti atau pegangan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara. 

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telor dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012. Sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit Kerajaan untuk atasi perkara ini. 

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang telah dan akan diambil oleh Kementerian dalam menangani kejadian hakisan pantai terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung yang amat ketara pada masa kini. 

10. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status pelaksanaan syor-syor daripada proses penilaian Universal Periodic Review ( UPR ) di Majlis Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada Februari 2009 termasuk syor meratifikasikan konvensyen-konvensyen ICCPR, ICESCR, CAT dan CERD. 

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi memajukan kawasan penemuan Batu Bersurat Hulu Terengganu sebagai kawasan yang mampu menarik para pelancong. 

12. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai di setiap kawasan Parlimen di Perak tentang jumlah sebenar kemiskinan tegar kaum India.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan hutang negara sejak tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 sama ada hutang dalam negeri dan luar negara.

20. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana DRB-Hicom pemilik utama Proton kini yang juga memiliki subsidiarinya mengatasi persoalan 'conflict of interest' dengan vendor-vendor pembuatan komponen dan pengedar Proton yang lain dan apakah langkah-langkah transformasi serta seberapa segerakah pengumuman mampu dibuat untuk memajukan dan mendayakan Proton sebagai kereta nasional yang boleh dibanggakan rakyat dan negara.

24. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keperluan tenaga elektrik tahunan di Semenanjung Malaysia dan adakah sumber-sumber tenaga sedia ada boleh menampung keperluan itu.

28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah wujud mekanisme pemantauan dan kajian secara berkala terhadap keberhasilan program J-Qaf dan sekiranya wujud apakah hasil pelaksanaan program J-Qaf ini secara menyeluruh.

42. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah kos pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu (LTSM) sebanyak RM882.17 juta akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

49. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian bersedia mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan struktur binaan dan reka bentuk jalan raya Gurun-Jeniang yang menyusahkan penduduk dan pengguna jalan raya tersebut.

54. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini urusan persempadan semula kawasan pilihan raya.

56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah bilangan jambatan yang sepatutnya perlu diganti di laluan utama jajahan Pasir Puteh antara sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong hingga ke sempadan Pasir Puteh-Bachok di Kampung Jerus dan bilakah proses penggantian jambatan-jambatan ini akan dilaksanakan.

58.Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- 
(a) keluasan sebenar tanah rizab Melayu semenjak diperkenalkan Enakmen Rizab Melayu; dan
(b) keluasan sebenar tanah rizab Melayu yang masih ada sehingga tahun 2010.

63. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa dan garis panduan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh mengenai kehadiran ke majlis perayaan agama kaum lain.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012.
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012.

d. Perabahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]

2. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [ Kementerian Pengangkutan ]

4. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:- 
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

5. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]