Thursday, March 29, 2012

Dewan Rakyat 29 Mac 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah kekuatan armada kapal laut pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi maritim negara yang luas. 

2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha jangka pendek dan jangka panjang, serta kos yang terlibat dalam mengatasi masalah hakisan pantai yang teruk di sepanjang pantai dan masalah muara-muara sungai utama yang cetek di Terengganu. 

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:- 
(a) pakej serta tawaran bantuan Kerajaan kepada usahawan yang berminat menceburi perniagaan dalam sektor pengeluaran makanan di negara ini; dan
(b) jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dalam membiayai segala bentuk makanan di negara ini. 

4. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:- 
(a) bilakah Akta Perkahwinan dan Penceraian akan dipinda supaya menambahbaikkan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi pemberian nafkah; dan
(b) nyatakan jumlah kes penceraian setiap tahun bagi tahun 2000-2011.

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa lamakah tempoh konsesi penyelenggaraan jalan di seluruh negeri Sabah yang sekarang diberi kepada Syarikat Gammerlite Sdn Bhd, Kekal Mewah Sdn Bhd dan Lintasan Sdn Bhd. Berapa lama lagikah baki tempoh kontrak untuk ketiga-tiga syarikat berkenaan. 

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- 
(a) rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan
(b) bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit. 

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah status dan perkembangan hasil inovasi akar umbi yang berjaya dikenal pasti oleh pihak Kementerian semasa menjalankan Jejak Inovasi pada tahun 2011. 

8. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan nama-nama akta yang membenarkan pihak berkuasa memintas telekomunikasi telefon dan email, serta menyenaraikan jumlah kes pemintasan dari tahun 1998 hingga 2012 mengikut kategori suspek jenayah, ahli politik dan warganegara asing. 

9. Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan bersepadu yang akan diambil bagi menangani eksploitasi anak yatim dan pelajar pusat tahfiz berdaftar dan tidak berdaftar dalam aktiviti mengutip derma dan nyatakan tindakan Kerajaan terhadap pemungut derma lainnya seperti di hentian rehat lebuh raya dan bank-bank. 

10. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tujuan Kerajaan mewajibkan setiap rakyat membeli insurans perubatan dan jumlah nilai yang akan dikutip. Bagaimana pula dengan rakyat yang tidak memiliki insurans tersebut. 

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah lebihan seramai 13,000 graduan yang mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara akibat daripada penurunan sehingga 29 peratus pelajar yang mengambil jurusan Sains semenjak 2007 lagi. 

12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia memainkan apa-apa peranan untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam negara Syria.

28. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status halal dalam minuman Coca-Cola.

32. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- 
(a) adakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam dalam bandar di seluruh negara; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji jenis-jenis perkhidmatan pengangkutan dalam bandar seperti yang dilaksanakan di beberapa negara jiran yang kelihatan lebih mesra penduduk berpendapatan rendah.

41. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa MARA sudah tidak lagi memberi biasiswa kepada pelajar bukan perubatan di Jordan dan Mesir.

54. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada terdapat peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf jalan menghubungkan Jelawang di Dabong ke Gua Musang yang berada dalam keadaan daif.

57. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah yang berlaku di Parlimen Padang Terap mengikut tahun sejak 2008 hingga 2011 serta nyatakan kategori jenayah tersebut serta langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan.

59. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang terjadi dengan Penerbangan Malaysia Bhd yang memajakkan pesawat MAS apabila MAS dan Air Asia digabungkan.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Mac, 2012)

2. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011
[ Kementerian Kerja Raya ]

3. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [ Kementerian Pengangkutan ]

5. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]