Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi Jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan air tawar di negara ini dan langkah meningkatkan penghasilan industri hiliran daripadapengeluaran ikan air tawar; dan
(b) bagaimanakah kedudukan bekalan ikan dalam negara.
2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) mengapakah pembaharuan permit teksi perlu dilakukan setiap tahun berbanding 10 tahun sebelum ini; dan
(b) sama ada SPAD mempunyai kemampuan melayani urusan pembaharuan permit ini di pejabatnya.
3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan penjelasan terperinci mengenai skim perumahan untuk pekerja-pekerja ladang yang diperkenalkan baru-baru ini dan sama ada syarat-syarat yang ditetapkan dapat dikaji semula untuk memudahkan lebih ramai pekerjapekerja ladang memiliki rumah tanpa melalui satu sistem yangmenyusahkan mereka.
4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat diploma di Institut Pengajian Tinggi Swasta untuk bidang fisioterapi, farmakologi,
kejururawatan, "health care", dan teknologi makmal.
5. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia supaya pembangunan dan kegiatan belia diselaraskan dengan berkesan dan sejauh manakah program Kementerian dapat membantu dalam menyelesaikan masalah generasi muda dalam negara ini.
6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan bekalan projek air bersih di sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan kerana pelajar-pelajar sudah sekian lama terdedah kepada bekalan air
kotor yang boleh menjejaskan minda dan kesihatan para pelajar.
7. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini cadangan membina MRT dan terowong bawah laut antara Singapura-Johor Bahru dan Bullet Train Johor Bahru-Kuala Lumpur.
8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERIPEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah nurseri yang telah beroperasi di sektor awam dan swasta sebagai satu bentuk sistem sokongan kepada
wanita berkerjaya dan bagaimanakan sambutannya setakat ini.
9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah modul yang diguna pakai oleh Tabika KEMAS dalam konteks membangunkan modal insan.
10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan senarai jumlah terkini kilang yang telah berhenti operasi atau ditutup di negeri Perak serta jumlah pengangguran atau hilang pekerjaan dan tindakan diambil setakat ini, di setiap Kawasan Parlimen di Perak di sepanjang tahun 2011.
11. Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan strategik yang telah dirancang untuk menjadikan Lapangan TerbangAntarabangsa Senai sebagai satu pintu masuk dan keluar ke destinasi rantau Asia yang aktif dan membawa impak kepada pembangunan ekonomi di negeri Johor.
12. Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah tindakan dan langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk memperkasa kegiatan perniagaan dan ekonomi Bumiputera di arked, kedai dan bangunan MARA yang kebanyakannya kelihatan uzur dan lesu termasuk di kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu;
dan
(b) apakah langkah dan rancangan yang diambil untuk meningkatkan program usahawan Bumiputera, (termasuk usahawan graduan) yang lebih efektif.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat nisbah KDNK yang terkini dan berapakah jumlah hutang yang telah ditanggung oleh Kerajaan Pusat setelah 'contingent liabilities' benarbenar menjadi liabiliti ketika GLC yang membuat pinjaman yang dijamin Kerajaan, tidak membayar hutang atau 'defaulted payment'.
26. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan kepada Parlimen Parit Buntar dari tahun 2008 hingga kini. Sila senaraikan perbelanjaan peruntukan tersebut.
38. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah saham FGV yang bakal dimiliki oleh KPF dalam penyenaraian FELDA nanti saham 'Ordinary Shares' atau 'Preference Shares'.
44. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada benar dakwaan bahawa Syarikat Takaful yang di antara yang terbesar di negara kita, iaitu Etiqa, melantik orang asing, khususnya dari Belanda, sebagai pengurus-pengurus utama.
Sekiranya benar, adakah kepakaran tempatan tidak mencukupi.
45. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap serta nyatakan kos serta masalah yang berlaku ketika ini.
46. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan kenaikan insurans kenderaan sejak 16 Januari 2012 kepada pemilik kenderaan dan jumlah kenaikan yang terpaksa dibayar oleh pengguna serta alasan kenaikan tersebut.
52. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa buah hospital baru dirancang untuk dibina di negeri Kelantan.
64. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah-langkah yang diambil atau akan diambil dalam mengawal serta melindungi pesertapeserta yang terlibat dalam Pembangunan Multimedia di Cyberjaya.
65. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pemilikan ekuiti korporat oleh Bumiputera hanya bertambah sekitar 3% antara tempoh 1990 hingga
2008 dan apakah usaha-usaha terkini Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan tersebut.
69. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan tegas Kementerian terhadap majikan yang tidak membayar gaji pekerja secara berlarutan.
Apakah tindakan susulan Kementerian terhadap syarikat CHH Pacific Paper Sdn Bhd (kes Buruh No: KBR 11001/2012/0151) yang enggan membayar gaji pekerja berbulan-bulan lamanya sedangkan perniagaan
syarikat adalah kukuh.