Bil. 54
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PR-1243-L45214
Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan apakah langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam
memastikan “peminta-peminta sedekah jalanan” berstatus
warganegara Malaysia diberikan bantuan sara hidup serta apakah
langkah susulan yang diambil dalam memastikan golongan ini dapat
meneruskan kehidupan dengan berdikari dan berdaya saing tanpa
mengharapkan bantuan secara berterusan.
2. PR-1243-L46372
Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan berapakah hitung panjang perbelanjaan Kerajaan bagi
satu murid untuk satu tahun untuk pendidikan di IPTA, IPTS, Kolej
Matrikulasi, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi 3 tahun
kebelakangan. Juga bandingkan perbelanjaan tersebut dengan
perbelanjaan yang sama di negara-negara ASEAN.
3. PR-1243-L45228
Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah
yang dimaksudkan dengan Jejak Inovasi, siapakah kumpulan sasaran
dan apakah pencapaian yang dihasratkan oleh Kementerian.
4. PR-1243-L45928
Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan bilakah pihak Menteri akan membuat lawatan ke
negara Palestin.
5. PR-1243-L46947
Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan apakah pengiktirafan yang diberikan kepada
pertubuhan belia sebagai “One Stop Centre” bagi penganjuran aktiviti
yang melibatkan belia dan masyarakat. AUM DR 10/11/2011 2
6. PR-1243-L45720
Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah kakitangan bukan Melayu yang memegang
jawatan penting dalam Petronas yang dilantik dalam masa beberapa
bulan lalu sehingga sekarang. Apakah pelantikan ini satu keperluan
atau sekadar bertujuan memenuhi keperluan badan-badan kepunyaan
Kerajaan (GLC) yang juga mempunyai pegawai-pegawai kanan dari
pelbagai kaum. Jika ini dijadikan alasan, usaha Kerajaan untuk
menentukan syarikat korporat bukan Bumiputera turut melantik
pegawai kanan yang terdiri di kalangan Bumiputera supaya dilihat
seimbang dan adil.
7. PR-1243-L45178
Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI
SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah
Pakatan Keselamatan Siber Global (GCSA) mampu menangani
ancaman siber terutama daripada penggodam antarabangsa
khususnya di kalangan negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), ASEAN dan negara membangun lainnya.
8. PR-1243-L45423
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan memandangkan SAPS diperkenalkan secara tergesagesa tanpa kajian teliti. Hingga ke hari ini (6 September 2011)
Pengetua/Guru Besar dan Pentadbir Sekolah belum menerima
pekeliling dan taklimat jelas dalam hal ini. Apakah langkah susulan
pihak Kementerian mengenai hal tersebut.
9. PR-1243-L45243
Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pelepasan gas rumah
hijau negara dan sejauh manakah penglibatan pihak swasta dalam
membantu melaksanakan dasar ini.
10. PR-1243-L46743
Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kadar zat dan
racun yang terkandung dalam beras putih tempatan dan beras putih
import. Apakah risiko dan kesan kesihatan kepada pengguna. Apakah
langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan beras yang
dimakan oleh rakyat adalah berkhasiat dan bebas daripada racun.
11. PR-1243-L45950
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang
dijalankan oleh Kerajaan untuk memastikan tiada pencemaran alam
sekitar akan berlaku akibat daripada projek Petrokimia di kawasan
Tanjong Piai. 3 AUM DR 10/11/2011
12. PR-1243-L45705
Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan
sama ada pihak Kerajaan bersedia untuk mengiktiraf semua pihak
yang menentang penjajah British sebagai pejuang kemerdekaan.
13. PR-1243-L45969
Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk
mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan di negeri Sabah,
khususnya penambahbaikan kepada lapangan terbang di kawasan
pedalaman Sabah untuk membolehkan kapal terbang yang lebih besar
menggunakannya memandangkan jumlah penumpang yang semakin
meningkat.
14. PR-1243-L45541
Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan tentang perkembangan kelahiran anak di
luar nikah dan pembuangan bayi mengikut bangsa dan negeri
sehingga 30 Jun 2011, setelah usaha-usaha pencegahan dibuat.
15. PR-1243-L45787
Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kementerian dapat
mengisi penuh keperluan tenaga polis di daerah luar bandar di
Sarawak termasuk bahagian Mukah di Sarawak.
16. PR-1243-L45568
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berkenaan dengan penurunan kadar faedah yang boleh
diberikan baru-baru ini oleh mahkamah sivil di negara dari 8 peratus ke
4 peratus, apakah kewajaran penurunan kadar faedah tersebut.
17. PR-1243-L45909
Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) komposisi dan struktur pengurusan atasan 1Malaysia
Development Board (1MDB); dan
(b) sejauh manakah pencapaian 1MDB setakat ini di dalam
membawa hala tuju pembangunan ekonomi negara ke
arah mencapai matlamat pembangunan sebuah negara
maju berpendapatan tinggi.
18. PR-1243-L46547
Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan dalam siasatan yang dijanjikan oleh
Peguam Negara dalam hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan
dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dalam perbicaraan kes
Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur. AUM DR 10/11/2011 4
19. PR-1243-L45932
Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah jumlah subsidi yang ditanggung
oleh Kerajaan dalam menampung perbelanjaan mengerjakan haji
rakyat Malaysia pada tahun 2010 dan 2011.
20. PR-1243-L45099
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah rakyat di Sabah yang dikategorikan
sebagai Sino-Natif setakat 31 Ogos 2011. Sejak bilakah Sino-Natif
diisytiharkan sebagai satu kaum di Sabah dan bagaimana dengan
kaum Sino-Malay serta Sino-Indian yang masih wujud.
21. PR-1243-L45958
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai status terkini
Program 6P (Semenanjung) dan 5P (Sabah). Adakah masalah
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini dapat diselesaikan menjelang
tahun 2012.
22. PR-1243-L46348
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah pun dan / atau akan
diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar tol untuk semua
jalan bertol di Puchong dan sekiranya tiada tindakan, kenapa.
23. PR-1243-L45385
Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) sejauh manakah usaha dan rancangan Kementerian
menaik taraf paip jenis AC kepada HDEP sejauh 300
kilometer di seluruh bahagian keenam, Sarikei; dan
(b) nyatakan juga rancangan Kementerian menambah baik
Loji Pembersihan Bayong, Sarikei berikutan
ketidakfungsian dengan baik pada loji rawatan tersebut
dan ketidakmampuan isi padu air menabung keperluan
penduduk Sarikei dan sekitarnya.
24. PR-1243-L45904
Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hasil siasatan SPRM terhadap dakwaan bahawa Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah disogok oleh bekas Timbalan
Pengerusi Eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas
sokongannya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut. 5 AUM DR 10/11/2011
25. PR-1243-L45748
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapakah dana peruntukan yang telah
digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menangani masalah dadah di
seluruh negara dari tahun 2008 hingga sekarang dan berapakah
jumlah peruntukan yang akan digunakan untuk membanteras dadah
pada masa akan datang.
26. PR-1243-L46779
Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah peratus penambahan pengundi baru di
kawasan Parlimen Tanah Merah sejak 2008 hingga 2011;
dan
(b) adakah penambahan ini melibatkan rakyat warga asing
yang dijadikan warganegara serta nyatakan perinciannya.
27. PR-1243-L45159
Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Tribunal
Perumahan telah memainkan peranan yang berguna dalam
menyelesaikan perselisihan antara pemaju dan pembeli rumah. Berapa
kes perselisihan perumahan telah diselesai dengan berjaya sejak
Tribunal ini ditubuhkan.
28. PR-1243-L46698
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hasil siasatan SPRM dan Panel Penilaian Operasi
mengenai dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri
Mohamad Hasan menghantar dana RM10 juta melalui perkhidmatan
pengurup wang.
29. PR-1243-L46003
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN
menyatakan mengapakah tidak ada pengawalan terhadap bahasa
yang digunakan di papan tanda di sisi jalan terutamanya papan tanda
elektronik yang didapati cenderung menggunakan bahasa ringkas.
30. PR-1243-L45636
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah cukai pendapatan yang dikutip pada tahun 2010
dan tahun ini mengikut pecahan kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan,
Dusun dan lain-lain.
31. PR-1243-L46022
Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyediakan
pusat perkhidmatan pergigian di kawasan-kawasan luar bandar bagi
menangani masalah ketiadaan pusat perkhidmatan tersebut
khususnya di daerah Tenom. AUM DR 10/11/2011 6
32. PR-1243-L47079
Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada bank-bank masih lagi
dibenarkan untuk merujuk kepada "Credit Tip-Off Service" (CTOS) dan
“Central Credit Reference Information System" (CCRIS) di dalam
pemprosesan pembukaan akaun-akaun bank.
33. PR-1243-L46330
Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah kes-kes tertunggak (backlogs) di
Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di seluruh negara dan
nyatakan langkah yang telah diambil Kerajaan bagi mengatasi masalah
ini.
34. PR-1243-L45268
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) rancangan Kerajaan dalam RMK-10 untuk menaik taraf
tol Seremban-Labu dan tol Seremban-Port Dickson
dengan menambah lebih banyak pondok bayaran tol bagi
mengelakkan berlakunya kesesakan di waktu puncak;
dan
(b) jangka masa projek akan disiapkan.
35. PR-1243-L45335
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan mengenai Fasal 17 dalam Rang Undangundang Veteran yang menyatakan Persatuan Bekas Tentera yang
telah sedia wujud perlu mendaftar semula dan apakah persatuan
bekas tentera tersebut akan diberi nombor pendaftaran yang baru dan
bagaimana kedudukan aset-aset yang dimiliki oleh persatuan tersebut.
36. PR-1243-L46363
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kementerian dapat
meningkatkan taraf klinik-klinik Kampung Tekajong dan Kampung Bruit
ke Klinik 1Malaysia.
37. PR-1243-L46262
Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan rasional penubuhan Jawatankuasa
Perolehan dalam Kementerian Kewangan. Jelaskan peranan dan
kuasa jawatankuasa ini ke atas agensi milik Kementerian. Jelaskan
juga sama ada syarikat milik Khazanah Nasional perlu merujuk
sebarang perolehan mereka kepada jawatankuasa ini. 7 AUM DR 10/11/2011
38. PR-1243-L46105
Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan mengenai jumlah mak nyah yang terdapat di negara ini
dan apakah program-program yang dilaksanakan bagi membimbing
golongan tersebut.
39. PR-1243-L46594
Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan projek-projek yang telah dilaksanakan di
kawasan Parlimen Bandar Kuching dan Stampin sejak tahun 2008 dan
jumlah yang diperuntukkan untuk projek masing-masing. Apakah kadar
persiapan projek-projek masing-masing.
40. PR-1243-L45881
Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk
mewujudkan lebih banyak lagi kolej-kolej komuniti di kawasan luar
bandar seluruh negara.
41. PR-1243-L45523
Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah terdapat sebarang
perancangan dan kajian untuk membenarkan pendaftaran nombor plat
kenderaan dengan menggunakan nama sendiri atau mengikut
kehendak kereta seperti yang dipraktikkan di Negara luar seperti di
Britain dan Amerika Syarikat.
42. PR-1243-L46825
Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah angkatan tentera
dalam negara dan mampukah angkatan tentera yang ada bersedia
mempertahankan negara sekiranya berlaku ancaman.
43. PR-1243-L46803
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan berhasrat untuk menerima wakil-wakil
NGO seperti Pengerusi BERSIH Dato' Ambiga
Sreenivasan turut menganggotai Jawatankuasa Pemilih
Parlimen (Parliamentary Select Committee) yang
membawa reformasi dalam sistem pilihan raya yang
bersih dan adil; dan
(b) adakah Jawatankuasa Pemilih Parlimen akan menerima
8 perkara yang dituntut oleh BERSIH 2.0 dan berapa
tempoh yang akan diambil oleh PSC untuk
menyelesaikan tugasnya. AUM DR 10/11/2011 8
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan
2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012
seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang
sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan
juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada
Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran
perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud
Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah
diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang
bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai
tersebut.”
Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (9 November, 2011)
2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)
2011
[ Kementerian Kewangan ]
Bacaan Kali
Yang Kedua
3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (Pindaan) 2011
[ Kementerian Kewangan ]
“
4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan)
2011
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
“
5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak
Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)
2011
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
“
6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen
(Pindaan) 2011
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
“
7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim
(Pindaan) (No.2) 2011
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
“ 9 AUM DR 10/11/2011
8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2009
[ Kementerian Kewangan ]
“
9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta
Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan
bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan
Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA
16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”
10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv)
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan
bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah
10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn
Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”
11. PR-1243-U45136
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa migrasi keluar atau
Brain Drain di negara ini amat serius sehinggakan terdapat kajian oleh
National Economic Advisory Council mengatakan bahawa , sejak tahun
1960 hingga tahun 2005 sahaja, seramai 1,489,168 telah berhijrah
keluar dari negara ini. Dan mengambil maklum bahawa kehilangan
sumber tenaga yang begitu berharga ini akan membantutkan lagi
usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Bagi Malaysia untuk
mencapai status negara berpendapatan tinggi, Malaysia hendaklah
membangunkan, menarik dan mempertahankan sumber manusia yang
ada. Dan mengambil maklum bahawa, antara penyebab utama
fenomena ini adalah potensi pendapatan, prospek karier / kenaikan
pangkat, kualiti pendidikan, kualiti kehidupan dan tidak kurang
pentingnya, ketidakpuasan hati ke atas faktor polisi yang dianggap
berbaur diskriminasi terutama sekali di kalangan bukan Bumiputera,
masyarakat Cina dan India. Dan mengambil maklum juga bahawa
faktor-faktor legislatif, isu sosial-politik dalaman, peluang pendidikan
dan tawaran / tarikan negara luar juga memainkan peranan utama
dalam hal ini. AUM DR 10/11/2011 10
Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk
meminta Kerajaan agar dapat menubuhkan satu badan khas bagi
mengkaji masalah-masalah yang dibangkitkan di atas, dengan tujuan
untuk meminda mana-mana akta dan polisi yang dianggap
mendiskriminasikan satu-satu pihak serta menambah baik mana-mana
akta dan polisi agar sumber tenaga yang sedia ada dapat
dipertahankan sementara usaha untuk menarik balik mereka yang
telah berhijrah diperhebatkan."
(Perdana Menteri)
12. PR-1243-U45139
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa di negeri Sabah,
terdapat ramai kanak-kanak jalanan, gelandangan dan pengemis yang
tinggal di bawah jambatan, bangunan terbiar dan tempat awam.
Dan mengambil maklum bahawa terdapat juga di antara mereka ini
adalah dari kalangan warga asing dan tidak mempunyai dokumen
pengenalan diri. Dan mengambil maklum bahawa, kebanyakan mereka
ini berkeliaran di bandar-bandar utama yang juga menjadi tempat
tumpuan para pelancong. Nyata sekali, senario ini akan memberikan
gambaran negatif kepada negara di kaca mata para pengunjung ini.
Dan mengambil maklum bahawa, walaupun pihak-pihak tertentu telah
pun mengambil tindakan untuk menangani masalah ini, namun ianya
masih berlaku kerana tidak ada usaha bersepadu daripada semua
agensi yang terlibat. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menubuhkan satu badan
khas untuk menangani masalah ini, di mana semua agensi yang
berwajib hendaklah dimasukkan dalam badan khas ini supaya semua
isu berkaitan dapat ditangani dengan sekali gus."
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
13. PR-1243-U45140
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa usaha pihak syarikat
penyiaran swasta, Astro untuk menyiarkan program berteraskan
pendidikan, terutama sekali rancangan khas bagi calon UPSR, PMR
dan SPM, amatlah disanjung tinggi. Dan mengambil maklum bahawa
selain siaran program-program di atas, pihak Astro juga boleh
memainkan peranan mereka dalam menyiarkan program-program
yang berasakan informasi mengenai dengan polisi dan perkhidmatan
Kerajaan, misalnya, jenis-jenis bantuan, kemudahan, pinjaman,
biasiswa dan program peningkatan ekonomi serta kemasyarakatan
yang disediakan oleh Kerajaan. 11 AUM DR 10/11/2011
Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk
meminta Kerajaan untuk meminda mana-mana polisi dan peraturan
sedia ada untuk meminta mana-mana syarikat penyiaran swasta untuk
menyiarkan maklumat yang dimaksudkan di atas di bawah program
kemasyarakatan (CSR) mereka."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
14. PR-1243-U45141
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa membangunkan
modal insan negara ini tidak boleh dipikul dan dimainkan oleh Kerajaan
sahaja. Dan mengambil maklum bahawa pihak swasta dan badanbadan keagamaan juga memainkan peranan yang penting untuk
membangunkan modal insan negara yang bermoral dan berbudi
bahasa. Dan mengambil maklum bahawa, kebanyakan badan-badan
keagamaan ini beroperasi dengan dana yang terhad sama ada ianya
disumbangkan oleh ahli-ahlinya atau sumbangan orang ramai.
Dan mengambil maklum juga bahawa peranan badan-badan sukarela
ini dapat dimantapkan lagi sekiranya mereka mempunyai sumber
kewangan yang kekal dan tetap. Maka dengan ini Dewan hendaklah
mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan supaya Kerajaan
menyediakan satu dana dengan butiran khas dalam belanjawan
negara bagi membantu badan-badan keagamaan dan bukan Kerajaan
ini untuk membiayai aktiviti pembangunan modal insan mereka."
(Perdana Menteri)
15. PR-1243-U45143
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa belia hari ini adalah
pemimpin hari esok. Dan mengambil maklum bahawa golongan belia
mempunyai cita rasa yang berbeza daripada golongan dewasa. Dan
mengambil maklum bahawa, golongan belia hari ini masih lagi
menganggap bahawa mereka diperintahkan untuk menerima apa jua
polisi dan usul Kerajaan mengenai dengan perihal mereka.Dan
mengambil maklum juga bahawa dengan adanya sistem komunikasi
alaf baru, mereka lebih gemar meluahkan pendapat dan isi hati mereka
melalui media baru, misalnya melalui Facebook dan Twitter.Dan
mengambil maklum juga, bahawa usaha Kerajaan untuk menubuhkan
Parlimen Belia adalah usaha murni untuk mendekati golongan belia.
Walau bagaimanapun, golongan belia juga haruslah diberikan ruang
untuk menyatakan isi hati mereka termasuklah rasa patriotisme
mereka kepada negara. Maka dengan ini Dewan hendaklah
mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menubuhkan
satu badan khas dari kalangan belia itu sendiri, bagi mendengar dan
menangani keluhan dan rintihan golongan belia ini agar mereka juga
dapat menyumbang dalam membangunkan negara ini."
(Menteri Belia dan Sukan) AUM DR 10/11/2011 12
16. PR-1243-U45144
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa konsep 1Malaysia
yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu model
perpaduan yang terbaik bagi negara ini dan disanjung tinggi oleh
negara-negara lain. Dan mengambil maklum penerapan teras-teras
perpaduan yang terkandung dalam konsep 1Malaysia adalah amat
penting bagi pembangunan negara untuk menjadi negara maju pada
tahun 2020. Dan mengambil maklum bahawa konsep penerimaan
1Malaysia yang menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum di mana satu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara adalah merupakan
satu kenyataan yang harus diterima oleh semua rakyat Malaysia. Dan
mengambil maklum juga bahawa konsep 1Malaysia juga menekan
amalan hormat-menghormati antara semua kaum termasuk
menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga
menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain
dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang
yang menyentuh sensiviti kaum.Namun demikian, masih terdapat
suara-suara lantang yang memperkecil-kecilkan peranan kaum-kaum
tertentu dalam pembangunan negara. Terdapat juga suara hasutan
untuk meminggirkan dan mendiskriminasikan kaum-kaum ini. Maka
dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta
Kerajaan untuk meminda mana-mana undang-undang sedia ada untuk
menghukum mereka yang menyuarakan suara-suara hasutan ini, agar
konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dapat
dimartabatkan dan di perkasa lagi."
(Menteri Dalam Negeri)
17. PR-1243-U45146
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebanyakan urusan
utama masih dijalankan di Kuala Lumpur.Dan mengambil maklum,
urusan utama ini menghendaki dan memastikan rakyat dari negeri
Sabah dan Sarawak untuk datang sendiri ke Kuala Lumpur untuk
berurusan. Dan mengambil maklum bahawa urusan seperti ini
mendatangkan bebanan kewangan kepada rakyat di kedua-dua negeri
ini. Dan mengambil maklum juga bahawa Kerajaan pimpinan YAB
Perdana Menteri sentiasa mendahulukan rakyat. Maka dengan ini
Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan
untuk menubuhkan “2nd Capital” di Wilayah Persekutuan Labuan demi
untuk memudahkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk berurusan selain
dapat memartabatkan lagi Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir
Pantai Antarabangsa."
(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar) 13 AUM DR 10/11/2011
18. PR-1243-U46173
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan Transit Laju Massa (Mass Rapid
Transit, MRT) di Lembah Klang daripada pelbagai segi termasuk
syarikat berkaitan dengan Kerajaan, kontraktor,jenis kenderaan dan
jumlah wang yang diperlukan. Dewan juga hendak membincangkan
integriti orang-orang yang terlibat."
(Perdana Menteri)
19. PR-1243-U46175
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendebatkan tahap pencapaian 20 buah universiti
awam di negara ini termasuk kedudukan di QS World Universities
Rankings. Dewan ini juga membicarakan sebab-musabab Universiti
Malaya boleh mencapai tahap lebih baik di QS Rankings berbanding
dengan universiti berstatus Apex USM yang rankingnya merosot."
(Menteri Pengajian Tinggi)
20. PR-1243-U46970
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta
Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993
sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai
Parlimen Dunia Pertama."
(Perdana Menteri)
21. PR-1243-U46973
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja
Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana
Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis
(IPCMC)."
(Menteri Dalam Negeri) AUM DR 10/11/2011 14
22. PR-1243-U45148
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dan menetapkan kedudukan rakyatrakyat asing yang memegang dokumen IMM 13 supaya kedudukan
mereka yang mendapat perlindungan Kerajaan Malaysia boleh
dipastikan kewarganegaraan mereka. Difahamkan bahawa pada ketika
ini masih ramai sanak saudara pemegang dokumen IMM 13 dari
negara jiran masih mempunyai hubungan persaudaraan di antara
mereka, maka perkara ini sangat membimbangkan di mana
pengeluaran dokumen IMM 13 perlu diambil perhatian serius untuk
dipantau dan disekat."
(Perdana Menteri)
23. PR-1243-U45152
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dan menetapkan penggunaan
dakwat kekal sewaktu pilihan raya umum ke-13. Cadangan
penggunaan biometrik adalah tidak sesuai memandangkan masih
banyak kawasan-kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak yang
sukar mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan internet.
Penggunaan dakwat kekal akan memastikan agar pengundi-pengundi
mendapat kepastian, perlindungan hak dan maruah mereka
terpelihara."
(Perdana Menteri)
24. PR-1243-U45160
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dengan seriusnya mengenai
kedudukan anak-anak yang dilahirkan dalam perkahwinan campur dari
suku kaum bumiputera dengan rakyat tempatan dari kaum-kaum lain
khasnya di Sabah. Penggunaan perkataan Sino-Natif sebagai suku
kaum adalah tidak tepat di mana sino digunakan bagi keturunan Cina
dan natif sebagai keturunan bumiputera yang sesungguhnya bukan
suku kaum. Jabatan Pendaftaran Negara yang mengeluarkan sijil
kelahiran dan kematian di Sabah seharusnya mengekalkan perkataan
Sino-Bajau, Sino-Melayu, Sino-Dusun dan sebagainya untuk
menentukan bangsa sebenar seseorang itu seperti mana diguna pakai
selama ini, sebelum menukarnya kepada Sino-Natif sekarang ini."
(Menteri Dalam Negeri) 15 AUM DR 10/11/2011
25. PR-1243-U45105
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
menjalin gabungkan konsep 1Malaysia Bangsa Malaysia dan
Malaysian Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan antara kaum di
Malaysia memandangkan perhubungan tersebut sudah mencapai
tahap merentas kaum dan budaya."
(Perdana Menteri)
26. PR-1243-U45108
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk mengekalkan ciri asal
bangunan-bangunan lama di Bandaraya Kuala Lumpur sebagai
bangunan warisan dan mengambil tempat di tapak asal."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
27. PR-1243-U45111
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Mendesak Kerajaan dan SPAD mengekalkan bangunan-bangunan
asal pemilik persendirian yang telah berusia berdekad-dekad di Jalan
Sultan Kuala Lumpur sewaktu pelaksanaan pembinaan jajaran bawah
tanah projek MRT antara Sungai Buloh ke Kajang yang mana pada
peringkat sekarang PTG WPKL telah mewartakan pengambilan tanahtanah tersebut yang akan menyebabkan bangunan-bangunan lama
dirobohkan sedangkan jajaran MRT itu akan dibina di bawah tanah dan
tiada kaitan dengan bangunan lama. Langkah Prasarana Negara lebih
terdorong dengan konsep pembinaan rel bersama harta dengan
mengambil kesempatan mengambil tanah tersebut atas nama
pembangunan. Cadangan pemindahan sementara pemilik dan
penghuni sewaktu projek berjalan dan mereka dibenarkan balik semula
ke premis masing-masing setelah projek siap dengan syarat-syarat
yang dipersetujui bersama, hendaklah diperkenalkan".
(Menteri Kewangan)
28. PR-1243-U46685
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan Parlimen hendaklah mengambil maklum dan
mengarah Menteri Dalam Negeri menerangkan kenapa lebih dari 1.5
juta pekerja asing bekerja tanpa sah di Malaysia. Apakah tindakan
susulan yang akan diambil terhadap pekerja-pekerja ini."
(Menteri Dalam Negeri) AUM DR 10/11/2011 16
29. PR-1243-U46689
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan Parlimen hendaklah mengambil maklum dan
mengarah untuk meminta Menteri Pendidikan mengkaji untuk membina
satu sekolah baru Cina di Bercham, Ipoh kerana Sekolah Cina semasa
yang terbesar di Perak mempunyai ramai murid dan penuh sesak buat
masa ini dan juga di kawasan Bercham itu mempunyai tanah rizab
lebih kurang 6 ekar untuk pembinaan sekolah tersebut."
(Menteri Pelajaran)
30. PR-1243-U45876
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Kewangan mengkaji
semula kadar bayaran insurans ke atas kenderaan motorsikal yang
sedia ada bagi meringankan lagi beban hidup masyarakat terutamanya
di luar bandar."
(Menteri Kewangan)
31. PR-1243-U45878
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini minta PUSPAKOM memanjangkan hayat
pemeriksaan kenderaan dari 6 bulan ke 12 bulan.”
(Menteri Pengangkutan)
32. PR-1243-U45880
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti
dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang
memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang bekerja."
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)17 AUM DR 10/11/2011
33. PR-1243-U45882
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan mengadakan satu mekanisme
untuk menghalang warga bukan negara menikmati subsidi ke atas
barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan)
34. PR-1243-U45885
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & GO
mengadakan lorong tambah nilai di laluan Plaza TOL bagi kemudahan
pengguna tanpa ke pejabat atau agen stesen minyak. Melalui agen
dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula
menyusahkan pengguna."
(Menteri Kerja Raya)
35. PR-1243-U46437
Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik sebagai Menteri yang
berhemah harus mengagihkan peruntukan-peruntukan Kementerian
secara adil kepada seluruh Kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan
termasuk Labuan bahkan membasmi kemiskinan bandar. Menteri tidak
harus menumpukan peruntukan Kementerian di kawasan Parlimen
Lembah Pantai sahaja untuk tujuan politik sendiri. Saya juga
mendesak Kementerian menetapkan suatu nisbah penduduk untuk
pengagihan peruntukan kepada seluruh kawasan Wilayah
Persekutuan."
(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
36. PR-1243-U46962
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan agar undang-undang digubal untuk
membenarkan golongan "transgender" menukar jantina mereka secara
sah dan nama serta jantina mereka dapat ditukar di dalam Kad
Pengenalan secara sah untuk mengurangkan tekanan yang dialami
oleh mereka".
(Menteri Dalam Negeri) AUM DR 10/11/2011 18
37. PR-1243-U46972
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan supaya Ordinan Darurat
(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) dapat dipinda untuk
memastikan budak-budak remaja (bawah 21 tahun) jikalau didapati
telah melakukan jenayah dihadapkan ke Mahkamah untuk dibicarakan
dan bukannya ditahan di pusat tahanan di bawah Ordinan Darurat.
Ini adalah kerana budak-budak remaja dalam usia ini biasanya masih
belajar atau bersekolah dan jikalau ditahan di Pusat Tahanan di bawah
Ordinan Darurat masa depan mereka akan terjejas dan hak asasi
mereka diabaikan".
(Menteri Dalam Negeri)
38. PR-1243-U46974
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincangkan agar Kerajaan mengkaji semula
kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai ke negara ini yang
boleh menggugat keselamatan negara dan mendatangkan masalah
sosial di kalangan warganegara Malaysia".
(Menteri Dalam Negeri)
39. PR-1243-U46979
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan supaya satu undangundang dapat digubal untuk memastikan keluarga mereka yang
menukar agama wajib diberitahu mengenai pertukaran agama ini bagi
mengelakkan masalah perebutan jenazah apabila meraka menukar
agama dan meninggal dunia".
(Perdana Menteri)
40. PR-1243-U46981
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mendesak agar Kerajaan dapat mewajibkan
supaya Bahasa Tamil juga digunakan sebagai salah satu bahasa di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan LCCT semasa
membuat sebarang pengumuman".
(Menteri Pengangkutan) 19 AUM DR 10/11/2011
41. PR-1243-U46983
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mengadakan
bentuk pengawalan harga rumah yang semakin lama semakin
melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk memiliki
rumah sendiri".
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
42. PR-1243-U46984
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk menyediakan
tapak seperti stadium bagi mereka yang ingin membuat perhimpunan
secara aman bagi mengelakkan jalan raya digunakan untuk membuat
perhimpunan".
(Menteri Dalam Negeri)
43. PR-1243-U46986
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mewajibkan
setiap laman web rasmi Kerajaan dan mesin ATM di bank-bank
tempatan menggunakan Bahasa Tamil selain dari Bahasa Malaysia,
Inggeris dan Cina".
(Menteri Kewangan)
44. PR-1243-U46987
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya rancangan
berbahasa Tamil di RTM ditambah masanya memandangkan
kebelakangan ini rancangan berbahasa Tamil semakin berkurangan di
RTM".
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
45. PR-1243-U46988
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya setiap bilik siasatan
di Balai Polis dilengkapi dengan CCTV seperti yang disediakan oleh
Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) kini, memandangkan terdapat
banyak kes penyalahgunaan kuasa, penderaan dan kematian semasa
suspek berada di dalam tahanan".
(Menteri Dalam Negeri) AUM DR 10/11/2011 20
46. PR-1243-U46990
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan garis-garis panduan
keselamatan yang wajib dipatuhi oleh sukarelawan yang bertugas di
negara-negara bergolak untuk mengelakkan perkara yang berlaku
kepada jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
yang ditembak mati di Somalia tidak berulang lagi".
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
47. PR-1243-U46283
Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang
pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh
MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan
Audit Negara untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga
bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan
pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian
Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak
persepsi negatif terhadap negara."
(Menteri Pertahanan)
48. PR-1243-U46713
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia
sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu
dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu
mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah
dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu
pada 18 Disember 2007, di mana negara-negara yang masih
mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan
hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang
membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan
moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat
untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini
Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan
melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium
tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan
Morotarium tersebut."
(Menteri Luar Negeri) 21 AUM DR 10/11/2011
49. PR-1243-U46715
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja Siasatan
Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009
akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada
siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat
kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."
(Menteri Sumber Manusia)
50. PR-1243-U46716
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik
Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga
mendesak mengenai pelantikan panel khas di dalam siasatan kes ini.
Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan
Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan
yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan
perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk
menjawab pelbagai spekulasi."
(Perdana Menteri)
51. PR-1243-U47021
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincangkan secara bersunguh-sungguh
bagaimana dapat merektifikasikan masalah gangguan perkhidmatan
pembekal-pembekal Internet yang kerap berlaku di Sabah, terutama
sekali di Tawau yang seterusnya membawa kesan negatif pada
transaksi perniagaan, pembekal-pembekal perkhidmatan siber lain,
kegangguan kepada pengguna-pengguna Internet, penyampaian berita
oleh media massa, masalah-masalah pendidikan pelajar-pelajar dan
yang teruk sekali, kerugian kewangan dan perniagaan bagi rakyat
Sabah. Rakyat sudah tidak sabar lagi dan mereka minta penjelasan
mengapa Sabah diberi perkhidmatan kelas ketiga atau tidak ada
perkhidmatan sama sekali, walaupun mereka juga membayar fi yang
sama seperti rakyat di Semenanjung Malaysia."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) AUM DR 10/11/2011 22
52. PR-1243-U47022
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang secara bersungguh-sungguh
bagaimana dapat merektifikasikan penderitaan peladang-peladang dan
pekebun-pekebun kecil di Sabah yang telah membayar 7.5% CESS
kelapa sawit, cukai untung runtuh dan cukai Kerajaan, tetapi tidak ada
mana-mana pihak Kerajaan yang tampil ke hadapan untuk
memperbaiki atau menyelenggarakan jalan-jalan awam yang menuju
ke ladang-ladang atau kebun-kebun kecil mereka. Mereka telah
diabaikan sama sekali dan mereka terus menderita, kecewa dan tanpa
sebarang suara, selama bertahun-tahun terutama sekali atas kerugian
kewangan besar yang dialami bila buah sawit mereka tidak dapat
diangkut keluar dari lading-ladang mereka. Mereka minta penjelasan
mengapa tidak ada mana-mana pihak berkuasa yang memperbaiki
jalan-jalan itu sedangkan mereka membayar cukai yang tinggi kepada
Kerajaan."
(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
53. PR-1243-U47023
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
mengambil tindakan tegas tentang pengemis-pengemis kanak-kanak
yang memperalatkan bayi-bayi yang tidak berpakaian atau
mengheretkan bayi-bayi itu di tempat-tempat awam di Tawau, supaya
mencari simpati dan meminta sedekah daripada orang ramai. Sudah
lama kejadian sedemikian itu berlaku dan sudah ada kes-kes
sedemikian yang dilaporkan kepada jabatan kebajikan masyarakat dan
pihak polis, namun tiada sebarang tindakan diambil. Kes-kes
sedemikian itu mungkin melibatkan sindiket-sindiket dan mungkin akan
menyebabkan peningkatan bilangan pengemis-pengemis kanak-kanak
jalanan secara mendadak atau menimbulkan masalah sosial lain jika ia
dibiar berlaku sahaja."
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
54. PR-1243-U47024
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
mengambil tindakan serius dan segera, juga memberi penjelasan
kepda rakyat di Tawau mengapa mereka masih dilayani sebagai
warga-warga Malaysia kelas ketiga sahaja, mereka terus menderita
kerana gangguan bekalan kuasa elektrik dan air terutama sekali
semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri."
(Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)23 AUM DR 10/11/2011
55. PR-1243-U47025
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
menyemak semula Akta Pembangunan Petroleum (Akta 14) agar
dapat memberi ketelusan dan akauntabiliti kepada negeri-negeri
pengeluar minyak terutama sekali Sabah."
(Perdana Menteri)
56. PR-1243-U47114
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil
langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:- ‘…tetapi tidak
mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…’ dan diganti
dengan perkataan berikut; ‘dan mempunyai bidangkuasa mengenai
apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan
atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara’ dan undangundang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk
membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang
Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan
oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya’. Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah
Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda
bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1)
Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas dan
hendaklah berbunyi saperti berikut: Mahkamah Syariah tersebut
hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan
jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan
didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam
(termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan,
memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang
berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum
syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya. Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam
wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang
jenayahnya saperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang
pengubahsuaian dan pindaan saperti yang berlaku sekarang dan
Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan system
perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah
umat Islam”
(Perdana Menteri) AUM DR 10/11/2011 24
57. PR-1243-U47115
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): ‘Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa
undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini
dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal
setakat ianya berlawanan itu’. Bahawa Dewan mengambil maklum
bahawa banyak keadaan di mana hukum syara’ dan syariat Islam telah
terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4
Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang
negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk
undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian
serban di sekolah-sekolah kebangsaan,
pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan,
perlaksanaan undang-undang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang
bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain”.
(Perdana Menteri)
58. PR-1243-U47116
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan
bahawa Malaysia bukan negara sekular saperti India sebaliknya
sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan
hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang
dihitamkan): ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi
undang-undang dan syariatnya’. Bahawa Dewan mengambil maklum
bahawa keputusan Mahkamah di dalam kes Che Omar Che Soh v.
Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah
banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk
memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular
sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya
negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,
maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan
status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi”.
(Perdana Menteri)25 AUM DR 10/11/2011
59. PR-1243-U47117
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di
Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan
1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan
peruntukkan baru di Seksyen 4 seperti berikut: “Seksyen 4A: Didalam
keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan
atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukumhakam, syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka
Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu
kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman;
dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan
atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau
penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau
pertikaian itu hendaklah mengikat Mahkamah tersebut”. Bahawa
Dewan menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau
persoalan mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular
berdasarkan undang-undang sivil boleh mencetuskan salah faham dan
kekeliruan. Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan
kefahaman terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks
syariah dan Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah
sekular yang membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut
menurut peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad
kepada pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata,
malahan menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.
Sebenarnya inilah yang telah berlaku di dalam kes Maria Hertogh @
Nadrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang
mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima
pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah
dan keislaman Nadrah dan perkahwinan Nadrah dengan Almarhum
Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum
syara’ keislaman dan perkahwinan Nadrah adalah sah kerana beliau
sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang
mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau. Begitu juga di dalam
beberapa kes di mana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah,
tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan
perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan seperti yang dicadangkan di
atas ujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat
diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang
terpakai bagi isu tersebut.
(Perdana Menteri) AUM DR 10/11/2011 26
60. PR-1243-U47118
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan sperti berikut (seperti yang
dihitamkan): ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi
penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undangundang dan syariat Islam. Bagi maksud penganut ugama Islam, soal
kemasukan dan kemurtadan dari ugama Islam hendaklah ditentukan
oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak
keatasnya”. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun
Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa kes termasuk Azlina
Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan
Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal
dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan Mahkamah sekular
tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A),
namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes
seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan
seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh,
Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu
mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fadhu
kifayah ke atas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan
pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal
dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama di atas maka isu
seperti ini tidak akan berbangkit lagi”.
(Perdana Menteri)
61. PR-1243-U47119
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah
sekular yang diujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan
Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan
bidangkuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel
121 (1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak
menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai
seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular
tersebut mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah
dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie, apakah
itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan hak dan
bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan dan
pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular”.
(Perdana Menteri)27 AUM DR 10/11/2011
62. PR-1243-U47120
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya
undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan
opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan
sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di
Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukkan
undang-undang yang ada di mana-mana Akta atau Enakmen Syariah
saperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang
Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi
menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu”.
(Perdana Menteri)
63. PR-1243-U47121
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1433 (Peringkat Antarabangsa) kepada
saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara
Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha
menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja da’wah ke seluruh dunia”.
(Perdana Menteri)
64. PR-1243-U47122
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri secara
“post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara
Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha
memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya
besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan”.
(Perdana Menteri)AUM DR 10/11/2011 28
65. PR-1243-U47123
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan
Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan
semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau
negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik
balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada
mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang
kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran
Penjenayah (Criminal Registration Center)”.
(Perdana Menteri)
66. PR-1243-U47124
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu
kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang
bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihanraya
kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil
rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan
Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau
dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa
pilihanraya umum untuk menentukan calon yang mengganti dan/ atau
mengisi kekosongan tersebut. Ini sekalugus dapat mengelakkan
keperluan mengadakan pilihanraya kecil yang melibatkan kos yang
tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan
politiking tanpa kesudahan”.
(Perdana Menteri)
67. PR-1243-U47125
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya
melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa
dan autoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi
bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab
hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. 29 AUM DR 10/11/2011
Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan
supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa
yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan
dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap
melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan
tegas menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau di bawah manamana undang-undang (Persekutuan atau Negeri)”.
(Perdana Menteri)
68. PR-1243-U47126
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai
sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut persempadanan
sebelum tahun 1967 dan menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus
khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkahlangkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini
sebagai ‘Jawatankuasa Caucus bagi Palestin’ dengan melantik YB
Kepala Batas (atau mana-mana Ahli Parlimen yang dipertimbangkan
sesuai) sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini
mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan
memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak
menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh manamana pihak; dan juga juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera
mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam
Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan
Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin”.
(Perdana Menteri)
69. PR-1243-U47127
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani
dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan
berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut
agama Hindu dengan tujuan unjtuk memantapkan kedudukan ekonomi
mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk
penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan
permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan
dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal
Masyarakat India’” dengan melantik Timbalan Perdana Menteri
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut.
(Perdana Menteri) AUM DR 10/11/2011 30
70. PR-1243-U47128
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis
Buku Negara dengan peruntukkan yang mencukupi dan segera
menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil
semua langkah yang munasabah dan praktikal untuk membantu,
menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara.
Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku
Negara seperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan
sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar
Buku Negara tersebut”.
(Menteri Pelajaran)
71. PR-1243-U47129
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan
siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima dikesemua
tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan. Ini adalah
kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama
Persekutuan seperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan
Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan”.
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
72. PR-1243-U47130
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan
dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang
hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua
puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah
20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah
dibebaskan dengan serta-merta”.
(Menteri Dalam Negeri)31 AUM DR 10/11/2011
73. PR-1243-U47131
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri
Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat
kepada syarikat penerbangan Malaysia Airline, Air Asia atau manamana syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan
kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam
pilihan untuk memakai pakaian / pakaian seragam yang mematuhi
hukum syara".
(Menteri Pengangkutan)
74. PR-1243-U47132
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada
syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak
dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa di dalam
penerbangan”.
(Menteri Pengangkutan)
75. PR-1243-U47133
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya
membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan
dalam apa bentuk sekalipun hanya di premis-premis khas yang
dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja;
sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat
perjudian dan daging khinzir dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedaikedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa
minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya. Dewan ini
mengambil maklum banyak kes terjadi di mana remaja dan belia
beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman
berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini
untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa
kepada timbulnya gejala sosial yang serius seperti kegiatan merempit
yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes
pembuangan bayi”.
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan) AUM DR 10/11/2011 32
76. PR-1243-U47134
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Perdana Menteri
supaya dengan segera mengujudkan Kementerian Hal Ehwal Sabah &
Sarawak (atau singkatannya “KHASS”) dengan seorang Menteri
berjawatan penuh untuk menjaga hal ehwal pembangunan,
infrastruktur, kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah & Sarawak
termasuk memberi portfolio berkaitan Koridor Ekonomi Sabah/
Sarawak, dan kesemua agensi pembangunan Persekutuan mestilah
melalui Kementerian ini supaya segala projek pembangunan &
infrastruktur di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dan dikawal
selia serta dipantau dengan lebih berkesan."
(Perdana Menteri)
77. PR-1243-U47135
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan
melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jame’
Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru
yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan
marmar sebagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi serta memperkukuhkan bumbung Masjid tersebut agar dapat
menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat
Jumaat dan kedua ‘Eidulfitri & ‘Eiduladha memandangkan
pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini”.
(Perdana Menteri)
78. PR-1243-U47136
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya
mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing
yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan
yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan
pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa
memakai pakaian bercanggah dengan Islam saperti berseluar pendek,
memakan makanan dan minuman yang haram saperti babi dan arak,
serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal di
persekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak
bersesuaian dengan seorang Muslim”.
(Menteri Dalam Negeri) 33 AUM DR 10/11/2011
79. PR-1243-U47137
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang
beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan
mengerjakan ‘ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat
sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun
belum mencapai umur persaraan 55 tahun; Selanjutnya Dewan juga
mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya
segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans
dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan
masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai
benefisiari kerana banyak kes di mana penama apabila menerima
wang caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang
tersebut menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif
mengenakan syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman
simati tidak dibayar kepada penama kecuali mereka telah
mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah dan
pembayaran dibuat oleh KWSP terus kepada waris-waris yang
dinamakan didalam sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Syariah yang berbidangkuasa tersebut”.
(Menteri Kewangan)
80. PR-1243-U47138
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pertahanan supaya mengujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai
pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan
mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita
yang melalui pengalaman diganggu oleh sama ada pelatih atau
petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera
dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka
yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka
dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum
ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak
dan batasan pergaulan dengan lelaki; Selanjutnya Dewan mengambil
ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan
dalam syllabus latihan kepada pelatih-latih beragama Islam modul nilai
Islam saperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu,
qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan
masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana
masjid berhampiran kem PLKN, AUM DR 10/11/2011 34
yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan
persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan
memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian
pelatih-pelatih PLKN”.
(Menteri Pertahanan)
81. PR-1243-U47139
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana
Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada
keperluan mengujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau
tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan
dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang
berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahananan, penjara
dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie
seperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno.
Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi
pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan
bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di
Mahkamah Sivil".
(Perdana Menteri)
82. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membincangkan kelakuan, Dato’ Hj Abdul Malik
bin Hj Ishak, (kini Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia, dan pada
masa material merupakan Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya di Johor
Bahru) yang mana beliau, ‘plagiarise’ penghakiman Hakim Mahkamah
Tinggi, Singapura, G.P. Selvam (kini bersara) pada atau lebih kurang
awal tahun 2000 dalam suatu kes hakcipta.
Bahawa adalah jelas merupakan satu salah laku yang serius bagi
pihak Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj. Ishak yang telah memburukkan
nama kehakiman Malaysia.
Bahawa Dewan ini ambil perhatian bahawa pada 22 Ogos 2011, YB
Ahli Parlimen, Bukit Gelugor telah melalui suratnya kepada Dato’ Hj
Abdul Malik bin Hj Ishak (telah diakuterima oleh beliau pada 22 Ogos
2011) membuat alegasi plagiarisma yang dinyatakan di atas dan
bahawa Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak sepatutnya membalas
kepada surat tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan surat
tersebut. Dan selaras dengan rukun keadilan asasi YB Ahli Parlimen,
Bukit Gelugor telah memberi Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak satu
peluang untuk membuat balasan terhadap alegasi tersebut. 35 AUM DR 10/11/2011
Bahawa memandangkan keadaan berikut, YB Ahli Parlimen Bukit
Gelugor melalui surat bertarikh 29 September, 2011 kepada Dato’ Haji
Abdul Malik bin Hj Ishak di mana surat tersebut diakuterima oleh Dato’
Hj Abdul Malik bin Hj Ishak pada 29 September, 2011 memaklumkan
Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak bahawa memandangkan tiada
balasan terhadap alegasi plagiarisma, ia berjumlah kepada pengakuan
terhadap alegasi tersebut.
Bahawa Dewan ini menyeru Perdana Menteri untuk mengguna pakai
peruntukkan Perkara 125(3), Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan
merujuk Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak kepada satu tribunal yang
ditubuhkan oleh Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan Fasal 4 untuk
melucut Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak daripada jawatan beliau
sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia atas alasan salah laku
yang telah dilakukan oleh beliau.
Dan bahawa Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak adalah digantung kerja
sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia sementara menunggu
suatu laporan daripada tribunal tersebut di bawah klausa 3.”
Ahli-ahli yang Berhormat yang turut mengusulkan:-
1 ) Y B Tu an K a rp a l S i ngh a / l Ram S i ngh (Bu k i t Ge lugo r )
2) YB Tuan Gobind Singh Deo (Puchong)
3) Y B Tu an L im K i t S i an g ( Ipoh T i mu r )
4) YB Da to ' Ser i Anwar bin Ib rahim (Pe r ma tang pauh)
5) YB Tuan Haj i Ahmad bin Kas im (Kua la Kedah )
6) YB Tuan Sai fudd in Nasut ion b in Ismai l ( Machang)
7) Y B Da to ' Ha j i Mah fu z b i n Ha j i Om a r ( Po kok S ena )
8) Y B Tu an J oh n a / l Fe rna nde z ( Se remban )
9) YB Tuan Oo i Chuan Aun ( Jelu tong )
10) Y B Tu an S im To ng Him ( Ko ta Me la ka )
11) Y B T u a n Man o g a r a n a / l Ma r imu t h u ( Te l u k I n t a n )
12) YB Tuan Mohd Fi rdaus bin Jaafa r (Je rai )
13) Y B Tu an Mohd Nas i r b in Za ka r ia (P a dang Te rap )
14) Y B Da to ' Ra sh i d b in Di n (Me r b o k )
15) YB Tuan Muhammad bin Husain ( Pas i r Pu teh)
16) YB Tuan Hee Loy Sian (Pe ta l ing Jaya Se la tan)
17) Y B Da to ' Dr . Ha j i Moh d Ha ya t i b in O thman ( Pen dang )
18) YB Tuan Abdu l lah Sani b in Abdu l Ham id (Kuala Langa t )
19) YB Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petal ing Jaya Uta r a)
20) YB Tuan Manikavasagam a / l Sunda ram (Kapar )
21) YB Tuan Che Uda b in Che Nik (Sik) AUM DR 10/11/2011 36
22) Y B Dr . Che Ro s l i b in Ch e Ma t (Hu lu L anga t )
23) Y B P u an Ha ja h Fuz i ah b in t i S a l le h (Ku an tan )
24) YB Puan Hajah Zura ida bin t i Kama ruddin ( Ampang )
25) Y B Tu an Ha j i Mohd Ab d u l Wah id b in Ha j i End u t
( Kua la Te r engganu )
26) YB Tuan Wi l l iam Leong Jee Keen ( Selayang)
27) Y B Da to ' J oh a r i b in A bd u l (S un ga i P e t an i )
28) YB Tuan Haj i Ab Aziz b in Ab Kadi r (Kete r eh)
29) YB Da to ' Kama ru l Baha r in b in Abbas (Te lok Kemang)
30) YB Tuan Mohd Yusmad i b in Mohd Yusof f (Ba l ik Pu lau)
31) YB Puan Chong Eng (Buk i t Me r tajam )
32) YB Da to ' Haj i Ab . Ha l im b in Ab . Rahman (Pengkalan Chepa )
33) YB Tuan Chua Tian Chang ( Batu )
34) YB Puan Nurul Izzah bin t i Anwar ( Lembah Pan tai )
35) YB Tuan L iew Chin Tong (Buk i t Bendera )
36) Y B Dr . Ha j i Dz u l k e f ly A hma d (K u a l a S e l a n g o r )
37) Y B T u a n Moh a med A zmi n b in A l i ( Gomb a k )
38) YB Tuan Char les An thony a / l R. San t iago ( K lang )
39) Y B Tu an A za n b in Isma i l ( I nde ra Ma h ko ta )
40) YB Tuan Gwo - Bu rne Loh (Kelana Jaya )
41) YB Tuan Wong Ho Leng ( S ibu)
42) Y B Dr . Mu j ah id Y u so f Rawa (P a r i t B un ta r )
43) YB Dr . Mohd Ha t ta bin Md Raml i (Kuala Kra i )
44) YB Da to ' Haj i Wan Abd . Rah im b in Wan Abdu l lah
( Ko ta Bha r u )
45) YB Tuan Siva rasa a / l K. Rasiah (Subang )
46) Y B Tu an K ha l id b in A b d Sa mad ( Sha h A l am )
47) YB Tuan Dr . Hiew King Cheu (Kota Kinabalu)
48) YB Tuan Chong Chieng Jen (Banda r Kuch ing )
49) YB Tuan Er Teck Hwa (Bak r i )
50) YB Da to ' Haj i Taib Azamudden b in Md Ta ib (Bal ing )
51) YB Pro f . D r . Ramasamy a/l P a lan i samy ( Ba tu K awa n )
52) YB Da to ' Ser i I r . Mohammad Nizar bin Jamaludd in
( Bu k i t Gan tang )
53) YB Tuan Loke Siew Fook (Rasah ) 37 AUM DR 10/11/2011
54) YB Puan Hajah Si t i Za i lah bint i Mohd Yusof f
( Ran tau Panjang)
55) YB Da to ' Ngeh Koo Ham ( Beruas)
56) Y B Ta n S r i Da to ' S e r i Abd Kh a l id b in Ib r ah i m
( Ba n d a r Tun Ra za k )
57) YB Dr . Tan Seng Giaw (Kepong )
58) YB Tuan Fong Kui Lun (Buki t Bin tang)
59) YB Puan Fong Po Kuan (Batu Ga jah )
(Perdana Menteri)