Aturan Urusan Mesyuarata [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian bagi mengekalkan warisan kampung-kampung melayu lama, meningkatkan infrastruktur, warisan sejarah dan tradisi komuniti; dan
(b) apakah perlindungan undang-undang bagi memelihara agar kewujudan kampung-kampung melayu berkekalan. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PAS Tumpat ]
2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional pengeluaran siri ketiga duit syiling dan siri keempat wang kertas baru Malaysia, kosnya masing-masing, siapa pembekal dan di mana ia diperbuat. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, BN Labuan ]
3. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) jumlah ciptaan yang telah dihasilkan semenjak Kementerian ditubuhkan; dan
(b) berapakah jumlah ciptaan yang memberikan impak secara langsung terutamanya kepada golongan petani, penternak dan nelayan. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Machang ]
4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan yang dialami oleh negara kita akibat keputusan Kerajaan Amerika Syarikat mengehadkan kadar siling hutang negara mereka terutama apabila menstrukturkan semula sebagai langkah pemotongan Belanjawan. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Arau ]
5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan pelancongan antara rakyat negara ini dan rakyat Negara China. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas ]
6. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian yang lebih berkesan akan dilakukan bagi membantu perkara pengusaha IKS memasarkan produk mereka, memandangkan ruang pasaran yang amat terhad dan hampir tidak mendapat tempat terutama di pasaraya-pasaraya besar. [ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Kinabatangan ]
7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan akan membina Jalan Meritam/ Telahak/ Buangabai/ Pengkalan Rejab Fasa 3 (fasa terakhir) setelah fasa 1 & 2 yang dijangka siap penghujung tahun 2011 untuk memastikan objektif asal jalan sebagai kemudahan asas untuk rakyat di sepanjang Sungai Limbang dan membuka kawasan pembangunan tanah jelapang padi. [ Tidak Hadir ]
8. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah kontraktor Bumiputera Kelas F yang mendapat peluang kerja dalam projek Jambatan Kedua Pulau Pinang; dan
(b) nilai projek yang diperolehi oleh kontraktor Bumiputera tersebut. [ Soalan Tambahan : PKR Machang ]
9. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan khusus bagi membantu negeri Perlis dalam projek pemuliharaan, pembangunan dan pembersihan Sungai Perlis dalam bandar Kangar bagi tujuan mewujudkan sebatang sungai yang bersih dan menarik sebagai tempat rekreasi penduduk tempatan serta tarikan pelancong ke negeri Perlis. [ Tidak Hadir ]
10. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) bilangan graduan kursus diploma kejururawatan yang mengambil peperiksaan Lembaga Kejururawatan untuk mendapatkan pendaftaran; dan
(b) bilangan yang berjaya dalam peperiksaan tersebut, untuk tiap tahun dari 2007 hingga ke 2010, dengan memberi pecahan universiti atau kolej mereka. [ Tidak Hadir ]
11. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pembinaan Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia (MIAC) yang melibatkan kawasan seluas 480 hektar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan berapakah kos pembangunan projek tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Silam, ]
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menerima pinjaman PTPTN yang diterima menjadi guru di sekolah Kerajaan pada tahun 2010.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pemantauan dibuat terhadap keberkesanan pasukan tentera yang berkawal di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand berbanding dengan pasukan polis, apa tindakan mengatasi masalah penyeludupan dan masalah sosial melalui sempadan yang semakin berleluasa.
39. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah tindakan penyelesaian kepada krisis pertukaran dan pemindahan bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abd. Karim ke jawatan Ketua Eksekutif CIDB yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut standard dan piawaian mengikut perintah am perkhidmatan awam.
41. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rasional kenapa Anggota Polis Diraja Malaysia tidak di carum dengan caruman Perkeso.
Usul 18 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (17 Oktober, 2011) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Oktober, 2011)
Penggulungan Peringkat Dasar -
[ Kementerian Pelajaran - Timb. Perdana Menteri / Menteri Pelajaran - BN Pagoh - DAP Serdang, BN Hulu Terengganu, DAP Ipoh Barat, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, PAS Padang Terap, DAP Teluk Intan, DAP Ipoh Barat, PAS Padang Terap, Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Ipoh Timur, BN Pasir Salak, DAP Ipoh Timur, PKR Machang, PKR Gombak, DAP Serdang, PKR Lembah Pantai, Bebas Pasir Mas, PKR Permatang Pauh, BN Lenggong, PKR Gombak, Bebas Pasir Mas, BN Hulu Terengganu, PKR Lembah Pantai ] [ Rehat ]
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Menteri Undang-Undang - BN Padang Rengas - PAS Rantau Panjang, DAP Batu Gajah, PAS Padang Terap, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, DAP Bukit Gelugor, ]
[ Menteri - ]
[ Menteri - ]
[ Menteri - ]
[ Menteri - ]
[ Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi - ]
[ Kementerian Dalam Negeri - ]
[ Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - ]