Thursday, October 4, 2012

Dewan Rakyat 4 Okt 2012 (Khamis)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ]  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-   
(a) apakah tindakan tegas yang diambil ke atas bloggers dan lain-lain media massa yang menggunakan media berkenaan untuk menghina negara dan mencetuskan keresahan di kalangan rakyat; dan 
(b) apakah rancangan Kerajaan untuk memupuk rasa kecintaan rakyat kepada negara.  

2. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan cas kumpulan wang tenaga boleh baharu yang tertera di dalam bil elektrik setiap bulan yang perlu dibayar oleh pengguna.   

3. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak  ]  minta PERDANA MENTERI  menyatakan kejayaan daripada tranformasi ekonomi dan Model Baru Ekonomi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.   

4. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kes saman serta jumlah hasil sejak perlaksanaan “AES" (Automated Enforcement System).   

5. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ]  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan :-   
(a) jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2008 hingga 2012; dan 
(b) apakah usaha-usaha (LHDN) dalam membuat perubahan atau transformasi untuk memastikan peningkatan kutipan bagi pendapatan negara.  

6. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusatpusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusatpusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.   

7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ]  minta  MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak Kementerian untuk menangani masalah ketagihan dadah, alkohol serta gejala sosial yang lain seperti perjudian haram dan jenayah siber terutamanya di kalangan muda-mudi di Malaysia. Adakah terdapat apa-apa kajian yang dijalankan yang membuktikan keberkesanan langkah-langkah ini.   

8. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan :-   
(a) rasional menjadikan Sejarah subjek wajib lulus  dalam SPM. Mengapa tiada perundingan dengan orang ramai,termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru; dan 
(b) sama ada kelulusan subjek Bahasa Inggeris diwajibkan untuk layak dapat sijil SPM.  

9. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ]  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan memandangkan Terminal Lapangan Terbang Sibu yang serba lengkap baru dibina, adakah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) merancang untuk membuka penerbangan langsung antarabangsa ke Sibu selain daripada penerbangan domestik untuk menambahkan perdagangan antarabangsa dan menarik pelancong asing   

10. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebabnya peruntukan untuk kerja tebatan banjir di Kampung Machang Bubuk dan Kampung Bukit Teh, Sungai Junjung serta di Sungai Permatang Rawa  dan Sungai Kilang Ubi dilambat-lambatkan.   

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan adakah Kerajaan sudah menjalankan penyelidikan simpanan air di seluruh Malaysia dan berapakah nilai simpanan air Malaysia mencukupi hingga 30 tahun akan datang. Apakah tindakan pihak Kementerian mengenai masalah perkhidmatan air bersih yang belum sampai ke kawasan luar bandar terutama di Sarawak dan Sibuti sebagai contoh, adakah Kerajaan dapat mencapai keputusan untuk memastikan  rakyat Sarawak menikmati kemudahan air menjelang 2015 paling lewat.  

12. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]  minta  MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai lebuhraya yang sedia ada dan lebuhraya baru yang telah diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Minta menyenaraikan kadar harga tol yang dikenakan oleh setiap syarikat konsesi lebuhraya baru.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI  menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.  

22. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian. 

34. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ]  minta  MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.  

35. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA  menyatakan sejauh manakah perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). 

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali kedua
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 –  Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2012) DAN 

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan Butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Menyambung semula Perbahasan atas masalah (1 Oktober, 2012) 

2.  (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

3.  (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

4.  (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]