Aturan Urusan Mesyuarata [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah orang yang terlibat dalam kes rogol gadis bawah umur yang telah dihukum penjara bagi 10 tahun yang lalu.
2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menambahbaik sistem pengangkutan di Lembah Klang memandangkan banyak tempat di Lembah Klang tidak dilalui oleh bas, LRT dan teksi. Apakah masalah dan halangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam pelaksanaan perancangan tersebut.
3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah beliau sedar harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju kepada rakyat sekitar Lembah Klang dan beberapa bandar lain meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan apakah langkah Kerajaan dalam menangani masalah ini agar rakyat berpeluang membeli rumah dengan harga yang berpatutan.
4. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan nama tempat-tempat di kawasan Segambut yang terlibat dalam banjir kilat pada 21 Ogos 2012, puncanya dan berapa buah keluarga yang menjadi mangsa. Apakah sumbangan Kerajaan yang diberikan kepada mangsa dan projek jangka panjang serta kosnya untuk menyelesaikan masalah ini.
5. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah diambil Kementerian dalam usaha mengesan kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
6. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan dibawah program 1Bestari:-
(a) senaraikan sekolah-sekolah yang terlibat; dan
(b) adakah kaji selidik telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah-sekolah yang terlibat dan adakah YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa.
7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah pelaksanaan Program "Blue Ocean Strategy" (oleh agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta belia negara ini agar mereka mengamalkan semangat kesukarelawan; dan
(b) apakah jenis-jenis program yang telah dirangka bagi Gagasan Belia "1M4U", jumlah perbelanjaan dan impak yang diharapkan.
8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kadar harga minimum minyak mentah dan kadar pengeluaran harian (tong sehari) yang diperlukan untuk menjadikan projek penerokaan medan minyak dan gas bersaiz kecil (marginal oil and gas field) melalui konsep Risk Service Contract (RSC) yang berdaya saing dan ekonomikal.
9. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak kebelakangan ini kerapkali Mesin Juruwang (Automated Teller Machine-ATM) telah dilarikan oleh perompak, apakah langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil oleh bank yang terlibat supaya kejadian ini dapat dikekang.
10. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendapatan isi rumah bulanan purata dan penengah bagi kumpulan isi rumah tertinggi 20%, pertengahan 40% dan terendah 40% mengikut etnik Melayu Semenanjung, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masingmasing.
11. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kerajaan untuk menentukan tiada berlaku 'overfishing' di laut Malaysia; dan
(b) apakah perancangan Kerajaan untuk mengurangkan import makanan.
12. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah wajar Timbalan Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia mewajib dan merekodkan kehadiran pegawai dan kakitangan DBKL bagi menghadiri Himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak Luarbiasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Suci Mekah pada 14 hingga 15 Ogos 2012 yang lalu.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”
(24 September, 2012) [ Menteri Kesihatan ]
2. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]
3. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan ]
4. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]