Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi menggalakkan
majikan sektor swasta di negara ini memberi komitmen dan sokongan padu terhadap wanita berkerjaya dalam organisasi masing-masing dengan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di premis
kerja masing-masing.
2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Bank Negara bercadang untuk kembali melonggarkan syarat pinjaman membeli kenderaan. Apakah strategi Bank Negara untuk menyelesaikan masalah ini.
3. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Kerajaan menangani Gerakan LGBT di negara ini dan kesan kepada masyarakat Islam sejagat dan masa depan negara.
4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab Kementerian melantik Smart Tag sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuh raya bertol. Apakah Kementerian akan menghendaki syarikat tersebut menambahbaik keberkesanan Smart Tag memandangkan sistem ini semakin tidak berkesan dan malah menyumbangkan kepada kesesakan di plaza tol.
5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah peruntukan dan jumlah peserta di bawah skim bantuan pekebun kecil ladang sawit, getah dan lada di Sarawak semenjak bantuan ini ditubuhkan.
6. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah pemantauan yang dijalankan ke atas Melaka dan George Town supaya tapak warisan sedunia UNESCO dapat mengekalkan status pengiktirafan ini.
7. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah serta lokasi hartanah residensi dan komersil yang diperolehi
oleh warga asing sejak 5 tahun yang lepas.
8. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan keberkesanan pindaan Sub Contractor Labour ke Contractor Labour setakat ini dan kesan
terhadap pekerja tempatan.
9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah Klinik 1Malaysia di kawasan Sepupok Dun Bekenu, Parlimen Sibuti. Mengapakah proses untuk membangunkan Poliklinik di kawasan Batu Niah tidak mendapat perhatian serius oleh pihak Kementerian sedangkan pertambahan penduduk dijangka semakin meningkat dan keperluan kesihatan yang baik juga diperlukan oleh penduduk luar bandar.
10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci jumlah bantuan yang telah diberi kepada penerima di negeri Kelantan di bawah Program Bantuan Rumah dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi tahun 2008 hingga 2011.
11. Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan untuk pembangunan jalan raya dan infrastruktur untuk kawasan SCORE dalam tahun 2012.
12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah kedatangan pelancong asing ke dalam negara mengikut negeri khususnya ke Langkawi sepanjang 5 tahun yang lepas, serta langkah Kementerian untuk memesatkan lagi penglibatan penduduk tempatan dalam mengaut hasil dari kebanjiran pelancong.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara untuk tempoh 2006-2011 dari sumber tidak halal seperti perjudian, minuman keras, pusat-pusat hiburan dan maksiat serta nyatakan ke mana hasil pendapatan tersebut dibelanjakan.
32. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab yang konkrit mengapa Kabinet menamatkan pembelian bersilang saham MAS-Air Asia yang dianggap sebagai 'satu transformasi' dan berapakah jumlah 'fees' yang dibayarkan kepada pihak investment banker yang mengendalikan 'corporate exercise' ini.
33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan nilai jualan tahunan stesen-stesen minyak Petronas di Kelantan sejak tahun 2005 hingga sekarang.
40. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan atas dasar apakah pada 6 Disember 2011 Tabung Haji memindahkan wang sebanyak RM308,700 daripada akaunnya ke akaun Datuk Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.
50. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah defisit sebenar bagi tahun 2011 setelah diambil kira segala Bajet Tambahan yang telah diluluskan selepas Bajet 2011 dibentangkan di Parlimen.
59. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kategori sekolah agama rakyat dalam negara kita. Berapakah bilangan sekolah, pelajar dan guru mengikut kategori serta peruntukan yang disalurkan untuk tahun 2008 hingga 2011.
63. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada penyenaraian FELDA GVH diteruskan walaupun beberapa buah negeri tidak akan menyerahkan hak milik tanah Felda Plantation kepada FGVH.
68. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Palestin pada tahun 2011.
74. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah keluasan kawasan dan jumlah kos pembangunan di Tasik Kenyir yang akan dijadikan kawasan bebas cukai pertama bagi tasik di negara ini dan bilakah ia dijangka akan mula beroperasi.
86. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jenis-jenis cukai yang dikenakan dalam sistem percukaian negara hari ini.
92. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memajukan sektor pertanian seluruh
negara dan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor utama ke seluruh negara di samping meningkatkan pendapatan para petani.
95. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa rizab tunai Felda merudum kepada RM1.35 bilion sahaja dan berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beliau mengambil alih penyeliaan badan itu sedangkan dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang.
96. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sepanjang tempoh lima tahun iaitu mulai 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2011 berapakah jumlah tindakan tatatertib yang diambil kepada penjawat awam gred 44 dan ke atas dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang telah dikenakan tindakan ditamatkan perkhidmatan mereka.
99. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah lesen telah dikeluarkan kepada pihak yang akan membina pelabuhan laut di negeri Kelantan.
108. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Penilaian Berdasar Sekolah (PBS) bagi pelajar Tingkatan 1 bermula awal tahun 2012 ini. Bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat sehingga sekarang (Mei 2012) kod untuk key-in markah (score pelajar) belum lagi diterima oleh pihak sekolah. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan perkara ini berlaku
c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Menteri Pengajian Tinggi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Mac 2012, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”
2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling(Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (18Jun, 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]
3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]
4. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang UmurPersaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]
5. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ]