Monday, April 16, 2012

Dewan Rakyat 16 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 15/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 18/2012) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 17/2012) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 16/2012) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 13/2012) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

10. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

11. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

12. (D.R. 14/2012) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

13. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1)
Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ”

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan
Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan tambahan sehingga USD150 juta.”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.9, ST.10, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30 dan ST.31 tahun 2012 disahkan."