Monday, November 21, 2011

Dewan Rakyat 21 November 2011 (Isnin)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN  Bil. 59

1. PR-1243-L45976
Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIA TINGGI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda polisi pemberian pinjaman pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional bagi mencakupi pelbagai kursus-kursus ijazah profesional bertaraf dunia yang diduduki di institusi pengajian tinggi tempatan, sepertimana yang dikeluarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) atau Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

2. PR-1243-L45092
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakanvapakah langkah yang diambil oleh DBKL untuk melaksanakan
perbelanjaan berhemat dan berjimat-cermat dalam Bajet Tahunannya memandangkan terdapat peruntukan dibelanjakan untuk projek-projek  tidak perlu dan tidak urgensi.

3. PR-1243-L45660
Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membekalkan pakaian dan kelengkapan secukupnya kepada anggota RELA kerana tugas yang dijalankan cukup mencabar pada hari ini.

4. PR-1243-L46457
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan senarai penama-penama mereka yang telah menerima bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) di Selangor dan Wilayah Persekutuan serta langkah yang diambil bagi memastikan penama tersebut tidak menerima bantuan yang lain seperti zakat dan program kebajikan masyarakat.

AUMDR 21/11/2011

5. PR-1243-L45994
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian memantau kandungan berita yang disiarkan oleh program berita di TV2 edisi Mandarin dan Tamil memandangkan kandungan berita yang disiarkan didapati berbeza dengan berita arus perdana.

6. PR-1243-L45725
Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan TERAJU yang diletak di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera bagi menentukan pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam sektor utama dapat mencapai 30 peratus menjelang 2020. Apakah TERAJU diberi kuasa eksekutif seperti mana PEMANDU bagi memastikan TERAJU benar-benar berkesan dalam menjalankan tugasan dan peranannya. 

7. PR-1243-L46811
Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah bilangan pelajar-pelajar sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan yuran pengajian secara
percuma dan apakah bidang pengkhususan pengajian yang ditawarkan.

8. PR-1243-L45367
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kriteria menjadi ahli lembaga pengawasan  syariah di Bank Negara dan bank-bank lain yang rata-ratanya terdiri dari ahli-ahli akademik. Adakah cadangan Kerajaan untuk melantik  lebih ramai orang yang mahir di dalam perbankan Islam dari kalangan pentadbir, peguam, peguam syarie, akauntan dan mereka yang terlibat dalam kerja lapangan.

9. PR-1243-L46055
Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor Kerajaan yang meletak jawatan mulai tahun 2008 hingga Ogos 2011 dan apakah faktor-faktor mereka berbuat demikian. 

10. PR-1243-L45533
Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendirian Kementerian di atas cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengenal pasti sebidang tanah berukuran 8 ekar di Taman Chai Leng,Perai, Pulau Pinang bagi mendirikan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang baru.

11. PR-1243-L46440
Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah sebarang peruntukan undangundang yang mengehadkan jualan atau pemilikan bahan-bahan kimia seperti asid berbahaya di kedai-kedai runcit dan hardware store yang menjadi trend masa kini sebagai senjata untuk menganiaya mangsa.

3 AUMDR 21/11/2011

12. PR-1243-L46591
Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila dua orang Pakar Bedah Kardiotorasik yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Penempatan Pegawai Kontrak pada 7 Jun 2011 akan mula bertugas di Pusat Jantung Hospital Umum  Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.

13. PR-1243-L46005
Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat ini berapakah jumlah insentif yang telah dibelanjakan Kementerian untuk guru-guru yang ditawarkan perkhidmatan di kawasan luar bandar negeri Sabah, dan apakah perancangan Kerajaan untuk mempertingkatkan prasarana sokongan
bagi membolehkan guru-guru tersebut berkhidmat lebih lama di kawasan-kawasan terbabit.

14. PR-1243-L45855
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan TERAJU dalam mematangkan MPPB.

15. PR-1243-L46498
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:- (a) adakah pihak Kementerian membuat kajian secara menyeluruh mengenai projek Rawatan Air Bersih melalui penggunaan "Safewater Guardian System (SGS)" untuk kawasan luar bandar negeri Sarawak yang menggunakan peruntukan khas yang melibatkan RM1.5 bilion; dan (b) adakah pihak Kerajaan mempunyai kaedah tertentu bagi melaksanakan projek Pembekalan Air Bersih bagi kawasan luar bandar negeri Sarawak selain daripada perlaksanaan Graviti Feed lebih-lebih lagi kawasan yang mempunyai sumber air sungai.

16. PR-1243-L46693
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha bagi memastikan belia sentiasa kompetitif daripada segi ekonomi dan mentaliti. 

17. PR-1243-L45444
Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) dasar Kementerian untuk membekalkan kemudahan tenaga elektrik di kampung-kampung terpencil yang
mempunyai kemudahan bekalan solar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
(b) status Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh  Malaysia, khasnya di negeri Sabah dan Sarawak.

AUMDR 21/11/2011 4

18. PR-1243-L45424
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perlaksanaan SAPS adalah tidak diselaraskan dengan Jabatan Pelajaran Negeri. Dalam sistem Grading pelajar cemerlang misalnya NKRA meletakan 80% sebagai minima untuk pelajar layak dapat Grade A. Di negeri Kedah misalnya Jabatan Negeri menentukan 75% sebagai grade minima untuk pelajar mendapat pangkat A. Apakah langkah susulan pihak Kementerian mengenai hal tersebut.

19. PR-1243-L47067
Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah terdapat apa-apa usaha untuk mewujudkan lebih banyak kawasan rekreasi untuk aktiviti bersukan untuk rakyat tempatan sejajar dengan kempen sihat Malaysia, seperti kawasan untuk berjoging, padang bola sepak dan futsal, bola keranjang, tenis, badminton, squash dan sebagainya, dan apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi agar adanya pasukan pelapis yang mantap
yang dapat menggantikan pemain-pemain kebangsaan di masa hadapan. 

20. PR-1243-L46157
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan jenis projek yang dijalankan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (SDO) setiap tahun sejak 2005 dan adakah ia dijalankan secara tender terbuka, siapa kontraktor, kelulusan diperoleh daripada Kerajaan Negeri atau pun Pihak Berkuasa Tempatan.

21. PR-1243-L46464
Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) sebab musabab terlalu banyak Pendatang Tanpa Izin, Pelarian dengan suaka UNHCR dan lain-lain pendatang. Adakah ini menggambarkan sempadan dan pintu masuk kita senang dibolosi; dan  (b) nyatakan tindakan Kerajaan yang serius bagi membanteras kegiatan tersebut dari segi memperketatkan undang-undang dan tindakan kawalan.

22. PR-1243-L46822
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) jumlah orang yang telah diberi status penduduk tetap (PR) di Malaysia bagi tempoh 1957-1960, 1961-1970,1971-1980, 1981-1990, 1991-2000, 2001-2010 dan pada tahun 2011 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; dan 5 AUMDR 21/11/2011 (b) daripada bilangan ini untuk tempoh yang dinyatakan,
berapakah jumlah yang diberi PR adalah terdiri mereka yang berada di Malaysia sebelum atau pada Ogos 1957,kerana mereka telah berkahwin dengan warganegara Malaysia, kerana mereka adalah profesional yang
mempunyai 'skill' yang diperlukan oleh negara Malaysia dan ahli sukan dan alasan lain.

23. PR-1243-L45752
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk membekalkan kepada pasukan polis dan keselamatan dengan kenderaan pacuan 4 roda di kawasan pendalaman Sarawak supaya sesuai dengan keadaan jalan di Sarawak dan memudahkan polis membuat tinjauan apabila penduduk pendalaman membuat laporan.

24. PR-1243-L45702
Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana pengeluaran dua kad pengenalan baru kepada seorang warga negara pada asalnya hanya mempunyai satu kad pengenalan lama boleh berlaku.

25. PR-1243-L46945
Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah prinsip dan pelaksanaan kebebasan agama yang diamalkan oleh rakyat Malaysia mengikut Perkara 11 (4)
yang selama ini telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

26. PR-1243-L45503
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional untuk memanggil PRU 13 sebelum Parliamentary Select Committee membuat kajian dan pendengaran awam serta cadangan untuk memperbaiki sistem pilihan raya (electoral reforms).

27. PR-1243-L45916
Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bentuk kerjasama dan hala tuju pembangunan sistem pengangkutan udara Malaysia yang ingin dicapai dan dijadikan teras baru imej negara menerusi pewujudan kerjasama di antara MAS dan AirAsia.

28. PR-1243-L46035
Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Wang Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu yang digunakan untuk membina dan  menyiapkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan bilakah ianya akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

AUMDR 21/11/2011 6
29. PR-1243-L46148
Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan  dalam beberapa tahun akan datang ini, Malaysia akan menandatangani beberapa perjanjian Bilateral, antara lain ialah 'Transpacific Partnership Agreement' yang tidak lagi akan mengiktiraf 'affirmative action' sebagai satu dasar dalam sistem perolehan negara, jelaskan sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berperanan di bawah Economic Transformation Plan (ETP).

30. PR-1243-L45755
Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan prosedur asas dan kriteria utama dalam proses memberikan taraf kerakyatan kepada rakyat asing. Nyatakan
sejak merdeka hingga sekarang, berapakah jumlah warga asing yang telah diberikan status kerakyatan di negara ini.

31. PR-1243-L46512
Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-  (a) apakah ada rancangan pihak Kerajaan untuk mengganti atau membaik pulih paip-paip air lama di kawasan Parlimen Hulu Selangor; dan (b) jika ada sila nyatakan jumlah projek dan kos yang terlibat di bawah program menaik taraf logistik air yang sedang dan akan dilaksanakan.

32. PR-1243-L46760
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) jumlah kes jenayah yang melibatkan anggota tentera lain lain pangkat bermula Januari 2010 sehingga Jun 2011; dan (b) apakah tindakan pihak Kementerian bagi mengurangkan kes jenayah di kalangan anggota tentera. 

33. PR-1243-L46885
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan memberi jaminan bahawa cadangan-cadangan reformasi pilihan raya akan juga mengambil kira tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan juga parti-parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat yang merupakan 'stakeholders' dalam urusan pilihan raya. Adakah Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan cadangancadangan ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.


7 AUMDR 21/11/2011
34. PR-1243-L45833
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan bumiputera dan kontraktor lain yang mempunyai masalah dalam mendapatkan bayaran akhir untuk projek-projek yang telah disiapkan untuk Kementerian dan langkahlangkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

35. PR-1243-L45770
Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian sedar dengan siapnya laluan baru Kulim-Gerik dan Pantai Timur menyebabkan bandar Baling
dan Pengkalan Hulu 'mati' dan sebahagian pengusaha kedai makan kedai dan kedai-kedai barang hilang pendapatan, ada yang terpaksa ditutup termasuk sebahagian kedai di kompleks bebas cukai sempadan Pengkalan Hulu-Betong Thailand. Apakah langkah Kementerian bagi membantu para peniaga yang terlibat.

36. PR-1243-L45479
Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah majikan yang diambil tindakan di bawah Akta Pekerjaan, 1955 (Semakan 1981), (Pindaan 89) mulai tahun 2001 hingga 2011. Berikan apakah bentuk kesalahan dan tindakan yang telah dikenakan.

37. PR-1243-L46604
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan harga yang ditetapkan untuk penjualan projek Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

38. PR-1243-L45534
Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil
masa yang lama untuk memproses permohonan bantuan kebajikan sehingga pemohon-pemohon perlu menunggu berbulan-bulan. 

39. PR-1243-L45304
Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan hasil kajian cadangan Kerajaan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah walaupun program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

40. PR-1243-L46277
Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan subsidi kadar tol yang diberikan kepada pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang sejak 1985 dan kadar tol Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang Kedua pada tahun 2014 dan 2020, dan berapa lama tempoh perjanjian konsesi Jambatan Pulau Pinang dipanjangkan.

AUMDR 21/11/2011 8
PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Perdana Menteri
* Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011.
______________________________________________________________
* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.
9 AUMDR 21/11/2011

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012  seperti berikut:- “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (17 November, 2011) 

2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ] Bacaan Kali
Yang Kedua 

3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak  Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan)
2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] 

7. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] AUMDR 21/11/2011 10

8. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011
[ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta  Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA
16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).” 

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”

12. PR-1243-U45136
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa migrasi keluar atau Brain Drain di negara ini amat serius sehinggakan terdapat kajian oleh National Economic Advisory Council mengatakan bahawa , sejak tahun 1960 hingga tahun 2005 sahaja, seramai 1,489,168 telah berhijrah keluar dari negara ini. Dan mengambil maklum bahawa kehilangan sumber tenaga yang begitu berharga ini akan membantutkan lagi usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Bagi Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, Malaysia hendaklah membangunkan, menarik dan mempertahankan sumber manusia yang ada. Dan mengambil maklum bahawa, antara penyebab utama fenomena ini adalah potensi pendapatan, prospek karier / kenaikan pangkat, kualiti pendidikan, kualiti kehidupan dan tidak kurang pentingnya, ketidakpuasan hati ke atas faktor polisi yang dianggap berbaur diskriminasi terutama sekali di kalangan bukan Bumiputera,
masyarakat Cina dan India.

11 AUMDR 21/11/2011
Dan mengambil maklum juga bahawa faktor-faktor legislatif, isu sosialpolitik dalaman, peluang pendidikan dan tawaran / tarikan negara luar juga memainkan peranan utama dalam hal ini. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar dapat menubuhkan satu badan khas bagi mengkaji masalah-masalah yang dibangkitkan di atas, dengan tujuan untuk meminda mana-mana akta dan polisi yang dianggap mendiskriminasikan satu-satu pihak serta menambah baik mana-mana akta dan polisi agar sumber tenaga yang sedia ada dapat dipertahankan sementara usaha untuk menarik balik mereka yang telah berhijrah diperhebatkan." (Perdana Menteri)

13. PR-1243-U45139
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa di negeri Sabah,
terdapat ramai kanak-kanak jalanan, gelandangan dan pengemis yang
tinggal di bawah jambatan, bangunan terbiar dan tempat awam.
Dan mengambil maklum bahawa terdapat juga di antara mereka ini
adalah dari kalangan warga asing dan tidak mempunyai dokumen
pengenalan diri. Dan mengambil maklum bahawa, kebanyakan mereka
ini berkeliaran di bandar-bandar utama yang juga menjadi tempat
tumpuan para pelancong. Nyata sekali, senario ini akan memberikan
gambaran negatif kepada negara di kaca mata para pengunjung ini.
Dan mengambil maklum bahawa, walaupun pihak-pihak tertentu telah
pun mengambil tindakan untuk menangani masalah ini, namun ianya
masih berlaku kerana tidak ada usaha bersepadu daripada semua
agensi yang terlibat. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menubuhkan satu badan
khas untuk menangani masalah ini, di mana semua agensi yang
berwajib hendaklah dimasukkan dalam badan khas ini supaya semua
isu berkaitan dapat ditangani dengan sekali gus."
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
14. PR-1243-U45140
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa usaha pihak syarikat
penyiaran swasta, Astro untuk menyiarkan program berteraskan
pendidikan, terutama sekali rancangan khas bagi calon UPSR, PMR
dan SPM, amatlah disanjung tinggi. Dan mengambil maklum bahawa
selain siaran program-program di atas, pihak Astro juga boleh
memainkan peranan mereka dalam menyiarkan program-program
yang berasakan informasi mengenai dengan polisi dan perkhidmatan
Kerajaan, misalnya, jenis-jenis bantuan, kemudahan, pinjaman,
biasiswa dan program peningkatan ekonomi serta kemasyarakatan
yang disediakan oleh Kerajaan.
AUMDR 21/11/2011
12
Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk
meminta Kerajaan untuk meminda mana-mana polisi dan peraturan
sedia ada untuk meminta mana-mana syarikat penyiaran swasta untuk
menyiarkan maklumat yang dimaksudkan di atas di bawah program
kemasyarakatan (CSR) mereka."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
15. PR-1243-U45141
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa membangunkan
modal insan negara ini tidak boleh dipikul dan dimainkan oleh Kerajaan
sahaja. Dan mengambil maklum bahawa pihak swasta dan badanbadan
keagamaan juga memainkan peranan yang penting untuk
membangunkan modal insan negara yang bermoral dan berbudi
bahasa. Dan mengambil maklum bahawa, kebanyakan badan-badan
keagamaan ini beroperasi dengan dana yang terhad sama ada ianya
disumbangkan oleh ahli-ahlinya atau sumbangan orang ramai.
Dan mengambil maklum juga bahawa peranan badan-badan sukarela
ini dapat dimantapkan lagi sekiranya mereka mempunyai sumber
kewangan yang kekal dan tetap. Maka dengan ini Dewan hendaklah
mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan supaya Kerajaan
menyediakan satu dana dengan butiran khas dalam belanjawan
negara bagi membantu badan-badan keagamaan dan bukan Kerajaan
ini untuk membiayai aktiviti pembangunan modal insan mereka."
(Perdana Menteri)
16. PR-1243-U45143
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa belia hari ini adalah
pemimpin hari esok. Dan mengambil maklum bahawa golongan belia
mempunyai cita rasa yang berbeza daripada golongan dewasa. Dan
mengambil maklum bahawa, golongan belia hari ini masih lagi
menganggap bahawa mereka diperintahkan untuk menerima apa jua
polisi dan usul Kerajaan mengenai dengan perihal mereka.Dan
mengambil maklum juga bahawa dengan adanya sistem komunikasi
alaf baru, mereka lebih gemar meluahkan pendapat dan isi hati mereka
melalui media baru, misalnya melalui Facebook dan Twitter.Dan
mengambil maklum juga, bahawa usaha Kerajaan untuk menubuhkan
Parlimen Belia adalah usaha murni untuk mendekati golongan belia.
Walau bagaimanapun, golongan belia juga haruslah diberikan ruang
untuk menyatakan isi hati mereka termasuklah rasa patriotisme
mereka kepada negara. Maka dengan ini Dewan hendaklah
mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menubuhkan
satu badan khas dari kalangan belia itu sendiri, bagi mendengar dan
menangani keluhan dan rintihan golongan belia ini agar mereka juga
dapat menyumbang dalam membangunkan negara ini."
(Menteri Belia dan Sukan)
13 AUMDR 21/11/2011
17. PR-1243-U45144
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa konsep 1Malaysia
yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu model
perpaduan yang terbaik bagi negara ini dan disanjung tinggi oleh
negara-negara lain. Dan mengambil maklum penerapan teras-teras
perpaduan yang terkandung dalam konsep 1Malaysia adalah amat
penting bagi pembangunan negara untuk menjadi negara maju pada
tahun 2020. Dan mengambil maklum bahawa konsep penerimaan
1Malaysia yang menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum di mana satu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara adalah merupakan
satu kenyataan yang harus diterima oleh semua rakyat Malaysia. Dan
mengambil maklum juga bahawa konsep 1Malaysia juga menekan
amalan hormat-menghormati antara semua kaum termasuk
menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga
menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain
dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang
yang menyentuh sensiviti kaum.Namun demikian, masih terdapat
suara-suara lantang yang memperkecil-kecilkan peranan kaum-kaum
tertentu dalam pembangunan negara. Terdapat juga suara hasutan
untuk meminggirkan dan mendiskriminasikan kaum-kaum ini. Maka
dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta
Kerajaan untuk meminda mana-mana undang-undang sedia ada untuk
menghukum mereka yang menyuarakan suara-suara hasutan ini, agar
konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dapat
dimartabatkan dan di perkasa lagi."
(Menteri Dalam Negeri)
18. PR-1243-U45146
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebanyakan urusan
utama masih dijalankan di Kuala Lumpur.Dan mengambil maklum,
urusan utama ini menghendaki dan memastikan rakyat dari negeri
Sabah dan Sarawak untuk datang sendiri ke Kuala Lumpur untuk
berurusan. Dan mengambil maklum bahawa urusan seperti ini
mendatangkan bebanan kewangan kepada rakyat di kedua-dua negeri
ini. Dan mengambil maklum juga bahawa Kerajaan pimpinan YAB
Perdana Menteri sentiasa mendahulukan rakyat. Maka dengan ini
Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan
untuk menubuhkan “2nd Capital” di Wilayah Persekutuan Labuan demi
untuk memudahkan rakyat Sabah dan Sarawak untuk berurusan selain
dapat memartabatkan lagi Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir
Pantai Antarabangsa."
(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
AUMDR 21/11/2011
14
19. PR-1243-U46173
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan Transit Laju Massa (Mass Rapid
Transit, MRT) di Lembah Klang daripada pelbagai segi termasuk
syarikat berkaitan dengan Kerajaan, kontraktor,jenis kenderaan dan
jumlah wang yang diperlukan. Dewan juga hendak membincangkan
integriti orang-orang yang terlibat."
(Perdana Menteri)
20. PR-1243-U46175
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendebatkan tahap pencapaian 20 buah universiti
awam di negara ini termasuk kedudukan di QS World Universities
Rankings. Dewan ini juga membicarakan sebab-musabab Universiti
Malaya boleh mencapai tahap lebih baik di QS Rankings berbanding
dengan universiti berstatus Apex USM yang rankingnya merosot."
(Menteri Pengajian Tinggi)
21. PR-1243-U46970
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta
Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993
sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai
Parlimen Dunia Pertama."
(Perdana Menteri)
22. PR-1243-U46973
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja
Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana
Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis
(IPCMC)."
(Menteri Dalam Negeri)
15 AUMDR 21/11/2011
23. PR-1243-U45148
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dan menetapkan kedudukan rakyatrakyat
asing yang memegang dokumen IMM 13 supaya kedudukan
mereka yang mendapat perlindungan Kerajaan Malaysia boleh
dipastikan kewarganegaraan mereka. Difahamkan bahawa pada ketika
ini masih ramai sanak saudara pemegang dokumen IMM 13 dari
negara jiran masih mempunyai hubungan persaudaraan di antara
mereka, maka perkara ini sangat membimbangkan di mana
pengeluaran dokumen IMM 13 perlu diambil perhatian serius untuk
dipantau dan disekat."
(Perdana Menteri)
24. PR-1243-U45152
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dan menetapkan penggunaan
dakwat kekal sewaktu pilihan raya umum ke-13. Cadangan
penggunaan biometrik adalah tidak sesuai memandangkan masih
banyak kawasan-kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak yang
sukar mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan internet.
Penggunaan dakwat kekal akan memastikan agar pengundi-pengundi
mendapat kepastian, perlindungan hak dan maruah mereka
terpelihara."
(Perdana Menteri)
25. PR-1243-U45160
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang dengan seriusnya mengenai
kedudukan anak-anak yang dilahirkan dalam perkahwinan campur dari
suku kaum bumiputera dengan rakyat tempatan dari kaum-kaum lain
khasnya di Sabah. Penggunaan perkataan Sino-Natif sebagai suku
kaum adalah tidak tepat di mana sino digunakan bagi keturunan Cina
dan natif sebagai keturunan bumiputera yang sesungguhnya bukan
suku kaum. Jabatan Pendaftaran Negara yang mengeluarkan sijil
kelahiran dan kematian di Sabah seharusnya mengekalkan perkataan
Sino-Bajau, Sino-Melayu, Sino-Dusun dan sebagainya untuk
menentukan bangsa sebenar seseorang itu seperti mana diguna pakai
selama ini, sebelum menukarnya kepada Sino-Natif sekarang ini."
(Menteri Dalam Negeri)
AUMDR 21/11/2011
16
26. PR-1243-U45105
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
menjalin gabungkan konsep 1Malaysia Bangsa Malaysia dan
Malaysian Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan antara kaum di
Malaysia memandangkan perhubungan tersebut sudah mencapai
tahap merentas kaum dan budaya."
(Perdana Menteri)
27. PR-1243-U45108
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk mengekalkan ciri asal
bangunan-bangunan lama di Bandaraya Kuala Lumpur sebagai
bangunan warisan dan mengambil tempat di tapak asal."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
28. PR-1243-U45111
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-
"Mendesak Kerajaan dan SPAD mengekalkan bangunan-bangunan
asal pemilik persendirian yang telah berusia berdekad-dekad di Jalan
Sultan Kuala Lumpur sewaktu pelaksanaan pembinaan jajaran bawah
tanah projek MRT antara Sungai Buloh ke Kajang yang mana pada
peringkat sekarang PTG WPKL telah mewartakan pengambilan tanahtanah
tersebut yang akan menyebabkan bangunan-bangunan lama
dirobohkan sedangkan jajaran MRT itu akan dibina di bawah tanah dan
tiada kaitan dengan bangunan lama. Langkah Prasarana Negara lebih
terdorong dengan konsep pembinaan rel bersama harta dengan
mengambil kesempatan mengambil tanah tersebut atas nama
pembangunan. Cadangan pemindahan sementara pemilik dan
penghuni sewaktu projek berjalan dan mereka dibenarkan balik semula
ke premis masing-masing setelah projek siap dengan syarat-syarat
yang dipersetujui bersama, hendaklah diperkenalkan".
(Menteri Kewangan)
29. PR-1243-U46685
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan Parlimen hendaklah mengambil maklum dan
mengarah Menteri Dalam Negeri menerangkan kenapa lebih dari 1.5
juta pekerja asing bekerja tanpa sah di Malaysia. Apakah tindakan
susulan yang akan diambil terhadap pekerja-pekerja ini."
(Menteri Dalam Negeri)
17 AUMDR 21/11/2011
30. PR-1243-U46689
Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan Parlimen hendaklah mengambil maklum dan
mengarah untuk meminta Menteri Pendidikan mengkaji untuk membina
satu sekolah baru Cina di Bercham, Ipoh kerana Sekolah Cina semasa
yang terbesar di Perak mempunyai ramai murid dan penuh sesak buat
masa ini dan juga di kawasan Bercham itu mempunyai tanah rizab
lebih kurang 6 ekar untuk pembinaan sekolah tersebut."
(Menteri Pelajaran)
31. PR-1243-U45876
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Kewangan mengkaji
semula kadar bayaran insurans ke atas kenderaan motorsikal yang
sedia ada bagi meringankan lagi beban hidup masyarakat terutamanya
di luar bandar."
(Menteri Kewangan)
32. PR-1243-U45878
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini minta PUSPAKOM memanjangkan hayat
pemeriksaan kenderaan dari 6 bulan ke 12 bulan.”
(Menteri Pengangkutan)
33. PR-1243-U45880
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti
dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang
memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang bekerja."
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
AUMDR 21/11/2011
18
34. PR-1243-U45882
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan mengadakan satu mekanisme
untuk menghalang warga bukan negara menikmati subsidi ke atas
barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan)
35. PR-1243-U45885
Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan
mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & GO
mengadakan lorong tambah nilai di laluan Plaza TOL bagi kemudahan
pengguna tanpa ke pejabat atau agen stesen minyak. Melalui agen
dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula
menyusahkan pengguna."
(Menteri Kerja Raya)
36. PR-1243-U46437
Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik sebagai Menteri yang
berhemah harus mengagihkan peruntukan-peruntukan Kementerian
secara adil kepada seluruh Kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan
termasuk Labuan bahkan membasmi kemiskinan bandar. Menteri tidak
harus menumpukan peruntukan Kementerian di kawasan Parlimen
Lembah Pantai sahaja untuk tujuan politik sendiri. Saya juga
mendesak Kementerian menetapkan suatu nisbah penduduk untuk
pengagihan peruntukan kepada seluruh kawasan Wilayah
Persekutuan."
(Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
37. PR-1243-U46962
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan agar undang-undang digubal untuk
membenarkan golongan "transgender" menukar jantina mereka secara
sah dan nama serta jantina mereka dapat ditukar di dalam Kad
Pengenalan secara sah untuk mengurangkan tekanan yang dialami
oleh mereka".
(Menteri Dalam Negeri)
19 AUMDR 21/11/2011
38. PR-1243-U46972
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membahaskan supaya Ordinan Darurat
(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) dapat dipinda untuk
memastikan budak-budak remaja (bawah 21 tahun) jikalau didapati
telah melakukan jenayah dihadapkan ke Mahkamah untuk dibicarakan
dan bukannya ditahan di pusat tahanan di bawah Ordinan Darurat.
Ini adalah kerana budak-budak remaja dalam usia ini biasanya masih
belajar atau bersekolah dan jikalau ditahan di Pusat Tahanan di bawah
Ordinan Darurat masa depan mereka akan terjejas dan hak asasi
mereka diabaikan".
(Menteri Dalam Negeri)
39. PR-1243-U46974
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincangkan agar Kerajaan mengkaji semula
kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai ke negara ini yang
boleh menggugat keselamatan negara dan mendatangkan masalah
sosial di kalangan warganegara Malaysia".
(Menteri Dalam Negeri)
40. PR-1243-U46979
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan supaya satu undangundang
dapat digubal untuk memastikan keluarga mereka yang
menukar agama wajib diberitahu mengenai pertukaran agama ini bagi
mengelakkan masalah perebutan jenazah apabila meraka menukar
agama dan meninggal dunia".
(Perdana Menteri)
41. PR-1243-U46981
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mendesak agar Kerajaan dapat mewajibkan
supaya Bahasa Tamil juga digunakan sebagai salah satu bahasa di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan LCCT semasa
membuat sebarang pengumuman".
(Menteri Pengangkutan)
AUMDR 21/11/2011
20
42. PR-1243-U46983
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mengadakan
bentuk pengawalan harga rumah yang semakin lama semakin
melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk memiliki
rumah sendiri".
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
43. PR-1243-U46984
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk menyediakan
tapak seperti stadium bagi mereka yang ingin membuat perhimpunan
secara aman bagi mengelakkan jalan raya digunakan untuk membuat
perhimpunan".
(Menteri Dalam Negeri)
44. PR-1243-U46986
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk mewajibkan
setiap laman web rasmi Kerajaan dan mesin ATM di bank-bank
tempatan menggunakan Bahasa Tamil selain dari Bahasa Malaysia,
Inggeris dan Cina".
(Menteri Kewangan)
45. PR-1243-U46987
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya rancangan
berbahasa Tamil di RTM ditambah masanya memandangkan
kebelakangan ini rancangan berbahasa Tamil semakin berkurangan di
RTM".
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
46. PR-1243-U46988
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan supaya setiap bilik siasatan
di Balai Polis dilengkapi dengan CCTV seperti yang disediakan oleh
Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) kini, memandangkan terdapat
banyak kes penyalahgunaan kuasa, penderaan dan kematian semasa
suspek berada di dalam tahanan".
(Menteri Dalam Negeri)
21 AUMDR 21/11/2011
47. PR-1243-U46990
Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan garis-garis panduan
keselamatan yang wajib dipatuhi oleh sukarelawan yang bertugas di
negara-negara bergolak untuk mengelakkan perkara yang berlaku
kepada jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
yang ditembak mati di Somalia tidak berulang lagi".
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
48. PR-1243-U46283
Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang
pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh
MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan
Audit Negara untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga
bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan
pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian
Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak
persepsi negatif terhadap negara."
(Menteri Pertahanan)
49. PR-1243-U46713
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia
sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu
dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu
mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah
dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu
pada 18 Disember 2007, di mana negara-negara yang masih
mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan
hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang
membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan
moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat
untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini
Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan
melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium
tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan
Morotarium tersebut."
(Menteri Luar Negeri)
AUMDR 21/11/2011
22
50. PR-1243-U46715
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja Siasatan
Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009
akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada
siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat
kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."
(Menteri Sumber Manusia)
51. PR-1243-U46716
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik
Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga
mendesak mengenai pelantikan panel khas di dalam siasatan kes ini.
Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan
Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan
yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan
perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk
menjawab pelbagai spekulasi."
(Perdana Menteri)
52. PR-1243-U47021
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincangkan secara bersunguh-sungguh
bagaimana dapat merektifikasikan masalah gangguan perkhidmatan
pembekal-pembekal Internet yang kerap berlaku di Sabah, terutama
sekali di Tawau yang seterusnya membawa kesan negatif pada
transaksi perniagaan, pembekal-pembekal perkhidmatan siber lain,
kegangguan kepada pengguna-pengguna Internet, penyampaian berita
oleh media massa, masalah-masalah pendidikan pelajar-pelajar dan
yang teruk sekali, kerugian kewangan dan perniagaan bagi rakyat
Sabah. Rakyat sudah tidak sabar lagi dan mereka minta penjelasan
mengapa Sabah diberi perkhidmatan kelas ketiga atau tidak ada
perkhidmatan sama sekali, walaupun mereka juga membayar fi yang
sama seperti rakyat di Semenanjung Malaysia."
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
23 AUMDR 21/11/2011
53. PR-1243-U47022
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini membincang secara bersungguh-sungguh
bagaimana dapat merektifikasikan penderitaan peladang-peladang dan
pekebun-pekebun kecil di Sabah yang telah membayar 7.5% CESS
kelapa sawit, cukai untung runtuh dan cukai Kerajaan, tetapi tidak ada
mana-mana pihak Kerajaan yang tampil ke hadapan untuk
memperbaiki atau menyelenggarakan jalan-jalan awam yang menuju
ke ladang-ladang atau kebun-kebun kecil mereka. Mereka telah
diabaikan sama sekali dan mereka terus menderita, kecewa dan tanpa
sebarang suara, selama bertahun-tahun terutama sekali atas kerugian
kewangan besar yang dialami bila buah sawit mereka tidak dapat
diangkut keluar dari lading-ladang mereka. Mereka minta penjelasan
mengapa tidak ada mana-mana pihak berkuasa yang memperbaiki
jalan-jalan itu sedangkan mereka membayar cukai yang tinggi kepada
Kerajaan."
(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
54. PR-1243-U47023
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
mengambil tindakan tegas tentang pengemis-pengemis kanak-kanak
yang memperalatkan bayi-bayi yang tidak berpakaian atau
mengheretkan bayi-bayi itu di tempat-tempat awam di Tawau, supaya
mencari simpati dan meminta sedekah daripada orang ramai. Sudah
lama kejadian sedemikian itu berlaku dan sudah ada kes-kes
sedemikian yang dilaporkan kepada jabatan kebajikan masyarakat dan
pihak polis, namun tiada sebarang tindakan diambil. Kes-kes
sedemikian itu mungkin melibatkan sindiket-sindiket dan mungkin akan
menyebabkan peningkatan bilangan pengemis-pengemis kanak-kanak
jalanan secara mendadak atau menimbulkan masalah sosial lain jika ia
dibiar berlaku sahaja."
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
55. PR-1243-U47024
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
mengambil tindakan serius dan segera, juga memberi penjelasan
kepda rakyat di Tawau mengapa mereka masih dilayani sebagai
warga-warga Malaysia kelas ketiga sahaja, mereka terus menderita
kerana gangguan bekalan kuasa elektrik dan air terutama sekali
semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri."
(Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
AUMDR 21/11/2011
24
56. PR-1243-U47025
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya
menyemak semula Akta Pembangunan Petroleum (Akta 14) agar
dapat memberi ketelusan dan akauntabiliti kepada negeri-negeri
pengeluar minyak terutama sekali Sabah."
(Perdana Menteri)
57. PR-1243-U47114
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil
langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:- ‘…tetapi tidak
mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…’ dan diganti
dengan perkataan berikut; ‘dan mempunyai bidangkuasa mengenai
apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan
atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara’ dan undangundang
Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk
membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang
Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan
oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya’. Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah
Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda
bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1)
Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas dan
hendaklah berbunyi saperti berikut: Mahkamah Syariah tersebut
hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan
jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan
didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam
(termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan,
memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang
berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum
syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan
menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang
dikeluarkannya. Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam
wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang
jenayahnya saperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang
pengubahsuaian dan pindaan saperti yang berlaku sekarang dan
Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan system
perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah
umat Islam”
(Perdana Menteri)
25 AUMDR 21/11/2011
58. PR-1243-U47115
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): ‘Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa
undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini
dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal
setakat ianya berlawanan itu’. Bahawa Dewan mengambil maklum
bahawa banyak keadaan di mana hukum syara’ dan syariat Islam telah
terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4
Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang
negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk
undang-undang serta syariat Islam seperti pengharaman pemakaian
serban di sekolah-sekolah kebangsaan,
pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan,
perlaksanaan undang-undang syarak seperti khalwat, zina, qazaf yang
bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain”.
(Perdana Menteri)
59. PR-1243-U47116
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan
bahawa Malaysia bukan negara sekular saperti India sebaliknya
sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan
hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang
dihitamkan): ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi
undang-undang dan syariatnya’. Bahawa Dewan mengambil maklum
bahawa keputusan Mahkamah di dalam kes Che Omar Che Soh v.
Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah
banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk
memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular
sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya
negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,
maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
seperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan
status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi”.
(Perdana Menteri)
AUMDR 21/11/2011
26
60. PR-1243-U47117
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di
Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan
1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan
peruntukkan baru di Seksyen 4 seperti berikut: “Seksyen 4A: Didalam
keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan
atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukumhakam,
syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka
Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu
kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman;
dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan
atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau
penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau
pertikaian itu hendaklah mengikat Mahkamah tersebut”. Bahawa
Dewan menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau
persoalan mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular
berdasarkan undang-undang sivil boleh mencetuskan salah faham dan
kekeliruan. Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan
kefahaman terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks
syariah dan Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah
sekular yang membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut
menurut peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad
kepada pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata,
malahan menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.
Sebenarnya inilah yang telah berlaku di dalam kes Maria Hertogh @
Nadrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang
mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima
pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah
dan keislaman Nadrah dan perkahwinan Nadrah dengan Almarhum
Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum
syara’ keislaman dan perkahwinan Nadrah adalah sah kerana beliau
sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang
mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau. Begitu juga di dalam
beberapa kes di mana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah,
tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan
perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan seperti yang dicadangkan di
atas ujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat
diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang
terpakai bagi isu tersebut.
(Perdana Menteri)
27 AUMDR 21/11/2011
61. PR-1243-U47118
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan
dipinda dengan menambah perkataan seperti berikut (seperti yang
dihitamkan): ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi
penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undangundang
dan syariat Islam. Bagi maksud penganut ugama Islam, soal
kemasukan dan kemurtadan dari ugama Islam hendaklah ditentukan
oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak
keatasnya”. Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun
Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa kes termasuk Azlina
Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan
Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal
dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan Mahkamah sekular
tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A),
namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes
seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan
seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh,
Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu
mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fadhu
kifayah ke atas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan
pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal
dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama di atas maka isu
seperti ini tidak akan berbangkit lagi”.
(Perdana Menteri)
62. PR-1243-U47119
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah
sekular yang diujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan
Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan
bidangkuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel
121 (1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak
menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai
seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular
tersebut mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah
dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie, apakah
itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan hak dan
bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan dan
pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular”.
(Perdana Menteri)
AUMDR 21/11/2011
28
63. PR-1243-U47120
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya
undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan
opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan
sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di
Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukkan
undang-undang yang ada di mana-mana Akta atau Enakmen Syariah
saperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang
Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi
menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu”.
(Perdana Menteri)
64. PR-1243-U47121
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1433 (Peringkat Antarabangsa) kepada
saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara
Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha
menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja da’wah ke seluruh dunia”.
(Perdana Menteri)
65. PR-1243-U47122
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan
anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri secara
“post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara
Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha
memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya
besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan”.
(Perdana Menteri)
29 AUMDR 21/11/2011
66. PR-1243-U47123
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB
Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan
Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan
semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau
negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik
balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada
mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang
kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran
Penjenayah (Criminal Registration Center)”.
(Perdana Menteri)
67. PR-1243-U47124
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu
kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang
bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihanraya
kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil
rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan
Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau
dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa
pilihanraya umum untuk menentukan calon yang mengganti dan/ atau
mengisi kekosongan tersebut. Ini sekalugus dapat mengelakkan
keperluan mengadakan pilihanraya kecil yang melibatkan kos yang
tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan
politiking tanpa kesudahan”.
(Perdana Menteri)
68. PR-1243-U47125
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya
melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa
dan autoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi
bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab
hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
AUMDR 21/11/2011
30
Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan
supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa
yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan
dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap
melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan
tegas menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau di bawah manamana
undang-undang (Persekutuan atau Negeri)”.
(Perdana Menteri)
69. PR-1243-U47126
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai
sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut persempadanan
sebelum tahun 1967 dan menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus
khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkahlangkah
berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini
sebagai ‘Jawatankuasa Caucus bagi Palestin’ dengan melantik YB
Kepala Batas (atau mana-mana Ahli Parlimen yang dipertimbangkan
sesuai) sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini
mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan
memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak
menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh manamana
pihak; dan juga juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera
mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam
Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan
Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin”.
(Perdana Menteri)
70. PR-1243-U47127
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani
dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan
berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut
agama Hindu dengan tujuan unjtuk memantapkan kedudukan ekonomi
mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk
penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan
permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan
dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal
Masyarakat India’” dengan melantik Timbalan Perdana Menteri
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut.
(Perdana Menteri)
31 AUMDR 21/11/2011
71. PR-1243-U47128
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis
Buku Negara dengan peruntukkan yang mencukupi dan segera
menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil
semua langkah yang munasabah dan praktikal untuk membantu,
menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara.
Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku
Negara seperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan
sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar
Buku Negara tersebut”.
(Menteri Pelajaran)
72. PR-1243-U47129
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan
Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan
siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima dikesemua
tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan. Ini adalah
kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama
Persekutuan seperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan
Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan”.
(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
73. PR-1243-U47130
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan
dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang
hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua
puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah
20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah
dibebaskan dengan serta-merta”.
(Menteri Dalam Negeri)
AUMDR 21/11/2011
32
74. PR-1243-U47131
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri
Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat
kepada syarikat penerbangan Malaysia Airline, Air Asia atau manamana
syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan
kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam
pilihan untuk memakai pakaian / pakaian seragam yang mematuhi
hukum syara".
(Menteri Pengangkutan)
75. PR-1243-U47132
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada
syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak
dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa di dalam
penerbangan”.
(Menteri Pengangkutan)
76. PR-1243-U47133
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya
membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan
dalam apa bentuk sekalipun hanya di premis-premis khas yang
dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja;
sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat
perjudian dan daging khinzir dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedaikedai
runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa
minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya. Dewan ini
mengambil maklum banyak kes terjadi di mana remaja dan belia
beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman
berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini
untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa
kepada timbulnya gejala sosial yang serius seperti kegiatan merempit
yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes
pembuangan bayi”.
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan)
33 AUMDR 21/11/2011
77. PR-1243-U47134
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Perdana Menteri
supaya dengan segera mengujudkan Kementerian Hal Ehwal Sabah &
Sarawak (atau singkatannya “KHASS”) dengan seorang Menteri
berjawatan penuh untuk menjaga hal ehwal pembangunan,
infrastruktur, kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah & Sarawak
termasuk memberi portfolio berkaitan Koridor Ekonomi Sabah/
Sarawak, dan kesemua agensi pembangunan Persekutuan mestilah
melalui Kementerian ini supaya segala projek pembangunan &
infrastruktur di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dan dikawal
selia serta dipantau dengan lebih berkesan."
(Perdana Menteri)
78. PR-1243-U47135
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan
melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jame’
Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru
yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan
marmar sebagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi serta memperkukuhkan bumbung Masjid tersebut agar dapat
menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat
Jumaat dan kedua ‘Eidulfitri & ‘Eiduladha memandangkan
pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini”.
(Perdana Menteri)
79. PR-1243-U47136
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya
mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing
yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan
yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan
pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa
memakai pakaian bercanggah dengan Islam saperti berseluar pendek,
memakan makanan dan minuman yang haram saperti babi dan arak,
serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal di
persekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak
bersesuaian dengan seorang Muslim”.
(Menteri Dalam Negeri)
AUMDR 21/11/2011
34
80. PR-1243-U47137
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang
beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan
mengerjakan ‘ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat
sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun
belum mencapai umur persaraan 55 tahun; Selanjutnya Dewan juga
mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya
segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans
dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan
masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai
benefisiari kerana banyak kes di mana penama apabila menerima
wang caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang
tersebut menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif
mengenakan syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman
simati tidak dibayar kepada penama kecuali mereka telah
mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah dan
pembayaran dibuat oleh KWSP terus kepada waris-waris yang
dinamakan didalam sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Syariah yang berbidangkuasa tersebut”.
(Menteri Kewangan)
81. PR-1243-U47138
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian
Pertahanan supaya mengujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai
pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan
mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita
yang melalui pengalaman diganggu oleh sama ada pelatih atau
petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera
dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka
yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka
dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum
ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak
dan batasan pergaulan dengan lelaki; Selanjutnya Dewan mengambil
ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan
dalam syllabus latihan kepada pelatih-latih beragama Islam modul nilai
Islam saperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu,
qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan
masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana
masjid berhampiran kem PLKN,
35 AUMDR 21/11/2011
yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan
persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan
memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian
pelatih-pelatih PLKN”.
(Menteri Pertahanan)
82. PR-1243-U47139
Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan
mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada
Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana
Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada
keperluan mengujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau
tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan
dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang
berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahananan, penjara
dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie
seperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno.
Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi
pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan
bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di
Mahkamah Sivil".
(Perdana Menteri)
83. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini membincangkan kelakuan, Dato’ Hj Abdul Malik
bin Hj Ishak, (kini Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia, dan pada
masa material merupakan Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya di Johor
Bahru) yang mana beliau, ‘plagiarise’ penghakiman Hakim Mahkamah
Tinggi, Singapura, G.P. Selvam (kini bersara) pada atau lebih kurang
awal tahun 2000 dalam suatu kes hakcipta.
Bahawa adalah jelas merupakan satu salah laku yang serius bagi
pihak Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj. Ishak yang telah memburukkan
nama kehakiman Malaysia.
Bahawa Dewan ini ambil perhatian bahawa pada 22 Ogos 2011, YB
Ahli Parlimen, Bukit Gelugor telah melalui suratnya kepada Dato’ Hj
Abdul Malik bin Hj Ishak (telah diakuterima oleh beliau pada 22 Ogos
2011) membuat alegasi plagiarisma yang dinyatakan di atas dan
bahawa Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak sepatutnya membalas
kepada surat tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan surat
tersebut. Dan selaras dengan rukun keadilan asasi YB Ahli Parlimen,
Bukit Gelugor telah memberi Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak satu
peluang untuk membuat balasan terhadap alegasi tersebut.
AUMDR 21/11/2011
36
Bahawa memandangkan keadaan berikut, YB Ahli Parlimen Bukit
Gelugor melalui surat bertarikh 29 September, 2011 kepada Dato’ Haji
Abdul Malik bin Hj Ishak di mana surat tersebut diakuterima oleh Dato’
Hj Abdul Malik bin Hj Ishak pada 29 September, 2011 memaklumkan
Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak bahawa memandangkan tiada
balasan terhadap alegasi plagiarisma, ia berjumlah kepada pengakuan
terhadap alegasi tersebut.
Bahawa Dewan ini menyeru Perdana Menteri untuk mengguna pakai
peruntukkan Perkara 125(3), Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan
merujuk Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak kepada satu tribunal yang
ditubuhkan oleh Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan Fasal 4 untuk
melucut Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak daripada jawatan beliau
sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia atas alasan salah laku
yang telah dilakukan oleh beliau.
Dan bahawa Dato’ Hj Abdul Malik bin Hj Ishak adalah digantung kerja
sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia sementara menunggu
suatu laporan daripada tribunal tersebut di bawah klausa 3.”
Ahli-ahli yang Berhormat yang turut mengusulkan:-
1) YB Tuan Karpal Singh a/l Ram Singh (Bukit Gelugor)
2) YB Tuan Gobind Singh Deo (Puchong)
3) YB Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur)
4) YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Permatang pauh)
5) YB Tuan Haji Ahmad bin Kasim (Kuala Kedah)
6) YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang)
7) YB Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)
8) YB Tuan John a/l Fernandez (Seremban)
9) YB Tuan Ooi Chuan Aun (Jelutong)
10) YB Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka)
11) YB Tuan Manogaran a/l Marimuthu (Teluk Intan)
12) YB Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar (Jerai)
13) YB Tuan Mohd Nasir bin Zakaria (Padang Terap)
14) YB Dato' Rashid bin Din (Merbok)
15) YB Tuan Muhammad bin Husain (Pasir Puteh)
16) YB Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)
17) YB Dato' Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman (Pendang)
18) YB Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat)
19) YB Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)
20) YB Tuan Manikavasagam a/l Sundaram (Kapar)
21) YB Tuan Che Uda bin Che Nik (Sik)
37 AUMDR 21/11/2011
22) YB Dr. Che Rosli bin Che Mat (Hulu Langat)
23) YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh (Kuantan)
24) YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang)
25) YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut
(Kuala Terengganu)
26) YB Tuan William Leong Jee Keen (Selayang)
27) YB Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani)
28) YB Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir (Ketereh)
29) YB Dato' Kamarul Baharin bin Abbas (Telok Kemang)
30) YB Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Balik Pulau)
31) YB Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)
32) YB Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa)
33) YB Tuan Chua Tian Chang (Batu)
34) YB Puan Nurul Izzah binti Anwar (Lembah Pantai)
35) YB Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera)
36) YB Dr. Haji Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
37) YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
38) YB Tuan Charles Anthony a/l R. Santiago (Klang)
39) YB Tuan Azan bin Ismail (Indera Mahkota)
40) YB Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya)
41) YB Tuan Wong Ho Leng (Sibu)
42) YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
43) YB Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Kuala Krai)
44) YB Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah
(Kota Bharu)
45) YB Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah (Subang)
46) YB Tuan Khalid bin Abd Samad (Shah Alam)
47) YB Tuan Dr. Hiew King Cheu (Kota Kinabalu)
48) YB Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching)
49) YB Tuan Er Teck Hwa (Bakri)
50) YB Dato' Haji Taib Azamudden bin Md Taib (Baling)
51) YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Batu Kawan)
52) YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Bukit Gantang)
53) YB Tuan Loke Siew Fook (Rasah)
AUMDR 21/11/2011
38
54) YB Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
(Rantau Panjang)
55) YB Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas)
56) YB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim
(Bandar Tun Razak)
57) YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)
58) YB Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
59) YB Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)
(Perdana Menteri)
39 AUMDR 21/11/2011
RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
(DEWAN RAKYAT)
TAHUN
2011
RISALAT/DOKUMEN
TARIKH
DIBENTANGKAN
ST.76 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian
Tinggi Raja-Raja dan Yang Di Pertua -
Yang Di Pertua Negeri Bagi Tahun 2010
21 November 2011
ST.84 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) Bagi Tahun 2010
21 November 2011
ST.97 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Bagi
Tahun 2010
21 November 2011
ST.109 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Koko Malaysia Bagi Tahun 2010
21 November 2011
ST.113 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Perbadanan Stadium Merdeka Bagi Tahun
2010
21 November 2011
ST.115 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Pelabuhan Kelang dan Lembaga
Pelabuhan Melaka Bagi Tahun 2010.
21 November 2011
ST.116 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga
Pelabuhan Johor (Tanjong Pelepas) Bagi
Tahun 2010
21 November 2011
ST.117 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Universiti Malaysia Terengganu Bagi
Tahun 2010
21 November 2011
ST.124 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Lembaga Getah Malaysia Bagi Tahun
2010
21 November 2011