Wednesday, March 30, 2011

Dewan Rakyat 30 Mac 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah hasil pameran MAHA kepada peladang, nelayan, penternak dan masyarakat umum. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi, DAP Beruas ]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana kejayaan penggunaan Teknologi Nano di Malaysia dan bidang-bidang yang terlibat. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Silam ]

3. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada perlu dibina sebuah pusat latihan RELA di negeri Sarawak memandangkan kawasan Kapit adalah begitu luas dan persekitaran amat sesuai, lagi pun Kapit agak kurang dengan pembangunan yang boleh menyumbang kepada ekonominya, bolehkah Kementerian mengambil kira untuk mempercepatkan pusat latihan RELA ini di kawasan Kapit. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, PKR Kuala Langat ]

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah cara penyelesaian Kerajaan untuk mengatasi kekurangan pembantu nelayan untuk kapal nelayan lesen A dan B di Sarawak, memandangkan bahawa tiada orang tempatan yang sudi menjadi pembantu nelayan kapal lesen A dan B sedangkan Kerajaan mengharamkan pengupahan orang asing untuk dijadikan pembantu kapal nelayan lesen A dan B. [ Tidak Hadir ]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang diambil terhadap syarikat pembungkusan semula minyak masak di seluruh negara bagi membendung masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Indera Mahkota]

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan menjelaskan apakah dua unit kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan sebelum ini dikatakan mengalami masalah teknikal, sudah dibaik pulih dan digunakan dan berapakah kos penyelenggaraan bagi setiap tahun untuk setiap buah kapal selam tersebut. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, PKR Batu]

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan larangan pengimportan alat ganti kereta terpakai termasuk kemungkinan lebih 100,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan dan lebih 5,000 pengusaha akan terbabit dalam perniagaan ini. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam ]

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah boleh ditetapkan waktu bekerja untuk doktor atas panggilan tidak melebihi 30 jam iaitu dari 7.00 pagi hingga 7.00 pagi serta 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari esoknya dan ini hendaklah diselaras di seluruh negara serta dilaksanakan di semua jabatan dan hospital. [ Soalan Tambahan : PAS Titiwangsa, BN Sri Gading ]

9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status projek Loji Rawatan Air Hulu Langat 2. [ Soalan Tambahan : BN Lipis ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan Pusat bersedia untuk membantu menyelesaikan 'stand off' isu air Negeri Selangor.

16. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah projek sambungan jalan pantai daripada Tok Bali, Pasir Puteh ke Kedai Buluh, Kota Bharu telah dibatalkan, kalau tidak bilakah akan siap dan kenapa begitu lama tergendala.

24. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan bagi pembinaan Wad Kecemasan Hospital Kuala Nerang dan bilakah tender dikeluarkan serta syarikat yang terpilih; dan
(b) bilakah akan dimulakan.

34. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional perpindahan tiga pusat pembuangan undi di bahagian pilihan raya negeri DUN Tenang dalam Pilihan Raya Kecil 30 Jan 2011.

36. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah sebabnya kedudukan urus tadbir korporat dan daya saing negara terus jatuh ke tangga 26 dari tangga 24 pada tahun 2009 / 2010 dan di tangga ke 19 pada tahun 2008 / 2010. Jelaskan juga langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam membaiki kedudukan ini.

54. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status kajian cadangan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kos baik pulih sungai tercemar yang telah dibelanjakan dan keperluan kewangan jika semua sungai tercemar di negara ini dipulihara sepenuhnya.

BN Temerloh mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (D.R.6/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 Mac, 2011)

[ Dalam Jawatankuasa ]

[ Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Lulus ]
[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Kalabakan, BN Arau, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, BN Jempol, PAS Hulu Langat, BN Hulu Selangor, BN Parit Sulong ] - [ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kuala Pilah - BN Tangga Batu, BN Parit Sulong, BN Arau ]

[ Kementerian MITI - Lulus ][ Kementerian KPDNKK - BN Jasin, PKR Indera Mahkota ][ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Gerik - DAP Beruas,PKR Indera Mahkota, DAP Beruas ] - Lulus

[ Kementerian Kerjaraya - BN Ledang, PAS Hulu Langat] [ Rehat ]

[ Sambungan - PAS Hulu Langat, BN Kinabatangan (DAP Bukit Mertajam),PAS Pendang, BN Arau, DAP Serdang, BN Hulu Selangor, BN Jempol, PAS Jerai. BN Lenggong, BN Hulu Terengganu, BN Sekijang, PAS Padang Terap, BN Sri Gading, BN Silam, DAP Puchong, BN Labuan, PAS Pasir Puteh, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, PAS Sik ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Stampin - DAP Serdang, PAS Padang Terap, DAP Puchong, PKR Balik Pulau]- Lulus

[ Kementerian Pengangkutan - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, BN Labuan ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kudat - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, DAP Serdang, PKR Balik Pulau ]- Lulus

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - DAP Serdang, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Sungai Besar - PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, BN Tuaran, PKR Indera Mahkota ]

Dewan Ditangguhkan selama 15 minit

[ Dewan Besambung Semula - ]

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

8. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]

9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

13. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

14. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

15. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]

16. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]

17. (D.R. 4/2011) Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

18. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]