Monday, March 28, 2011

Dewan Rakyat 28 Mac 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat

a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan keperluan untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMM), terutama sekali wujud banyak media baru pada era teknologi dan kepesatan perkhidmatan jalur lebar sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Parit ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai status projek estet padi dalam kawasan Muda (MADA) yang memaksa peladang untuk menyerahkan tanah kepada pengurusan estet padi di bawah perancangan NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), serta syarikat manakah yang akan diberi tanggungjawab mengendalikan estet padi itu nanti. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Putatan ]

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa harga rumah yang dibina oleh pemaju swasta di bandar-bandar utama di negeri Sabah sudah tidak termampu dibeli oleh rakyat yang makan gaji khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana; dan
(b) jika Kerajaan sedar, apakah rancangan pihak Kementerian dalam menentukan agar harga rumah dapat dikawal sehingga harganya adalah bukan sahaja berpatutan tetapi termampu oleh rakyat makan gaji. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PKR Balik Pulau ]

4. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan yakin untuk mencapai sasaran iaitu menjelang tahun 2015, Malaysia tidak lagi perlu mengimport beras dari luar negara. [ Soalan Tambahan :PAS Baling, Bebas Pasir Mas ]

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menguruskan hutang individu yang dirujuk di bawah Program Pengurusan Hutang sejak lima tahun lalu. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Lembah Pantai ]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan dan langkah Kementerian untuk membangun dan mempromosi seni silat sebagai sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. [ Bebas Bayan Baru, BN Jempol ]

7. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan mengikut jejak beberapa negara lain yang menggunakan indeks General Well Being (GWB) selain daripada Gross Domestic Product (GDP) sebagai tanda aras pencapaian negara. [ Soalan Tambahan : BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota ]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan teknologi jaringan sosial yang meruntuhkan rumah tangga dan institusi kekeluargaan. [ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Kinabatangan ]

9. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan program Susu 1Malaysia dan berapa ramai pelajar yang telah mendapat manfaat daripada program ini di seluruh negara. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, PAS Pendang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapakah kontraktor yang diberi tender menaik taraf Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur sebanyak RM20 juta seperti yang telah diumumkan peruntukannya oleh Perdana Menteri serta syarikat mana pula yang menjadi arkitek dan perunding projek tersebut dan adakah tender terbuka telah dibuat, jika ya, bilakah tarikh tersebut.

24. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah pelajar Sekolah Rendah Islam tajaan Kerajaan dan swasta di seluruh negara dan apakah kemudahan yang diperoleh oleh mereka.

26. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kadar pertambahan pelancong-pelancong dari Asia Barat hasil daripada promosi Kerajaan di sana pada tahun 2010.

40. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa banyak ladang terutamanya di Negeri Selangor sedang mengubah status tanah mereka kepada pembangunan sama ada kepada projek perumahan, perniagaan atau industri. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pekerja-pekerja ladang berkenaan tidak kehilangan hak asasi mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan kemudahan sepertimana yang mereka
perolehi semasa bekerja di ladang-ladang berkenaan.

54. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan jelas adakah pihak SPR dan Kerajaan bersungguh-sungguh untuk menggantikan sistem undi pos tentera dan polis dengan sistem Advance Voting (Pengundian Awal) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

64. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Wang Ehsan/Dana Khas dari Wang Royalti Petroleum Terengganu yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri sehingga bulan Februari 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

[ Perbahasan - DAP Kepong ( Bebas Padang Serai, BN Ledang ), BN Kinabatangan ( BN Kota Belud, BN Arau, PAS Kota Raja, PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong, BN Kota Belud, BN Arau, BN Sri Gading, BN Jempol, BN Sri Gading, PAS Pokok Sena, PAS Baling ), PAS Marang, Bebas Pasir Mas ( BN Kota Belud )] [ Rehat ]

[ Perbahasan - Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud (PAS Kota Raja, BN Batang Sadong, BN Kapit, BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau, PAS Rantau Panjang, BN Tangga Batu), Bebas Tawau, ]

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

8. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]

9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010
[ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

13. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

Thursday, March 24, 2011

Dewan Rakyat 24 Mac 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Satera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab Kerajaan hanya memilih MMC - Gamuda untuk melaksanakan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh - Kajang yang berharga RM36 bilion dan bagaimanakah masalah-masalah yang timbul sepanjang laluan itu diselesaikan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Silam ]

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dalam proses pengambilan pekerja asing yang mempunyai kepakaran bekerja di negara kita, adakah pekerja tempatan kita dipinggirkan. Bagaimana Kementerian dapat memastikan supaya pekerja tempatan diberi keutamaan. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PAS Bachok ]

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan individu yang membayar cukai persendirian di Malaysia dan pecahan jumlah cukai yang dibayar oleh setiap 'decile' (10%) pembayar cukai persendirian. [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk membuka semula pendaftaran Lesen Kelas F (PKK) untuk memberi peluang kepada usahawan baru. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PKR Balik Pulau ]

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) Pelan Tindakan untuk menangani masalah jabatan-jabatan yang paling kerap sekali menjadi sasaran aduan orang awam kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan
(b) adakah Kerajaan mempunyai sebarang pelan untuk menubuhkan sebuah pasukan tugas khas untuk memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah secara berkesan. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Arau ]

7. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan anggaran pekerja asing di Sarawak yang sah dan tanpa izin mengikut negara asal dan bidang pekerjaan mereka. Apakah yang menyebabkan orang-orang tempatan tidak minat dalam bidang pekerjaan orang asing ini. [Soalan Tambahan : BN Kanowit, PAS Pendang ]

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak manakah yang mempunyai kos pembinaan LRT dan MRT di Lembah Klang. Apakah Kementerian akan mengamalkan tender terbuka dalam semua kontrak Kerajaan dan macam manakah Kerajaan memastikan prinsip ketelusan pemberian kontrak Kerajaan dijalankan. [ Soalan Tambahan : DAP Seputeh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah sekolah menengah agama atau sekolah tahfiz akan dibina di Putrajaya dan kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur memandangkan sekolah-sekolah tersebut sangat berkurangan.

12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pampasan yang dibayar PERKESO kepada mangsa kemalangan kerja sepanjang tahun lepas dan bentuk serta jenis kemalangan yang terlibat.

14. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan PROTON dalam usaha mendapatkan rakan kongsi berjenama antarabangsa dengan kadar segera sebagai usaha persediaan membuka pasaran automotif sesuai dengan tuntutan AFTA.

24. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan isu Palestin dan setakat mana pencapaiannya.

42. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan telah sebelumnya meneliti novel Interlok sebelum dicadangkan sebagai buku teks wajib; dan
(b) sama ada Kerajaan telah mendapatkan persetujuan penulis novel Interlok untuk meminda sebahagian isi kandungannya bagi membolehkan buku itu terus dijadikan bahan bacaan wajib di sekolah.

44. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana penggunaan kekerasan dibenarkan kepada anggota polis terhadap orang ramai apabila enggan menurut arahan atau semasa menyiasat orang kena tuduh sebelum ia dikategorikan sebagai keganasan dan dikira menyalahi etika polis. Siapakah yang memantau pihak polis untuk memastikan anggotanya mematuhi etika kepolisan bersabit dengan perkara ini.

50. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai penerima bantuan kebajikan masyarakat yang telah berjaya dipulihkan daripada kemiskinan tegar mengikut negeri-negeri seluruh negara.

60. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang keadaan pekerja buruh asing Muslim yang dikatakan tidak diberi kebenaran oleh majikan apabila tiba waktu untuk menunaikan solat, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini.

62. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) status terkini pengagihan tenaga dari tenaga hidro Bakun; dan
(b) status terkini penjanaan tenaga dari biomass dan solar.

66. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status projek pembinaan Sekolah Rendah Kebangsaan di kawasan U10 Shah Alam.

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penggulungan kementerian pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, 28 Mac 2011 - Di sokong oleh BN Stampin - Timbalan Menteri Kerjaraya

c. Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (23 Mac, 2011)

Penggulungan - Giliran Menteri dan Timbalan Menteri menggulung ] - [ Kementerian Pelajaran - Timbalan Menteri - BN Hulu Terengganu, BN Jempol, BN Hulu Terengganu, DAP Serdang, PAS Rantau Panjang, DAP Klang, DAP Teluk Intan ] [ Rehat ]

[ Jabatan Perdana Menteri - Menteri Jabatan Perdana Menteri - BN Padang Rengas - PKR Kuantan, PKR Lembah Pantai, PAS Kota Raja, DAP Ipoh Timor, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Puchong, PKR Kuantan, PAS Kuala Selangor , PKR Lembah Pantai, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju,]

[ Menteri Perpaduan - BN Senator - BN Arau, DAP Telok Intan, PKR Balik Pulau, DAP Telok Intan, PKR Balik Pulau, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, PKR Indera Mahkota, BN Simpang Renggam, ]

[ Menteri EPU - BN Tasek Gelugor - PAS Hulu Langat, BN Tuaran ]

[ Menteri Agama Islam - BN Senator - BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, DAP Seputeh, BN Arau, PKR Indera Mahkota, DAP Seputeh, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, BN Bukit Katil, PKR Indera Mahkota ]

Dewan Ditangguhkan jam 6.31 petang sehingga jam 10 pagi, 28 Mac 2011, hari isnin.

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]