Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah rumusan dan dapatan daripada kajian konsolidasi atau penggabungan Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd.
2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi Suruhanjaya Diraja jika saranan mereka tidak wajib dilaksana oleh Kerajaan dan jika benar, adakah Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan sahaja mekanisme Suruhanjaya Diraja.
3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) syarikat-syarikat milik FELDA yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa; dan
(b) benarkah bilangan pelajar sekolah rendah di Rancangan FELDA semakin kurang sekarang dan apakah usaha Kerajaan mengatasinya.
4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010. Daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan berapakah jumlah kes yang telah selesai dibicarakan.
5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak berkuat kuasanya undang-undang Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, berapa orangkah telah didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta ini.
6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal diparas yang tinggi.
7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada bulan Februari yang lalu.
8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan.
9. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan perniagaan akibat peningkatan kos hidup di negara ini.
10. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dalam Komitmen Malaysia (Kerajaan Pusat) untuk mengamalkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) apakah kerjasama yang disumbangkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan komitmen ini. Sebagai balasan apakah sumbangan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan komitmen ini.
11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mempromosikan homestay dan rancangan untuk memperbaikinya; dan
(b) jumlah pelancong asing yang menggunakan kemudahan homestay.
12. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memansuhkan plaza tol PJS 2 di New Pantai Ekspres Highway (NPE) supaya selari dengan slogan rakyat didahulukan dan yang selama ini dituntut oleh semua penduduk di Taman Medan dan Taman Dato’ Harun.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah Kementerian akan menyerapkan 1600 pegawai pemantau harga yang telah melewati lebih dua tahun menjawat jawatan tersebut secara kontrak.
26. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kenapa perparitan bersebelahan jalan-jalan bertar yang di bawah JPS tidak diserahkan penyelenggaraannya kepada JKR atau PBT (contoh Jalan Bukit Kemuning di kawasan Kota Raja) untuk memastikan penyelarasan pengurusan masalah perparitan dan jalan yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat.
28. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa siling hospital Sungai Buloh runtuh, siapa kontraktor dan perunding yang bertanggungjawab dan apakah tindakan ke atas mereka serta kos pemulihan.
32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan krisis Mindanao dan setakat manakah pencapaiannya.
39. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada pihak Kementerian telah mengambil persiapan yang sewajarnya melalui Akta, Peraturan dan Insentif yang relevan bagi menjamin penawaran barangan keperluan harian seperti bawang dan ikan yang amat tidak stabil pada ketika ini supaya kesejahteraan rakyat tidak terjejas.
42. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam membina pengangkutan awam, sama ada beliau telah memikirkan apakah yang menjadi wawasan beliau sama ada untuk menjual lebih banyak kereta nasional atau membina Mass Rapid Transport (MRT) serta LRT, Monorail, bas, teksi dan sistem Komuter yang benar-benar mempunyai rangkaian dan 'interconnectivity' yang baik dan berkesan.
46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa purata kos penapisan di semua kilang penapisan milik Petronas, Shell dan Esso di Malaysia; dan
(b) Petronas sedang membina sebuah terminal minyak mentah berkapasiti 260 ribu tong sehari di Kimanis Sabah. Soalnya, kenapa hanya membina terminal eksport minyak mentah, bukan sebuah loji penapisan.
48. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah polisi Kerajaan terhadap pekerja asing dari Bangladesh dan adakah Kerajaan akan memperbaharui dan melanjutkan visa kepada 350,000 orang pekerja yang berada di Malaysia.
50. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menghadapi bencana banjir khususnya di negeri-negeri di selatan dan pantai timur negara.
56. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) prestasi penyediaan jalan-jalan baru dan naik taraf jalan luar bandar di Kuala Krai berbanding KPI bagi NKRA Infrastruktur Luar Bandar; dan
(b) sama ada Jalan Pasir Kelang - Buyong - Kg. Taku dalam Parlimen Kuala Krai termasuk dalam NKRA ini bagi RMK10.
57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anak yang tidak sah taraf yang dilahirkan dan jumlah kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri pada tahun 2008, 2009 dan 2010.
61. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah kadar pelaburan yang diterima oleh Pulau Pinang dan faktornya.
64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelaksanaan sistem menunaikan Fardu Haji secara berpakej dikatakan menghalang peluang jemaah haji biasa untuk dapat peluang dalam perjalanan sepatutnya. Sila kemukakan data kedudukan haji secara berpakej diberi kepada syarikat-syarikat pengurusan haji sejak 5 tahun lalu (2005-2010) berbanding pemergian haji biasa dalam jangka masa yang sama.
68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah punca masalah banjir di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan apakah perancangan penyelesaiannya.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011.
d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) oleh YB Padang Terap
2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Mac, 2011)
[ Perbahasan - ]
3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]
4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]